Saya sibuk | Boros Di Aralom

Pages

Khamis, 19 Mei 2011

Saya sibuk

Wargh!! baru terasa bagaimana tinggi rendahnya langit itu...sebelum ni banyak sangat bersantai semasa belajar kat kuliah atau kat tutorial. Sebelum ni segala ilmu yang dicurahkan oleh lecturers macam kurang diendahkan. Sekarang memang padan la muka gua. Minggu pertama semasa praktikum memang banyak benda yang tergesa-gesa. Berterabur sana-sini.

Tapi tak pe la..baru minggu pertama. Keadaan ini biasa terjadi kepada kebanyakkan mahasiswa/siswi yang membuat praktikum. Adoyai..nasib baik lah para pelajar kat sini sporting-sporting semua. Memberi kerjasama dengan baik dan dapat mengamalkan 5S. Kakitangan juga memang supporting. Saya harap lepas ni saya dah tak berterabur sana-sini lagi. 

Haih! dalam sibuk-sibuk begini pun masih sempat update blog. Bukan apa, cuma ini saja cara untuk meredakan ketegangan yang ada dalam diri saat ini. Baru lega sikit. Blog adalah tempat terbaik untuk meluahkan perasaan ketika ini. Huhu..legaa.

2 ulasan:

  1. wah ... intonasi pada ayat pun mmg menggambarkan ko mimang sibuk. mcm kelam kabut sj mau update bloe hehehe

    BalasPadam
  2. selamat menempuh kesibukan :)) hehehe

    BalasPadam

Komen anda sangat dihargai. Setiap komen juga akan memberikan backlink kepada blog atau laman web anda.