Kura-kura yang menyebabkan kebakaran di New York | Boros Di Aralom

Jumaat, 25 Mac 2011

Kura-kura yang menyebabkan kebakaran di New York

Seekor kura-kura peliharaan menjadi punca kepada satu kebakaran yang berlaku di kota New York semasa ia merangkak keluar daripada tanki tempat tinggalnya. 
Giovani dijumpai di dapur kediaman tersebut. (photo by ALAMY)

Kura-kura Afrika yang dinamakan sebagai Giovani, 6, bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dalam keajidian itu. Menurut akhbar New York Post, seekor lagi kura-kura yang tinggal di dalam tanki itu telah mati. Pegawai-pegawai bomba mengatakan bahawa lampu pemanas tersebut telah jatuh ke lantai, dan mengeluarkan nyalaan api yang kemudiannya menjadi marak apabila mengenai peralatan seni yang mengandungi cat dan thinner. Kebakaran merebak dengan pantas dalam beberapa minit sahaja sehingga ke seluruh tingkat tiga bangunan flat di Bay Ridge Brooklyn. Kedua-dua haiwan peliharaan itu berada di bilik kediaman pemilik mereka, Mohamed Salem, 18, yang tidak berada di tempat kejadian ketika itu.

(sumber: Telegraph)


Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Hadiah-hadiah Percuma dari DiGi Install Opera Mini-FY dalam smartphone

1 ulasan: