Edisi Blogger: April 2011

Sabtu, 30 April 2011

Kucing melahirkan anak menyerupai anjing

Tahun lalu dunia digemparkan dengan seeokr kambing yang telah melahirkan anak yang menyerupai seekor anjing. Kini, kita dikejutkan dengan satu lagi kelahiran aneh, kucing yang melahirkan anak anjing. Berita ini saya petik dari laman web Metro.co.uk:-
The kitten-puppy. (Source: Metro.co.uk)
Zhou Yun, the cat's owner, says she knew her furry friend was pregnant so she wasn't surprised when she happened upon two kittens at the beginning of the month.
On closer inspection, however, she noticed that one of the babies was dead. 'I then noticed the other kitten surprisingly looks like a dog,' Zhou, who lives in Yangshan, in eastern China's Jiangsu Province, told reporters. Zhou, who's also the owner of a pet dog that likes to eat and sleep with its feline pal (hmm...), added: 'Quite possibly the kitty is a mixed child'.

Lai Xiaoyun, president of a local pet clinic, has sagely pointed out (after having a good look at the kitten-puppy, to be fair) that it's impossible for a cat to give birth to a dog. He reckons Zhou's cat popped out two kittens and one died shortly after: 'So the cat went out and accidentally found a litter of newborn puppies and took one home.' 

'Cats and dogs are two different species and it's impossible to have joint descendants,' he concluded.

Jika melihat dari sudut saintifik, sememangnya mustahil kejadian seumpama ini berlaku seperti apa yang dikatakan oleh doktor tersebut. Adakah si pemilik sengaja buat baka dengan (tuttt...) anjing dan kucing? Apa pendapat korang?


Trend Menarik Sekarang:-  The Berry is back! Find your NOW  

The youngest professional footballer ever signed at one-year-old

Truly Amazing! This is far beyond our expectation. Whoa, signed at the age of one year old! Yes, ONE-YEAR-OLD professional footballer. Believe it or not, here's the stories. According to The Telegraph news, A one and a half year old Dutch footballer has shot his way to fame and a 10-year professional contract with his local champion's division football club. Baerke van der Meij scored almost a million hits on YouTube after his father Jorg posted a film of the toddler shooting three balls into his toy box last week.
Ciayok! Baerke van der Meij..kick the ball into the box.

The boy and his family are supporters of the Venlose Voetbal Vereniging, or VVV, football team in the city of Venlo where Baerke's grandfather once played as a professional. The toddler joined VVV's star midfielder Ken Leemans during a training session in De Koel Stadium on Tuesday before being offered the “symbolic” contract.

”The toddler's favourite position has not yet been determined. However, we can speak of a right-footed player with a very good kicking technique, perseverance and, importantly: football genes via his grandfather,” said a VVV Venlo press release.

I think this kid will be the next football star. Will be FIFA Player of the yearsss. Or maybe the next legendary of the arena. Kudos!!

Trend Menarik Sekarang:-

  Create your own banner at mybannermaker.com!
The Berry is back! Find your NOW Read More Stories

Rabu, 27 April 2011

Naked exercise sessions

Wanna see the exact result of your exercise routine? I recommend Basque-based Easy Gym to you. Here's how it works according to Metro.co.uk news. Speaking to the BBC, gym owner Merche Laseca was keen to stress that the idea had been motivated by a finances, rather than any strongly-held belief that people should be allowed to work out in the buff.
fitness enthusiasts look to get into shape. (Pic from Metro.co.uk)
Mr Laseca said: 'I'm not a nudist myself, though I have no problem with it. But this initiative is about the money.'

The idea emerged after gym owners found out two local swimming pools were offering monthly nude bathing sessions, which had proved popular. While the idea of exercising in the nude is unlikely to be to everyone's taste, evidence suggests that this was the preference among athletes in Ancient Greece.

The original Olympic Games, a tradition which dates back more than 3,000 years, is widely believed to have been performed in the nude, based on written accounts and ancient artistic renderings. While the reasons remain unclear, some have suggested that this was to prevent women from dressing up and taking part in the exclusively male event.

Now u can say this, "oh, my fat melted from my body. Cool"

Create your own banner at mybannermaker.com!
Make your own banner at MyBannerMaker.com!

Trend Menarik Sekarang:-  The Berry is back! Find your NOW
Read More Stories

Simptom-simptom dan alat mengukur kemurungan

Wokey, nak tanya, pernahkah anda mengalami kemurungan dalam hidup? Mesti pernah kan..kemurungan ini merupakan sesuatu yang biasa berlaku. Namun demikian sekiranya seseorang itu mengalami tahap kemurungan yang melampau, hal ini akan menjejaskan kesihatan mental individu tersebut. Kesannya, seseorang itu cenderung untuk melakukan perkara-perkara yang memusnahkan diri seperti kes bunuh diri.
Berikut merupakan simptom-simptom kemurungan:
1. Kemunduran pada gerakan psychomotor
2. Gangguan terhadap tidur.
3. Selalu tidak bertenaga
4. Selalu rasa diri bersalah dan tidak bernilai
5. Perubahan minat terhadap aktiviti seksual
6. Sukar menumpukan perhatian
7. Sering berfikir tentang kematian dan ingin membunuh diri
8. Perubahan terhadap selera makan dan berat badan
9. Hilang harapan 

Macam mana dengan anda? pernah merasai salah satu daripada simptom di atas? atau dua, tiga, empat, atau kesemuanya? Jika anda ingin mengukur tahap kemurungan dalam diri, disarankan agar anda mengambil unjian BDI (Beck Depression Inventory). Ujian ini merupakan salah satu ujian self directed di mana anda boleh membuat penaksiran sendiri. Namun sekiranya anda inginkan hasil serta kaedah rawatan yang sesuai, anda digalakkan untuk berjumpa dengan pakar profesional seperti kaunselor berdaftar dan ahli klinikal psikologi. 

p/s: nota ini akan keluar final exam..ciayok!


Trend Menarik Sekarang:-  The Berry is back! Find your NOW Read More Stories

Selasa, 26 April 2011

Kesempurnaan yang ada pada orang yang kurang sempurna

Apakah yang akan anda lakukan jika anda dilahirkan dalam keadaan fizikal yang kurang sempurna? Bagi ibu bapa khususnya, sudah tentu sukar bagi mereka untuk menerima hakikat sekiranya mereka mendapati anak kandung mereka sendiri tidak normal dari segi fizikal ketika dilahirkan ke dunia. Namun sekirannya seseorang itu berfikiran positif dan optimistik terhadap masa depan yang bakal dilalui oleh anaknya maka tidak mustahil anak mereka itu akan menikmati hidup seperti orang lain malah mungkin jauh lebih baik. 

