Boros Di Aralom: Mac 2012

Sabtu, 31 Mac 2012

Ada berani pilih kerjaya jurugambar seperti ini?


Sekali si anaconda ngap!!! habislah..memang sangat mencabar dan memerlukan keberanian yang tinggi untuk melakukan pekerjaan ini. Respect dengan jurugambar tu. 


Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Robbie William bakal jadi ayah


Penyanyi terkenal UK, Robbie Williams bakal menjadi ayah selepas mengumumkan bahawa isterinya, Ayda, mengandung.

Penyanyi berumur 38 tahun dan isterinya sangat teruja dengan berita tersebut seperti yang dinyatakan di dalam blognya. 

Robbie menyatakan dalam blognya, "I've been keeping a secret from you all - me and Ayda are going to be mummy and daddy this year." "We had sex - it works. We've seen scans and cried. Looked at babies in commercials and teared up...

"The nursery is already planned. Basically I'm in love with a little person growing in mummy's belly - and can't wait to be a daddy. Crying now."

Robbie dan Ayda berkhawin pada tahun 2010. Congrats Robbie!

sumber - http://www.express.co.uk

Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Alternatif Atasi Insomnia


Bagi penghidap insomnia, tak lain tak bukan, tidur adalah masalah utama bagi mereka setiap malam. Akibat kekurangan tidur, penghidap insomnia kerap sukar mengawal emosi, badan yang kurang cergas dan mudah letih dan sering rasa tidak bermaya. Bagi mengatasi masalah insomnia, ada pula yang mengambil ubatan.

Namun, keterbergantungan terhadap ubatan dalam tempo yang panjang memberi kesan buruk terhadap kesihatan tubuh.

Sebab itu, ramai yang kurang gemar untuk menggunakan ubatan bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Seboleh-bolehnya, mereka akan memilih rawatan alternatif yang dapat membantu mereka agar dapat menikmati tidur yang berkualiti. Teknik terbaru ditemui para pengkaji ialah dengan mengamalkan minuman jus buah ceri.

Menurut kajian yang dilakukan, minum jus ceri sebelum tidur mampu mengurangi gejala insomnia dan kerap terbangun malam hari. Di dalam kajian ini, responden yang mengamalkan jus ceri setiap kalai sebelum tidur mengakui bahawa kualiti tidur mereka semakin baik berbanding sebelumnya.

Hasil kajian ini seterusnya membuka peluang kepada para pengkaji untk mengkaji dengan lebih mendalam tentang kesan yang diperoleh daripada jus ini. Kajian ini juga  menyatakan dua teori iaitu kesan yang diperoleh oleh responden adalah disebabkan oleh tindak balas terhadap melatonin pada buah ceri. Teori kedua pula berkata tentang kaitan erat di antara inflamasi dan aturan tidur.

Baru-baru ini juga, para pengkaji dari Universiti Rochester Medical Center dengan kerjasama pengkaji dari institusi lain telah mengkaji zat anti-insomnia pada buah ceri.

Hasil yang diterbitkan di dalam Journal of Medical Food ini menyatakan bahawa kumpulan yang menyertai kajian selama lapan minggu itu ternyata dapat mengurangi gejala-gejala insomnia dengan meningkatkan kualiti tidur mereka. Jelasnya, penghidap insomnia yang minum jus ceri setiap kali sebelum tidur jarang terbangun di malam hari berbanding sebelumnya.

oleh: Khairun Nisa Ishak
Majalah Rapi


Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Jumaat, 30 Mac 2012

Gambar budak dirantai pada tiang elektrik oleh bapa kerana suka berjudi | alami pengalaman yang sama

Inilah dia budak 13 tahun yang dirantai pada tiang elektrik oleh bapanya kerana suka berjudi. Kejadian ini berlaku di Phnom Penh. Sumber menyatakan bahawa budak tersebut diperlakukan sedemikian oleh bapanya sebagai hukuman ponteng sekolah. Anak itu sepatutnya berada di sekolah tetapi didapati ponteng dan leka berjudi di sebuah kafe siber.

Menurut pegawai polis yang bertugas, Cheth Vanny, budak itu hanya dilepaskan selepas 2 jam dan menyatakan bahawa dia turut dipukul oleh ayahnya. Kini, ayah budak tersebut dipercayai telah melarikan diri dan sedang diburu polis atas dakwaan mendera. -myMetro

Anak-anak memang patut diberikan pengajaran terutamanya oleh ibu bapa mereka apabila melakukan kesilapan. Tapi adakah hukuman atau ganjaran yang diberikan itu bersesuaian dan boleh mengubah si anak? Teringat dulu semasa kecil, abang saya bersama kawan-kawannya bermain dengan mancis kayu dan saling mencabar antara satu sama lain. Api siapa lebih besar. Tidak disangka, semasa giliran abang saya menyalakan mancis, api kecil itu menyambar timbunan lalang kering. Apalagi, api terus merebak dengan pantas dan membakar seluruh kawasan sekitar rumah. Nasib baik tiada kemalangan jiwa mahupun rumah terbakar.

Lepas itu, ayah saya tahu dan sangat marah. Dia terus mengheret abang saya ke tiang rumah dan mengikatnya selama setengah hari. Di situ lah abang saya meraung, menangis, dan menjerit-jerit. Dah lah tidak selesa, banyak semut api lagi. Bayangkanlah. 

Bukan setakat abang saya, saya ni pun pernah juga kena baling dengan kerusi dan kena rotan dengan kayu sampai patah kayu itu. Bukan sekali, bukan dua kali, tapi berkali-kali. Sakitnya memang tidak boleh dibayangkan lagi. Tapi apa yang berlaku lepas itu? 

