Boros Di Aralom: Disember 2013

Selasa, 31 Disember 2013

1001 Peluang, temuduga untuk jawatan pramugari Malaysia Airlines

Kepada anda yang berminat untuk menceburi bidang penerbangan sebagai pramugari, ambil lah peluang keemasan ini. Malaysia Airlines sedang mengadakan temuduga terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk membina kerjaya bersama mereka.  Jawatan kosong Malaysia Airlaines (MAS)

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon:
- Berumur antara 18 - 35 tahun
- Kelulusan minimum SPM atau setara dengannya 
- Tinggi minimum: 157 cm dengan berat badan bersesuaian
- Berpersonaliti menarik

Dokumen yang perlu dibawa bersama:
- MyKad
- Sijil SPM dan yang berkaitan
- Resume terkini
- Gambar bersaiz pasport
- Dan Borang lengkap permohonan Jawatan Malaysia Airlines
Anda boleh download borang permohonan secara online di laman web Malaysia Airlines sekarang.

Berikut adalah venue-venue dan tarikh temuduga dijalankan:

11 Jan 2014
Le Meridien
Jalan Tun Fuad Stephens Sinsuran, Kota Kinabalu, Sabah

18 Jan 2014
Hilton Kuching
Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuching, Sarawak

REGISTRATION: 8.30AM TO 12.00 NOON
Pemohon haruslah berpakaian formal dan kemas atau berkebaya)

Sekian untuk perkongsian informasi. Kalau anda tidak berminat tapi mempunyai rakan yang mungkin berminat, silakan share peluang ini.

Happy New Year!

Anda memiliki Samsung Galaxy? Menangi hadiah RM10,000 ini

1001 Karut? Boleh dapat anak lelaki kalau sentuh kuku lembu ini

Itulah kepercayaan mereka. Namun bagi kita yang mempunyai pegangan agama berlainan, memang akan kata benda ni sebagai karut marut. Ye lah kan, korang percaya ker yang korang (terutama yang pompuan) boleh dapat anak lelaki kalau sentuh kuku sang lembu tu?  hohoho...Apa pun, kena hormat budaya orang lain.
Lembu 'Raju"

RAIPUR - INDIA. Puluhan wanita membanjiri pekarangan rumah seorang petani hanya untuk menyentuh kuku seekor lembu berkaki lima.

Mereka yang percaya dengan amalan karut itu mendakwa, pasangan suami isteri akan mendapat cahaya mata lelaki sekiranya berbuat demikian. Pemilik lembu berkenaan Raj Pratap mendakwa, kehadiran lembu ‘keramat’ itu telah mengubah nasib ramai pasangan yang menginginkan kehadiran anak lelaki dalam setiap keluarga.

“Seorang wanita yang sebelum ini mempunyai empat anak perempuan akhirnya melahirkan bayi kembar lelaki dengan hanya meminta restu dengan menyentuh kuku anak lembu yang kami gelar sebagai 'Raju'," katanya. Menurutnya, setiap wanita perlu membayar 500 rupee (RM27) untuk sekali sentuhan.  

“Kami sanggup memulangkan semula wang mereka jika mereka gagal mendapatkan bayi lelaki,” katanya.

Beliau mendakwa, lebih 30 wanita mendapat cahaya mata lelaki selepas menyentuh lembu istimewa itu. - Dailymail

Periksa pemakanan anak anda, adakah ianya selamat?

Wow..sehari join bisnes ni, dah dapat RM500!!

7 Jenis wanita yang sering diceraikan


Berikut ini tujuh jenis wanita yang sering diceraikan suami.

1. Tidak punya rasa malu . Yang tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang ALLAH. Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.

2. Ausyarah (kotor) iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri, dan malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.

3. Asysyakasah (berani/mencabar) iaitu suka membebankan suaminya di luar kemampuannya sehingga mendorong suami melakukan hal hal yang dimurkai ALLAH.