Sudah banyak kisah hidup orang kurang normal yang memberikan inspirasi kepada kita untuk bergerak ke hadapan dan menikmati hidup dengan lebih bermotivasi. Salah satu daripadnya ialah kisah hidup yang dialami oleh seorang gadis yang menjadi pemain piano terkemuka walaupun hanya memiliki empat jari. Gadis tersebut ialah Hee Ah Lee yang dilahirkan pada tahun 1985. Apabila anda mendengar dia bermain piano, sudah tentu anda juga akan terpegun. 
Hee Ah Lee pianist at the piano
Menurut TruthorFiction, ibu Lee, Sun, telah mengandungkannya apabila dia berkhawin dengan seorang lelaki kurang upaya. Namun demikian, bukan faktor genetik yang menyebabkan kecacatan Lee tetapi pengambilan ubatan oleh ibunya. Bukan sahaja mengalami kecacatan jari, Lee juga mengalami kecacatan pada kaki dan sedikit kecederaan otak. Sun melihat anaknya itu sebagai seorang insan yang cantik dan menolak cadangan sanak saudaranya untuk menghantar Lee kepada keluarga angkat.

Ketika Lee berada di pra-sekolah, dia dihantar oelh ibunya menghadiri kelas piano untuk dua tujuan iaitu bagi membantu Lee untuk belajar memegang pensel dan yang kedua ialah untuk membantu Lee menguasai perkara baru. Ini kerana sekiranya Lee boleh menguasai permainan piano maka dia juga berkemungkinan besar boleh menguasai bidang lain. Mulanya Lee sangat sukar untuk belajar piano namun disebabkan oleh motivasi dan semangat yang tinggi serta sokongan tidak berbelah bahagi daripada ibunya, Lee berjaya mengusai permainan piano sehingga mendapat hadiah utama dalam konsert piano di kalangan pelajar tadika. Pada umur 7 tahun, Lee telah menjuarai Korea’s 19th National Handicap Conquest Contest.

Hari ini, Lee telah menerima banyak anugerah dan juga telah menjelajah ke seluruh dunia untuk mengadakan konsert pianonya dengan lebih 200 kemunculan. Album pertama Lee yang bertajuk "Hee-ah, a Pianist with Four Fingers" telah dilancarkan pada Jun 2008.

Saya tak pasti sama ada terma 'kurang upaya' itu sesuai atau tidak ditujukan kepadanya. She got talent, fame, and most of all, a gift from God. Truly inspiring!


Isnin, 25 April 2011

"Taska" untuk Lelaki Sementara Menunggu Pasangan Bershopping

Hamburg Man-dergarten

Dengan hanya membayar sebanyak $11.80, seorang wanita atau isteri boleh meniggalkan suaminya di dalam sebuah 'taska' lelaki yang terdapat di Noxbar, Hamburg, Jerman. Ini membantu wanita-wanita ini untuk bershoping dengan tenang tanpa mendengar rungutan pasangan yang tidak suka bershoping. Lelaki-lelaki tersebut akan diberikan lencana, hidangan istimewa, bir, televisyen, dan permainan-permainan lain. Terdapat dua orang 'pengasuh' yang bertugas dalam bar itu. Permintaan sangat tinggi pada minggu pertama pelancarannya di mana tidak kurang daripada 27 wanita telah meninggalkan pasangan mereka di sana dan perlu berjumpa dengan mereka semula sebelum jam 18:00 untuk membantu membawa barangan shopping para wanita ini. Idea pembukaan 'taska' lelaki tersebut timbul berikutan aduan seorang wanita yang tidak tahan dan tertekan dengan sikap suaminya yang suka membebel dan merungut semasa dibawa bershoping.

Trend menarik sekarang:- Perlumbaan F1 di Churp2

Sabtu, 23 April 2011

Laman web berpacaran untuk orang hodoh

Jumaat, 22 April 2011

Maut selepas rakam jiran melakukan hubungan sex

Ini lah padah yang diterima oleh seorang lelaki yang merakam aksi jirannya yang sedang melakukan hubungan seks. Siapa tak marah kalau privasi diganggu dan diaibkan. Bila kena pada orang yang memang susah untuk mengawal emosi diri, maka hal seperti ini lah yang berlaku:-
(Sumber: New Sabah Times)
Elok sangat la tindakan si suspek itu dengan menyerah diri secara sukarela. Tak baik menyusahkan orang!


Trend Menarik Sekarang:- Take the Nestle Wellness Profiler Test today The Berry is back! Find your NOW Read More Stories

Video anjing meminta sedekah

Jika anda pergi ke Miami Beach, Florida, anda mungkin akan terserempak dengan ajing yang bernama Chocolate ini. Ia telah diajar oleh tuannya untuk merayu meminta wang daripada para pelancong dan penduduk tempatan di sana.



*Kan bagus kalau saya ada anjing macam ni..huhu

Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone

5 tanda anda ketagih dengan komputer

Perkara ini tak menghairankan jika ia berlaku pada zaman sekarang ni. Zaman IT la katakan. Mungkin ada segelintir dari kita yang terlalu obses dengan komputer atau internet dan ianya boleh dikenalpasti sekiranya anda sedang mengalami 'simptom-simptom' berikut:

Khamis, 21 April 2011

Cara merompak bank

Whoa..bahaya sekarang ni..Eh eh, korang jangan salah faham ya, saya bukan nak buat entri pasal cara-cara nak rompak bank seperti yang tertera pada tajuk. Begini ceritanya, tadi semasa gua godek-godek statistik blog kat Nuffnang, tertengok lak search keyword ni, "cara merompak bank"..oppss!! sampai gitu skali..ni mesti nak buat projek besar. Nak rompak bank mana tu?

Rabu, 20 April 2011

Sering menggaru kepala kerana kutu?

Yeah! gua balik kampung dah..tak lama pun, seminggu je. Maksudnya, blog sekupang ni pun terpaksa berehat seminggu. Hanya dapat update mungkin sekali je sehari. Tu pun kalau line GPRS bagus..huhu..kesian..

Ok la, berbalik pada tajuk entri kali ni. Gua nak crita sikit tips macam mana nak mengelakkan kepala dan rambut kita daripada dijangkiti kutu. Tips ni diperoleh daripada majalah Jelita edisi tahun yang sudah-sudah.

Kalau seseorang itu selalu menggaru kepala, kemungkinan besar dia sedang mengalami masalah banyak kutu.Err..geli kalau nampak kutu berjalan di celah rambut..eerr..kita kena ingat bahawa kutu ini boleh berjangkit melalui rambut ke rambut dan melalui perkongsian sikat. Bagaimanapun, kita boleh membebaskan diri dan keluarga atau teman-teman daripadanya melalui tips-tips berikut:-

1. Periksa rambut semua ahli keluarga atau teman-teman terdekat sekurang-kurangnya seminggu sekali. Secara tidak langsung ia juga boleh mengeratkan lagi silaturahim.

2. Dapatkan nasihat doktor terutamanya jika ada ahli keluarga yang hamil, sedang menyusu, bermasalah alahan, lelah dan epilepsi sebelum menggunakan sebarang ubatan. Guna ubat racun kutu pun kena berpada-pada juga.

3. Semua bahan mematikan kutu adalah racun perosak dan jika anda membelinya di farmasi, ikut arahan dan peraturan serta berhati-hati. Membuang dan mematikan kutu dengan menariknya menggunakan sikat khas adalah paling selamat.

4. Pastikan anda sering menukar cadar di dalam bilik tidur.

5. Rendam sikat di dalam air panas kira-kira 10 minit sebelum menggunakannya.

Semoga dengan cara-cara ini kita akan dapat mengelakkan diri daripada dijangkiti kutu ya. Bye bye kutu!


Isnin, 18 April 2011

Derita menjadi remaja paling tinggi di dunia

Kadang-kadang kelebihan yang ada pada diri akan membawa kepada keburukan atau kelemahan yang perlu ditanggung oleh individu tersebut. Ini lah senario yang berlaku kepada remaja yang memegang rekod remaja paling tinggi di dunia iaitu Malee Duangdee, 19 tahun.
Duangdee dengan seorang rakan. (Sumber: The Telegraph)

Ahad, 17 April 2011

Bolehkah anjing laut dan anjing peliharaan berkawan?

Entah lah, saya sendiri pun tak berapa peka dengan hal ini. Tak pernah pula cari maklumat pasal anjing laut dan anjing peliharaan sama ada mereka boleh berkawan, bergurau senda, atau bergaduh. Namun apa yang pasti, dalam gambar kat bawah ini, jelas kita boleh melihat bahawa si anjing darat, agaknya ini anjing Bulldog kot, dengan si anjing laut sedang 'bermesra'.


Manurut dalam laman web The Telegraph, anjing laut tersebut telah memberikan satu tamparan nakal pada pipi si anjing peliharaan yang membuatkannya sedikit tergamam dan kehairanan. Agaknya, anjing peliharaan ini pun macam manusia juga kan. Cuba bayangkan kalau anda terjumpa dengan seorang Red Indian semasa anda sedang bersiar-siar di tepi pantai. Apa akan anda rasa?

Trend Menarik Sekarang:- Take the Nestle Wellness Profiler Test today The Berry is back! Find your NOW

Sabtu, 16 April 2011

Pekebun sayur bunuh diri

Nah!..satu lagi tindakan berani mati dengan meminum racun rumpai. Argh! hidup yang dihimpit masalah kewangan memang menyiksakan. Ada orang yang berani menghadapainya dengan tawakal dan usaha dan akal tetapi ada orang yang berani menghadapinya dengan mematikan diri. Mana satu yang lebih munasabah? Namun, segala pemikiran rasional seseorang itu akan hilang tatkala emosi dan tekanan menguasai diri. Maka kejadian seperti ini lah yang akan berlaku:-

Jumaat, 15 April 2011

Sempat order McDonald walaupun sedang dikejar polis

Nak cakap dah nyanyuk pun tak juga. Pelik betul perangai wanita tua ni. Roberta Spen, 64, telah ditahan polis kerana memecut dan tidak mematuhi arahan polis untuk berhenti. Dikatakan bahawa hanya satu tempat yang akan buat dia berhenti iaitu restoran McDonald. 
Roberta Spen
Menurut polis dalam laman Sun Sentinel, mereka cuba untuk menahan Spen apabila mendapati lampu brek keretanya tidak berfungsi. Polis-polis ini memberi signal kepada Spen untuk berhenti dan keluar tetapi si Spen ini dengan rileksnya memandu kereta terus ke dalam laluan 'drive thru' McDonald untuk order menu pulak. Ingatkan dia nak berhenti tapi sejurus saja membayar ordernya, dia terus memecut laju. 

Bila polis buat teknik box untuk menahan kereta Spen, dia berjaya lari dengan mengundurkan kereta. Apa lagi, polis pun buat la cara kasar dengan merempuh kereta si Spen ini. Lepas tu, boleh lagi si Spen buat hal tak nak serah kan lesen dan pendaftaran. Akhir sekali si Spen pun cakap la " I was not speeding"..haih..dah terang-terangan buat kesalahan masih nak cover.


Trend Menarik Sekarang:- Take the Nestle Wellness Profiler Test today

Macam mana kambing ni boleh tersangkut kat kabel elektrik?

Spectators suggested the sheep may have been trying to reach a field of ewes at the bottom of the hill

Hairan bin ajaib betul lah. Kalau Rambo yang buat macam ni, tak lah menghairankan sangat tapi kalau kambing biri-biri yang buat memang akan menimbulkan persoalan. Macam mana benda ni boleh terjadi ya?

Help? The sheep dangles some 15feet above the ground, its horn caught in the live electrical wire
Manurut laman web Daily Mail, kejadian ini berlaku kerana si kambing punya tanduk itu tersangkut pada wayar elektrik semasa meragut rumput di sebelah atas bukit. Wayar tu agak rendah sehingga kambing pun boleh mencapainya. Apa lagi, si kambing pun buat 'flying fox' macam Rambo la. Nasib baik tak kena renjatan letrik.



Trend Menarik Sekarang:- Take the Nestle Wellness Profiler Test today

Khamis, 14 April 2011

Terkentut semasa membaca berita

Lagi-lagi kentut je entri gua ni..huhu..bukan sebab gua suka kentut tau..haha.


Legaa!..
Trend Menarik Sekarang:- Take the Nestle Wellness Profiler Test today

Terkentut semasa ujibakat

Argh!! Malu..malu kalau ini berlaku kat gua..kalau berlaku semasa interview kerja confirm kena reject.


Apa pun sabar je lah..

Trend Menarik Sekarang:- Take the Nestle Wellness Profiler Test today

Berkahwin semula selepas 57 tahun bercerai

Waduh, lama juga mereka rujuk semula. Pasangan Harper, 93, dan Elsie, 90, telah berkahwin semula selepas 57 tahun bercerai. Pasangan yang berasal dari Driffield, Yorkshire, ini mulanya telah mengikat tali perkahwinan pada tahun 1941 tetapi berpisah pada tahun 1954 yang berpunca daripada tekanan peperangan. Selepas bercerai, keduanya telah berkahwin semula dengan pasangan masing-masing. Pasangan ini juga mempunyai seorang anak perempuan.

Isteri minta cerai kerana suami tak suka pakai seluar dalam

Ngeh! padan muka. Siapa suruh tak biasakan diri untuk pakai seluar dalam..kan dah kena cerai..huhu

Rabu, 13 April 2011

Helikopter yang membawa rombongan Tim. Perdana Menteri terhempas

Lagi berita helikopter terhempas di Sibu. Sungguh malang tidak berbau. Berita ini dipertik dari akhbar online The Borneo Post kelmarin. 
Keadaan helikopter yang terhempas di Sibu. (pic fron The Borneo Post)

Selasa, 12 April 2011

The 91 year-old bodybuilder

Meet this 91 year-old-bodybuilder that give thousands inspiration for us to keep a healthy living.
Dr Charles Eugster

Isnin, 11 April 2011

Worst plastic surgeries in this world

This might be the worst plastic surgeries in this world. When people are hunger for beauty, things like these pictures might probably to happen. But according to psychologist, these kind of people were struggling with somatoform disorder. Already spending thousands or maybe millions of dollar to get the fugure desired but sometimes it will just make them even uglier thatn before.


Hang Mioku who injected cooking oil into her own face

Gambar intim Christiano Ronaldo dengan girlfriendnya


Fuh! kalau dah femes ni tentu sja akan menjadi tumpuan paparazi kan. Segala tindak tanduk pun diawasi oleh kamera. Tapi tak pe lah. Mereka kan orang barat. buat ja apa-apa pun tak kisah. Gambar-gambar si Ronaldo dgn teman wanitanya ni dipetik dari myMetro hari ini. Menurut akbar ini, Ronaldo sekarang tengah hangat bercinta dengan peragawati yang bernama Irina, seorang warganegara Russia.



Trend Menarik Sekarang:- Take the Nestle Wellness Profiler Test today

Wanita tua berumur 70 tahun merompak bank

Pelik tapi benar. Wanita warga emas ini telah ditangkap dan dipenjara selama 15 tahun kerana merompak bank. Menurut laman web The Frisky, wanita ini bertindak sedemikian kerana diugut oleh pemilik tanah tempat tinggalnya. Video berikut merupakan temuramah khas dengan wanita ini.

 Klik link 70-Year-Old Grandma Laughs About Robbing Bank ini untuk menonton video

Trend Menarik Sekarang:- Take the Nestle Wellness Profiler Test today

Lagi mangsa penipuan internet

Bukan satu dua kes penipuan internet ini yang telah berlaku tapi dah banyak. Namun, kes seumpamanya masih lagi kurang memberi kesedaran masyarakat terhadap jenayah siber yang kian berleluasa. Apa yang berlaku kepasa Ayu seperti yang dilaporkan oleh myMetro rasanya pernah berlaku sebelum ini. Diharapkan kes ini akan memberi pengajaran kepada kita supaya lebih berhati-hati kelak. 

KLANG: Gara-gara percaya e-mel yang mengatakan akaunnya di sebuah bank bakal dibekukan, seorang wanita berputih mata apabila wang simpanan RM5,000 dipindahkan ke akaun lain tanpa pengetahuannya. Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Ayu, 29, berkata dia menyedari wang dipindahkan ke akaun lain apabila menerima SMS pengesahan daripada pihak bank.
Ayu. (Pic taken fron myMetro)
Dia yang cemas membuat laporan polis serta menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan bank berkenaan untuk membuat pengesahan sama ada wang dalam akuannya dipindahkan ke akaun lain. Ayu berkata, sebelum kejadian dia menerima e-mel daripada pihak yang mengaku wakil bank berkenaan dan memintanya mengemas kini maklumat peribadi supaya akaun simpanannya tidak dibekukan.

“Khuatir perkara itu, saya membuka pautan yang terdapat dalam e-mel terbabit dan memasukkan alamat e-mel dan kata laluan seperti diminta.

“Laman web itu sama dengan laman web rasmi bank berkenaan. Jadi, saya tidak mengesyaki apa-apa yang pelik pada laman web itu.

“Selepas e-mel dan kata laluan dimasukkan, saya menerima SMS daripada bank yang mengatakan sejumlah wang daripada akaun saya sudah dipindahkan,” katanya.


Ayu berkata, walaupun laporan polis dan aduan dibuat, bank berkenaan seolah-oleh lepas tangan dan sukar bekerjasama dalam mengendalikan kes itu. Menurut Ayu, bank itu memberi jawapan tidak meyakinkan terhadap persoalan diajukan terutama ke akaun mana wangnya dipindahkan.

“Pegawai bertugas berkata siasatan terperinci dijalankan dan pelbagai perkara perlu diteliti sebelum laporan lengkap disiapkan dan lebih mengecewakan terdapat kekeliruan dari segi waktu transaksi berlaku.

“Mengikut laporan bank berkenaan, waktu wang saya dipindahkan ke akaun lain pada jam 11.59 malam, tetapi berdasarkan penyata kewangan bank itu,menunjukkan waktu wang saya dipindahkan ke akaun lain pada jam 11 malam.

“Saya membuat laporan polis sekali lagi serta menghantar surat aduan kepada Bank Negara berhubung ketidakpuasan hati terhadap laporan yang diterima selain meminta laporan terbabit diteliti semula,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurutnya, bank berkenaan perlu menaik taraf tahap keselamatan sistem perbankan secara dalam talian kerana dia bukan mangsa pertama dan kegagalan berbuat demikian menyebabkan ramai lagi menjadi mangsa.
 Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop mengesahkan laporan mangsa pada 2 Mac lalu dan siasatan masih dijalankan.

Mohamad menasihatkan orang ramai tidak mudah percaya dengan e-mel daripada pihak yang tidak dikenali dan menyarankan orang ramai membuat pengesahan dengan pihak bank jika maklumat diterima meragukan. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan hukuman maksimum 10 tahun penjara, sebatan dan denda.

*Kalau dapat emel yang meminta kata laluan tu, elok hubungi pihak bank terlebih dahulu. Pernah dapat emel seperti ini tapi nasib baik lah ingat nasihat cikgu semasa sekolah menengah dulu tentang cara utk berhadapan dengan situasi sedemikian.


Trend Menarik Sekarang:- Take the Nestle Wellness Profiler 

Ahad, 10 April 2011

Gambar anjing overweight

Kenapa anjing ini gemuk? Menurut The Telegraph, anjing betina bernama Cassie (gambar sebelah kanan) ini mengalami masalah berat badan melampau kerana sikap tuannya yang telalu banyak memberi makanan berlemak tinggi. Anjing berumur 7 tahun ini mempunyai berat 58kg berbanding berat idealnya iaitu 18-20kg. Kegemukan yang dialami oleh Cassie menyebabkannya sukar untuk berdiri malah mengalami masalah pernafasan semasa tidur. Kini, Cassie terpaksa dibawa ke pusat pemulihan anjing Dog's Trust untuk membantunya berdiet dengan sihat sebelum dikembalikan kepada tuannya.
Cassie (kanan) yang overweight. (pic taken from telegraph.co.uk)
*Anjing ni dah sama berat dengan gua..mak aii...beratnya!


Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone

Bangku Kosong: Siapakah EqbalZack?

Satu lagi segmen yang dimulakan oleh blogger Hasrul Hassan dalam blognya Bangku Kosong. Sila berkunjung ke segmen ini untuk info selanjutnya. Ok, kenapa saya memilih Eqbalzack ya? ini kerana saya dah lama menjadi folower blog beliau dan menjadi silent reader. Korang tau juga kan apa itu silent reader. Saya selalu membaca setiap upadate entinya tetapi sangat jarang meninggalkan komen. 

Salah satu perkara yang menarik mengenai Eqbal ini ialah latar belakangnya. Bukan sahaja berjaya dalam blog tapi beliau juga berjaya dalam bidang yang diceburinya. Kini, Eqbal sedang menuntut pada level PHD di UPM. Selain itu, dia ni memang suka mengajar budak-budak. Cikgu la. Pernah baca pasal pendapatnya mengenai blogger gathering. Katanya dia kurang berminat untuk menghadiri BG dan lebih memilih untuk mengabiskan masa hujung minggunya untuk mendidik para pelajar terutamanya mereka yang bakal menduduki peperiksaan penting. His passion is teaching.

Maaf kalau ada info yang kurang tepat ya.

Tabik pada Eqbalzack pemilik blog Kurasakan Something.



Trend Menarik Sekarang:- Take the Nestle Wellness Profiler 

Keputusan Penuh EPL Sabtu 9 April 2011

Ini adalah keputusan penuh perlawanan Liga Perdana Inggeris semalam 9 April 2011.

Kedudukan terkini EPL

*Screen captured from premierleague.com

Trend Menarik Sekarang:- Take the Nestle Wellness Profiler Test today

Sabtu, 9 April 2011

Kris Dayanti gemuk kerana bahagia

Memang agak kontroversi juga hubungan antara diva popular Indonesia, Krisdayanti (KD), dengan pasangannya, Raul , sejak dari mula perkenalan sampai lah ke pentas pelamin. Macam-macam gossip yang menimpa pasangan ini namun hubungan mereka jelas semakin kukuh. 
KD dan Raul. (Pic from okezone.com)
Menurut laman web okezone.com dari Indonesia, KD dengan Raul dikatakan semakin berisi selepas pernikahan mereka. Kakak KD, Yuni Shara berpendapat bahawa pasangan itu menjadi semakin berisi kerana hati yang bahagia.

"Saya lihat mereka gemuk dua-duanya. Mudah-mudahan Yanti menikmati hari-harinya setelah menikah. Rileks, makannya juga mulai banyak. Yanti itu minum saja bisa jadi daging. Saya lihat di tv kemarin, mereka happy, cukup senang," kata Yuni.

Selepas majlis persandingan hingga sekarang, KD masih lagi belum bertemu dengan Yuni. Sebagai kakak yang juga pernah merasa kebahagiaan selepas pernikahan, Yuni tahu bahawa adiknya itu kini sedang meniti detik manis dalam kehidupan rumah tangga.

"Saya dengar Yanti dan Raul lagi santai-santai liburan. Mungkin sedang honey moon kali ya," tambah Yuni lagi.

Pernikahan dengan Raul sememangnya telah menjadi impian KD dan tidak hairanlah kenapa sehingga kini KD masih lagi tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan kakaknya itu.


Trend Menarik Sekarang:- Take the Nestle Wellness Profiler Test today

Pembentangan selama 8 jam memang memenatkan

Haih..memang penat tapi apakan daya, kita sebagai pelajar harus menempuhinya juga dengan sabar. Hari ini gua keluar hostel seawal jam7 pagi untuk menghadiri pembentangan individu kat sekolah. Bangun saja terus mandi, berkemas, dan jalan tanpa sempat update blog. Bukan lupa tapi terpaksa kejar masa tak nak ketinggalan bas pulak. Biasalah kalau hari sabtu ni, bas pun sikit je. Pas tu pembentangan pulak tulis start jam8. Semangat dah gua nak bentang. Bagus gitu!!..tapi tunggu punya tunggu punya tunggu, dari jam7 pagi, turn gua bentang pun tiba..selepas 7 jam menunggu, sampai lah giliran..fuh!!..7 jam..presentation officially start jam8.30 dan tamat pada jam5 tadi..Hmmmm...redha je lah..lagi pun bukan sikit yang bentang hari ni, ada seramai 78 orang bahagi dua kelas..so, kat kelas gua ada 40 orang..kalau ikutkan hati, gua nak datang jam11, jam12 gitu, tapi sebab lecturer nak ambil kehadiran dari awal sampai selesai maka terpaksalah ikut peraturan..penat memang lah penat tapi ilmu melalui komen-komen dan kritikan membina dari penilai tu memang sangat berharga. Macam berada dalam pembentangn kes sebenar pulak. Siapa tak mau ilmu yang diperturunkan oleh ex-student pemegang bachelor 1st class degree kan..whoaa!! 

Pendek saja entri original gua hari ni. Nak rehat dulu pas tu malam nanti baru nak melayari blog sahabat-sahabat bloger pulak.

Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone

Jumaat, 8 April 2011

Jumpa bomoh untuk dirogol

Haish! macam-macam benda negatif dah yang dilaporkan mengenai perangai bomoh-bomoh ini tapi ramai juga manusia yang tak serik-serik untuk mendapatkan khidmat mereka. Kononnya nak hilangkan penyakit lah, hantu lah, dan yang tak terkecuali juga untuk mendapatkan minyak pelincir. Opss! bukan minyak tu, minyak pengasih la. Minyak yang orang guna untuk mengoda-goda atau memukau orang. Ish! tak takut dosa ker?. Tapi yang menghairankan, masyarakat kita yang mempunyai nilai pegangan agama yang kuat ni pun masih nak percaya benda-benda karut ni. Kenapa tak mohon pertolongan daripada Tuhan saja kalau berhadapan dengan sebarang musibah hidup? 