Apa yang boleh saya katakan sekarang ialah "terima kasih ayah kerana menyayangi saya dengan kayu, dengan balingan kerusi, dan dengan rotan" kalau bukan kerana semua itu, sudah lama saya hanyut dalam godaan dunia. Saya sedar sekarang bahawa dia melakukan semua itu kerana sayang dan rasa tanggungjawab. Saya tak boleh salahkan dia kerana melakukan hukuman dengan cara kasar kerana memang dia dididik oleh nenek moyang macam itu. Tidak pernah mengenal erti 'psychological punishment and reward' yang sepatutnya. Dia tak sekolah tinggi-tingi. Membaca pun kurang. Rasanya dia sudah melakukan apa yang betul baginya. Cuba fikir kalau dia langsung tak ambil peduli?

Kesimpulannya, apa pun jenis hukuman yang dikenakan kepada anak-anak, seharusnya kena bersesuaian. Kalau beri hukuman fizikal sekalipun, kalau memang dah jenis keras kepala, takkan berubah sikap si anak tu. Begitu juga dengan hukuman psikologi. Ianya bergantung kepada penerimaan setiap individu.

p/s: saya memang nakal semasa kecil. 

Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

'The Biggest Loser' untuk haiwan obesiti


I'm speechless...korang fikir la sendiri. Kat muka bumi ini, masih terlalu ramai manusia yang sengsara kebuluran. Tapi di sesetengah tempat kat dunia ini, perkara sebaliknya berlaku. Haiwan pula yang mengalami kesengsaraan kerana terlalu banyak makan. Sampai ada program ala-ala biggest loser gitu. 

Memperkenalkan, peserta finalis Pet Fit Club.

Fifi
Seekor kucing gemuk bernama Fifi Bottomley. Dahulunya adalah seekor kucing separuh nak mampus kerana kelaparan tetapi kini setelah dipelihara oleh tuan yang kaya dan penyayang, Fifi hampir juga nak mampus kerana kegemukan.


Merlin
Entah apa gerangannya binatang ini. Memang sah perlu diet.


Jack
Nampak comel je si Jack ini. Tapi jelas juga dia ni payah bergerak disebabkan oleh kegemukan melampau.

Bailey
Macam ying dan yang pula corak bulu rambut kepalanya tu.


Billie
Mak aii..besarnya bontot.

 Samantha
Cantik nama..tapi tak sesihat tubuhmu.

Kalau korang nak tengok peserta-peserta selebihnya, boleh layari metro.uk 

Pertandingan anjing kurap tiada ke?

Tunang mahu elak tonton lakonan Liyana Jasmay bersama pelakon lelaki


Liyana dan Fathuddin ketika majlis pertunangan. (sumber: mD)

Tunang kepada aktres popular, Liyana Jasmay, Fathuddin Mazlan memberitahu sebolehnya dia akan mengelak daripada menonton lakonan bakal isterinya dengan pelakon lelaki lain kerana takut timbul perasaan cemburu. Namun itu tidak bermakna dia tidak memahami buah hatinya yang berkerja sebagai seorang pelakon. Cuma kenyataan itu secara spontan diluahkan ahli pernigaan muda berusia 28 tahun ni, saat ditanya adakah dia tidak kisah sekiranya Liyana berlakon dengan lelaki lain terutamanya yang melibatkan babak-babak intim, di masa depan.

"Saya elak untuk tengok lah (gelak sambil melirik ke arah Liyana yang duduk di sisinya). Tapi setakat saya okay jer. Saya faham kerja dia. Saya akan sentiasa bagi sokongan penuh padanya", kata Fathuddin ketika pasangan ini ditemui di majlis pertunangan mereka di rumah keluarga Liyana di Kemensah Height, malam tadi.

Diperkenalkan oleh seorang kawan, Liyana Jasmay berkata dia tidak boleh lupa detik perkenalan manisnya bersama tunangnya. Personaliti Fathuddin yang kelakar, sengal dan suka membuat muka comel membuatkan Liyana sentiasa gelak memikat hatinya lalu dia terus jatuh cinta pada jejaka itu.

Sementara Fathuddin pula berkata, sikap manja dan personaliti Liyana membuatkan hatinya terpaut. Meskipun sebelum ni dia tahu Liyana adalah jirannya dan juga junior semasa di sekolah menengah namun mereka tidak pernah bertegur sapa. Keserasian yang terjalin saat kali pertama berjumpa membuatkan Fathuddin benar-benar yakin Liyana adalah wanita tepat untuk dijadikan surinya.  

Dalam pada itu, ditanya juga filem atau drama lakonan Liyana yang paling disukai, Fathuddin berkata dia suka menonton filem Papadom kerana ia sebuah cerita yang kelakar.

"Tipu... dia suka sebab itu jer filem saya yang dia pernah tonton", sampuk Liyana spontan sambil tergelak. Dalam pada itu sempat lagi Liyana pecah lubang yang Fathuddin ni sebenarnya jarang tonton filem atau drama Melayu. 

Baca laporan penuh di malaysiandigest.com


Gempar! Burung purba dijumpai


Tengok gambar burung purba ini..adakah ianya benar?
Ya, gambar ini memang benar dan tidak diedit dengan mana-mana software photoshop. TETAPI ia bukanlah gambar kepala burung purba atau sebagainya. Objek yang seakan-akan seperti kepala burung itu hanyalah batang pokok yang sudah kering dan telah 'menipu' ramai pemandu yang lalu lalang di kawasan tersebut.

