Edisi Blogger: Ogos 2013

Sabtu, 31 Ogos 2013

(EDISI GEMPAR) Bekas kekasih Kim Jong Un dihukum kerana seks porno?..ditembak di hadapan ahli keluarga

Kim (left) and Hyon (right)
Gempar beberapa hari lalu mengenai bekas kekasih pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, iaitu Hyon Song Wol yang dikenakan hukuman tembak sampai mati. Yang paling memilukan lagi bila hukuman itu dilakukan sambil disaksikan oleh ahli keluarga Hyon.

Menurut HuffPost, bekas kekasih Kim Jong Un itu ditembak dengan menggunakan 'machine gun' bersama dengan 11 yang lain selepas didapati bersalah menghasilkan dan menjual video seks porno.

Hyon Song Wol merupakan seorang penyanyi dalam kumpulan Unhasu Orchestra di Korea Utara. Hyon juga pernah mencapai populariti mendadak pada tahun 2005 menerusi lagu "Excellent Horse-Like Lady." 

Dia menjalinkan hubungan cinta dengan Kim pada awal tahun 2000 tetapi hubungan mereka berakhir selepas tidak direstui oleh ayah Kim yang juga merupakan pemimpin agung Korea Utara, Kim Jong Il.

Kim bersama isterinya , Ri Sol-Ju
Kini Kim Jong Un telah berkhawin dengan Ri Sol-Ju, yang juga bekas ahli Unhasu Orchestra. Tetapi tidak begitu jelas dilaporkan sama ada Ri mengenali Hyon secara peribadi atau tidak.

(EDISI TAK HOT) Fesyen seluar dalam lelaki paling tak seksi...jangan termuntah yer

Ini dia fesyen seluar dalam lelaki paling tak seksi...ada sesiapa yang nak pakai benda ni tak?




Gambar-gambar lelaki yang dipanggil sebagai 'Mario Mankini' kat atas ni gua rembat dari Celebrity Big Brother 2013 House..

(Sumber)

(EDISI KANTOI) Boyfriend curang sembunyi bawah katil, girlfriend mengamuk tetak wanita simpanannya

Nah...kalau perempuan mengamuk, macam ni lah jadinya..apa lagi kalau dia mengamuk kerana dicurangi oleh si teman lelakinya..hohoho
Tammi Jo Pirkle
Seorang wanita bernama Tammi Jo Pirkle, 45, mengamuk bila mendapati teman lelakinya berlaku curang dengan meniduri wanita lain di atas katil milik Pirkle, menurut HuffPost.

Kerana takut, teman lelaki Pirkle terus terjun dari katil dan menyorok di bawah katil. Tapi malang bagi wanita sorang lagi itu bila dia ditetak oleh Pirkle yang sedang naik angin. Namun demikian, wanita tersebut bernasib baik kerana luka tetakan itu tidak mengenai bahagian organ dalamannya.

Kini Pirkle ditahan oleh polis dengan tuduhan menyerang secara merbahanya dan menyebabkan kecederaan.

(EDISI MERDEKA) Malaysia dulu hingga sekarang...Selamat Hari Kemerdekaan ke-56 "Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku"

Hari ini satu lagi lembaran baru untuk negara kita Malaysia yang menyambut Hari Kemerdekaan ke-56. Dengan tema "Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku", mari kita sama-sama renungkan kembali perjalanan negara kita sejak mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957 hingga sekarang.

Sejarah tercipta...
Keratan akhbar selepas Tanah Melayu diistiharkan kemerdekaan
Tunku Abdul Rahman melaungkan 'Merdeka, Merdeka, Merdeka'
Acara menyambut kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka...laungan Merdeka...Merdeka...Merdeka diketuai oleh Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj
Pasukan bola sepak Malaya 1958 (sumber)

Soh Chin Aun beraksi di Olimpik Munich
Pasukan bola sepak negara julung kalinya melayakkan diri ke Sukan Olimpic di Munich pada tahun 1972.

Pelancaran Proton Saga 1985
Kereta pertama negara iaitu Proton Saga dilancarakan oleh Tun Mahathir Mohamad pada tahun 1985.

KLCC
Menara Berkembar Kuala Lumpur atau menara berkembar Petronas dibina pada tahun 1993 dan pernah diiktiraf sebagai di Menara Tertinggi Di Dunia.

Anak-anak Sidek...lagenda Badminton negara
Skuad Badminton lagenda yang lebih dikenali sebagai 'anak-anak Sidek' berjaya merangkul Piala Thomas pada tahun 1994.

Pendaki Gunung Everest menaikkan nama Malaysia
Pada 23 Mei 1997, dua wira Malaysia iaitu M. Magendren dan N. Mohandas telah berjaya menakluki Gunung Everest yang setinggi 8,848 meter, gunung yang tertinggi di dunia. M. Magendran merupakan rakyat Malaysia pertama yang berjaya menakluki Gunung Everest yang terletak di Himalaya, dan di ikuti 15 minit kemudiannya oleh Mohanadas Nagappan. (sumber

Litar Sepang
Litar Antarabangsa Sepang mula dibuka pada tahun 7 Mac 1999 dan berjaya menaikkan imej negara khususnya dalam penganjuran sukan lumba kereta Formula One .

Skuad Harimau Malaya memang Piala Suzuki AFF 2010
Malaysia memenangi AFF Piala Suzuki pada tahun 2010.

Sebenarnya masih banyak kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia sehingga kini tak kira lah dari dalam atau luar negara. Dalam kesempatan ini, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56 dan selamat menyambut Hari Malaysia yang ke 50... marilah sama-sama kita pelihara negara kita Malaysia yang tercinta agar sentiasa aman damai sejahtera..."Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku"...

Logo Hari Merdeka ke-56


(EDISI SURVIVAL) Menyalibkan diri semata-mata untuk mendapatkan pekerjaan

menyalibkan diri untuk mendapatkan pekerjaan semula
Sekumpulan pemandu bas di Paraguay yang kehilangan pekerjaan telah melakukan sesuatu yang ekstrem semata-mata untuk mendapatkan semula pekerjaan merkea itu...dengan menyalibkan diri, menurut sumber di Newser. Mereka menggunaka paku sepanjang 15 inci untuk memaku tapak tangan di atas kayu salib yang kemudiannya diletak atas tanah. Mereka berada dalam posisi tersebut sejak kehilangan pekerjaan mereka. Walaupun mengalami kesakitan tubuh, demam, sakit perut dan sebagainya, sebahagian dari mereka (5 atau 8 orang) malah masih menahan kelaparan selama 36 hari.
memaku tapak tangan dengan paku 15 inci
Kumpulan ini melakukan demonstrasi tersbut untuk mendapatkan perhatian daripada presiden mereka supaya mengembalikan pekerjaan mereka dan memberi mereka faedah sepenuhnya yang patut diterima oleh pemandu. 


(EDISI HOT) Hodoh tanpa mekap...tapi super hot dengan mekap

That's it...wanita memang sinonim dengan mekap..kenapa? tengok lah kat bawah apa yang mekap boleh buat dengan muka kiter...ehem..
kuasa mekap..


P/s: Tapi ada orang yang mempunyai natural beauty...cantik dari dalam dan luar..

Jumaat, 30 Ogos 2013

(EDISI CINTA) Kesian lelaki ini, lamarannya ditolak..dan disaksikan beratus orang dalam shopping mall

lamaran ditolak
Aduh..lamaran yang dianggap romantik ini bertukar menjadi adegan kesian..sedikit lucu pun ada...lamaran lelaki ini ditolak oleh si wanita pilihan hatinya..dan lebih memalukan bila ianya berlaku depan orang ramai dalam pusat membeli belah...hohoho..lagi kesian bila kepala lelaki itu kena hentam dengan gitar ukulele oleh si perempuan..

Tapi jangan terlalu percaya...ini mungkin video palsu...adegan itu mungkin dibuat-buat...saja nak buat video hit kat youtube...betul tak..ada juga yang cakap video ini hanya untuk mengiklankan produk gula-gula..


P/s: Jangan marah sayang...nanti kena jual...hohoho..

(EDISI WTF) Majikan disaman kerana sering menyamakan pekerjanya dengan Susan Boyle

Siapa tak kenal Susan Boyle?? dia ni macam 'tikus jatuh ke beras' selepas mengikuti satu rancangan realiti TV popular, Britain Got Talent, dan menang tempat kedua..
Susan Boyle
Tapi fenomena Susan Boyle ini bukan semuanya memberi inspirasi kepada sesetengah orang. Seorang pekerja eksekutif pengiklanan bernama Laura Ziv telah menyaman majikannya sebanyak £4juta selepas sering memanggilnya sebagai Susan Boyle. Keadaan ini menyebabkannya tertekan dan sering mengalami masalah sakit kepala.