Seperti yang dilaporkan dalam berita Utusan Malaysia Online, seorang pelajar ini dikatakan telah dirogol oleh seorang bomoh yang kononnya mampu mengusir hantu dalam badan remaja tersebut. 

KUBANG PASU 8 April – Seorang bomoh dari Simpang Kemboja, Ayer Hitam di sini ditahan polis kelmarin kerana disyaki merogol seorang pelajar Tingakatan Lima sewaktu menerima rawatan di rumah bomoh tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Supritendan Ibrahim Mohd. Yusuf berkata, mangsa ke rumah bomoh tersebut bersama kedua ibu bapanya untuk membuang hantu yang dikatakan terdapat di dalam badannya.

"Pelajar tersebut pada mulanya pergi ke rumah bomoh tersebut pada hari Isnin lalu kira-kira pukul 7 malam dan bomoh tersebut memberitahu bahawa ada hantu yang menumpang di badan pelajar berkenaan.

"Bomoh tersebut kemudian menyuruhnya datang semula keesokan hari untuk menerima rawatan susulan," ujarnya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di sini hari ini.

Menurut Ibrahim, pelajar tersebut diarahkan memasuki sebuah bilik bersama bomoh yang berusia 36 tahun itu manakala ibu bapanya menunggu di ruang tamu.

"Ketika kejadian isteri bomoh berada di dapur dan selepas kejadian rogol ini berlaku pelajar tersebut menceritakan kejadian tersebut kepada ibu bapanya.

"Pihak kami menerima laporan daripada keluarga pelajar tersebut pada hari Rabu dan bomoh tersebut ditahan di tempat kerjanya di Kolam Udang Kerpan pada petang hari yang sama," katanya. Jelasnya, bomoh tersebut kini ditahan reman selama empat hari bermula semalam dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - Utusan


Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone

Video gegaran gempa bumi terbaru 7 April di Jepun

Ini lah nasib negara-negara yang berada di kawasan lingkaran api pasifik yang terdedah dengan ancaman-ancaman gempa bumi. Belum cukup dengan gempa bumi tsunami dasyat yang mengorbankan lebih 20,000 orang penduduk Jepun pada 11 Mac lalu, kemudian gegaran susualan beberapa hari kemudian, terbaru, Jepun sekali lagi mengalami gempa bumi berukuran 7.4 pada jam 11:32 p.m hari kelmarin di kawasan yang sama. Berikut merupakan video gegaran tersebut yang diperoleh dari youtube.


Menurut International Bussiness Times, gempa bumi terbaru ini telah menyebabkan dua kematian dan mencederakan lebih 100 orang penduduk lain di kawasan utara timur Jepun.

Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone

Pelajar sekolah agama dibelasah 20 pelajar

Sungguh keterlaluan sikap para pelajar sekarang. Bukan semua tapi sebilangan kecil sahaja. Belum cukup tumbuk muka guru, sepak guru, calar kereta guru, kini nak menceroboh sekolah lain pula untuk membelasah pelajar seperti yang dilaporkan oleh myMetro ini.

KUALA TERENGGANU: Biadab apabila sekumpulan 20 pelajar dari sekolah di Marang bertindak seperti mafia kerana sanggup menempuh perjalanan sejauh dua kilometer untuk menceroboh sekolah agama lainsemata-mata bagi membelasah pelajar sekolah berkenaan, pagi semalam.

Mangsa, Wan Nur Azri Wan Mohammad, 17, dari Kampung Bukit Surau Haji Daud, Marang, cedera di muka, dahi dan belakang badan akibat dibelasah kumpulan pelajar terbabit.

Ibu mangsa, Zalina Mamat, 45, yang ditemui di pekarangan Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, kecewa dengan tindakan ganas kumpulan pelajar itu.

“Saya menerima panggilan telefon daripada anak meminta saya dan suami datang ke sekolah segera sebelum talian putus kira-kira jam 11.15 pagi tadi (semalam).

“Saya menghubungi semula nombor berkenaan dan rakannya menjawab panggilan itu memberitahu anak saya dipukul sekumpulan pelajar,” katanya.

Tanpa berlengah dia yang bekerja di sebuah jabatan kerajaan bergegas ke sekolah berkenaan dan setibanya di sekolah, rakan anaknya memberitahu guru sudah membawa anaknya ke HSNZ untuk rawatan.

Menurutnya, menerusi perbualan dengan rakan anaknya yang menyaksikan kejadian itu, seorang daripada kumpulan pelajar yang menceroboh masuk itu datang ke kelas dan memanggil anaknya sebelum berjabat tangan tetapi kemudian mengheretnya keluar dari kelas.

“Melihat keadaan agak pelik kerana kumpulan pelajar terbabit menarik anak saya, rakannya yang lain turut mengikut ke mana dia dibawa mereka.

“Selepas melihat anak saya dibelasah, rakannya memaklumkan kepada guru dan tindakan pantas mereka mengelak keadaan menjadi lebih buruk,” katanya.

Bapa mangsa, Wan Mohammad Wan Yusof, 47, berkata dia tidak tahu punca yang menyebabkan anak kedua daripada empat beradik yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini dibelasah kumpulan pelajar berkenaan.

Menurutnya, laporan polis sudah dibuat kira-kira jam 1 petang semalam di Balai Polis Bukit Payong Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan masih menjalankan siasatan.

Menurutnya, berikutan kecederaan dialami mangsa, polis menunggu masa sesuai untuk mengambil keterangannya.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Razali Daud, ketika dihubungi berkata pihak sekolah sudah membuat laporan polis mengenai kejadian membabitkan pelajar tingkatan lima sebuah sekolah agama di Marang itu.

Menurutnya, pihaknya memandang serius kejadian pelajar menceroboh sekolah lain dan memukul pelajar di sekolah berkenaan.

“Tindakan lanjut akan diambil selepas siasatan kejadian itu selesai,” katanya.


Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone

Khamis, 7 April 2011

Coca-Cola tamatkan kontrak penajaan dengan Rooney

Ekoran daripada tindakan kurang profesional Rooney semasa 'bergembira' dengan jaringan hatricknya dalam perlawanan menentang Wes Ham hujung minggu lalu, syarikat Coca-cola telah menamatkan kotrak penajaan terhadap pemain tersebut seperti yang dilaporkan oleh The Telegraph hari ini.

Rooney, 25, telah menjalinkan kerjasama dalam mempromosikan syarikat itu sejak tahun 2005. Namun begitu, bos besar syarikat Coca-cola telah membuat keputusan untuk menamatkan kontrak Rooney kerana merasa sangat kecewa dengan kontroversi yang mengelilingi pemain itu.