Boleh tengok laporan penuh di Metro.uk


Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Khamis, 29 Mac 2012

[GAMBAR] Anjing paling kecil yang bernama Beyonce


Anak anjing paling kecil di dunia ialah Beyonce yang dinamakan bersempena dengan nama bintang besar bertarat dunia. Beyonce santag kecil dan boleh muat pada sudu semasa baru dilahirkan.

Beyonce hanya seberat 1 aun ketika lahir. Anak anjing yang comel ini kini menjadi rebutan untuk dijadikan haiwan peliharaan. Menurut pakar, Beyonce dari baka Dachshund ini akan mencapai berat 1kg sahaja ketika sudah dewasa kelak.

Laporan penuh di The Telegraph 


Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Inilah Makluk yang tak malu melanggar peraturan


Dah terang-terang tulis 'No Fishing' tapi makluk seekor ni tak layan pun. Hahaha..kalau lah si burung tu pandai mengeja, entah lah apa yang akan jadi. Memang satu foto yang menarik.

http://www.telegraph.co.uk/news/picturegalleries/picturesoftheday/9169003/Pictures-of-the-day-27-March-2012.html?frame=2178328


Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Inilah yang berlaku bila kucing kecil jumpa dengan kucing gergasi


Haha..comelnya kucing tu. Terkejut badak dia lepas tengok kucing gergasi yang hampir sama dengannya. Macam Garfield pun ada sikit-sikit.


Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Padah kerana panggil 'Singapura Anjing'


National University of Singapore (NUS) telah mengambil tindakan disiplin ke atas seorang pelajarnya dan pemegang biasiswa, Sun Xu. Pelajar tersebut menjadi tumpuan media dan orang ramai pada Februari lalu selepas membuat kenyataan yang menganggu sensitiviti masyarakat Singapura, seperti yang dilaporkan dalam Channel NewsAsia.

Sun, pemegang biasiswa Kementerian Pendidikan telah didenda S$3, 000 dan perlu melaksanakan tugas kemasyarakatan selama tiga bulan sebelum dibenarkan untuk bergraduat.

Laporan tersebut menyatakan bahawa pelajar akhir kejuruteraan mekanikal itu sepatutnya akan bergraduat pada Jun tahun ini tetapi sebagai sebahagian daripada dendanya, dia perlu mengambil satu semester tambahan dan sekarang akan bergraduat pada Februari tahun depan. Dia juga perlu membayar untuk semester tambahan tersebut.

Menurut laporan tersebut, faedah biasiswanya untuk semester akhir juga telah ditamatkan dan dia perlu membayar balik S$8,200 faedah biasiswa untuk semester terkini.

Sun telah membuat kenyataan di laman sosial berbahasa Cina "Ren Ren" bulan lalu dan telah menimbulkan kemarahan masyarakat tempatan setelah ianya menjadi viral. Dia menulis "there are more dogs than humans in Singapore". Dia kemudiannya telah meminta maaf.

Untuk laporan penuh, sila layari malaysiandigest.com.


Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Pelakon Amran Ismail sangkal dakwaan 'dibela'


Amran Ismail

Berikutan baru-baru ini dia memandu kereta mahal  kereta jenis Honda Accord edisi baru dan Pajero di beberapa lokasi penggambaran sebuah drama, menyebabkan timbulnya dakwaan pelakon Amran Ismail, 27, 'dibela' seseorang.

Terkejut dan terkilan dengan tuduhan itu, namun yang demikian Amran menegaskan dua buah kereta itu tidak ditaja tetapi miliknya sendiri yang dibayar hasil wang dalam bidang lakonan.

Menurut kenyataan pelakon Cinta Buat Emelda ni di mStar, jelas Amran sebetulnya kereta kereta pacuan empat roda Pajero yang dipandunya itu adalah kepunyaan bapanya. Kereta tersebut diberikan sejak Amran berusia 19 tahun lagi dan akan bayaran ansurannya habis sekitar bulan Julai depan.

Sementara kereta Honda Accord itu pula dihadiahkan oleh ibunya.  Ini kerana, lesen Amran sebelum ini pernah digantung atas kesalahan lalu lintas. Dan selepas Amran kembali dibenarkan memandu secara sah, kereta itu diberikan sebagai menunaikan nazarnya terhadap Amran yang pernah diluahkan beberapa tahun lalu. 

Mengakui kereta Honda Accord itu adalah pilihannya sendiri, bagaimanapun ibunya hanya membayar wang pendahuluan dan bayaran bulanan adalah tanggungjawabnya.

- mD


Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Rabu, 28 Mac 2012

Kod Gitar Aku Yang Tersakiti - Judika | Lirik Lagu Judika Aku Yang Tersakiti | Video Judika Aku yang tersakiti

Main gitar dengan lagu Judika-Aku yang tersakiti sambil tengok videonya sekali.


