Edisi Blogger: Jun 2011

Isnin, 27 Jun 2011

Anjing ini baru sahaja dinobatkan sebagai anjing paling hodoh

Inilah sang anjing yang baru sahaja dinobatkan sebagai anjing paling hodoh menurut The Telegraph
Yoda dan pemiliknya bersama trofi kemenangan. Tahniah!
Anjing bernama Yoda ini merupakan anjing Chihuahua yang berumur 14 tahun. Cerita pemilik Yoda, Terry Schumacher, mulanya dia sangat terkejut dan menyangka Yoda adalah seekor tikus pada kali pertama dia menemuinya di belakang sebuah apartment di California. 
(Sumber: The Telegraph)
P/s: Hmm..memang hodoh lah anjing kalau dah macam tikus..huhu..rasannya tahun depan, anjing kurap kat rumah saya tu ada harapan jadi the next World's Ugliest Dog kot..

Sabtu, 25 Jun 2011

Hidangan Testis Goreng untuk Putera William dan Kate Middleton

Masakan-masakan berasaskan testis terbaik di dunia sempena World Testicle & Aphrodisiac Cooking Championships menjadi menu hidangan istimewa untuk pasangan diraja Kate Middleton dan Putera William.
Antara masakan dalam festival itu. (Sumber: Metro.uk)
Menurut laman web Metro.uk, Chef Ljubomir Erovic, penganjur acara itu, berkata testikel kaya dengan testosteron dan mineral dan dipercayai sebagai afrodisiak yang kuat di negaranya, Serbia. Erovic percaya jika pasangan diraja telah mencuba beberapa hidangan yang ditawarkan, mereka akan berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk memperolehi kanak-kanak. Makanan yang ditawarkan di kejohanan termasuk pelbagai jenis lembu, babi hutan, unta, burung unta dan juga buah zakar kanggaroo.

Chef tersebut mempunyai pengalaman dua puluh tahun 'penyediaan, memasak dan makan pelbagai jenis buah zakar. Beliau adalah penulis koleksi resepi pertama di dunia seumpamanya, Cooking With Balls, termasuk bagaimana untuk menyediakan pizza testis dan  buah zakar tepung.

Anda mungkin lega mengetahui Erovic yang mengingatkan: '. Semua buah zakar boleh dimakan - kecuali buah zakar manusia, sudah tentu'

Jumaat, 24 Jun 2011

Penarik kereta dibelasah 5 lelaki

Berita ini dipetik dari laman web myMetro hari ini, KUALA LUMPUR: “Kami bukan saja kerugian hampir RM6,000, malah turut dibelasah sekumpulan lelaki tidak dikenali dipercayai rakan pemandu kereta yang hendak ditarik berikutan kegagalan pemiliknya membayar ansuran bulanan kereta selama empat bulan,” kata ejen penarik kereta, K Sathyaseelan, 22.

Menurutnya, kejadian berlaku kelmarin di Jalan 11, Selayang Baru, di sini, apabila dia bersama rakannya yang juga ejen penarik kereta, K Prabu diserang sekumpulan lelaki selepas menarik kereta terbabit.

“Kami tiba di situ kira-kira jam 4 petang dan memperkenalkan diri penarik kereta serta menunjukkan kad kuasa termasuk surat arahan penarikan yang dikeluarkan bank kepada lelaki terbabit.

“Namun, selepas menyemak kad pengenalannya, pemandu itu bukan pemilik seperti yang tertera dalam dokumen kenderaan itu dan kami meminta lelaki terbabit menyerahkan kunci sebelum menunda kereta itu,” katanya.

Bagaimanapun, tidak sampai tiga kilometer, trak penunda yang mangsa naiki ditahan lelaki terbabit yang turut membawa empat rakannya dengan sebuah kereta.

“Seorang daripada lelaki terbabit memecahkan cermin depan trak dengan besi panjang manakala empat lelaki lain membelasah kami bertubi-tubi selain merampas kunci trak.

“Dalam keadaan kelam-kabut itu, saya kehilangan cincin emas bernilai lebih RM1,000 dipercayai ditarik seorang daripada lelaki terbabit ketika pergelutan itu sebelum melarikan trak bersama kenderaan yang ditarik itu,” katanya.
(Sekadar gambar hiasan dari Google)
p/s: Dah la tak bayar hutang, pukul orang lagi..ini lah cabaran yang dihadapi oleh penarik kereta.

Rabu, 22 Jun 2011

Comel sangat anjing ni menari

Okay..ada tak siapa-siapa kat sini yang nak jadi pasangan menari anjing Chihuahua ni? Tak kesian ke nampak dia menari seekor je? Amboi....comel sangat dia menari. Jom layan video sang anjing menari kat bawah ni. Dalam video ni, anjing yang dinamakan El Wily sedang menari sambil diiringi oleh lagu Flamenco.



P/s: Gua pun nak ajar kucing kampung gua kat rumah tu menari daling-daling.. :P

Selasa, 21 Jun 2011

Pertandingan larian pengantin perempuan

Ke garisan....sedia....lari!!
(Sumber: The Telegraph)
Sekurang-kurangnya 50 peserta telah mengambil bahagian di dalam pertandingan larian pengantin ini. Acara tersebut merupakan acara tahunan yang dianjurkan di Belgrade, Serbia. Apakah hadiah kepada pemenangnya ya? Agaknya pakej bulan madu kot...ataupun seorang pengantin lelaki..huhu

Ahad, 19 Jun 2011

Lelaki ini menderita tumor di kaki seberat 80kg

Melihat sahaja gambar lelaki ini, kita pasti juga merasakan keperitan yang dilalui oleh si empunya badan, Nguyen Duy Hai, seorang warga Vietnam. Bukan setahun, bukan dua tahun, bukan sepuluh tahun, tapi Nguyen sudah menderita penyakit ini selama tiga puluh tahun. Bayangkanlah sudah berapa lama dia hidup dalam kesengsaraan. 
Nguyen Duy Hai, 31, yang mengalami tumor kaki seberat 80kg. (sumber: www.metro.co.uk)
Menurut laman web Metro.uk, Duy Hai telah melalui pembedahan pada tahun 1997, namun pemotongan sebelah kakinya itu gagal menghentikan pertumbuhan tumor tersebut daripada merebak ke sebelah lagi kakinya. Sehingga kini, Duy Hai hanya mampu duduk dan sangat sukar melakukan tugasan harian yang lain.
Beberapa pegawai sedang mengukur saiz tumor tersebut. (sumber: www.metro.co.uk)
Duy Hai kini memerlukan bantuan orang ramai dalam bentuk kewangan untuk membiayai pembedahan lanjutan. Duy Hai berharap sekiranya dia dapat menjalani pembedahan itu, dia akan mampu untuk bergerak dengan lebih selesa berbanding sebelumnya.

Jumaat, 17 Jun 2011

Dapat baju percuma kalau shoping semi-bogel

Nak tak? Kalau terdesak sangat untuk mendapatkan baju berjenama femes tapi tiada duit untuk membelinya maka disarankan supaya anda pergi kat kedai seumpama Desigual ini. Jika anda berani membuka baju dan hanya berseluar dalam dan coli, anda akan dibenarkan shoping tanpa dikenakan apa-apa bayaran di kedai tersebut. Menurut laman web The Telegraph, beratus-ratus pelanggan sanggup menerima cabaran tersebut (separuh bogel) di sebuah kedai fesyen German yang menjanjikan wardrobe baru percuma kepada sesiapa yang sanggup menerima cabaran itu. Kalau kat barat, tak hairan lah kalau promosi gila-gila macam ni mendapat sambutan meluas.


Wah! Ini lah cara baru marketing di zaman sekarang. Dikatakan juga bahawa promosi seumpama itu juga akan dilaksanakan di kedai-kedai fesyen yang terdapat di New York, Stockholm, Prague, dan Madrid. Kat Malaysia agaknya tak perlu lah. 

Khamis, 16 Jun 2011

Jom ikut Dato' Seri Sharizat menjerit sempena Hari Bapa

Hari Bapa akan disambut tak lama lagi..di kesempatan ini gua nak kongsi la satu benda menarik yang diilhamkan oleh Menteri KPWKM, Dato' Seri Sharizat, sempena Hari Bapa tersebut. Apa benda tu? Hah, kepada semua rakyat jelata terutama kanak-kanak, anda diseru untuk membuat satu jeritan (shout) khas yang paling istimewa kepada bapa@daddy@papa@abah@ayah yang tercinta. 

Yang paling istimewanya, 100 peserta yang terbaik akan menerima satu kad ucapan ekslusif sempena Hari Bapa dan penyertaan yang paling kreatif akan dipaparkan dalam satu iklan khas secara online. Fuh! 1Malaysia akan nampak betapa hebatnya ucapan Hari Bapa korang tu. Siapa tak mau kan. Gua tau, korang memang nak tahu lebih lanjut punya mengenai benda ni. Jadi, kalau nak tau cara, prosedur dan informasi tambahan mengenai perkara ini, boleh lah melayari video Dato' Seri Sharizat ni.

P/S: Bila gua sudah hilang idea nak menulis blog maka gua hanya akan buat satu post yang berbentuk perkongsian..yang penting, berinformasi..tadaa..

Isnin, 13 Jun 2011

Inilah perbualan suspek hacker yahoo id gua

Pelik bin hairan gua tadi. Entah kenapa tetiba sorang kenalan FB tu hantar mesej chat kat gua. Dia ni memang dah lama jd suspek yang hack yahoo id dan password gua dulu. Gua tak pun mention yang dia tu hacker tapi yang menghairankan, dia ni tetiba pulak buat mekanisma bela diri mengatakan dia tu bukan hacker. Korang layan la perbualan gua yang dah terkena hack dulu tu:-

Dia mulakan cerita..gua pun layan

 Dia tetiba bela diri...gua tak tanya pun

Dia beri maklumat si penggodam..gua tak kesah pun


 Dia datang balik...gua layan juga sebab gua mesra alam.-uwek!!

Siap gua..gua terklik balik link dia...uwah!!

Sabtu, 11 Jun 2011

Setelah sebulan praktikum...tak disangka ini berlaku

Fuh! macam cerita bersiri pulak gua punya entri ini. Tak habis-habis asyik cerita pasal praktikum ja. Tapi tak pe, gua pun ketandusan idea jugak nak buat cerita apa kat dinding blogger ni. O ya, sekarang gua dah sebulan berpraktikum kat Institut Kemahiran MARA cawangan Kota Kinabalu. Memang banyak perkara baru yang gua dapat. Especially students yang memang banyak karenah. Tapi tak pe, itu adalah ragam manusia dan memang sangat menarik bila kita berpeluang untuk meneroka kehidupan mereka satu persatu. Selain bersemuka dengan banyak student IKM, gua juga berpeluang untuk mengenali lebih mendalam mengenai staff-staff kat sana. Memang sporting dan gua juga semakin sangat selesa berkawan dengan mereka. 

Hari ini, gua punya penyelia akademik yang juga pensyarah gua kat UMS datang untuk membuat penyeliaan. Biasa lah kalau pelajar praktikum ni kan. Nerveous tak tentu pasal. Dan seperti yang disangka, memang banyak yang perlu gua perbaiki dalam praktikum ini. Yang paling buat kami pening kepala pula ialah selama 4 minggu dah berpraktikum, rupanya kami berpayung dengan penyelia lapangan yang salah. Macam mana boleh berlaku ya?? gua pun keliru. Baru petang tadi Timbalan Pengarah menerangkan dan memaklumkan dan membahaskan kedudukan sebenar kami dalam organisasi. Harap tak berlaku lagi perkara macam ni. 