Selain deripada insiden pada Sabtu lalu di mana Rooney telah mengeluarkan kata-kata kesat yang berbaur lucah di hadapan kamera, reputasinya di luar padang juga turut menjadi isu hangat pada sekitar November lalu apabila didapati melanggan pelacur semasa isterinya sedang sarat mengandung.

Selain Coca-cola, Rooney juga mendapat tajaan daripada syarikat Nike dan EA Sports yang memberinya pendapatan sekitar  £1 juta sebulan.

Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone

Gambar seksi isteri Harith Iskandar dalam majalah Shape

 Fuyoo..memang seksi giler si Jezamine Lim ni kan. Sesiapa lelaki sejati yang tengok tu mungkin keluar air liur dari hidung. Informasi ini gua peroleh dari blog OHBULAN! yang terkenal dengan entri-entri gossip panas pasal astis.
Jezaminr dalam cover majalah Shape. (Pic dari OHBULAN
 
Jezamine yang berdarah kacukan India dan Chinese ini menjadi cover majaha Shape untuk edisi Aprill 2011. Menurut OhBulan lagi, Jezamine juga merupakan seorang doktor yang berkenalan dengan Harith melalui laman Facebook. So, kalau korang tau lebih lanjut mengenai Jezamine boleh lah beli majalah tu ya.

Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone

Maut selepas menyelamatkan kekasih yang lemas

Inilah yang dikatakan malang tidak berbau. Niat untuk menyelamatkan orang lain tapi bukan sahaja nyawa sendiri yang melayang malah nyawa orang yang hendak diselamatkan pun tergadai juga. Apa nak dikata, soal hidup dan mati itu di tangan Tuhan. Inilah yang berlaku Seremban petang semalam. Berita ini dipetik dari akbar myMetro hari ini.

SEREMBAN: “Saya terkilan tidak sempat menarik baju yang dipakainya walaupun dia menjerit meminta tolong,” kata seorang pelajar kolej swasta, Nurul Faizah Nor, 19, rakan kepada dua mangsa lemas ketika berkelah di kawasan rekreasi Sungai Gunung Berembun, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, kedua-dua mangsa masing-masing pekerja kedai kasut, Khairun Niza Kharul, 18, dari Mambau, dekat sini dan teman lelakinya yang juga pelajar kolej, Mohd Rozane Baddarudin, 19, dari Klang, Selangor ditemui lemas selepas berkelah di situ.

Katanya, mereka berempat datang dari rumah sewa di Seremban Dua, dekat sini, menaiki dua motosikal ke kawasan rekreasi itu, kira-kira jam 12.30 tengah hari. Menurut Nurul Faizah, ketika kejadian dia bersama tiga rakan itu mandi-manda di kawasan air terjun di kawasan berkenaan sebelum hujan lebat secara tiba-tiba menyebabkan paras air sungai meningkat secara mendadak.

“Kedua-dua rakan lelaki naik terlebih dahulu ke tebing untuk menyelamatkan barangan makanan.


“Namun, saya dan Khairun Niza terus mandi sebelum berasa tidak sedap hati melihat paras air semakin naik dan terus naik ke batu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.

Dia yang masih kelihatan terkejut dan trauma berkata, sebaik berada di atas batu dia menoleh ke arah rakannya itu dan terkejut melihat Khairun Niza terkapai-kapai dan menjerit meminta tolong selepas dihanyutkan arus deras.

Katanya, dia hanya sempat menarik baju Khairun, tetapi terlepas kerana arus deras menariknya dan melihat kejadian cemas itu,Mohd Rozane terus terjun untuk menyelamatkan teman wanitanya. “Dalam keadaan arus deras Mohd Rozane turut lemas dan mujur saya sempat melompat ke atas kayu dan memanjat ke tebing ketika hampir dibawa arus.

“Saya dan teman lelaki,(Mohd Khalim Shiddik, 19) hanya mampu memandang kedua-duanya rakan kami dibawa arus deras,” katanya yang sebak dengan kejadian itu.



Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone

Rabu, 6 April 2011

Kelab Pencegahan Jenayah akan diperkenalkan di peringkat sekolah

Semakin hari semakin banyak kelab yang diperkanalkan di peringkat sekolah ini. Terbaru yang bakal dilancarkan ialah Kelab Pencegahan Jenayah. Memang patut dan memang perlu disegerakan pelan ini kerana statistik jenayah yang melibatkan pelar-pelajar sekolah sekarang sememangnya semakin membimbangkan. Harapannya agara kelab ini menyediakan satu garis panduan program yang mencukupi untuk memberi pendedahan awal kepada setiap ahli untuk lebih memahami apa itu jenayah dan bagaimana untuk mencegahnya. Berita yang dipetik dari The Malay Mail mempunyai penjelasan yang lebih detail.

KUALA LUMPUR: The formation of crime prevention clubs in schools is among efforts to reduce disciplinary misconduct among students and to encourage teenagers to be more alert on crime prevention.

Malaysian Crime Prevention Foundation (MCPF) vice-chairman Tan Sri Lee Lam Thye said this was also important to shape their understanding of law enforcement in the context of creating a peaceful and harmonious society.

"As parents and members of the public, we must realise that the lives of teenagers do not lack challenges from modernisation and development.

"Therefore, these crime prevention clubs are seen as important in guiding and helping teenagers face such challenges," he told reporters after launching a seminar organised by the Kuala Lumpur MCPF on "The Role of Crime Prevention Clubs in Fighting Crime in Schools", here.

Based on statistics from Bukit Aman, the number of students involved in crime last year was 1,610 or 0.9 per cent, from the crime index registered nationwide.

He said among the crime involving students were seven cases of murder, rape (250 cases), causing injury (146), theft (346) and motorcycle theft (499).

"A total of 2,844 students were detained for various offences, of whom 1,646 were aged 16 to 18, and 1,089 aged 13 to 15," he said.

Kuala Lumpur deputy police chief Datuk Amar Singh said the creation of such clubs in schools was timely and apt.

"We need serious attention from various quarters, especially parents and educators, so that students do not get involved in such activities," he added.

KRU Studios bercita-cita untuk mengambil pelakon Tom Cruise dan Johnny Depp dalam filem mereka

Usaha yang dilakukan oleh KRU Studios dalam menghasilkan filem-filem pecah panggung seperti Hikayat Merong Mahawangsa sememangnya sesuatu yang perlu dihargai oleh peminat-peminat filem tanahair. Selepas ini dikatakan juga dalam akhbar Utusan Online bahawa KRU Studios bercita-cita tinggi untuk mendapatkan khidmat pelakon-pelakon antarabangsa pula seperti Tom Cruise dan Johnny Depp. Malah filem terbaru mereka yang bakal dilancarakan, Vikingdom, juga akan turut dibarisi oleh pelakon-pelokon antarabangsa Hollywood. Harapan seluruh rakyat Malaysia selepas ini ialah untuk melihat banyak lagi filem-filem negara yang berkualiti tinggi dan dapat menembusi pasaran antarabangsa. 

