Edisi Blogger: Januari 2012

Selasa, 31 Januari 2012

Gambar Rumah Terbalik di Telibong, Tamparuli, Sabah


Rumah Terbalik di Borneo ini merupakan rumah terbalik yang pertama dibina di Asia Tenggara. Rumah ini terletak Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli.





Rumah ini sememangnya bakal menjadi salah satu tarikan pelancong ke negeri Sabah. Kepada sesiapa yang melalui jalan ke Gunung Kinabalu, Kiulu, Sandakan, Tawau, dan Semporna, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke Rumah Tebalik ini. Kredit untuk Facebook Page Rumah Terbalik.



Make extra money with Yield2Me.com

Semakin banyak kanak-kanak tonton video lucah dalam telefon



LONDON: Ibu bapa diingatkan supaya mengawasi anak mereka dalam mengguna telefon bimbit pintar selepas kajian terbaru menunjukkan sebahagian besar mereka menggunakannya untuk mengakses gambar dan video lucah.
Hanya 13 peratus kanak-kanak itu dilengkapi dengan ciri pengawasan pada telefon masing-masing, menurut laporan yang dikeluarkan semalam.

Angka itu jauh berbanding dengan yang dipasang pada komputer dan komputer riba di rumah sementara 84 peratus komputer kanak-kanak mempunyai perisian anti-virus.

Kajian itu yang dilakukan oleh YouGov menyelidik tingkah laku web telefon bimbit kanak-kanak berusia lapan hingga 15 tahun.

Ia mendapati, seorang daripada lima atau 21 peratus kanak-kanak pernah mengakses laman web tidak sesuai menerusi telefon bimbit mereka, meningkat sepertiga di kalangan mereka yang berusia 14 hingga 15 tahun.


Sama ada mereka tidak sengaja menemui laman web yang tidak sesuai itu, ramai kanak-kanak dikatakan membaca atau melihat perkara yang mereka tahu hanya untuk orang dewasa.

Kajian itu juga menunjukkan ramai kanak-kanak turut mengaku berdepan dengan tindakan ibu bapa dan guru mereka kerana mengakses laman web yang sepatutnya mereka tidak layari menerusi telefon bimbit mereka. - DM


Haih, sekarang ini, kanak-kanak sekolah tadika pun dah kena kasi beli hanphone oleh mak bapak dorang. Bukan main canggih lagi hanphone sekarang. Ditambah pulak dengan sikap 'ingin tahu' dalam diri budak-budak yang memang tinggi. 

Klik iklan ini kalau suka entri :)

Isnin, 30 Januari 2012

Penyamun lapar merompak rumah


KUALA TERENGGANU: "Hidang aku nasi" itulah permintaan seorang penyamun selepas memecah masuk ke dalam rumah seorang pembantu veterinar di Kampung Bukit Payung, Besut, di sini pagi semalam.

Bagaimanapun ketika penyamun itu sedang asyik menjamu selera, anak perempuan pemilik rumah itu sempat melarikan diri ke rumah jiran berdekatan dan menelefon bapanya bagi memaklumkan kejadian tersebut dan seterusnya membuat laporan polis. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K Manoharan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, suspek yang bersenjatakan sebilah parang telah memecah masuk ke rumah berkenaan dan mengugut anak perempuan pemilik rumah yang ketika itu tinggal berseorangan supaya menyerahkan semua barang berharga. 

"Mangsa 21 tahun yang dalam keadaan ketakutan kemudian terus menyerahkan dua utas gelang emas yang dipakainya.

"Selepas mendapat barang kemas itu suspek kemudian meminta mangsa menghidangkannya nasi, namun mangsa menyuruh suspek mengambil sendiri nasi di dapur sebelum mengambil peluang melarikan diri ke rumah jiran untuk mendapatkan bantuan," katanya kepada pemberita ketika ditemui, di sini hari ini.


Menurut Manoharan, tidak lama selepas itu bapa mangsa tiba bersama beberapa anggota polis, namun suspek bersama seorang rakannya yang menunggu di dalam kereta berjaya melarikan diri. 

Katanya hasil siasatan yang dijalankan, polis telah menahan seorang lelaki berusia 21 tahun kira-kira jam 8 malam tadi di Jalan Pasir Akar dan hasil soal siasat, seorang lagi suspek berjaya ditahan. 

"Kita berjaya menahan suspek utama yang berusia 29 tahun kira-kira sejam kemudian di Kampung Bukit Payung dan hasil penahanan kedua-dua suspek itu polis berjaya merampas parang yang digunakan dalam kejadian itu," katanya. 

Bagaimanapun dua utas gelang emas yang disamun itu telah diserahkan kepada rakan wanitanya untuk dijual. 

"Kita telah menelefon keluarga wanita berkenaan memaklumkan kejadian itu sebelum wanita berusia 28 tahun itu tampil menyerahkan diri di Balai Polis Jerteh kira-kira jam 10.30 pagi tadi dan hasil siasatan yang dijalankan wanita itu mengakui telah menjual gelang emas yang bernilai RM800 itu di sebuah kedai emas di Jerteh. 

"Polis telah pergi ke kedai emas berkenaan pagi tadi dan menahan seorang jurujual yang berusia 31 tahun bagi membantu siasatan, bagaimanapun jurujual berkenaan memaklumkan barang kemas itu telah diserahkan kepada pemilik kedai dan kita akan membuat tangkapan ke atas pemilik kedai berkenaan," katanya. 

Manoharan berkata kedua-dua suspek yang positif dadah jenis methamfetamine itu direman selama seminggu dari semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana merompak menggunakan senjata. -- BERNAMA

Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Penyamunmintahidangnasiselepaspecahrumah/Article

Ini memang dah terdesak menyamun. Sampai lapar pun dah tak tertahan lagi. 

Klik iklan ini kalau suka entri :)

Review Website: Socints - Powered by you | Get Paid To Socialize




Socints merupakan sebuah laman web sosial seperti Facebook, Myspace dan Friendster. Terma 'Socints' itu sendiri membawa maksud 'sosialize+point' dan setiap ahli dipanggil sebagai 'socints'. Apa yang unik mengenai laman web ini ialah ahli diberi mata atau point untuk menjadi ahli yang aktif. Point-point tersebut kemudiannya boleh digunakan untuk menebus hadiah berupa wang Paypal, Alertpay, atau boucher hadiah. 

Bagaimana mendapatkan point dalam Socints?
Terdapat banyak cara mendapatkan point iaitu:-
1. Sign in setiap hari.
2. Menghantar mesej kepada ahli lain.
3. Memberi komen.
4. Bermain game.
5. Mengemaskini status, mood, dan mylife
6. Posting topik
7. Memulakan kumpulan.
8. Membuat undian.
9. Menambah Laughs. Anda pilih video yang lucu.
10. Berchatting.
11. Mendengar musik
12. Mengesahkan gambar profile.
13. Memberi rating
14. Jual beli ahli lain. Konsep sama dengan Tagged.
15. Modify tema dan latar belakang profail.
16. Memberitahu rakan lain yang belum join. Anda akan diberikan 100 point untuk setiap pendaftaran baru melalui link anda. 
Dan banyak lagi..

Availability: Semua orang boleh join asalkan anda bukan makluk asing. Tiada had geografi.

Jenis Kaedah Pembayaran: Anda boleh menebus point menggunakan Paypal atau Alertpay. Anda juga boleh menebus point dengan baucher hadiah seperti iPhone dan sebagainya.

Populariti: Mempunyai seramai 325, 328 orang ahli berdaftar. Ranking alexa pada kedudukan 89, 127 di dunia.

Rasai lah sendiri pengalaman menjadi Socints

Sertai Socints Sekarang


Klik iklan ini kalau suka entri :)

Ahad, 29 Januari 2012

Keputusan Anugerah Juara Lagu AJL26 | TV3


Pentas Anugerah Juara Lagu AJL26 yang berlansung pada malam 29 January 2012 (Ahad) telah dijalankan secara gilang-gemilang dengan tema 'Air'. Konsert akhir AJL26 ini ditayangkan secara langsung di TV3. Keputusan Anugerah Juara Lagu AJL26:-

Juara Anugerah Juara Lagu AJL26 dimenangi oleh Awan Nano - Hafiz 
Naib Juara Anugerah Juara Lagu AJL26 dimenangi oleh Beribu Sesalan - 3 Suara
Tempat Ketiga Anugerah Juara Lagu AJL26 dimenangi oleh Karma - Faizal Tahir

Manakala,
Persembahan Terbaik AJL26 dimenangi oleh Kisah Hati - Alyah
Vokal Terbaik AJL26 dimenangi oleh Awan Nano - Hafiz

Selain itu, pentas AJL 26 kali ini memperkenalkan satu anugerah khas iaitu Anugerah Mobil yang dimenangi oleh lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abd Halim. Anugerah ini diberikan kepada lagu yang paling banyak dimuat turun sebagai ringtone. 

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan juga kepada semua finalis yang berjaya menghangatkan malam AJL26 kali ini. 


Kalau ini musnah maka bye bye la makanan laut anda. Mari selamatkannya sekarang 

Adakah anda seorang jurugambar yang hebat? Tunjukkan lah

Kereta volkswagon paling canggih! Volkswagon transformer

Tak payah bayar cukai jalan dan insuran kereta selama setahun! Volkswagon ada jawapannya
Klik iklan ini kalau suka entri :)

Liverpool Tewaskan Manchester United 2-1 dalam FA Cup


Jaringan Dirk Kuyt dua minit sebelum masa tamat memberikan kemenangan bermakna buat pasukan Liverpool ketika menentang Manchester United di Anfield. Dengan kemengan 2-1 ini, Liverpool layak ke pusingan ke-lima dalam saingan Piala FA Inggeris.
Kuyt merembat masuk gol kemenangan Liverpol 
Liverpool sebelum itu menguasai babak pertama dan berjaya menjaringkan gol awal menerusi Daniel Agger. Pemain sensasi Manchester United dari Korea Selatan, Park Ji Sung menyamakan kedudukan selepas itu. Namun jaringan Kuyt meranapkan impian Manchester United dalam saingan tersebut.

Dalam satu perlawanan yang lain, Chelsea berjaya mara ke pusingan seterusnya selepas berjaya menewaskan pasukan milik Tony Fernandes, QPR, di tempat lawan. Jaringan tunggal Juan Mata sudah cukup memberi kemenangan berharga buat Chelsea.


Kalau ini musnah maka bye bye la makanan laut anda. Mari selamatkannya sekarang 

Adakah anda seorang jurugambar yang hebat? Tunjukkan lah
Klik iklan ini kalau suka entri :)

Kan bagus kalau ada kereta macam ini


Tengok kereta volkswagon ini, boleh jadi transfomer yang kiut. Kalau lah ada kereta volkswagon macam ini, senang lah nak pergi mana-mana. Trafik jam senag je nak redah.

Jadi naga pula??

TENGOK VIDEO FULL VOLKSWAGON 
Phew! tapi rasanya mungkin kereta sedemikian belum lagi boleh menjadi realiti pada zaman sekarang. 100 tahun akan datang? kereta seperti volkwagon ini mungkin akan tercipta. Anyway, Selamat Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Cai!


Kalau ini musnah maka bye bye la makanan laut anda. Mari selamatkannya sekarang 

Adakah anda seorang jurugambar yang hebat? Tunjukkan lah

Klik iklan ini kalau suka entri :)

Sabtu, 28 Januari 2012

Website Review: eRepublik.com | Free Online Multiplayer Strategy Games



eRepublik.com merupakan salah satu permainan strategi multiplayer online percuma. Laman web game eRepublik.com ini seakan-akan permainan simulasi seperti Warcraft yang memerlukan perancangan strategi. Tapi yang membezakannya ialah permainan ini mempunyai masa bermain mengikut masa sebenar. Contohnya, tempoh satu jam dalam eRepublik.com adalah sama dengan tempoh satu jam dalam masa sebenar. Jika anda bermain dalam permainan strategi eRepublik.com maka anda akan merasa permaianan ini seperti dalam dunia sebenar.

Tiga asas utama dalam permainan ini ialah peperangan, perluasan empayar ekonomi, dan perluasan pengaruh politik. Semakin tinggi level anda maka semakin besar lah pengaruh anda dalam permainan. Seperti dalam dunia sebenar, pemain boleh menguasai ekonomi, politik, ketenteraan, dan media massa. Pemain juga boleh memilih kerakyatan sendiri seperti eMalaysia, eIndonesia, eGermany, dan sebagainya. 

Sebagai pemain dalam eRepublik.com, anda perlu bekerja untuk mengumpulkan wang, berlatih untuk meningkatkan stamina, dan berperang untuk meninkatkan pengaruh dan pengalaman. Anda memerlukan wang untuk membeli makanan, membina bangunan kilang, atau membeli keperluan peperangan. Selain wang, anda juga memerlukan gold untuk tujuan yang sama. Gold ini sangat tinggi nilainya berbanding wang. Contohnya, anda boleh membina kilang makanan yang rendah kualiti dan mengeluarkan sedikit hasil sahaja dengan menggunakan wang. Tetapi sekiranya anda ingin membina kilang yang berkualiti tinggi dan mengeluarkan banyak hasil, anda perlu membinanya dengan menggunakan gold.

Sebagai ahli berdaftar dan aktif dalam permainan eRepublik.com ini, saya sering menumpukan kepada pembinaan ekonomi. Selain itu, saya sering juga menyertai peperangan antara erepublik untuk menakluki sesebuah negeri atau negara. Antaranya ialah antara eMalaysia dan eIndonesia yang sedang berebut hak ke atas Sabah. Sekiranya negara si pemain tidak terlibat dalam mana-mana peperangan, pemain juga boleh mengikuti peperangan yang sedang berlaku di negara-negara yang menjadi pakatannya (allies) untuk menambah point experiences dalam menaikkan level pemain.

Kelebihan eRepublik.com ini ialah:-
1. Pengalaman bermain seperti dalam dunia sebenar
2. Bantuan sokongan yang baik daripada admin atau dari pemain lain.
3. Navigasi yang senang difahami dan tidak mengelirukan.
4. Kebolahan berinteraksi dengan pemain lain dengan mudah.
5. Sistem jual beli gold yang mudah dan pantas.
6. Tiada gangguan banner-banner atau teks iklan.

Kekurangan eRepublik.com ialah:
1. Masa permainan mengikut masa dunia sebenar. Contohnya, pemain terpaksa menunggu sehingga 24 jam untuk bekerja pada hari berikutnya untuk mendapatkan wang.
2. Memerlukan masa yang lama untuk meningkatkan level. Lain lah kalau anda ada duit banyak untuk membeli gold. Gold boleh juga dibeli dengan menggunakan kad kredit, paypal, dan melalui sms.

Rating: 9/10

Itu saja review setakat ini yang boleh saya berikan mengenai eRepublik.com. Saya pun masih baru juga. Baru sampai level 22. So far, saya sangat suka bermain dan memang enjoy! Tetapi jika anda yang memang suka bermain permainan simulasi, kena lah pandai kawal diri kerana permainan ini memang addictive.

Jika anda pemain berdaftar dalam eRepublik.com ini, add la saya sebagai kawan kalau sudi (username saya: Nancypoh). Nanti kita boleh kongsi-kongsi makanan dan senjata kalau diperlukan.

Kepada siapa-siapa yang berminat dan ingin cuba bermain, boleh lah daftar di eRepublik.com sekarang. Mula-mula, biasakan dulu diri dengan navigasi-navigasi dalam permainan ini. Lepas dah biasa, senang dah nak naikkan level. Sekian.




Kalau ini musnah maka bye bye la makanan laut anda. Mari selamatkannya sekarang 

Kalau tak suka senyum, anda perlu makan oren. Senyum sekarang
Klik iklan ini kalau suka entri :)

Mati selepas ditembak meriam mainan


Seorang budak lelaki berumur 14 tahun maut setelah 'ditembak' di bahagian muka oleh sebuah meriam replika 'mainan' kurun ke-18. Meriam tersebut memanglah sebuah mainan tetapi ianya boleh diisi dengan peluru 0.50-kaliber bersama dengan pengecas serbuk hitam.

Seorang daripada rakan budak malang tersebut berkata bahawa mereka sering bermain dengan meriam tersebut tetapi kejadian pada Isnin lalu sememangnya sesuatu yang tidak diduga.  Nenak kepada budak tersebut pula hanya dapat berserah dan merasa kesal dengan berkata 'It was just a toy." - Newser

Kesian dengan budak yang maut kerana meriam mainan. Inilah yang dikatakan sebagai 'malang tidak berbau'.



Kalau ini musnah maka bye bye la makanan laut anda. Mari selamatkannya sekarang 

Kalau tak suka senyum, anda perlu makan oren. Senyum sekarang
Klik iklan ini kalau suka entri :)

Betulkah Facebook menyebabkan kita merasa kehidupan kita teruk?


Ada yang mengatakan bahawa jika anda inginkan kehidupan yang lebih bahagia, salah satu caranya ialah dengan menutup akaun Facebook anda. Atau mengurangkan masa penggunaannya. Terdapat satu kajian yang mengatakan bahawa semakin banyak anda menggunakan Facebook maka semakin tinggi anda merasakan bahawa orang lain lebih bahagia daripada anda.
Miller-McCune dalam laman web Newser menyatakan "The more hours people spent on Facebook, the stronger was their agreement that others were happier," the paper reads. Similarly, those who used Facebook more were less likely to agree with the statement, "Life is fair." The author of the study thinks this is all due to "correspondence bias," in which we assume others are happy based on the happy pictures and happy status updates they post—without taking into consideration that it may all be for show. But those who spent more time socializing with friends in real life were less likely to think others lead happier lives, indicating that real-life get-togethers can be a good reality check."

Nah, macam mana dengan anda? ada sangkut paut tak dengan kajian ini. Saya sendiri mengaku selalu guna Facebook tapi tidak lah sampai fikir hidup ini kurang bahagia bila terbaca status kengkawan yang 'happy happy' belaka. There is always a time for everything. Kengkadang kita gembira, kengkadang kita sedih. For me, Facebook has nothing to do with it. Lain lah kalau seseorang itu memang sudah addicted dengan Facebook. Sampai muka pun jadi buku..


Kalau ini musnah maka bye bye la makanan laut anda. Mari selamatkannya sekarang 

Kalau tak suka senyum, anda perlu makan oren. Senyum sekarang
Klik iklan ini kalau suka entri :)

Aku menang USD100,000 (RM310,000) dari Western Union




Wah..bertuahnya aku! Dalam banyak-banyak orang kat muka bumi ini, aku juga yang menang. Oh, sungguh mustahil untukku percaya. Sebentar tadi aku membuka email yahoo seperti biasa. Ya lah, saja nak priksa kot kot ada email penting. 

Bila buka, nampak satu mesej bertulis 'Alert" dari individu bernama Gary Epps. Hati keciku terus bertanya, siapa gerangannya Gary Epps ni? tak pernah dengar pun. Dengan perasaan teruja dan ingin tahu, lantas ku buka email tersebut dan ini isinya:

Dear Western Union Customer,

You have been awarded with the sum of $100,000 USD
by our office, as one of our customers who use Western
Union in their daily business transaction.

This award has been selected through the internet, where
your e-mail address was indicated and notified. Please
provide Mr. Gary Epps with the following details
listed below so that your fund will be remited to you
through Western Union.

1. Name:______
2. Address________
3. Country:_______
4. Phone Number____
5. Occupation:________
6. Sex:_________________
7. Age___________________

Mr. Gary Epps
Tel: +234 813 024 3132 
E-mail: wu.dept00@hotmail.co.uk

As soon as these details are received and verified,
your fund will be transferred to you. Thank you, for
using western union.

Demikianlah isinya. YA! Aku menang duit Western Union. Bukan sikit tapi bernilai USD100,000 bersamaan dengan RM310,000. Fuyoo! Kaya kaya kaya. Kalau ikutkan hati, hari ini juga saya nak ambik kat pejabat Western Union.

TAPI TUNGGU!!!!! SEMUA INI SCAM SCAM SCAM SCAM dan sekali lagi ini adalah email SCAM!!!!

Jangan mudah percaya kepada email sedemikian. Ini adalah taktik penipuan online yang lapuk tapi masih aktif berkeliaran di dunia maya. Bukan sekali dua saya dapat email macam ini sebenarnnya. Tiap-tiap hari dapat. Dalam pelbagai versi dan kelentongan.

Tak payah la layan email macam ini. Terus delete saja masuk tong sampah. Memang tak betul dan tak benar lagi lah tak munasabah mereka hantar email sedemikian rupa. Saya ini mana lah pernah guna Western Union..guna onion adalah. Yang ini kira sikit lagi, ada lagi satu email tu konon cakap nak cari waris yang boleh dipercayai untuk mewarisi hartanya yang bernilai hampir 8juta euro. Siap hantar gambar orang tua kerepot yang dah nak mati atas katil hospital. Pui!! macam la kita ni boleh kena tipu dengan senang-senang. Si polan dan si polan ini memang sengaja hantar email scam. biasanya ia bertujuan untuk mengorek rahsia email atau lebih dikenali sebagai 'phising'. Faham-faham lah apa kesan nanti kalau rahsia dah dikorek. Silap haribulan, email terus kena rampas, duit kena rampas, rahsia bank kena rampas, dan sebagainya. Lebih-lebih lagi kalau kita ni janis yang suka guna online transaction. Bahaya wo!!

Get lose you all scammers! Pergi korek kubur sendiri la..lapas tu timbun diri sendiri hidup-hidup. Tak payah susahkan orang. <<<<<maaf, ayat kasar.

Entri ini sekadar perkongsian. Sekiranya anda pernah mendapat email sedemikian rupa, boleh rujuk kat laman web http://www.antifraudintl.org

Klik iklan ini kalau suka entri :)

Jumaat, 27 Januari 2012

Sleep Right Away Locks In Bad Memories and Emotions


Bump...this is good for me! 
Snoozing after experiencing a traumatic event might forge the negative memories and emotions in the brain, a new study suggests. UMass researchers exposed 100 adults to unsettling images and then allowed half to sleep and kept the other half awake. Twelve hours later, the subjects who stayed up displayed a weaker emotional response and weaker memory of the images than the ones who slept, reports ABC News.