Baginya, Susan Boyle merujuk kepada seseorang yang tua, gemuk, dan hodoh. Selain itu, majikan Laura Ziv dikatakan selalu memalukannya di depan orang semasa membuat presentasi. Majikannya yang bernama Herve Pierini di sebuah syarikat pembuat minyak wangi Firmenich, turut mengasaknya dengan kata-kata berbaur penghinaan seperti 'tidak berguna, overpaid'..dan sebagainya. - Mirror


P/s: What's so wrong about Susan Boyle??? dia menyanyi banyak bagus maa...hohoho..
PPS: Mari sokong usaha REXONA dalam membantu kanak-kanak kurang bernasib baik kat Malaysia...


(EDISI FILEM) Betulkah filem Tanda Putera itu tak bermutu langsung??


Adegan-adegan di atas melucukan, sekaligus membuktikan bahawa pengarah flem berkenaan tidak berhati-hati, gopoh, tidak profesyenal dan sewajarnya tidak layak untuk ditayangkan kepada umum.

Ia amat menjatuhkan martabat perfileman Melayu, dan sepatutnya tidak mempunyai sebarang merit untuk dibenarkan menggunakan wang rakyat di dalam penghasilan filem berkenaan.

Difahamkan filem Tanda Putera itu dihasilkan dengan kos RM4 juta dan merupakan filem terbitan Pesona Pictures dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Perbadanan Kemajuan Multimedia.

Ertinya wang rakyat sudah dibazirkan untuk penghasilan sebuah filem yang rendah mutunya, tidak layak untuk ditayangkan di mana-mana pawagam, cuma digembar-gemburkan sesetengah pemimpin politik UMNO untuk kepentingan partinya.

Kredit to KELAB GREEBOC


P/s: Hohoho...Proton Iswara tu kereta antik rupanya...lol..Eh, korang yang dah tengok filem ni ada apa-apa komen tak?? 

(EDISI AWESOME) Lihat muka-muka artis popular pada mee goreng ini...super cool

Tak banyak saya nak cakap...memang kreatif orang yang buat benda ni..jom santai enjoy tengok muka artis popular pada mee goreng kat bawah ini..





V

V

V

V
Padahal..ianya hanya cara untuk mengiklankan produk Kabuto Noodles...hehee



P/s: Tapi tak kisah lah...mee goreng ker...spageti ker..meehun ker..yang penting, kreatif..

PPS: Mari sokong usaha REXONA dalam membantu kanak-kanak kurang bernasib baik kat Malaysia...

(EDISI AMAL) Rexona buat kerja 'gila' lagi...sekarang nak g kat Pantai Timur pulak

Baru-baru ini, Rexona telah menganjurkan kerja 'gila' RexonaMove di seluruh negara. Tujuannya tidak lain tidak bukan ialah untuk bersukan sambil membuat kerja amal...hehe..Yang lebih menarik lagi bila para peserta berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah awesome serta mendapat lencana khas dari Rexona. Lencana tu korang leh letak kat profile picture...nanti boleh lah 'brag' sikit..kata yang korang ni dah buat kerja amal bersama Rexona..hohoho
Program Rexona Move
Untuk informasi, berikut antara lokasi-lokasi yang telah dan bakal dilawati oleh team Rexona untuk buat kerja amal...dalam kerja amal ni mereka membantu golongan kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim dan kanak-kanak kurang upaya...team Rexona turut memberi sumbangan berupa mainan, makanan, pakaian..dan sebagainya..

Bagus juga kerja 'gila' Rexona' ni kan...suruh orang berlari then sambil buat kerja amal...secara tidak langsung boleh juga sihatkan badan dan hati kiter...

Mari sama-sama sokong program Rexona Move ini..dengar kata, sekarang dah nak sambung kat Kelantan, Terengganu dan Pahang pulak..

P/s: Jangan tanya aku macam mana nak join...terjah saja laman web Rexona Move kalau nak tahu lebih lanjut..


(EDISI WTF) Wanita ini mahu mengadakan hubungan seks dengan 100,000 lelaki

Omg...wanita ini memang mempunyai cita-cita yang cukup pelik...wanita ini mahu mengadakan hubungan seks dengan 100,000 lelaki selama 20 minit setiap seorang. Wanita Poland bernama Ania Lisewska, 21, ini akan melancong ke seluruh dunia untuk mencapai hasratnya itu. Harapannya supaya boleh melakukan hubungan seks dengan pelbagai lelaki dari bangsa yang berlainan...mak aiii...anak siapa lah ni yer??
Ania Lisewska
Katanya, "saya sukakan seks, hiburan, dan lelaki". Menurut HuffPost, Lisewska sudah pun melakukan hubungan seks dengan 284 orang lelaki setakat ini. Untuk memudahkannya, dia juga turut membuat satu fanpage di Facebook yang kini mendapat sekitar 9000 likes dan juga mempunyai laman web sendiri untuk kemudahan para lelaki yang mahu menidurinya...menurut laporan lagi, Lisewska memerlukan sekitar 20 tahun untuk merealisasikan impiannya itu...wtf...


P/s: It's good to have a goal in life..but this one is...lu pikiq la sendiri..

PPS: Mari sokong usaha REXONA dalam membantu kanak-kanak kurang bernasib baik kat Malaysia...

Khamis, 29 Ogos 2013

(EDISI RITUAL) Acara korban kambing oleh Shakter Karagandy sebelum perlawanan Liga Juara Eropah buatkan aktivis haiwan tidak dapat duduk diam

Dalam perlawanan timbal balik plaf off Liga Juara-juara Eropah, Shakter Karagandy telah membuat satu ritual penyembelihan kambing biri-biri (acara korban) yang juga merupakan amalan biasa di Kazakhstan sebelum memulakan perlawanan bola sepak...pengurus Shakter bercadang untuk meneruskan ritual tersebut dalam perlawanan kedua dengan pasukan Scotland, Celtic, namun mendapat tentangan hebat dari aktivis haiwan Scotland.
Kambing biri biri untuk korban
Kumpulan aktivis PETA meluahkan kemarahan mereka dan telah menghantar surat kepada presiden UEFA, Michel Platini, supaya memberi hukuman kepada Shakter.

Walaubagaimanapun, Celtic tidak mempunyai halangan terhadap ritual tersebut. Yang pasti, jika ritual tersebut diadakan oleh pasukan Shakter, mereka perlu mengadakannya di luar kawasan Celtic Park.

Dalam perlawan pertama kelayakan Liga Juara Eropah, Shakter berjaya menumpaskan Celtic 2-0. - News TV

(EDISI BUAT DUIT) Pendapatan churp-churp melambung tinggi kelangit...

Yeah..pendapatan Churp-churp melambung tinggi kelangit..mencanak-canak gitu..hahahaha (ketawa macam budak pembuli)...tak percaya?..nah, tengok kat bawah...
earning churp-churp tak seberapa
Then tetiba si anon cakap, "alahai..ini pun nak tunjuk juga ker? aku punya earning jauh lagi banyak mencanak dari engko"...huhu..sedih saya dengar..tapi, saya tak mengalah lagi..nah, tunjuk cashout history..

Cashout churp churp tak seberapa

Then si anon cakap lagi, "eleh..tu jer..cashout terkini belum ada yer?? keesiiaaann"...hohohoho...memang kesian, memang tu jer pendapatan Churp-churp saya setakat ini..

Tapi tak per..sikit atau banyak, semua itu rezeki yang Tuhan bagi...apa yang penting, saya dah boleh beli airskrim songgol satu...hohoho..

Ni ada satu tips tingkatkan earning Churp-churp dari si anon..."apa kata kalau engko masuk team tukang tembak iklan tu kat Facebook..konfirm duit banyak masuk"...hah!! kumpulan ini wujud jugak ya..baru tau dari LekatLekit dalam postnya kat FB...sy silent reader blog ini..

Jawapan untuk si anon, "Tapi kalau kedapatan oleh pihak Churp-churp..konfirm hangus semua"...harus diingat bahawa sekarang ini kebanyakkan laman web sudah menggunakan cookies policy...maksudnya, mereka boleh detect dari mana dan ke mana dan siapa dan bagaimana klik itu diperolehi...so, hati-hati dengan click fraud atau elakkan dari klik iklan korang sendiri...lagipun, bukan kah tak berkat kalau buat macam tu..kan kan kan...

Ni ada tips lagi cara tingkatkan earning Churp-churp...cara ini baik punya..bagi yang ada blog, tempek lah iklan churp-churp itu besar-besar kat dalam blog...gambar kecil kecil pun boleh juga..asalkan jangan lari tajuk..nanti jadi misleading ads pulak...dan lagi bagus kalau korang yang ada blog itu buat entri khas untuk iklan Churp-churp tu...tak payah lah tunggu sponsored post dari si Nanang yer..harap tips ini membantu..