Intro: A# F Gm 2x

A#        F       Gm
Pernahkah kau merasa
Cm      G      F
Jarak antara kita
A#       F       Gm
Kini semakin terasa
Cm          G       F
Setelah kau kenal dia

A#     F       Gm
Aku tiada percaya
Cm      G        F
Teganya kau putuskan
A#       F       Gm
Indahnya cinta kita
Cm             G      F
Yang tak ingin ku akhiri

D#     F      D#    F
Kau pergi tinggalkanku

Chorus:
A#
Tak pernahkah kau sadari
Gm
Akulah yang kau sakiti
D#
Engkau pergi dengan janjimu
F
yang telah kau ingkari

A#
Oh Tuhan tolonglah aku
Gm
Hapuskan rasa cintaku
D#
Akupun ingin bahagia
F
Walau tak bersama dia

[solo] A# F Gm Cm G F 2x

Cm
Memang tak kan mudah
D#           A#      F    Gm
Bagiku tuk lupakan segalanya
D#         F
Aku pergi untuk dia

Chorus:
A#
Tak pernahkah kau sadari
Gm
Akulah yang kau sakiti
D#
Engkau pergi dengan janjimu
F
yang telah kau ingkari

A#
Oh Tuhan tolonglah aku
Gm
Hapuskan rasa cintaku
D#
Akupun ingin bahagia
F
Walau tak bersama dia

A# Gm D# F
Diaaa

A#
Oh Tuhan tolonglah aku
Gm
Hapuskan rasa cintaku
D#
Akupun ingin bahagia
F
Walau tak bersama dia

A# F Gm 2x




Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Top 10 Wanita paling hot dalam politik


Dahulunya merupakan model atau pelakon, atau penyanyi yang terkenal, dan kini mereka pula terus disanjung tetapi dalam bidang politik. Biasanya politik ini sering dikaitkan dengan lelaki berumur. Tapi jangan hairan lah jika sekarang ni wanita juga mula menempah nama dalam bidang ini. Berikut merupakan top 10 wanita paling hot dalam politik:-


10. Angelina Sondakh, Indonesia

Dilahirkan di New South Wales, Australia, Angelina merupakan seorang environmentalist dan bekas ratu cantik yang kemudiannya menjadi ahli politik. Angelina adalah wakil dewan di Parlimen Indonesia dan sekarang ini bersama dengan DPR Republik Indonesia's Democratic Party.

9. Carla Bruni Sarkozy, Perancis
Dahulunya dia juga pernah menjalinkan hubungan dengan Mick Jagger dan Eric Clapton dan kini berkhawin dengan Presiden Nicolas Sarkozy. Carla adalah bekas penyanyi/penulis lagu, model dan mungkin First Lafy yang paling anggun ketika ini.





8. Orly Levy, Israel
Ibu beranak tiga berumur 36 tahun ini merupakan bekas model dan pengacara tv. Dia adalah ahli Israeli Knesset untuk Yisrael Beiteinu.







7. Sethrida Geagea, Lebanon
Sethrida adalah ahli Parlimen Lebanon. Ahli politik berumur 44 tahun ini terkenal dengan kecantikan dan karekternya yang menjadi tumpuan media di Lebanon. Suaminya Samir Geagea pernah dipenjarakan kerana politik dan Sethrida berjuang selama 11 tahun untuk membebaskannya.



6. Michela Vittoria-Brambilla, Italy
Sangat terkenal dengan pemakaian yang seksi dan ramai yang melihatnya sebagai pewaris kepada perdana menteri 'naughty', Silvio Berlusconi.





5. Yuri Fujikawa, Jepun
Mungkin dia adalah ahli politik paling comel. Baru berumur 29 tahun, Yuri juga dikenali sebagai 'the Belle Councilor' di Jepun. Nampaknya Yuri mewarisi ayahnya yang juga seorang ahli politik.





4.  Queen Rania of Jordan, Jordan
Rania Al Abdullah merupakan ratu di Jordan sebagai isteri kepada King Abdullah II. Ratu berumur 41 tahun ini dianggap sebagai wanita paling berpengaruh di dunia dan sedang berjuang untuk meningkatkan kualiti pendidikan di Jordan dan juga di seluruh dunia.




3. Julia Bonk, Germany
Bonk, 26, berjaya masuk ke parlimen Saxony pada umur hanya 18 tahun - ahli parlimen Jerman paling muda dalam sejarah.





2. Eva Kaili, Greece

Bekar penyampai televisyen, Kaili telah dilantik dalam parlimen Greek pada tahun 2007. Wanita 33 tahun ini menjadi calon PASOK sebagai undergraduate dan menjadi town councilor pada tahun 1998. Dia kemudiannya dilantik menjadi ahli parlimen untuk First Region of Thessalonika pada 2007.




1. Mara Carfagna, Italy
Dia juga dipanggil sebagai 'ahli politik paling cantik di dunia'. Cafagna, 34, merupakan bekas personaliti tv, showgirl, dan model.








Demikianlah top 10 wanita paling hot dalam dunia politk. Dan memang masih ramai lagi wanita hot yang terlibat dalam bidang tersebut seperti Perdana Menteri Thailand, Yingluck, Anna-Maria Galojan (Estonia), Eunice Elizabeth Olsen (Singapore), dan Sarah Palin (USA).


Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Wayne Rooney 'patahkan' tangan seorang budak sekolah

Sepakan bola Wayne Rooney semasa sesi memanaskan badan yang meliar ke bangku penonton menyebabkan seorang budak sekolah patah pergelangan tangannya selepas terkena bola tersebut.
Jamie yang terpatah pergelangan tangan
Wayne Rooney bagaimanapun telah meminta maaf terhadap budak 9 tahun melalui laman twitternya. Rooney juga akan mengemukakan surat permohonan maaf beserta sehelai jersi yang ditandatanganinya.
Jamie Thomas yang berasal dari Wem di Shropshire ketika itu sedang duduk di bahagian bangku hadapan penonton semasa Manchester United mengunjungi Wolves dalam saingan liga. Walaupun berada dalam kesakitan, Jamie tetap terus menonton perlawanan itu sehingga tamat sebelum mendapatkan rawatan.



Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Bagaimana sebenarnya Google buat duit?

Setiap kali kita connect kat internet, sudah pasti selalunya yang keluar dulu ialah 'Google'. Dikatakan juga bahawa Google memperoleh keuntungan berbilion dollar setahun. Bagaimana sebenarnya Google ini buat duit sebegitu banyak? Berikut maklumat dari artikel berbahasa Inggeris eHow.com:


Advertising
On the surface, a search engine, no matter its popularity, doesn't seem like the most profitable of ventures. You type in your query, hit enter and then find your results without making any payment. The oft-overlooked money-making machine for Google is advertising, which allows Google to make its profits off its sites and other sites that participate in Google's advertising schemes.

Sponsored Links
You may not notice it, but when you perform a search in Google, sponsored links appear on the right side of the screen. These are advertisers that make a business agreement with Google in order to get their ads displayed alongside the results of the most appropriate searches. That way, people searching for used cars may find people selling cars with the sponsored links.

Search Results
In contrast to other search engines, the sponsored links are never displayed with the other results that your search turns up. Certain search engines take money from websites so that when those websites come up in search results, they appear higher up on the results than other non-paying websites. Google refuses to do this and instead puts the ads alongside the rest of the results, clearly setting them aside as "sponsored links."

AdWords
Google uses an AdWords system that allows a potential advertiser to specify the search terms she would like to specify as the words that, when searched, will display her ads. A flower shop in San Francisco, for example, could have a keyword that involves the city in which it does business and type of business, such as "San Francisco florist."

AdSense
Because of the immense popularity of Google, plenty of customers that want to advertise on the grand frontier that is the Internet. When people pay for these advertisements, that is where Google makes the lion's share of its money. Website owners can also sign up for Google's AdSense program, which includes ads on the website that are contextually relevant. When visitors click on them, all parties make money.

A Win-Win-Win Situation
Although the idea of making money off of a search engine can be difficult to understand, it all lies in advertising, which allows everyone to benefit. Those who advertise get increased business, and Google gets the money from their payments. Consumers who search for certain products may find it easier to find what they are looking for by using the sponsored links than to pore through all of the results, so it is a win-win-win situation.

Nah, dah nampak kan. Bagi pelayar internet tegar, bloggers, webmasters, internet marketers, dan sebagainya yang berkaitan dengan internet, memang sedikit sebanyak sudah jelas dengan benda ini. Tapi rasanya masih ramai yang tak tahu kan. Oleh itu, demikianlah bagaimana Google buat duit. Kini makin web engin carian yang mengaplikasikan teknik Google ini. Namun belum ada yang setanding dengannya. 

Sekian untuk perkongsian.


Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Selasa, 27 Mac 2012

Bagaimana menangani cinta pertama anak anda?


Bagi kita orang dewasa, cinta pertama kebanyakkan dipandang sebagai sesuatu yang biasa-biasa saja. Tetapi bagi kanak-kanak, cinta pertama itu merupakan satu perkara yang besar dalam hidup mereka. Di sini saya ingin mengongsikan tentang bagaimana menangani cinta pertama anak anda? Sebagai ibu bapa, apakah "do' dan dont's" yang perlu anda ketahui.

1. Lihat tanda-tanda
Cinta pertama biasanya berlaku di sekolah rendah sekitar umur 5 - 10 tahun. Walaupun anak anda tidak memberitahu secara terus terang bahawa mereka sudah jatuh cinta, anda mungkin boleh melihatnya, seperti merancang beli hadiah, suka mengusik kanak-kanak lain yang mereka suka itu, dan berketawa kecil bersama rakan-rakan.

2. Sikap ingin tahu
Ini merupakan peluang untuk anda memahami anak dan mula membantunya meneroka apa pilihan dan nilai mereka. Tanya anak anda soalan-soalan terbuka seperti "Beritahulah saya tentang Aini..", "Apa perasaan Abu terhadap kamu?" atau "Apa yang istimewa tentang dia?"

3. Jangan usik/ejek
Perasaan kasih sayang merupakan permulaan kasih sayang yang akan membawa kepada perhubungan yang bermakna di masa hadapan. Bercakaplah tentang perasaan keberahian dalam bentuk yang lebih positif dan tidak melampau sebagai sesuatu perkara yang menyeronokkan. Jangan sesekali mengusik atau mengejek anak anda yang sudah jatuh cinta itu.

4. Bina sempadan
Cinta pertama anak anda merupakan masa terbaik untuk memulakan dialog tentang sempadan fizikal dan emosi yang bersesuaian, terutamanya jika anak anda berumur lebih senior di sekolah rendah. Perbincangan mengenai afeksi fizikal, menghabiskan masa bersama, bersms dan sebagainya adalah perkara-perkara penting untuk dibincangkan.

5. Legakan perasaan yang disakiti
Apabila cinta pertama tidak terbalas, sudah tentu ianya sangat menyakitkan. Begitu juga dengan anak-anak. Ini lah peluang anda untuk mengajar anak anda tentang kekuatan hati dan bagaimana mereka boleh menruskan hidup walaupun setelah hati disakiti atau dikecewakan.