Seperti yang dipetik dalam akbar Utusan Online yang ditulis oleh Shazryn Mohd. Faizal ini; SELEPAS kejayaan filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM), KRU Studios bersedia mengorak setapak lagi dalam mengukuhkan portfolio mereka sebagai syarikat produksi yang disegani apabila bakal menerbitkan filem bertaraf antarabangsa, Vikingdom.
Vikingdomakan membariskan pelakon dari Hollywood selaras dengan impian KRU Studios yang mahu membawanya ke pentas dunia.

Filem yang akan diarahkan oleh Yusry Abdul Halim itu merupakan kerjasama antara KRU Studios dengan Epic Pictures iaitu syarikat produksi yang menjadi ejen pemasaran filem-filem terbitan KRU Studios di luar negara.

Pengerusi Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim menjelaskan, projek Vikingdom memang sudah dalam perancangan pihaknya sebelum filem HMM diterbitkan lagi iaitu sekitar tahun 2007.

“Biarpun Vikingdom akan dibarisi pelakon antarabangsa, saya tidak mahu peminat meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat nama-nama besar seperti Brad Pitt atau Tom Cruise dalam filem ini.

“Memang agak mustahil untuk mendapatkan mereka kerana KRU Studios masih baru.

“Tetapi apa yang boleh saya katakan, pelakonnya nanti juga terkenal dan mereka adalah dari kalangan yang pernah membintangi siri televisyen dan beberapa buah filem di Hollywood.

“Sudah pasti, kami mahu bekerjasama dengan pelakon hebat seperti Cruise dan Johnny Depp tetapi apa yang penting untuk kami sekarang adalah mengukuhkan kedudukan kami terlebih dahulu,” ujarnya dalam nada yang cukup optimis.

Norman berkata demikian pada sidang akhbar mengenai strategi pemasaran antarabangsa syarikat terbabit dan pengumuman penerbitan Vikingdom di bangunan KRU Studios di Cyberjaya, baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Epic Pictures, Patrick Ewald serta Yusry dan Edry.

Epic Pictures sebelum ini merupakan pengedar filem antarabangsa pertama terbitan KRU Studios, Deadline yang dibintangi mendiang Brittany Murphy dan Thora Birch. Mengulas lanjut mengenai Vikingdom, Norman memberitahu, filem itu masih lagi di peringkat praproduksi dan skripnya pula ditulis oleh James Coine. Penggambarannya pula kata Norman, akan bermula sekitar Oktober atau November ini.

Buat pertama kalinya juga, Vikingdom akan menggunakan teknologi terkini, stereoskopik 3D yang pernah digunakan dalam pembikinan filem fiksyen Avatar.

“Kami mahu mencuba dan melihat respons yang diberikan apabila menggunakan elemen imej janaan komputer (CGI) menerusi HMM. Ternyata, ia mendapat sambutan baik daripada penonton dan juga pengedar filem antarabangsa.

“Atas alasan itu, kami berani untuk menerbitkan Vikingdom selepas HMM mencatatkan kejayaan membanggakan dan hak ciptanya berjaya dijual di lebih 70 buah negara di seluruh dunia.

“KRU Studios yakin dengan pendekatan dan tema tentang dunia Viking ini mampu mendapat tempat dan membawa filem ini jauh berkelana ke seluruh dunia.

“Mengenai pelakon tempatan pula, kami akan melihat jika ada watak yang sesuai untuk mereka,” jelas Norman tentang Vikingdom yang kini sudah pun mendapat perhatian beberapa pengedar di Eropah dan Jepun.

Tentang pemilihan tema Viking, Norman menjelaskan, ia merupakan strategi pemasaran memandangkan ia begitu dekat di jiwa penonton luar terutama penduduk Eropah.

Saat diajukan tentang bajet, Norman hanya tersenyum sambil berkata: “Kos penerbitan filem ini dan barisan pelakonnya hanya akan diumumkan di Festival Filem Cannes, Perancis pada Mei ini. Semuanya akan terjawab di sana nanti.” Sementara itu, sebagai pengarah, Yusry bersama Norman dan Edry telah melakukan penyelidikan untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang dunia Viking termasuk mengunjungi salah sebuah muzium Viking dan melihat kesan peninggalan sejarahnya di Sweden.

Yusry menjelaskan Vikingdom akan menjalani penggambaran sepenuhnya di Malaysia termasuk di beberapa kawasan peranginan di Genting Highlands dan Bukit Fraser.

“Kami juga mahu menggunakan sepenuhnya teknologi dan kemudahan yang ada di studio kami dan juga di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

“Malah, kami juga sudah menyiapkan lakaran untuk rekaan busana, set dan beberapa faktor lain yang akan melengkapkan lagi perjalanan filem ini.

“Kami mahu pembikinan Vikingdom dapat menjadi seperti filem trilogi The Lord of The Rings yang berjaya melonjakkan sektor ekonomi dan pelancongan New Zealand,” kata Yusry.


Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone

Tak Rugi Join Says.my

It's time for celebration!! yeah..apa lagi ya..kini Says atau dahulunya dikenali sebagai Youthsays telah menjangkau usia tiga tahun!! tahniah dan happy birthday to Says.my...hah! ada lagi yang tak tau pasal Says ni? Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web Says.my..malas nak tulis panjang2 kat sini..namun yang pasti Says ini juga merupakan satu platform pengiklanan seperti Churp2 di mana kita akan mendapat ganjaran apabila orang lain mengklik link iklan kita tu..T&C dia pun hampir sama dengan churp2..bezanya Says ini tidak ada Tweet Asingmen la..huhu..
Ok..berbalik pada kisah hari jadi Says ni, sekarang mereka tengah sibuk memberi hadiah-hadiah percuma kepada para ahlinya yang aktif dalam tu..apa hadiahnya? Boleh tengok sendiri kat Says..banyak tau! malah anda boleh pilih sendiri mana yang kamu suka..iPhone? Laptop? TV? Percutian? dan lain-lain lagi..fuyooo..lumayan beb! nak g tau jugak yang mereka akan beri hadiah2 tu setiap hari selama 30 hari..Hmmm.harap2 dapat la..so, kalau kamu nak hadiah tu, boleh join kat Says.my...aloha..:)

Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone