Edisi Blogger: Jun 2013

Ahad, 30 Jun 2013

Cinta ditolak kerana seekor tikus putih

True love does exist...and so does the 'worse' love..ahaks!! Kesian aku tengok si lelaki yang ditolak cintanya tu..si perempuan lebih memilih si tikus putihnya (hamster) berbanding si lelaki. Ini kisah benar. Aku tak reka-reka pun.
Tikus putih yang bertuah
Kisahnya begini... si perempuan mesti pilih antara si lelaki atau si tikus putih milik si perempuan. Oh ya..si lelaki terpaksa culik si tikus putih semata-mata untuk minta perhatian si perempuan.Sebab cemburu buta si lelaki tu punya pasal la. Then...si lelaki minta si perempuan pilih antara dirinya atau si tikus putih. Jawapan si perempuan...."i love my hamster more than you, you pergi mampuslah"...haha..lebih kurang macam tu lah ceritanya. Korang baca lah kisah tak berapa sedih dan tak berapa romantik ini kat Telegraph

P/s: Pastinya si perempuan ini sukar nak menang peraduan Jacobs Super Mom's...lalalala

Jumaat, 28 Jun 2013

Gambar-gambar cool kereta idaman...Mercedes

Wah..kereta-kereta dari jenama Mercedes ini memang cantik cool la. Tak hairan kalau ianya menjadi kereta idaman kebanyakkan orang. Tengok lah reka bentuk siri-siri terbaru kerta Mercedes ini. Dari A Class sampai lah ke SLK..fuyooo! hebat...
Mercedes A Class
Mercedes B Class
Mercedes C Class
Mercedes M Class
Mercedes SL Class
Ada lagi class yang lain seperti CLS, SLS AMG dan sebagainya. Terjah saja laman web promosi Mercedes untuk tengok gambar-gambar kereta yang lebih cool dan disertai dengan spesifikasinya skali. Senarai harga kat Malaysia pun boleh didownload dari sana. 

Kereta mercedes ini memang cantik...tapi harganya pun cantik juga... :p impian tinggal impian saja la..tak der pun tak per..gasak dengan Saga FLX SV je..hehe

Khamis, 27 Jun 2013

Peringatan kepada mereka yang suka membeli belah sakan

Pasti ramai di luar sana yang terdiri daripada golongan manusia yang suka membeli belah sakan. Terutamanya yang baru lepas gaji memang seronok shopping. Tak kira lah perempuan atau lelaki. Di sini saya ada peringatan khas untuk anda.
Dapatkan voucher membeli belah RM1000 di MY Mega Sale
Nak menang baucer membeli belah tak? Alaaa, tak la banyak sangat, RM1000 jer..hehe. Bagi saya, RM1000 tu dah banyak. Boleh beli banyak benda kat Jusco, Parkson, isi minyak Petronas malah boleh naik Air Asia pergi melancong. Anda pilih saja mana satu yang korang mau. 

So, kalau berminat nak RM1000 ini, senang saja, pergi ke laman MY Mega Sale Shopping Voucher dan daftar. Pemanang akan dipilih secara rambang. Senang je kan..hehe..ini je peringatan saya sebenarnya. Promote Voucher..saya tak suka shopping pun..khas untuk anda yang suka membeli belah je  :p






Rabu, 26 Jun 2013

Tak sangka Syura juara MasterChef Selebriti 2

Memang saya tak sangka Syura menang cabaran MasterChef musim 2 ini. Ingatkan Celina Khor yang jadi juara, rupanya bukan. Itu lah yang dikatakan dengan 'tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia kita tak tahu'.
Syura juara MasterChef Selebriti 2
Apa pun keputusan Masterchef selebriti 2 kali ini, tahniah kepada Syura selaku juara setelah berjaya memikat hati para juri menerusi hidangan 'Sajian Sehangat Bintang'  ciptaannya. Tahniah juga kepada Celina selaku naib juara dan juga kepada para peserta yang lain. Sumbangan anda terhadap badan kebajikan yang diwakili sangat murni nilainya.

Secara keseluruhannya, Syura berjaya mengumpulkan RM 60,500 wang untuk didermakan kepada Badan Kebajikan Kanser Payudara Persekutuan manakala Celina berjaya mengumpul RM10,000 untuk Persatuan Kebajikan Haiwan-haiwan Kurang Dijaga Selangor (Fury Friends Farm).

P/S: Teringat pula moment masa Dr. Fazley menang MasterChef selebriti musim pertama.

Selasa, 25 Jun 2013

Nuffnang dan Churp-churp, mana satu yang bayar lebih?

Nuffnang dan Churp-churp...pastinya kebanyakan pengamal media sosial seperti blogger, facebook dan twitter sudah lama kenal dengan dua benda ini.

Nuffnang, secara amnya merupakan sebuah syarikat pengiklanan yang menjadi pilihan ramai blogger. Blogger akan dibayar jika pengunjung blog mengklik iklan dalam blog. Kunjungilah mana-mana blog, pasti kebanyakkannya menyiarkan iklan dari Nuffnang.

Churp-churp pula merupakan 'adik' kepada Nuffnang yang baru diperkenalkan sekitar tiga tahun yang lalu. Churp-churp juga merupakan satu platform pengiklanan tetapi bezanya ia lebih kepada iklan perkongsian sosial. Maksudnya, iklan mereka dikongsi oleh kita menerusi laman sosial seperti Twitter dan Facebook. Kita akan dibayar jika ada rakan-rakan kita yang mengklik iklan yang kita kongsikan itu. 
Contoh earning churp-churp. Jom sertai Churp Churp

 Earning Churp-churp VS Nuffnang
Contoh earning Nuffnang. Letak lah iklan Nuffnang dalam blog.
Jadi, mana satu yang bayar lebih? Bagi iklan Nuffnang, setiap klik dalam blog akan dibayar sekitar RM0.25 hingga RM0.50. Malah bagi yang berstatus Glitaretti, bayaran mereka adalah lebih tinggi. Churp-churp pula membayar sekitar RM0.20 dan RM0.40. Memang nampak di sini bahawa Nuffnang lebih masyuk berbanding Churp-churp. 

Tapi...semuanya itu bergantung kepada sejauh mana pengaruh kita dalam alam maya. Bagi yang mempunya blog bertrafik tinggi, memang peratus pengunjung yang mengklik iklan juga akan tinggi. Namun, kebanyakkan blog yang bertrafik tinggi ini biasanya memilik platform pengiklanan yang lebih masyuk seperti Innity dan Komli. 

Untuk Churp-churp pulak, ianya memberi kelebihan kepada individu-individu yang memang dah terkenal di luar alam maya seperti artis dan pelakon tanah air. Tambahan pula mereka memiliki jumlah pengikut (fans) di laman sosial yang begitu ramai. Pengikut ini pastinya akan sentiasa peka dengan status terkini idola mereka. Bila idola mereka tweet sesuatu, memang akan mendapat perhatian. So, kalau kurang femes, jangan mimpi nak dapat pengikut beribu riban kat Twitter. Lainlah kalau pengikut itu dibeli dari servis menambah follower. Tapi percayalah, servis itu tidak akan memberi folower yang berkualiti untuk anda. Look for quality, not quantity. Beli servis retweet lagi bagus. :P

Saya sudah pernah cashout Nuffnang dan Churp-churp ini walaupun tak banyak. Dulu masa ada sponsored tweet, memang income Churp-churp masyuk. Tapi sekarang entah lah  kenapa dah tak der. Mungkin sebab pengiklanan kat Twitter itu kurang memberi kesan kepada para pengiklan kot.. :(

Tapi kalau korang nak pasif income lebih masyuk, letak lah Nuffnang dan Churp-churp sekali dalam blog. Churp-churp tidak akan ganggu status Gliteratti korang. Sebab mereka bersaudara. Lain lah kalau letak iklan Advertlets dan 8Share. Status Nuffnang pasti akan tukar kaler dari kuning ke biru. Namun jumlah pendapatan tu sebenarnya bergantung juga kepada usaha. Kalau rajin kongsi, banyak lah dapat klik. Tapi kalau sekadar auto update iklan churp-churp macam yang saya selalu buat, memang lah income tak seberapa. Folower pun berapa ketul jer. Huhu

Satu je nasihat saya, jangan sesekali minta kengkawan hingusan kita untuk mengklik iklan dalam blog. Tak kira lah itu iklan Nuffnang atau Churp-churp. Nanti kena ban. Nak apply balik, terpaksa start dari RM0.00 kan..Nah baru padan muka. Itu pun kalau kena approve. No IC kita dah ada kat rekod mereka tau. Macam mana mereka tahu? senang saja, mereka boleh detect dari IP dan cookies. Cookies bukan yang biskut okay..

Last but not least..happy blogging and happy churping. Enjoy the writing and avoid the cheating. Learn and earn... cheewah. Jom sama sama sertai Nuffnang dan Churp-churp bagi yang belum menyertai.

Isnin, 24 Jun 2013

Harap hujan rintik-rintik ini boleh kurangkan jerebu

Keadaan jerebu di negara ini nampaknya masih lagi dalam keadaan yang kurang menyenangkan. Kalau kat tempat saya, keadaan jerebu tak lah seteruk kat Johor dan Singapore tu tapi walaubagaimana pun keadaannya, kena tetap berwaspada. Minum air banyak-banyak dan kurangkan aktiviti luar. Sekarang ni pun tekak dan mata saya sering sakit. Eeeeh..jerebu punya pasal.
Keadaan semasa jerebu petang tadi
Sebentar tadi hujan rintik-rintik dah mula turun. Hati rasa sedikit senang dengan harapan esok cuaca akan lebih baik dengan berkurangnya jerebu ini.

Nampaknya awan tiruan yang diusahakan oleh Indonesia sudah menampakkan hasil kat Sabah ini. Hujan tiruan atau hujan semulajadi, saya tak kisah. Yang penting hujan dah mula turun. Kat tampat lain macam mana pulak ya?? Hujan ada turun tak?

Jumaat, 21 Jun 2013

Khas untuk blogger yang bergelar ibu

Salam sejahtera dan salam 1blogger...ada tak blogger yang bergelar ibu kat sini?? Gua pasti, ramai di kalangan blogger alam maya ini yang merupakan seorang ibu.

Kenapa gua tanya? saja gua nak bagi tau kepada para ibu sekalian..bukan blogger saja..sekarang ni Jacobs sedang buat contest yang berkaitan dengan sifat keibuan, namanya Mums' Little Secrets..hehe..boleh menang sampai RM100 ribu tau..
Kontest Mums' Little Secrets dari Jacobs
Jadi apa yang mak mak semua perlu buat? senang saja, hanya perlu kongsikan rahsia anda sebagai ibu bagaimana anda memberi yang terbaik untuk anak-anak, untuk suami dan untuk seluruh keluarga amnya dan hantar kat laman Facebook Jacobs ni..

Oh ya..ni gua nak kongsi lah sikit sikit rahsia yang rasanya mak gua selalu amalkan dalam memberi yang terbaik untuk kami sekeluarga..hehe..satu rahsia je yang gua pasti iaitu DOA..

So, mak mak kat luar sana apa rahsia lain pulak? yang gua pasti, doa itu memang dah jadi amalan..selain doa, apa lagi ya??? sila lah kongsi-kongsi dengan kitaorang kat Jacobs..




Khamis, 20 Jun 2013

Siapakah Blogger paling cantik antara mereka ini? Anda pilih


Tadi masa belek-belek laman produk kecantikan Laneige, nampak pula para peserta ni. Mereka bertanding dalam cabaran Blogger Cantik oleh Laneige. Pemenang akan menjadi duta Leneige untuk Malaysia nanti.

Gua juga sudah vote mana satu yang menarik hati..hehe..kalau tengok, memang semuanya cantik pun..tapi gua tak kisah lah siapa yang menang. Sebab setiap hari kita boleh undi..satu undi satu hari..so, esok gua akan undi peserta yang lain pulak..baru adil dan saksama..Korang pun pergi lah undi dengan melayari laman Laneige Beautiful Blogger challenge ni.

Oh, ya..tempoh pengundian akan berlangsung sampai 26 Jun ini saja. Salah satu peserta yang sempat gua undi..Gwen Tang..esok gua undi Chloe Teo..lusa..eh, undi bukan rahsia ker?? huhu..kat bawah ini antara amoi-amoi peserta Laneige tu..

Chloe blog
Gwen blog

Kalau nak tengok senarai penuh peserta Blogger Cantik ini, boleh lah layari laman web Laneige sekarang.


Rabu, 19 Jun 2013

Buffered Earning Nuffnang berlambak tapi traffik blog sikit

Nah, satu lagi dilema yang dialami oleh kebanyakkan blogger khasnya di Malaysia. Dari dulu dah teringin sangat nak dapat Buffered Earning, bila dapat...gembira sakan sebentar..tapi bila check earning..adeiii..naik seposen je sehari sebab traffik tak banyak..sekitar 100UV je..huhu..kesian kan..macam blog gua ni la. 

Apa lagi kalau BE tu berlambak sampai 5 ke 6 bijik sekali. Whoa..siapa tak nak kan..kalau dapat BE ini memang senang hati kejap..pengunjung tidak klik iklan kita pun boleh buat duit jugak. Kira macam dibayar untuk setiap pengunjung blog gitu. Kalau iklan BE kena klik, lagi masyuk lah earning korang. Tapi jangan pula mintak orang lain tolong klik iklan. Nanti kena ban oleh si Nuffnang, padan muka. Nanti macam kisah si anjing dengan bayang-bayang.

Anyway, kalau gua la kan..berblog ini hanya lah sebagai hobi dan tempat untuk berkongsi serta meluah perasaan.  Pasal trafik..gua memang tidak kisah dah sekarang..dulu memang bergelora hati nak tingkat trafik sampai blogwalking berpuluh-puluh blog sehari..tapi tak salah juga kalau blogwalk banyak-banyak. Nanti boleh discover banyak blog lain yang mampu memberi inspirasi..jangan saja SPAM shoutbox tu..

Blog ini, gua dapat beberapa kerat BE ..tapi trafik tak lah setinggi mana. Agaknya, Nuffnang ini suka bagi BE kat blog yang bertrafik rendah dan sederhana je kan..patut lah ramai blogger bertrafik tinggi ini berhijrah ke platform lain..macam Innity tu...hehe..Innity lagi masyukkk tau..tapi kalau trafik tak smpai ribuan UV sehari..angan-angan mat jenin je la jadinya.. macam mana blogger wanita boleh menang RM10,000 dengan Kotex?

Apa pun keadaannya, gua pasti kebanyakkan blogger berblog kerana hobi dan minat dalam dunia penulisan. Kalau dulu masa kecil remaja, khasnya perempuan, memang suka buat diari..berblog pun macam tu la..cuma yang buat blogging ini lagi syok ialah bila kita boleh jana pendapatan pasif melaluinya..sikit-sikit lama lama jadi bukit...hehe..

Happy Blogging kepada teman-teman..

Selasa, 18 Jun 2013

Tips bagaimana nak dapat approval dari Google Adsense untuk blog?


Salah satu cara terbaik untuk menjana wang dengan blogging ialah melalui pengiklanan. Majoriti blogger akan memilih Google Adsense sebagai cara terbaik untuk menjana wang pasif. Namun untuk mendapatkan approval dari Google Adsense tidak lah semudah yang disangka. Tapi jangan risau, di sini terdapat beberapa tips yang boleh dipraktikkan. 

1. Tulis artikel/entri yang berkualiti dalam blog anda. Ini adalah kriteria utama yang harus diikuti sekiranya anda mahu dapat approval dari Google dan elakkan daripada buat entri 'kopi pasta'.

2. Usia blog anda haruslah sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum anda memohon Google Adsense.

3. Traffik harian harus melebihi angka 100-200 paparan unik. Google Adsense sangat mementingkan trafik blog. Bagi anda sendiri, mahu kah anda beriklan di blog yang bertrafik rendah?

4. Jumlah post/entri dalam blog haruslah dalam sekitar 30-40. Dan pastikan anda update blog dengan kerap.

5. Ikut terma dan syarat Google Adsense. Boleh baca kat https://www.google.com/adsense/localized-terms

6. Guna emel yang sama jika permohonan Google Adsense kali pertama anda ditolak. Perkara akan menjadi lebih rumit jika anda guna emel yang berlainan. Dan pastikan emel anda adalah milik anda.