Lagi kan....gua ada sedikit kecewa sebab permohonan cuti dua minggu kami ditolak oleh pihak UMS. IKM dah luluskan tapi UMS pulak yang tak bagi. Student IKM semuanya bercuti, jadi kami nak buat sesi kaunseling dengan siapa? Adei..pening. But, apa boleh buat kan, dah prosedur dia macam tu. Pengajaran lagi. Makanya, kini kami perlu melaksanakan praktikum selama dua minggu di 'double setting' nampaknya. So, dalam perancangan, kami akan buat double setting di sekolah menengah. Buat sesi kaunseling dengan student. Kan bagus kalau benarkan kami buat praktikum kat setting sekolah awal-awal. Aman dunia. 

Hari Isnin ni, kena mengurus itu ini lagi untuk double setting punya pasal. Bikin gua tekanan saja. Haih!..cukup la stakat ni. Lain kali gua sambung lagi. Doa kan kejayaan gua ya..peace! 

Ahad, 5 Jun 2011

Video peminat Roger Federer jatuh tergolek

Bukan nak mengata tapi bila benda ni dah femes kat internet, gua apun nak merisik berita juga. Huhu. Bila dah minat sangat kat seseorang yang sangat ternama, banyak orang yang akan sanggup buat apa saja untuk mendampingi si empunya badan tersebut. Tapi banyak risiko yang perlu ditanggung. Terpaksa berpusu-pusu sampai jatuh tergolek macam wanita seorang ni.


Gua pun minat juga dengan Roger Federer. Jeles juga dengan wanita ni sebab walaupun dia jatuh dia tetap dapat mendampingi si Roger Federer. Dan sekarang dia pun femes kat youtube. Heee.

Beli Adapter Acer dari US berharga USD20

Yehaa! Selasa lalu gua ada beli adapter laptop acer dari laman web ebay. Harganya cuma USD0.92 tapi lepas campur dengan charge postage maka harganya pun melonjak kepada USD20. Kalau convert kepada ringgit Malaysia (RM) mungkin adalah dalam sekitar RM70. Tapi memang berbaloi sebab kalau gua beli kat kedai-kedai tempatan di KK ni, memang harganya mahal. Boleh mencecah sampai RM180. Cuma kelebihannya kalau beli kat kedai terdekat memang cepat boleh guna. Kalau beli dari US memang agak mengambil masa untuk sampai kepada kita. Tapi tak lah lama sangat. Gua beli guna paypal hari Selala lalu dan sampai pada hari Khamis seminggu selepas itu. So, tempoh delivery dari US ke Malaysia tu adalah dalam lebih kurang sembilan hari campur Sabtu Ahad.

Gua bukannya tak nak beli kat kedai terdekat di KK ni cuma sekarang gua kekeringan $$$$. Terpaksa bajet perbelanjaan. Nak mintak kat mak bapak pun gua tak sampai hati. Huhu. Tapi tak pe lah, sekarang gua dah boleh guna laptop antik gua ni semula untuk melangsaikan tugas harian tambah lagi sekarang ni gua praktikum sakan. Nasib baik lah adapter ni sampai awal sebab minggu ni gua kena supervision dari penyelia akademik. Dia nak tengok rakaman gua dan sudah tentu kalau nak tengok tu gua kena guna laptop. Jangan saja laptop ni buat hal lagi, sudahlah.

P/s: legaa :)

Jumaat, 3 Jun 2011

Kenapa emel Yahoo tak boleh bukak? Kena Hack ke?

