Jual anak untuk membiayai permainan game online | Boros Di Aralom

Pages

Selasa, 2 Ogos 2011

Jual anak untuk membiayai permainan game online

Gila ke apa orang ni. Disebabkan oleh ketagihan melampau terhadap permainan dalam talian, sepasang kekasih di China telah didakwa atas kesalahan menjual tiga anak mereka untuk membiayai permainan online mereka. 
Ramai orang sudah ketagih dengan permainan dalam talian
Pasangan yang bernama Li Lin dan Li Juan ini dikatakan mempunyai minat yang sama terhadap permainan dalam talian dan  telah bertemu di sebuah kafe internet pada tahun 2007 ketika mereka masih lagi berumur di bawah 21 tahun. Pasangan ini mula menjual anak selepas kelahiran anak kedua, bayi perempuan, yang dijual dengan harga $500 pada tahun 2009 untuk membiayai ketagihan pasangan tersebut. Melihat kepada kejayaan mereka menjual anak perempuan tersebut, mereka kemudiannya menjual anak pertama, anak lelaki, pada harga yang jauh lebih mahal iaitu $4600. 

Anak lelaki ketiga mereka juga dijual pada harga yang sama iaitu $4600. Tindakan pasangan ini akhirnya diketahui oleh ibu Li Lin. Walaubagaimanapun, pasangan ini dilaporkan mengatakan bahawa mereka tidak melanggar mana-mana undang-undang.

Apabila ditanya adakah mereka merindui anak-anak mereka, pasangan ini selamba mengatakan, "kami tidak mahu membesarkan mereka, kami hanya mahu menjual mereka untuk mendapatkan wang".
(Sumber


Read more at http://www.nancypoh.com

5 ulasan:

  1. anak sniri pun jd barang jualan..memang jenis manusia hati kering lah mereka ni~

    BalasPadam
  2. I wonder MMO apa diorang main tu aa...

    BalasPadam
  3. Sampai hati ibu bapa tu, taksub game sampai jual2 anak. Sampainya hati diorang....:(

    BalasPadam
  4. ni mak bapak guna akal setan...lbh buruk prangai dpd haiwan

    BalasPadam
  5. mak bapak ape nih??
    memng ngok tol..

    BalasPadam

Komen anda sangat dihargai. Setiap komen juga akan memberikan backlink kepada blog atau laman web anda.