Artikel ini saya petik dari www.juliehanks.com yang merupakan seorang pakar dinamika diri dan perhubungan. Sekian untuk perkongsian.

http://www.juliehanks.com/2012/02/17/how-to-handle-your-childs-first-crush-studio-5/


Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Video Madonna 'Girl Gone Wild' kena ban di YouTube


Aksi Madona
Sebuah video Madonna yang dikategorikan sebagai under-18s kena ban di laman YouTube. Video bertajuk'Girl Gone Wild' yang menunjukkan penyanyi berumur 53 tahun tersebut menari sambil mengenakan pakaian dalam hitam PVC bersama dengan penari-penari lelaki ternama.

Peraturan YouTube ada menyatakan bahawa video yang berunsur lucah atau mempunyai perilaku seksual adalah boleh dihalang. Peminat pula yang ingin menyaksikan video sedemikian haruslah sign in ke laman Google - YouTube's parent company - dan perlu mengesahkan nama dan tarikh lahir mereka.

Jurucakap Google mengatakan bahawa video Madonna tersebut telah melanggar 'garis panduan komuniti'. 

Sebelum ini, beberapa video Madonna seperti 'Justify My Love' telah di ban oleh MTV pada tahun 1990 dan begitu juga dengan video 'Like A Prayer' yang dilihat menggunakan inconography keagamaan. - mD



Kod Gitar dan Lirik Lagu Kutetap Menanti - Nikita Willy


[intro] G A F#m Bm
        Em C A D
   D                 G
Meski dirimu bukan milikku
  A                   D
Namun hatiku tetap untukmu
   F#m               G
Berjuta pilihan di sisiku
    A                   D
Takkan bisa mengantikanmu
F#m             Bm
Walau badai menerpa
        Em          A  G#m
Cintaku takkan ku lepas
F#m            Bm            Em
Berikan kesempatan untuk membuktikan
                           C
Ku mampu menjadi yang terbaik
    G                       A
Dan masih menjadi yang terbaik
[chorus]
          G
Ku akan menanti
   A                  F#m
Meski harus penantian panjang
   B                      Em
Ku akan tetap setia menunggumu
   A              D
Ku tahu kau hanya untukku
           E/G#
Biarkan waktuku
  A                  F#m
Habis oleh penantian ini
    B                     Em
Hingga kau percaya betapa besar
   C           A
Cintaku padamu ku tetap menanti
[int] D G Bm A
F#m             Bm
Walau badai menerpa
        Em          A  G#m
Cintaku takkan ku lepas
F#m            Bm            Em
Berikan kesempatan untuk membuktikan
                           C
Ku mampu menjadi yang terbaik
    G                       A
Dan masih menjadi yang terbaik
[chorus]
          G
Ku akan menanti
   A                  F#m
Meski harus penantian panjang
   B                      Em
Ku akan tetap setia menunggumu
   A              D
Ku tahu kau hanya untukku
           E/G#
Biarkan waktuku
  A                  F#m
Habis oleh penantian ini
    B                     Em
Hingga kau percaya betapa besar
   C           A
Cintaku padamu ku tetap menanti
[solo] G A G A F#m
C         B       Em F#m G E/G# A
Penantian panjang
[chorus]
          G
Ku akan menanti
   A                  F#m
Meski harus penantian panjang
   B                      Em
Ku akan tetap setia menunggumu
   A              D
Ku tahu kau hanya untukku
           E/G#
Biarkan waktuku
  A                  F#m
Habis oleh penantian ini
    B                     Em
Hingga kau percaya betapa besar
   C           A             D  Bm
Cintaku padamu ku tetap menanti
   Em            G  A
Cintaku padamu.. hoooo.. Ku tetap menanti
[int] G A F#m B Em C A D
D                  G
Meski dirimu bukan milikku
  A                   D
Namun hatiku tetap untukmu
Nikita Willy adalah pelakon utama dalam sinetron TV3 Putri Yang Ditukar yang sedang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis jam2.00 petang. Merdu juga suara Nikita Willy ini menyanyi. Sumber kod gitar dari http://www.kordkita.web.id. Layan..


Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

[Guest Post] Unlock Huawei modem secara percuma


by xDer
Assalam.. dan salam sejahtera. mungkin ramai yang tercari2 dan tertanya2 bagaimana untuk 'unlock' modem keluaran Huawei? paling koman pun, nak unlock secara percuma. terdapat pelbagai aplikasi yang menawarkan 'unlock code' diluar sana tapi sayangnya kebanyakannya memerlukan bayaran. ada cara mudah sebenarnya, secara percuma lagi. terpulang kepada pengguna untuk unlock berapa banyak modem yang dimahukan.

kisah unlock ni terjadi pada diri teman sendiri. baru2 ni, teman menukar ISP dan aplikasi softwarenya "tidak sesuai" dengan lappy burOk teman ni. asal nak buat connection je terus hang. menggigil satu badan dibuatnya ;) so.. dipendekkan cerita, teman maintain gunakan modem Huawei model E1552 yang seblomnya (ISP lama) dan mengganti SIM network yang baru.

macam biasa ler kan.. bila dah guna SIM network lain untuk dimasukkan ke modem network yang lain. pertama sekali ianya akan keluar arahan "Unlock Code" dan selagi tidak kita unlock, SIM tu tak ler boleh nak diguna-pakai pada modem network yang lain tu. contohnya: modem E1552 dari SIM network Maxis - nak masukkan SIM network U-Mobile misalannya. kena unlock baru boleh diguna-pakai..

kebaikan teknik unlock modem ni ialah dengan hanya menggunakan satu modem tu kita boleh masukkan pelbagai SIM network dari berlainan ISP. jadi, bila2 kita nak tukar service tak ler membazir nak ambil package bersama modem. cukup setakat membeli SIM card ISP yang baru.. jimat gak tu hehe

ok.. antara yang termudah ialah dengan pergi ke lelaman Online Unlock Key Generator ini. apa yang perlu dilakukan ialah, pengguna cuma perlu masukkan/isikan nombor IMEI modem dan teruskan proses yang disediakan di lelaman ini. sesuai untuk model modem Huawei: E1550, E155, E156, E156G, E160, E160G, E161, E166, E169, E169G, E170, E172, E176, E180, E182E, E196, E226, E270, E271, E272, E510, E612, E618, E620, E630, E630+, E660, E660A, E800, E870, E880, EG162, EG162G, EG602, EG602G

untuk model modem Huawei lain seperti: E156 E155, E1550 E1552, E156G E160, E160G E161 E166, E169 E169G, E170, E172, E176 E1762 E180 E182E E196 E226 E270, E800,E870 E880 EG162 E880 EG162 EG162G EG602 EG602G, E271, E272, E510 E612 E618 E630 ,E620 E630+ E660 E660a.. teman sarankan pengguna untuk muat-turun Huawei Unlocker (196 KB) ini. download ianya pada komputer dan 'open' application. proses sama seperti diatas, masukkan nombor IMEI modem dan teruskan. kod unlock akan dipaparkan. boleh terus diguna-pakai keatas dialer-software modem yang hendak di unlock.

~ teman menggunakan cara aplikasi Huawei Unlocker untuk modem E1552 dan ianya berkesan dengan mudah. jimat duit takyah ambil pakej penuh dengan modem sekali..


Artikel ini adalah dihantar oleh pengunjung Blog Sikarap. Jika anda ingin mengongsikan artikel atau blog post anda, boleh hantar butiran di Submit Article. Jadikan ini sebagai salah satu cara menambah backlink blog anda.

Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Isnin, 26 Mac 2012

Kod Gitar Hatiku Milikmu - Nera AF9 | OST Drama Cinta Buat Emelda TV3

Siapa tengok drama slot Akasia TV3? angkat tangan..hee..aca ja. Seperti yang diwar-warkan oleh TV3, hari ini dah mula drama terbaru TV3 yang bertajuk Cinta Buat Emelda. Bila tiap-tiap hari dengar lagu tema Cinta Buat Emelda yang bertajuk Hatiku Milikmu nyanyian Nera AF9 ini, rasa macam syok juga kalau nyanyi sambil main gitar. Jom layan.


Intro: Am F Am Em Dm G C E


Am Dm
Pernahkah engkau hargai
G C
cintaku yang sejati
F Dm
pernahkah engkau mengerti
B7 E
akan diriku ini


Am Dm
Betapa hebatnya cintamu
G C
memberiku sejuta pilu
F Dm
betapa agungnya asmaramu
E Am A
membuatku terpaku


**
Dm G
Disisimu aku terdiam seribu bahasa
C F
dihatiku bergetar sejuta rasa
Dm E
namun sukar untuk aku meluahkan
Am A
kucinta padamu


Dm G
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
C F
terasa pantas degupan jantungku
Dm E
mungkinkah hatimu milikku jua
Am
kusayang padamu


Am Dm
Kan kuabadikan dikau
G C
suatu kenangan yang manis
F Dm
yang tak mungkin aku lupa
B7 E
untuk selamanya


Am Dm
Kan kucoretkan kenanganmu
G C
dalam sanubariku ini
F Dm
dapat jadi yang terindah
E Am
di dalam hidupku ini


Repeat Chorus 

Kod gitar Hatiku Milikmu ini saya ikut kat RAHMAD GUITAR CHORDS. Mendayu-dayu lagu ini. Oh ya, jangan lupa jam7.00 malam ini tengok drama Cinta Buat Emelda. Kalau tengok dia punya promo macam best.

Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

[Guest Post] bahayanya si TOMCAT


by xDer

Apa Itu serangga TOMCAT?

Nama Am: Kumbang Rove
Nama Saintifik : Staphylinidae (Insecta: Coleoptera: Staphylinidae)
Nama Setempat: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dll
Spesies: Sekitar 47,000 Spesies
Habitat: Sawah padi dan padang sekolah

Cairan hemolimfe yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandung toksin sentuhan haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenal sebagai 'Pederin' (C24 H43 O9 N) ditemukan pada tahun 1953. Racun ini 12 kali lebih kuat daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih tetap beracun.

Cara mengelak serangan: Kurangi penggunaan cahaya lampu pada waktu malam, karena kumbang rove amat tertarik kepada cahaya. Gunakan aerosol anti serangga, perangkap berpelekat atau kelambu nyamuk yang halus. Hindari duduk dekat cahaya dan jika dihinggapi kumbang rove, jangan ditepuk, sebaiknya hembus/tiup supaya menghindar.. Jika bersentuhan dengan kumbang rove, cepat-cepatlah basuh pada bahagian yang terkena kumbang rove dengan sabun dan air - suarasurabaya


~ ada cerita dari sahabat, dirinya pernah terkena gigitan Tomcat/Charlie ni masa beliau masih menuntut di Utara Semenanjung beberapa tahun lalu.. teman sendiri pernah terlihat serangga ni waktu bertugas di kawasan sempadan sebelah Selatan dulu. langkah berjaga2 memberi manfaat terutama bagi yang mempunyai anak2 yang masih kecil dirumah..


Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Peluang Artis Tempatan Jana Pendapatan Lumayan di YouTube Malaysia !


Pengarah Pengurusan Produk Asia Pasifik Youtube, Adam Smith bersama Pengurus Besar Google Malaysia, Sajith Sivanandan di majlis pelancaran Youtube Malaysia, semalam. 
YouTube, komuniti perkongsian video dalam talian terbesar di dunia. Dan semalam laman yang menjadi bahan hiburan anda tak kiralah sama ada bos anda ada di pejabat atau tidak ni kan, secara rasmi mempunyai domain tempatan. Maka mulai saat ini kita boleh melayari www.youtube.com.my

Istimewanya, laman baru YouTube Malaysia menawarkan antaramuka tempatan untuk rakyat Malaysia mencari video yang paling relevan untuk mereka dengan mudah dan cepat, termasuklah kandungan yang berkembang daripada rakan kongsi tempatan dan global.

Di samping itu bersempena pelancaran tersebut, Youtube telah menjalinkan perjanjian perkongksian dengan beberapa syarikat media terbesar di Malysia termasuk Astro Malaysia dan KRU Studios. Ia bertujuan memantapkan lagi hasil arya di YouTube bagi memudahkan pengagihan isi kandungan dan meningkatkan jumlah penonton. 

Sebut fasal penonton, di Malaysia saja kajian tahun lalu mencatatkan purata sebanyak 17.5 juta penonton sehari. Sementara purata sebanyak 42 billion penonton seluruh dunia, sehari. Selain, bermula hanya dengan satu bahasa iaitu bahasa Inggeris kini YouTube mempunyai 58 bahasa termasuk bahasa Malaysia dan Mandarin.  

Dalam pada itu YouTube juga telah menandatangani perjanjian dengan Music Author’s Copyright Protection (MACP) untuk membolehkan pemuzik & artis di Malaysia menjana pendapatan melalui perkongsian hasil iklan di Youtube. 

Menurut Pengarah Pengurusan Produk Asia Pasifik untuk YouTube, Adam Smith berkata ini pertama kalinya artis & pemuzik di Malaysia bakal menerima hasil dan pendapatan menerusi pengiklanan di YouTube dengan karya mereka.

MD kira ini sesuatu yang baik untuk industri hiburan secara keseluruhan kerana kini secara rasmi YouTube merupakan salah satu media untuk penyebaran kandungan digital hasil karya dan ciptaan anak tempatan.


**Hmmm...patutlah baru-baru ini asyik nampak twin tower kat logo youtube tu**


Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Ahad, 25 Mac 2012

Sinopsis dan barisan pelakon Jangan Pandang-Pandang | Filem Malaysia Terbaru Mac 2012


Pengarah: Ahmad Idham
Bahasa: BM
Kategori: Cereka
Genre: Komedi
Durasi: 90 minit
Tarikh mula tayang: 29 Mac 2012
Sinopsis Jangan Pandang-Pandang:
Filem arahan Ahmad Idham ini mengisahkan empat pelajar kolej jurusan Sains Sosial dan Manusia – Ajis, Ben, Yaya dan Diana ditugaskan untuk membuat satu tugasan mengumpul maklumat dan data tentang artifak-artifak di Gua Bewah. Yaya baru mendapat tahu Ajis main kayu tiga dan bertekat mahu putus hubungan namun demi menyiapkan tugasan, Yaya setuju untuk berdamai buat seketika. Tugasan berkumpulan memaksa mereka mencari ahli kumpulan ke 5, seorang pelajar jurusan sama tetapi dari luar kampus bernama Marsha, seorang gadis gothik yang penuh misteri. Marsha kata beliau boleh membawa mereka untuk membuat kajian dan penemuan-penemuan artifak di kawasan gua yang tidak pernah dimasuki manusia moden. Tiba di jeti Tasik kenyir, mereka bermalam di dalam sebuah rumah bot kepunyaan seorang lelaki misteri bernama Abang Bob.

Bermulalah pengalaman pelik dan ganjil serta menakutkan sepanjang mereka mencari artifak di gua tersebut. Kesilapan mereka ialah memasuki kawasan gua yang dilarang kerana ia merupakan kawasan keras. Sekembali ke bot dari gua, mereka dirasuk hantu gua dan diselamatkan oleh Abang Bob. Keesokan harinya, Abang Bob menghilangkan diri manakala bot pula tiada minyak menyebabkan mereka mengambil keputusan mencari kawasan kampung untuk mendapatkan minyak. Namun tindakan mereka itu memakan diri apabila mereka sesat jalan dan tidak temui mana-mana kawasan kampung mahupun jalan kembali ke bot.

Mereka terpaksa bermalam di dalam hutan dan diganggu oleh makhluk halus. Akhirnya mereka menemui sebuah rakit usang lalu mengambil keputusan mencuba nasib menaiki rakit tersebut daripada terusan menjadi mangsa gangguan mistik di dalam hutan. Mereka diselamatkan oleh bot peronda yang dipanggil oleh Abang Bob. Abang Bob sebenarnya menghilangkan diri untuk mendapatkan minyak tetapi telah disalahertikan oleh mereka berlima. Pengalaman di dalam hutan dan sepanjang kembara, mengembalikan ikatan cinta antara Ajis dan Yaya manakala membenihkan rasa cinta antara Ben dan Marsha.

Barisan pelakon Jangan Pandang-Pandang:
Zizan RL (sebagai Ajis), Nas-T (sebagai Ben), Sara Ali (sebagai Yaya), Miera Leyana (sebagai Marsha), Azhar Sulaiman (sebagai Abang Bob), Jaafar Onn (sebagai pensyarah), Erin Malek (sebagai gadis kampus).

(sumber: sinemamalaysia.com.my)