Adoi..macam-macam masalah yang menimpa hidup di persimpangan dilema gua ni. Haih..Pertama, adapter laptop gua meletup, gua tak der duit nak beli baru, gua ketandusan sumber. Grrr. Lepas tu, emel gua pulak kena hack. Tak boleh bukak. Berkali-kali letak emel dan pasword, tapi tetap tak dapat login. Dah lah emel tu yang gua pakai untuk benda-benda personal dan benda penting-penting. Last-last, gua pun buat akaun mel yahoo yang baru.

bila gua pikir-pikir kenapa boleh jadi macam ni, mungin sebab hacker facebook punya kerja ni. Dulu ada gua tertekan link si hacker tu, then tetiba bila gua bukak balik akaun facebook tadi, mereka kata ada orang lain yg login akaun FB gua dari lokasi yang berlainanan nun jauh kat Delhi. Hah! ni mesti kerja dia yang mintak emel gmail dari gua dahulu kala. Lepas tu dia bagi emel dan suruh gua bukak. Yang gua dok bingung dan pergi jugak ikut cakap dia tuk klik link emel tu, apa hal? kan dah kena. Ini kerana sikap ingin tahu punya pasal la. kotoh! baru gua tahu!

Orang yg mintak emel gmail tu pun dari India jugak...grrrr..tapi korang jangan lah generalise kan friends FB dari India sebagai hackers pulak. bukan semua macam tu. Jangan lah bak pepatah "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga"..kat malaysia pun banyak hackers juga pown..huhu..tak baik tau. Lagipun, tindakan gua juga yang memakan diri gua. Nasib baik bukan berkaitan dengan $$$$$. Kalau si hacker tu nak hack akaun paypal gua, dipersilakan saja sebab isi paypal tu bukannya banyak sangat pun..haha..$2 je. Nak ker?

P/s: menyusahkan betul. Padan muka gua. Pengajaran lagi!

Rabu, 1 Jun 2011

Salah siapa? salah kita atau salah polis?

Hari ini lah kali pertamanya gua jadi 'tikus' bila nampak polis trafik buat road block. Dah la gua ni jenis skema punya orang. Mesti kena ikut saluran. Phew, tension betul. Macam ni ceritanya, tadi seawal jam5 pagi, gua drive hantar mak gua pergi pasar jual jagung. Fuh, punya lah semangat nak hantar mak pergi berniaga. Tapi tak disangka, kat tengah jalan bertembung pulak dengan 'kandawai' atau lebih mesra dipanggil polis trafik sedang buat operasi menyaman. Gua memang awal2 dah tak sedap hati sebab gua tahu kereta yang gua pakai tu memang dah tamat tempoh cukai jalannya. Kenapa lah si pemilik kereta tu tak bayar. Memang menyusahkan. Adei. Kalau diikutkan memang gua nak pakai je kereta kapcai toyota keluaran tahun 1984 kat rumah tu sebab dia punya cukai masih hidup ma. Lebih baik daripada kena saman. Namun, apakan daya, orang lain dah pakai masuk hutan. Entah bila baru boleh balik. Cis!

Nak dilanjutkan cerita, tadi masa gua dan mama gua cari lubuk untuk bersembunyi daripada pak pak polis, tetiba gua tercakap "tak guna punya polis, memang menyusahkan orang betul". Mama gua hanya senyum je. Lepas tu dia cakap, "polis yang buat hal ker atau empunya kereta ni yang buat hal?". Haha. Betul juga cakap mama gua tu. Dah tugas polis trafik buat kerja macam tu kan. Mereka hanya menjalankan tanggungjawab dengan iklas dan amanah. ~Haraplah~ Kita yang dah terangan buat salah takkan nak salahkan orang lain pulak. Adei. Nasib bek gua sedar. Huhu. Masuk bakul angkat sendiri.

Jadi seperti kebiasaan orang kampung buat, gua call kakak gua yang tinggal berhampiran untuk tolong ambilkan gua, mama gua, dan jagung-jagungnya ke pasar. Nasib baik lah lot menjual kat pasar tu belum lagi penuh. dapat juga mama gua mencari rezeki. Pasal kereta tak bercukai tu, gua dah dapat pengajaran. Oh ya, kereta tu bukannya milik gua pun. Heee.. 

p/s: jagung mama gua dah habis jual. Heee. Boleh la makan 'tinanok'