Edisi Blogger: Mac 2011

Khamis, 31 Mac 2011

Pandangan Dr. Asri berbeza terhadap tarian Poco-poco

Sekarang ini isu panas tentang tarian poco-poco yang diharamkan di Perak. Macam-macam pendapat orang mengenainya. Ini pula pandangan Dr. Asri yang dipetik dari malaysiakini.com, terhadap Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang memutuskan bahawa tarian poco-poco haram.
Beliau berhujah, semua urusan harian manusia, termasuk tarian, adalah harus diamalkan kecuali terdapat dalil yang jelas mengharamkannya.

Bagaimanapun, tambahnya, jika terdapat unsur yang tidak baik, perkara itu hendaklah ditapis dengan membuang unsur yang buruk, bukan mengharamkan perkara itu secara menyeluruh.

"Atas asas ini, pada pandangan saya, tarian poco-poco adalah harus, melainkan jika seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah," katanya yang juga pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM).

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini dilaporkan berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan tarian berkenaan sebagai haram kerana mempunyai unsur kepercayaan agama lain dan pemujaan roh.

Pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi. Dalam kenyataan pada Selasa malam, Dr Mohd Asri juga menegaskan, masyarakat Islam hendaklah tahu tentang keluasan Islam, apatah lagi dalam masyarakat yang serba rencam hari ini.

"Maka, fatwa dalam hal tarian, senaman, permainan dan seumpamanya, hendaklah luas, tidak sempit dan berusaha melihat ruang keizinan yang diberikan oleh Islam," katanya.

Menurut Dr Mohd Asri lagi, jika pengharaman dibuat berdasarkan asal-usulnya yang tidak islamik, ia akan mewujudkan kecenderungan pengharaman pelbagai lagi aktiviti seperti Tai Chi, Taekwondo dan senaman Qiqong.

Beliau bagaimanapun menegaskan menghormati pandangan Harussani dan Jawatankuasa Fatwa Perak yang mengharamkan tarian tersebut dan cuma memberikan pandangan berbeza.

P/s: Entah macam mana tarian poco-poco ni leh jadi femes kat Malaysia..

Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone

Bekas Mr. Asia, Malek Noor dimasukkan ke ICU

Artikel ini dipetik dari akhbar online NST hari ini.

IPOH: Former Mr Asia Datuk Malek Noor has been admitted to the intensive care unit of Pantai Hospital after collapsing while playing football for the Perak Menteri Besar Cup at the Perak Stadium here yesterday.
Malek, 54, is reportedly in stable condition. The body-building ace was goalkeeping for the national football legends in a friendly match against the Perak Menteri Besar selection when he collapsed five minutes into the game, organising committee chairman Datuk Azhar Ahmad told reporters. 

"Let's all pray for his speedy recovery," he said.

The football legends won the game 1-0 through the goal scored by Sharin Majid. 
Apart from Shahrin, veteran players in the team also included K. Gunalan, Hassan Sani, Karim Pin, Khalid Ali, Ahmad Yusof, Shukor Salleh and Bakri Ibni. The Perak Menteri Besar team, captained by the menteri besar himself Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, comprised former Perak football players such as Azizul Abu Haniffa, Ramli Talib, A. Elanggovan, Roafandi Yusof, Ahmad Shahrul Azhar, Chan Kok Heng, and P. Umaparam. 

Over 1,000 people watched the game where RM10,000 was raised for the National Athletes Welfare Fund. -- BERNAMA



Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone

Khasiat teh sama dengan khasiat air putih

London, March 28 (ANI): Sebuah kajian baru mendapati bahawa meminum 4-6 cawan teh setiap hari adalah sangat baik seperti juga minum seliter air sehari untuk menjaga tubuh daripada terhidrasi. 

Penemuan ini membantah idea bahawa minum teh secara teratur dapat mengeringkan tubuh kerana kandungan kafein-nya.  Penyelidikan juga tidak menemui kesan kesihatan negatif daripada meminum teh dalam jumlah tersebut. Dalam ujian klinikan yang telah dijalankan, sebanyak 21 responden telah meminum empat cawan teh 240ml selama 12-jam - yang setara dengan jumlah kurang satu liter teh.
Teh tersebut termasuklah 20ml susu semi-skim tanpa gula. Ujian ini juga diulang dengan menggunakan enam cawan teh atau air putih, sama dengan hampir 1.5 liter cecair, untuk menyiasat kesan daripada pengambilan. 
Contoh darah diambil sebelum dikonsumsi dan secara berkala untuk memeriksa tahap penghidratan. Analisis tidak mendapati perbezaan yang signifikan antara minum teh dan air. 

Menurut Carrie Ruxton, penasihat pemakanan untuk panel kajian, kepada Daily Mail, "teh adalah cara terbaik untuk mengekalkan tahap cecair yang sihat dalam tubuh. Selain itu, teh juga merupakan sumber yang kaya dengan flavonoid, yang telah dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit jantung dan stroke,". Penyelidikan ini telah diterbitkan dalam British Journal of Nutrition (ANI).


United akan mengadakan 5 perlawanan pra-musim di Amerika

Julai ini, Manchester United akan mengadakan tour pra-musim mereka di Amerika pula. Mereka akan berhadapan dengan lima pasukan yang terdiri daripada tiga pasukan dalam Major League Soccer (MLS), MLS All-Star, serta satu perlawanan dengan gergasi Sepanyol, Barcaleno. Berikut merupakan jadual perlawanan persahabatan tersebut:-

13 July: Man United VS New England Revolution
Gillette Stadium, Boston

20 July: Man United VS Seattle Sounders
Qwest Field, Seattle

23 July: Man United VS Chicago Fire
Soldier Field, Chicago

27 July: Man United VS MLS All-Stars
Red Bull Arena, New Jersey

30 July: Man United VS Barcelona
FedExField, Washington DC

Boleh baca laporan penuh dalam laman web manutd.com


Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone

Saya masih lagi istimewa untuk Liverpool - Cole

Bekas pemain Chelsea yang kini terpaksa bertarung untuk ditempatkan dalam skuad utama Liverpool kerana masalah kecederaan menegaskan bahawa dia masih lagi mempunyai hak istimewa dalam kelabnya.
"Saya beruntung bermain untuk Liverpool dan punya hak-hak istimewa untuk menjadi seorang pemain bola sepak profesional," kata Cole dalam laman web liverpoolfc.tv. 

"Hal terbaik yang dapat anda lakukan sebagai pemain adalah memastikan bahawa anda tidak mengambil begitu saja setiap hari kerana kehidupan bola sepak adalah sesuatu yang hebat. Tidak ada yang ingin diubah. 

"Sudah agak kurang bagi saya musim ini tetapi bola sepak semuanya tentang pasang surut dan kadang-kadang anda hanya perlu ikut keadaan. Saya suma mencuba untuk berfikir positif dan meneruskan perjuangan semampu yang boleh" 
"Saya menikmati bola sepak saya saat ini dan memastikan saya bekerja keras setiap hari dari saat saya datang ke kelab ini sehingga saat saya pergi kelak." 

Cole juga gembira dengan pelantikan bekas jurulatih Chelsea, Steve Clarke. "Saya tidak berfikir anda akan menemui seorang pelatih yang lebih baik selain Steve Clarke," katanya. "Para pemain benar-benar menikmati latihan dan saya datang ke pejabat dengan senyum lebar di wajah saya setiap hari. Saya fikir semua pemain juga gembira dan anda boleh lihat kepada pencapaian semasa." 

Perpindahan Andy Carroll ke Liverpool juga menggembirakan Cole. "Dia sangat mirip dengan Didier Drogba," kata Cole. 

"Dia pemain yang baik dan saya fikir pasti sukar sekali untuk menemui dua pemain yang hebat di bulan Januari seperti Andy dan Luis Suarez." katanya lagi kepada liverpoolfc.tv.


Rabu, 30 Mac 2011

The flying cat is here!

Wachaaa!!

the eagle, "run run run..Oppss..fly fly fly"
the cat, "you can't go anywhere, i'm flying too"

Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone

Guru didakwa pukul lebih 20 pelajar kerana marah keretanya dicalar

Menurut New Sabah Times, akibat marah kerana keretanya dicalar, seorang guru bertindak memukul seramai lebih daripada 20 pelajar asrama lelaki di salah sebuah sekolah menengah di kawasan Beluran baru-baru ini.

Difahamkan insiden itu berlaku pada pagi Khamis lepas, semasa pelajar tingkatan 1 hingga 3 (sesi petang) sedang belajar dalam bilik belajar asrama. Salah seorang warden di asrama berkenaan masuk dan memanggil semua pelajar untuk disoal siasat. Namun tidak ada seorang pun yang mengaku mencalar kereta guru terbabit.

Guru itu kemudiannya didakwa bertindak ganas dengan memukul para pelajar menggunakan objek sehingga patah. Tidak cukup dengan itu guru itu turut dikatakan menumbuk para pelajar sehingga menyebabkan ada segelintir pelajar yang tercedera.

Seorang pengadu yang berumur 36 tahun mengakui kesal dengan tindakan guru terbabit kerana tindakan kurang profesional guru itu menyebabkan anaknya dan juga murid-murid lain trauma untuk balik ke asrama. Beliau berharap supaya kejadian yang berlaku dapat disiasat dan tindakan sewajarnya dikenakan terhadap guru terbabit.

“Apa salahnya hal itu disiasat dahulu sebelum sewenang-wenangnya menghukum para pelajar yang tidak bersalah. Malah guru ini juga sering dianggap ‘ganas’ oleh pelajar asrama berikutan tindakannya agak kasar ketika memberikan teguran,” dakwanya yang telah pun membuat laporan polis.

Tambahnya lagi, “Saya harap hal ini mendapat perhatian daripada pihak bertanggungjawab dan kenakan tindakan yang sepatutnya bagi memastikan hal ini tidak berulang lagi.” Pihak Polis Beluran ketika dihubungi mengakui sedia maklum akan hal tersebut namun mendakwa belum menerima sebarang aduan secara rasmi.

P/s: anak-anak murid sekarang kalau dijentik saja telinga oleh guru, kes polis la jadinya..bila prestasi sekolah menurun, guru juga yang disalahkan..

Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Hadiah-hadiah Percuma dari DiGi Install Opera Mini-FY dalam smartphone

Anang turut hadir di majlis persandingan Kris Dayanti

Pasangan Kris Dayanti dan Raul Lemos. (pic from google)
Pasagan pengantin baru, Kris Dayanti dan Raul Lemos baru sahaja mengadakan majlis persandingan di Hotel Mulia, Jakarta, hujung minggu yang lalu. Majlis itu diraikan dengan penuh gilang gemilang dan dihadiri oleh lebig 3000 orang tetamu. Kris Dayanti yang tampil dengan pakaian pengantin hasil rekaan pereka terkenal dunia, Vera Wang, tampak sungguh anggun.

Apa yang lebih menarik dalam majlis ini ialah ianya turut dihadiri oleh bekas suami Kris, Anang Hermansyah yang hadir bersama dengan kekasihnya, Ashanty. BUkan sekadar mengucapkan tahniah malah Anang juga sempat menyanyikan dua buah lagu iaitu Jodohku dan Tanpa Bintang khas buat Kris dan suaminya.

Suasana menjadi penuh emosi apabila Anang menatap wajah Kris dan seterusnya berpelukan erat dengan Raul Lemos sambil diiringi tepukan hebat daripada para tetamu yang hadir. Antara artis lain yang hadir ialah Luna Maya, Titiek Puspa, Rossa, Titi DJ, Camelia Malik, Afghan, Bunga Citra Lestari dan teman karibnya, Siti Nurhaliza yang hadir bersama suami dan abangnya.

Semoga Kris dan Raul bahagia dalam kehidupan rumah tangga mereka selepas ini.