"Not only did sleep protect the memory, but it also protected the emotional reaction," says the study's co-author. "It's true that 'sleeping on it' is usually a good thing to do. It's just when something truly traumatic or out of the ordinary happens that you might want to stay awake." The study could have implications in the treatment of post-traumatic stress disorder. - Newser 

Saya memang suka tidur lebih-lebih lagi bila sedih. Kekadang bila terlalu fikirkan sesuatu benda yang menakutkan atau mengerikan, selalu terbawa-bawa dalam mimpi. Siap ada 'pelakon' tambahan lagi. Tapi...ada kaitan ke dengan study ini. Selain kesan emosi, adakah situasi terus tidur ini juga akan memberi mimpi buruk..huhu..Well, sekadar menambah ilmu pengetahuan. Kot-kot nanti nak buat study kat sini pulak..

Kalau ini musnah maka bye bye la makanan laut anda. Mari selamatkannya sekarang 

Kalau tak suka senyum, anda perlu makan oren. Senyum sekarang

Klik iklan ini kalau suka entri :)

Sinopsis dan Barisan Pelakon Filem Chronicle | Filem Terbaru February 2012


Bahasa: English
Kategori: Rated PG-13
Genre: Fantasi Realiti


Sinopsis filem Chronicle:
Filem arahan Josh Trank ini mengisahkan tiga anak muda belasan tahun telah membuat satu penemuan yang sangat luar biasa yang seterusnya membawa mereka kepada pembentukan kuasa dasyat di luar pengertian mereka. Apbila mereka mula mencuba dan mempelajari untuk mengawal kuasa tersebut dan menggunakannya sebagai kelebihan diri, kehidupan mereka mulai tidak terkawal dan kegelapan mulai mengambil alih.

Barisan Pelakon filem Chronicle:
Dane Dehaan, Alex Russell, Michael B. Jordan, Michael Kelly.

Sila layari laman rasmi mereka di Facebook/chronicle untuk maklumat dan melihat trailer


Kalau ini musnah maka bye bye la makanan laut anda. Mari selamatkannya sekarang 

Kalau tak suka senyum, anda perlu makan oren. Senyum sekarang
Klik iklan ini kalau suka entri :)

Gambar-gambar haiwan yang akan mencairkan jiwa anda


Awwwwww...comelnya..
Sedia bertolak sekarang..

Elelele...malu-malu konon. Nak main sorok-sorok ya.

Tengok apa tu?


Tidur dengan nyenyak..zzZZZzzZzz


Macam patung si Mr. Bean


Inilah dia LionCat


Baby zirafah yang comel..macam ni rupanya zirafah masa dia kecik


Amboi..romantiknya


%^&*#%..speechless..yaii!!


Kekadang...khinzir pun kiut juga..

Kalau ini musnah maka bye bye la makanan laut anda. Mari selamatkannya sekarang 

Kalau tak suka senyum, anda perlu makan oren. Senyum sekarang

Klik iklan ini kalau suka entri :)

Khamis, 26 Januari 2012

Giveaway Sulung Miecyber's Blog



Tengok banner dan tajuk saja pun dah tau kan. Ok, entri kali ini ditujukan khas kepada Miecyber yang sedang rancak menganjurkan Giveaway sulung blognya yang mesra dipanggil sebagai 'Miecyber's Blog'. Mari join ramai-ramai kerana ada hadiah menarik yang menanti. 

Header original blog Miecyber
Review Blog Miecyber's :-
Sebenarnya saya dah lama menjadi follower blog ini dan kerap mengunjungi blog tersebut sebagai silent reader. Apa yang menarik dan unik ialah blog ini sentiasa original. Sebelum berpindah ke domain sendiri, template dan gaya persembahannya sentiasa original dan tak berubah. Harap dikekalkan kerana inilah yang menjadi identiti unik Miecyber's Blog. 
Benda ini yang jadi trademark
Bagaimana untuk join Giveraway ini?
Senang saja. Buat entri mengenainya. untuk maklumat dan arahan lanjut, sila pergi kat page Giveaway Sulung Miecyber's Blog ini. Jangan susah, senang je arahannya. Bagi yang biasa ikut giveaway memang petik jari je.

Apa hadiah?
Ni memang part yang menarik. Hadiah!. Semua orang suka kalau dapat hadiah kan. So, kalau nak hadiah, ikut lah giveaway ini. Hadiah-hadiah boleh dirujuk di page giveaway tersebut. Biar suspen sikit. Tapi yang penting, memang berbaloi. Siap ada hadiah cenderahati lagi tu. Ni memang saya nak ambik satu. Limited edition katakan. Itu pun kalau ada nasib untuk menang la.

Cepat buat entri. Join. Kejap je ni. Saya buat entri pun kurang 10 minit je..jom kipas giveaway Miecyeber's.

Klik iklan ini kalau suka entri :)

Askar-askar China ini main 'Hot Potato' guna bom sebenar

Nampaknya jangan sekali-kali cari pasal dengan orang China..biar betul mereka ni..belum perang sudah letak nyawa kat hujung tanduk..anyway, ini merupakan salah satu cara mereka berlatih dalam suasana seakan-akan perang sebenar..
**WTF**

Kalau ini musnah maka bye bye la makanan laut anda. Mari selamatkannya sekarang 

Kalau tak suka senyum, anda perlu makan oren. Senyum sekarang

Klik iklan ini kalau suka entri :)

8 Ramalan untuk Kehidupan 100 Tahun Akan Datang


Bagaimanakah keadaaan dunia pada 100 tahun akan datang? itu pun jika belum kiamat la. Berikut merupakan 20 ramalan yang bakal berlaku kepada dunia dan manusia 100 tahun akan datang:-
1. Kita akan berkomunikasi melalui pemikiran sahaja. Ianya sangat mungkin. Kita boleh menghantar fikiran secara telepati semudah melayari internet.

2. Dunia hanya akan mempunyai satu unit mata wang sahaja. Ahli futurologists iaitu Ian Pearson dan Patrick Tucker kurang bersetuju dalam hal ini kerana perkara sebaliknya mungkin akan berlaku.

3. Robot Nano akan mendiami tubuh, memperbaiki sel rosak, dan boleh merakam memori kita. Kini, teknologi  nano sangat pesat membangun. Oleh itu, perkara ini berkemungkinan bakal berlaku.

4. 8 peratus daripada dunia akan membenarkan perkhawinan gay. Penerimaan perkahwinan gay seakan-akan tidak dapat dielakkan terutamanya di Barat. Namun hal ini sememangnya akan mendapat tentangan hebat daripada penggiat agama.

5. Kita akan mampu mengawal keadaan cuaca. Keberangkalian hal ini terjadi adalah tinggi. Sekarang ini pun sudah ada teknologi untuk mengawal cuaca seperti membuat hujan tiruan.

6. Hanya terdapat 3 bahasa sahaja yang akan digunakan iaitu English, Spanish, dan Mandarin. Sekarang ini juga sudah terdapat banyak bahasa yang mengalami kepupusan penuturnya. Oleh itu tidak mustahil perkara ini akan berlaku.

7. Wanita akan mengandung secara artificial dan bukan melalui lelaki. Ini hanya ramalan sahaja. Kini juga terdapat ramai pasangan yang memilih kaedah kesuburan yang lebih maju seperti pre-implantation genetic diagnosis.

8. Perkahwinan menjadi kontrak tahunan. Pada masa depan, diramalkan bahawa akan lebih banyak hubungan perkhawinan yang tidak kukuh. Oleh itu, kemungkinan kontrak perkawinan secara bermusim akan berlaku. Ini kerana lebih banyak orang yang memberi komitmen yang pendek dalam perkahwinan.

Demikianlah ramalan-ramalan dalam kehidupan 100 tahun akan datang. Sekali lagi diingatkan bahawa ini hanya ramalan dan belum tentu berlaku. - BBC News


Inilah kereta kuyung paling pelik saya pernah nampak
tapi tatap comel. Tengok ni..

Kalau ini musnah maka bye bye la makanan laut anda. Mari selamatkannya sekarang 

Kalau tak suka senyum, anda perlu makan oren. Senyum sekarang

Klik iklan ini kalau suka entri :)

Mengumpat memang bagus untuk anda?


Betul ke? ada saintis yang mengatakan bahawa mengata orang merupakan satu aktiviti yang berfaedah. Apa pulak faedahnya? nak masuk neraka boleh la. huhu..

Ok, ini faktanya. Menyebarkan gosip akan membantu mengekalkan sosial order dan mengurangkan stress si penggosip itu. Ini menurut kajian yang dibuat oleh UC Berkeley seperti yang dilaporkan oleh San Francisco Chronocle.

Pengkaji telah membuat satu eksperimen yang melibatkan orang menipu dalam permainan. Si pemerhati yang mengetahui atau menyaksikan penipuan itu akan mengalami peningkatan kadar degupan jantung yang ketara. Tetapi selepas mereka menyebarkan 'nota gosip' kepada orang lain mengenai penipuan itu, kadar degupan jantung mereka menurun.

Co-author kajian ini menyatakan, "we tend to think of gossip as a bad thing and it gets a bad reputation, but if you were to remove it, that would be at the cost of social order,". Katanya lagi, "Much of what we call gossip is driven by a sincere desire to help others. Gossip can make you feel better. You might even say it's therapeutic." - Newser

Memang pun begitu. Kalau orang yang suka bergosip atau orang yang 'banyak chanel' ni memang tak boleh duduk diam kalau tak bergosip. 


Inilah kereta kuyung paling pelik saya pernah nampak
tapi tatap comel. Tengok ni..

Kalau ini musnah maka bye bye la makanan laut anda. Mari selamatkannya sekarang 

Kalau tak suka senyum, anda perlu makan oren. Senyum sekarang

Klik iklan ini kalau suka entri :)

Rabu, 25 Januari 2012

Perjumpaan menyebabkan anda jadi bodoh terutamanya perempuan?


Amboi..senangnya mulut cakap..ada bukti ker? Jika anda pernah merasakan bahawa perjumpaan atau 'meeting' menyebabkan IQ anda semakin rendah, anda mungkin betul. Kajian terbaru mendapati bahawa interaksi dalam kumpulan memang boleh menyebabkan kecerdasan menurun. Ooo..ya ke?
Beberapa saintis di Virginia telah memadankan kumpulan-kumpulan berdasarkan IQ dan menilai prestasi ahli-ahli kumpulan dengan beberapa tugasan kognitif. Menurut laporan Daily Mail:-

When group members were told how others had performed, "we saw dramatic drops in the ability of some study subjects to solve problems," explains the lead researcher. "The social feedback had a significant effect."

Basically, that implies that feeling like you're not as smart as others may actually have an impact on your brain and make you less able to solve problems. The scientists used MRI to discover the results. Women are particularly vulnerable to the effect, the study finds. Adds the lead author, "Our study highlights the unexpected and dramatic consequences even subtle social signals in group settings may have on individual cognitive functioning."

Hah! baru tahu kenapa ramai sangat orang yang malas nak g meeting. Ini lah salah satu puncanya. Lepas meeting, macam-macam kritikan dan cadangan yang diberi. Kenapa tak bersuara dalam meeting? Rasanya kajian kat atas ni sudah memberi satu jawapan yang munasabah. Semasa meeting, otak beku, tapi lepas je meeting, otak terus cair macam aiskrim. Terus jadi pengulas.


Inilah kereta kuyung paling pelik saya pernah nampak
tapi tatap comel. Tengok ni..

Kalau ini musnah maka bye bye la makanan laut anda. Mari selamatkannya sekarang 

Kalau tak suka senyum, anda perlu makan oren. Senyum sekarang
Klik iklan ini kalau suka entri :)

Adik beradik disatukan semula selepas 60 tahun


KYOTO, Japan: Mereka tidak lagi bercakap dengan menggunakan bahasa yang sama namun dua adik beradik ini merasakan bahawa mereka sedikitpun tidak berubaha walaupun terpidah selama hampir 60 tahun.

  
Minoru Ohye, peranakan Japan-Amerika, menyambut hari lahirnya yang ke 86 bersama dengan adik tunggalnya yang berada di Jepun. Mereka berdua dilahirkan di Sacremento, California, tetapi berpisah selepas ayah mereka meninggal dunia akibat kemalangan ketika memancing. Mereka kemudiannya dihantar ke rumah saudara mara secara berasingan. Selepas itu, mereka tidak lagi berjumpa sehingga disatukan semula pada Isnin lalu semasa Minoru membuat reunion dan terbang ke Jepun semata-mata ingin bertemu adiknya.

Mereka berpelukan sambil berukar hadiah berupa coklat California dan Japanese sake. Si abang memakai pakaian kegemarannya iaitu topi baseball dan jeans manakala si adik memakai sut dan tali leher.

Adik Minoru Ohye iaitu Hiroshi Kamimura, 84, telah diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga di Jepun, membesar di kota Kyoto dan bekerja sebagai akauntan cukai. Dia telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak lelaki.

Ohye pula telah menyertai pasukan tentera Inperial Jepun semasa berumur 13 tahun dan berhijrah ke Rusia. Dia kemudiannya dihantar menjadi pekerja buruh di lombong arang di Siberia selepas Jepun menyerah kalah dalam peperangan. Dia kemudiannya kembali bersama dengan ibunya di Yuba City, California pada tahun 1951 dan bekerja sebagai binder buku dan pekebun. Baca kisah mereka selanjutnya di huffingtonpost.com.


Inilah kereta kuyung paling pelik saya pernah nampak
tapi tatap comel. Tengok ni..

Kalau ini musnah maka bye bye la makanan laut anda. Mari selamatkannya sekarang 

Kalau tak suka senyum, anda perlu makan oren. Senyum sekarang
 
Klik iklan ini kalau suka entri :)

Penyelesaian makan terlalu banyak? Gunakan warna piring yang berlainan



Ingin mengurangkan pengambilan kalori? Berikan perhatian kepada warna piring yang anda gunakan semasa menikmati hidangan. Satu kajian terbaru oleh Scientific American mendapati bahawa orang yang menggunakan pinggan mangkuk yang sama/berpadanan warna dengan makanan yang mereka makan mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk mengambil jumlah makanan yang lebih banyak berbanding mereka yang menggunakan pinggan mangkuk yang berbeza warna dengan makanan yang diambil.

Pengkaji telah mengujinya dengan memberi buffet kepada orang ramai dengan menggunakan sama ada piring mereah atau putih. Kemudiannya mereka akan diperhatikan bagaimana pengambilan mereka terhadap hidangan pasta sama ada dengan sos merah atau putih. Jika nak tahu mengenai keputusan dan metodologi kajian ini, boleh baca laporan pdf ini. "Plate Size and Color Suggestibility: The Delboeuf Illusion's Bias on Serving and Eating Behavior"

Fuyoo..patut lah..selama ini saya makan nasi guna piring warna putih..

Inilah kereta kuyung paling pelik saya pernah nampak
tapi tatap comel. Tengok ni..

Kalau ini musnah maka bye bye la makanan laut anda. Mari selamatkannya sekarang 

Kalau tak suka senyum, anda perlu makan oren. Senyum sekarang
 
Klik iklan ini kalau suka entri :)

Selasa, 24 Januari 2012

Anak yang benci ibu cenderung menjadi obesiti



Sekadar gambar hiasan
Mungkin ramai ibu bapa yang pernah dihumban dengan kata-kata seperti "i hate you" daripada anak-anak. Tapi sekiranya anak tersebut memang maksudkannya maka si ibu dan bapa perlu membuat sesuatau untuk memperbaiki hubungan dalam kekeluargaan. Kenapa?

Satu kajian mendapati bahawa anak-anak yang dikenalpasti mempunyai hubungan emosional yang renggang terutamanya dengan ibu mereka adalah dua kali ganda lebih cenderung menjadi obese ketika berumur 15 tahun berbanding mereka yang mempunyai hubungan emosional yang baik dengan ibu mereka.

Kajian oleh Ohio State University telah membuat observasi terhadap 977 kanak-kanak bersama ibu mereka. Mereka diobservasi ketika bermain (antara ibu dan anak) semasa berumur 14 bulan, 24 bulan, dan 36 bulan. BMI kanak-kanak ini akan diukur ketika mereka mencapai umur 15 tahun. Kira-kira 26% daripada kanak-kanak yang mempunyai hubungan renggang dengan ibu mereka adalah obese berbanding 13% kanak-kanak yang mempunyai hubungan baik dengan ibu. Para pengkaji menyatakan bahawa peningkatan ini merupakan kesan daripada hubungan antara bahagian otak yang mengawal emosi, tekanan, dan selera makan. - Newser

Walaupun kajian ini dibuat di Amerika namun kita yang berada di Malaysia atau di mana-mana juga perlulah mengambil iktibar daripada hasil kajian ini. Menurut sumber, kajian ini akan diterbitkan bulan depan. Oleh itu, sesiapa yang ingin membacanya bolehlah google. Mana tau ada resercher yang nak buat kajian ini kat Malaysia pulak.


Inilah kereta kuyung paling pelik saya pernah nampak
tapi tatap comel. Tengok ni..

Kalau ini musnah maka bye bye la makanan laut anda. Mari selamatkannya sekarang 

Kalau tak suka senyum, anda perlu makan oren. Senyum sekarang
 
Klik iklan ini kalau suka entri :)

Eel removed from man's bladder after entering penis during beauty spa


Zhang Nan was bathing with live eels to cleanse his skin when one rogue serpent took a liking to his manhood.

The eel treatment in question is a similar concept to the popular London spas that offer fish pedicures. 
Thinking that the eels would make him look ten years younger, Nan dived into the water and let them feast upon layers of dead skin. But after laying in the spa bath, Nan felt a sharp pain and realised a small eel was working its way up his urethra and into his bladder. 

'I climbed into the bath and I could feel the eels nibbling my body. But then suddenly I felt a severe pain and realised a small eel had gone into the end of my penis,' the 56-year-old from Honghu, Hubei province said. 
'I tried to hold it and take it out, but the eel was too slippery to be held and it disappeared up my penis.'
(OK, that's enough cringing now... it's horrible, though, we know...)

Rushing himself to hospital, the man underwent a three-hour operation to remove the six-inch eel which was dead by the time doctors found it. Surgeon Jin Wang said that, because of the eel's slippery nature, it was able to make a smooth entry into the genitals of Nan. 

'The diameter of the urethra in a man's penis is just a little narrower, but because eels are quite slippery, its body worked as a lubricant and so it got into the penis smoothly,' he said.

(Really - stop cringing - we can see you...) Believe it or not, Nan's case follows a similar incident when a 14-year-old boy in India had to undergo emergency surgery. 

In a case study published by urologists Dr G Vezhaventhan and R Jeyaraman, they described how they removed a 2cm-long fish from the boy's bladder. The teenager said that while holding the fish he had gone to the toilet and, while urinating, the fish had 'slipped from his hand and entered his urethra'

Read more: Metro.uk


Inilah kereta kuyung paling pelik saya pernah nampak
tapi tatap comel. Tengok ni..

Kalau ini musnah maka bye bye la makanan laut anda. Mari selamatkannya sekarang 

Kalau tak suka senyum, anda perlu makan oren. Senyum sekarang 


Klik iklan ini kalau suka entri :)

Kanak-kanak Indon pergi ke sekolah guna jambatan bahaya ini?


OMG! Lihat lah betapa kuatnya semangat kanak-kanak ini pergi ke sekolah. Mereka sanggup redah jambatan usang yang merbahaya ini semata-mata untuk menimba ilmu. Alangkah bahayanya.

Jambatan tersebut yang terletak di kampung Sanghiang Tanjung, Indonesia, merupakan satu-satunya laluan alternatif yang boleh digunakan oleh penduduk untuk menyeberangi sungai selain sebuah lagi jambatan yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan. Jambatan yang dibina pada tahun 2001 ini rosak teruk selepas banjir besar melanda sungai Ciberang. - The Telegraph

*Kesian tengok budak-budak tu. Masih kecil tapi terpaksa mengharungi badai jambatan yang bahaya itu TANPA pimpinan ibu bapa. Harap-harap sungai tu tiada buaya*
_____________________________________


Klik iklan ini kalau suka entri :)
Your Ad Here

Isnin, 23 Januari 2012

This is real! Larian seluar dalam


Agak pelik tapi ianya benar. Larian yang dikenali sebagai Kona Underpants Run ini merupakan acara larian tahunan di Kailua-Kona, Haiwaii.
Pasangan pengantin baru Kris dan Rebecca Carpenter ini juga turut menyertai larian tersebut.

Peminat Elvis Presley pun ada...

Whoa..kontingen dari Jepun juga turut memeriahkan lagi larian tersebut dengan seluar dalam yang unik melambangkan negara mereka.

Macam-macam ragam. tak kira saiz..


Klik iklan ini kalau suka entri :)
Your Ad Here

Budak hampir jatuh dari bangunan 7 tingkat semasa main sorok-sorok


Budak lelaki berumur 7 tahun ini mengalami saat-saat getir apabila terpaksa bertarung nyawa dengan berpaut pada batang besi di tepi beranda bangunan tujuh tingkat tersebut. Dia bernasib baik apabila pihak bomba dan penyelamat sampai tepat pada masanya dan berjaya menyelamatkan budak itu. Menurut sumber, budak tersebut sedang bermain sorok-sorok dan mencari tempat terbaik untuk menyorok dengan berpaut pada batang besi di tepi beranda. Namun, selepas beberapa ketika, dia mendapati dirinya sukar untuk naik semula dan terperangkap selama hampir satu jam sebelum diselamatkan. Kejadian ini berlaku di Xiamen, Wilayah Fujian, China. - The Telegraph



Klik iklan ini kalau suka entri :)
Your Ad Here