P/s: Perasan tak korang, bila ada iklan keluar kat Nuffnang, mesti kebanyakkan iklan itu juga akan ada kat Churp-churp...sebabnya, mereka 'adik beradik'...sekian untuk perkongsian..


(EDISI LOL) Kalau tak der helmet..gunalah benda ini

Baldi pun baaaaldi lah...biar gambar berbicara..

(EDISI TAK AWESOME) Jangan percaya dengan gambar 3D yang cantik giler...ini sebabnya

Kalau kita cari kat internet, memang berlambak gambar-gambar wallpaper yang cantik-cantik belaka...macam real tanpa photoshop..tapi bila tengok gambar ni..baru gua tahu tipu helah mereka..hohoho..

Don't Believe Your Eyes




(EDISI KANTOI) Gambar pencuri iPhone muka tak tau malu separuh bogel...padan muka korang...

Inilah dia koleksi gambar-gambar pencuri iPhone yang memang serius bangang...gambar2 ini diambil dengan menggunakan iPhone yang mereka curi...mereka tak sedar bahawa semua gambar yang diambil dari iPhone itu akan dihantar secara automatik ke dalam komputer pemilik asalnya melalui Phote Stream dan iCloud..
Gambar pencuri iPhone

Pencuri iPhone main ombak rindu

Why the loooong face dude??
Hebat iPhone ini kan...menyenangkan kerja si polis untuk tangkap para pencuri ini. Menurut pemilik iPhone itu, seorang wanita berumur 27 tahun (nama dirahsiakan), iPhonenya telah diragut oleh dua lelaki semasa dia sedang menjamu selera di sebuah restoran kat Southen, Essex. - Mirror UK 

Rabu, 28 Ogos 2013

(EDISI KANTOI) Polis jatuh air muka...siapa suruh buat kenduri khawin anjing..

Pihak polis Sri Lanka terpaksa meminta maaf selepas mengadakan majlis kenduri khawin sembilan pasang anjing terlatih. Tindakan mereka itu mendapat kritikan hebat dari menteri kebudayaan Sri Lanka yang turut meminta supaya siasatan lanjut dijalankan.
Anjing khawin ikut adat Buddha
Dalam majlis tersebut, pasangan-pasangan anjing ini dihias dengan pakaian, topi, stokin dan segala macam perhiasan. Anjing-anjing tersebut kemudiannya diletakkan di atas pentas khas dan majlis berlansung mengikut adat tradisi Buddha. - HuffPost

(EDISI TAK HOT) Gambar Miley Cyrus tunjuk punggung separuh bogel...wtf?

Miley Cyrus tunjuk punggung kat penonton...memang tak tau malu lah...dah lah berpakaian ala-ala bogel...nah, ambik kau.. -ve populariti meningkat mendadak...tapi buat orang makin meluat...hohoho...Rihanna, One Direction dan banyak artis lain pun tak impressed dengan aksi Miley Cyrus atas pentas di VMAs baru-baru ini...
ambik gambar...ambik gambar...kenangan untuk Miley bila dia dah nak mampos nanti...ops!!

Jangan termuntah yer...


Dah tuu...buat doggy style pulak...engko ni manusia ker haiwan...adoyai...bukan semua orang terhibur dengan performance Miley Cyrus semasa kat VMAs ini...


P/s: Tengok kat gaya rambut si Miley tu..macam 'tanduk setan' pun ada...maaf kasar bahasa yer...hohohoho...

Selasa, 27 Ogos 2013

(EDISI FAKTA) Tahukah anda saiz sebenar anak kangaroo yang baru dilahirkan?

Ini dia saiz sebenar anak kangaroo yang baru dilahirkan..ianya hanya sebesar sebiji kacang...lebih kecil dari jari anda..
anak kangaroo

saiz anak kangaroo

http://en.wikipedia.org/wiki/Kangaroo#Adaptations

(EDISI HOT) Wow...tengoklah adik Emma Watson yang super hot ini..

Para peminat tegar Harry Porter memang sangat kenal dengan pelakon ini, Emma Watson...sekarang memang nampak hot dan seksi..tapi tahukan anda bahawa dia juga mempunyai seorang adik lelaki yang tidak kurang hot and seksi...namanya, Alex Watson..jauh lagi hensem dari si Justin Bibir..hehehe..





Kepada para gadis kat luar sana...sabor je lah..