Sebenarnya Google Adsense bukanlah satu-satunya cara untuk menjana duit dalam blog. Ramai blogger khasnya di Malaysia, Filipina, dan Singapura yang menggunakan platform pengiklanan Nuffnang. Saya guna Nuffnang dan Adhitz. Tiada masalah kalau nak letak banyak. Yang penting, harus baca dulu apa terma dan syarat kalau nak apply. Saya juga dapat jana wang pasif dengan pengiklanan Churp-churp

Sabtu, 15 Jun 2013

[18SX] Benarkah suami hilang selera bila faraj isteri berbau??

Adalah perkara biasa bila pasangan suami isteri menyiapkan diri dengan bauan yang menyegarkan dan menyenangkan tatkala jika hendak melakukan hubungan intim. Si isteri pula  digalakkan untuk memakai pakaian yang boleh membangkitkan berahi si suami. Jika salah seorang pasangan itu tidak mengambil peduli mengenai kebersihan dan keterampilan diri dan terus melakukan hubungan seksual, mungkin kenikmatan itu akan kurang dirasai. Tapi apa pula yang akan berlaku bilamana kedua-dua pasangan itu bersih dan ketika perasaan berahi si suami itu sedang memuncak dan mula mendekati kemaluan si isteri, tiba-tiba bau yang kurang menyenangkan terkeluar? 
Menurut seorang pakar, beberapa pasangan suami pernah bertanya mengenai masalah faraj berbau ini, adakah ia semula jadi atau bukan. Hal ini sememangnya mengganggu selera seksual mereka. Ramai suami yang kuatir untuk memberitahu isteri mereka kerana takut jika persoalan itu menyinggung perasaan. Pakar ini menjelaskan bahawa masalah faraj berbau bukanlah semula jadi dan mungkin disebabkan oleh jangkitan. 

Pantiliner Kotex Fresh Plus Liners mampu mengatasi masalah V-Zone para wanita.

Faraj berbau kerana dijangkiti kuman yang dikenali sebagai 'bacterial vaginosis' yang datang dari lubang najis. Sangat penting bagi wanita untuk menjaga kebersihan faraj semasa membersihkan bahagian dubur selepas membuang air besar. Cuci lubang najis dengan menghalakan tangan dari belakang dan bukan dari menyapu tangan dari depan ke belakang dengan menghalkan air cucian lubang najis ke arah kemaluan. Pastikan juga faraj dibersihkan dengan bahan pembersih yang sesuai bagi kemaluan. Jika faraj berbau, segeralah berjumpa doktor.

(Sumber: Panduan Menjaga Kesihatan Seksual oleh Mohd Ismail Mohd Tambi)

Khamis, 13 Jun 2013

Blog dapat 30,000 pageviews sebulan

30 ribu pageviews je pun nak bermegah ker?? orang lain dapat 100,000 malah ada yang dapat juta-juta pageviews dalam masa sebulan..huhu..tapi kira ok lah kan, daripada dua tiga kerat je pengunjung blog sebulan..
Trafik blog 'eksperimen'  sebulan
Tapi blog yang gua maksudkan bukan blog EdisiBlogger ini ya, tapi blog 'eksperimen' gua yang satu lagi. Usia baru sekitar 2 bulan. Nama biarlah rahsia..dah nama pun blog untuk tujuan eksperimen jew. Blog itu gua buat berdasarkan niche tertentu. 

Trafik datang dari mana? secara keseluruhannya, trafik utama dibawa oleh enjin carian pakcik google. Kira macam trafik organik la. Adalah sikit-sikit guna servis ping tapi trafik yang datang dari pingler ini tersangatlah sedikit. Begitu juga dengan RSS Graffiti kat Facebook tu.. :( Blogwalking untuk promosi pulak jauh sekali gua buat..blog eksperimen itu gua nak lihat performance tanpa guna trafik xchange, tanpa blogwalking, tanpa link building, dan tanpa promosi kat blog rakan-rakan.

Sebenarnya blog itu gua buat saja nak try test macam mana performance blog yang menggunakan niche spesifik dan memang terbukti blog eksperimen itu jauh lebih bagus dari blog EdisiBlogger ini. Trafik bukan saja meningkat malah ianya adalah targeted traffic. Baru sebulan lebih dah dapat 30k views yang majoritinya datang dari google search engine. Dulu masa start buat EdisiBlogger, selepas 2 bulan pageviews baru 1-2ribu jew..kesian..Anyway, the reason is 'niche'..pakcik google suka dengan blog yang ber'niche'. Dulu gua tak faham apa itu niche..buat blog pun sekadar terikut-ikut dengan kawan...sekarang dah faham sikit-sikit.

Tapi apa yang penting, walaupun blog ciput EdisiBlogger ini tidaklah sebaik blog eksperimen itu, tapi gua tetap sayang..hehe..sebab gua memang minat berblog..walaupun trafik sikit..gua tetap puas hati..kan kan kan.. Eh..dah cuba berblog guna Ultrabook Acer ker? Macam best jew tu..

Pasal blog 'eksperimen' tu pulak, gua akan terus update dan lihat performance selepas 6 bulan..oh ya, mungkin trafik blog eksperimen itu juga dipengaruhi oleh bahasa yang digunakan..blog tu gua guna bahasa Inggeris..Serius, gua sebenarnya masih tak mahir bahasa omputih..tapi kalau setakat 'oh my english'..gua boleh lah pakai sikit-sikit..nak gi pasar beli ikan masin pun dah tak boleh kena tembirang..ha ha..

PS: Kalau nak berblog secara serius, pastikan anda pilih niche yang korang minat dan korang banyak pengetahuan mengenainya...tak tahu apa itu niche? search saja di Google..gua sekadar berkongsi pengalaman sendiri..

Top 10 Blog Paling Popular di Malaysia

Ini dia senarai terkini top 10 blog paling popular 2013 di Malaysia mengikut ranking Alexa. 

2. Pen Patah Blog (126) 
3. PaulTan (130) 
4. Blog Serius (140) 
5. Roti Kaya (144) 
6. Denaihati (204) 
7. AhmadFaizal.com (237) 
8. Blog New And Old (269) 
9. Ameno World (272) 
10. Mia Liana (276) 

Nampaknya, BeautifulNara masih lagi mengungguli dunia blogging di Malaysia. Kepada rakan-rakan blogger sekalian, selamat berblogging dan teruskan mewarnai dunia penulisan alam maya ini...:P

P/s: Ramai blogger yang buat duit dengan Churp-churp dan 8share. Tak der blog pun boleh join. Salah satu cara buat duit online. Selain itu jika anda mempunyai blog, tempeklah iklan CPM PopAds untuk meningkatkan pendapatan pasif dari blog anda. Earning dikira macam Advertlets tapi tak kan ganggu Gliteratti Nuffnang korang.

P/s: Jika anda berminat nak mulakan bisnes sampingan secara online, boleh cuba affiliate bersama Lazada Malaysia. Promote bermacam-macam barang dari sana. Komisyen 4% dari jualan.

Jumaat, 7 Jun 2013

[Gambar] Kan best kalau dapat bina family bahagia macam keluarga Aaron Aziz

Siapa tak kenal Aaron Aziz si pelakon hensem lagi berbakat tu kan...gua memang respect la dengan dia. Kalau baca pasal kisah pengalaman hidup Aaron Aziz sejak dari kecil sampai jadi artis popular, memang banyak memberi inspirasi.
Lagi satu yang gua respect dengan dia ini ialah pasal sikap 'family man' dalam diri. Keluarga diletak nombor satu...family first..hehe..sampai nak gi setting lakonan pun bawa anak bini sekali tau..tengoklah gambar-gambar yang gua rembat dari pakcik google kita ni..memang bahagia keluarga Aaron Aziz kan...anda pula, berapa minit masa yang anda luangkan bersama anak-anak dalam sehari? jawab dengan jujur kat Oreo..



Semoga kebahagian mereka kekal hingga ke akhir hayat..kepada daddy daddy dan mommy mommy kat luar sana..utamakanlah keluarga anda..