Dapat baju percuma kalau shoping semi-bogel | Boros Di Aralom

Pages

Jumaat, 17 Jun 2011

Dapat baju percuma kalau shoping semi-bogel

Nak tak? Kalau terdesak sangat untuk mendapatkan baju berjenama femes tapi tiada duit untuk membelinya maka disarankan supaya anda pergi kat kedai seumpama Desigual ini. Jika anda berani membuka baju dan hanya berseluar dalam dan coli, anda akan dibenarkan shoping tanpa dikenakan apa-apa bayaran di kedai tersebut. Menurut laman web The Telegraph, beratus-ratus pelanggan sanggup menerima cabaran tersebut (separuh bogel) di sebuah kedai fesyen German yang menjanjikan wardrobe baru percuma kepada sesiapa yang sanggup menerima cabaran itu. Kalau kat barat, tak hairan lah kalau promosi gila-gila macam ni mendapat sambutan meluas.


Wah! Ini lah cara baru marketing di zaman sekarang. Dikatakan juga bahawa promosi seumpama itu juga akan dilaksanakan di kedai-kedai fesyen yang terdapat di New York, Stockholm, Prague, dan Madrid. Kat Malaysia agaknya tak perlu lah. 

8 ulasan:

  1. kalau buat kat Malaysia, ada yang kena bakar nanti.. hahah..

    BalasPadam
  2. Nieza* setuju..saya angkat tangan macam usop wilcha..heee

    Azman* kita bako je..ceewah.

    BalasPadam
  3. baju free punya pasal sanggup buang rasa malu & aib diri...org putih x heran buat mcm tu

    BalasPadam
  4. hahaha ... dasyat betul dorang ni. ni gerenti perempuan2 yg mau pegi shoping di sana prepare pakai pakaian dalam paling cantik hehehe

    BalasPadam

Komen anda sangat dihargai. Setiap komen juga akan memberikan backlink kepada blog atau laman web anda.