4. Innah (berani/mencabar) yang tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan hal-hal yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, bahkan menentang si suami dengan tetap melakukan maksiat.

5. Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut) yang tidak suka berinfak dan enggan mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan perut dengan makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia mendorong suaminya untuk melakukan hal-hal yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH.

6. Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat) iaitu selalu menghalang suami untuk berbuat baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan untuk zakat dan infak, dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumah tangga, keperluan anak yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan sebagainya sehingga suami menjadi ragu- ragu.

7. Tidak aktif iaitu malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu duniawi maupun ukhrawi .

Sumber : Majalah Fatwa Jilid IV No 12 I Zulhijjah 1429 H
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Anda pemilik Samsung Galaxy? Menangi hadiah RM10,000 ini
Bisnes Online Paling Meletop!! Hari-hari masyuk RM50 dan RM100 terus ke akaun bank

Isnin, 30 Disember 2013

3 Kemera DSLR Canon, Nikon dan Fujifilm yang berharga murah

As salam. Ada tak sesiapa yang suka tangkap gambar kat sini? pasti ramai yang suka tak kira lah dengan mengunakan handphone atau kamera.  Handphone sekarang ni pun dah canggih-canggih..

Bagi mereka yang memang hobinya tangkap gambar atau bekerja sebagai jurufoto, kamera DSLR pastinya menjadi pilihan. Ye lah, kalau nak ambik gambar beresolusi sampai ribuan pixel tu, hanya dengan kamera berteknologi tinggi je boleh ambik. Kalau setakat ambik gambar untuk share kat FB dan Instagram, guna saja mana-mana model telefon pintar yang boleh ambik gambar. Blur sikit-sikit pun tak per..hehe..

Anyway, di sini saya nak kongsi tiga jenis kamera DSLR dari jenama Canon, Nikon dan Fujifilm yang dulunya berharga mencanak-canak sampai dua ribu tapi kini dah turun harga hampir separuh.

Canon EOS 1100D Kit
12.2MP
ISO 100-6400
2.7" LCD
SD/SDHC/SDXC card compliant
LP-E10 rechargeable li-ion battery
495g body only
HD 720p movie
Scene Modes & Creative Auto
Free gifts received may vary based on stock availability in terms of design & colour
HARGA: RM 1,084.00 (46%OFF)

Nikon D3100 Kit
14.2MP
ISO 100-3200
3" LCD
SD/SDHC/SDXC compatible
EN-EL14 Li-ion battery
455g body only
EXPEED 2 image processor
Full HD 1080p movie
HARGA: RM 1,282 (27%OFF)


Fujifilm FinePix HS 30
16 Megapixel
30x Fujinon Optical Zoom Lens
Free gifts received may vary based on stock availability in terms of design & colour
HARGA: RM 1,419 (16%OFF)


Harganya memang dah murah serta merupakan produk original gitu. So, kat mana nak beli? Semua kamera kat atas ni korang boleh beli atau cuci mata kat Lazada Malaysia. Bukan setakat tiga kamera ini, malah terdapat banyak lagi kamera DSLR, Point and Shoot serta Instant Camera yang dijual pada harga murah serendah RM149. Fuyoo!! 

Kat bawah ini adalah contoh-contoh gambar yang diambil dari kamera DSLR Canon, Nikon dan Fujifilm yang saya rembat dari trustedreviews.com. 

Sample photo from Canon EOS 1100D


Sample photo from Canon EOS 1100D


Sample photo from Nikon D3100


Sample photo from Nikon D3100


Sample photo from Fujifilm FinePix HS 30


Sample photo from Fujifilm FinePix HS 30

Cantik kan...fotografi adalah satu hobi yang menyeronokkan. Kalau anda nak upgrade kamera sedia ada, beli sahaja secara online di Lazada Malaysia. Ada banyak kelebihan laman web shopping online terbesar di Malaysia ini. Penghantaran adalah percuma serta korang boleh pilih cara pembayaran Cash On Delivery. Produk pun terjamin original dan mempunyai warranty. 

Oh ya, bukan kamera saja, malah terdapat berpuluh ribu produk lain yang korang boleh beli kat sana seperti smartphone, alatan dapur, televisyen, pakaian, produk kesihatan dan sebagainya. Jom cuci mata kat Lazada Malaysia.

Anda pemilik Samsung Galaxy Note 3? Menangi RM10,000 sekarang
Bisnes Online Paling Meletop!! Hari-hari masyuk RM50 dan RM100 terus ke akaun bank

1001 Gosip! Lana Nordin kata dirinya lebih suci dari Johan As'ari

Gosip panassss dari selebriti panasss...kenyataan pun panasss..bikin hati orang panass..
Lana Nordin
LANA Nordin hari ini telah mengesahkan bahawa dirinya tidak pernah menerima lamaran daripada Johan As’ari. Memetik laporan sebuah media massa hari ini, Lana menyatakan bahawa Johan sama sekali tidak pernah membawa beliau bertemu dengan keluarganya.
“Memang tak pernah.
“…saya faham untuk kenal-kenal ini memang ambil masa, tapi dia (Johan) tiada usaha ke arah itu,kalau nak tahu kakak Johan pernah cakap, bahawa keluarga dia tidak pernah halang hubungan kami.
“Mereka cakap, mereka pun tunggu Johan bawa balik saya jumpa keluarga. Tapi sekali pun dia tidak pernah bawa. Sekarang cuba fikir, adakah itu halangan keluarga atau dia yang mereka-reka cerita,” katanya. Menggulas lanjut mengenai perwatakan Johan, Lana menegaskan bahawa hanya dia dan ALLAH sahaja yang tahu siapa sebenarnya Johan.
“Menyentuh perwatakan Johan, saya tidak nafikan, saya memang terpikat dengan cara dia. Saya tengok dia ini baik orangnya, perwatakannya yang alim dan punya pegangan agama.
“…saya fikir ya, mungkin dia boleh jadi pembimbing yang baik untuk saya..tapi sebaliknya berlaku.
“…Cuma saya dan ALLAH sahaja yang tahu siapa sebenarnya Johan.
“…saya memang nampak macam wanita urban dan sosial tapi demi ALLAH, saya rasa saya lebih suci daripada dia,” katanya. - Sinar Harian
Anda miliki Samsung Note 3? Menangi hadiah RM10,000 ini di laman web Samsung

Bisnes Online Paling Meletop!! Hari-hari masyuk RM50 dan RM100 terus ke akaun bank

2 Telefon pintar mampu milik yang berharga RM299

As salam kepada semua pembaca. Bulan demi bulan dan hari demi hari berlalu begitu cepat. Kini kita sudah berada di ambang tahun baru 2014. Apa azam baru korang?? 

Bersempena dengan sambutan tahun baru ini, Lazada Malaysia ada membuat satu promosi gila-gila sehingga 3 Januari 2014 depan. Mereka menawarkan beberapa gadget berteknologi tinggi pada harga termurah iaitu serendah RM299. Contohnya, tablet, kamera, powerbank, dan telefon pintar.

Tapi dalam entri ni saya nak kongsi dua telefon pintar mampu milik yang berharga RM299 kat Lazada iaitu Acer Liquid Z130 dan LG Optimus L3 E400. Oh ya, dua-dua smartphone Acer dan LG ni adalah original tau. Bukan ciplak macam Proton Perdana baru..hohoho..

LG Optimus L3 E400
3.5" screen
Android 4.2
3.15MP camera
4GB internal / 512MB RAM
Dual Core 1GHz
WiFi & Bluetooth 3.0
microSD up to 32GB



Acer Liquid Z130
3.2"
Android OS v2.3
3MP
1GB / 384MB RAM
800 MHz
Bluetooth + WiFi
MicroSD up to 32GB



Kalau anda nak upgrade telefon lama kepada smartphone, saya sangat rekomenkan anda untuk membeli salah satu kat atas tu. Nak beli dua dua pun tak per..kalau setakat nak cuci mata pun boleh juga. Pergi saja ke Lazada Malaysia. Satu lagi benda nak inform korang terutama yang memiliki Samsung Galaxy Note 3, layari laman web Samsung sekarang dan menangi wang RM10,000. Wah, masyuk tu!! Kepada korang yang tak der Note 3 dan nak rembat sebiji, pergi saja beli kat Lazada..murah jer....RM2,190 gitu...murah kan.. hoho

Anyway, selamat menyambut tahun baru 2014 !!


Bisnes Online Paling Meletop!! Hari-hari masyuk RM50 dan RM100 terus ke akaun bank

Ahad, 29 Disember 2013

52 jenis pekerjaan dilakukan dalam tempoh setahun

Kerana mahu mencari pekerjaan sebenar yang menjadi impiannya, lelaki ini telah melalui 52 jenis pekerjaan yang berbeza selama setahun atau satu kerja untuk satu minggu.


Setiap minggu, Matt Frost menukar pekerjaannya untuk mencari 'dream job' selepas meninggalkan pekerjaan lamanya iaitu sebagai pengurus kedai. Lelaki berusia 30 tahun ini mengerakan semua pekerjaan tersebut dan upah dari pekerjaan itu didermakan kepada badan kebajikan setiap hujung minggu.

Walaupun mengalami masalah kewangan, dia dapat mengatasinya dengan berjimat serta menjual barangan peribadi yang bernilai. 

Antara pekerjaan yang dilakukannya ialah sebagai jurufoto di konsert Jesse J dan menjadi pembantu peribadi Philip Schofield. Walaupun mempunyai pengalaman dalam bidang hiburan, akhirnya Frost memilih untuk bekerja dalam industri mainan (game industry).


Katanya, "Kerja yang paling saya suka ialah bidang permainan video. Memang satu pengalaman yang sangat hebat". (Sumber: MetroUK)

> Ambil gambar selfie anda dan menangi hadiah sebuak kereta Hyundai
> Anda ada Samsung Galaxy? Menangi hadiah RM10,000 ini


Bisnes Online Paling Meletop!! Hari-hari masyuk RM50 dan RM100 terus ke akaun bank

Sabtu, 28 Disember 2013

6 Laman Ping Terbaik untuk meningkatkan trafik blog

Sebuah blog tidak bermakna jika tiada pengunjung yang datang. Lain lah jika blogger itu telah 'privatekan' blognya untuk tatapan diri sendiri sahaja. Tapi saya pasti kebanyakkan blogger akan menitikberatkan jumlah trafik atau jumlah pembaca yang datang ke blog mereka setiap hari. 

So, bagaimana nak meningkatkan trafik blog? Mudah saja. Anda hanya perlu ping setiap entri blog anda itu di laman ping. Antara 6 laman ping terbaik di Malaysia ialah;

1. Pingje.org
2. OhBelog.com
3. GuaBlog.com
4. Pingje.com
5. Busuk.org
6. PingBlog.net

Selain ping entri anda ke laman web ping kat atas ni, anda juga boleh share entri di Facebook dan Twitter untuk mendapatkan trafik viral sosial. 

Saya masih baru lagi guna servis ping ini. Agaknya baru setahun kot..dan beza sebelum dan selepas guna servis ping ini sangat ketara. Walaupun mula-mula agak slow sikit, tapi lepas dua tiga hari, memang nampak peningkatan trafik tu.

Antara trafik dari laman web ping untuk Edisi Blogger

Jadi kalau anda nak tambahkan trafik sehingga 1000pv sehari, saya sarankan untuk menggunkan servis laman web ping. Alaa..percuma jer pun. Cuma kena rajin ping entri je lah.

Oh ya, kalau korang tak suka buat kerja banyak tapi nak juga trafik tinggi, boleh gunakan servis berbayar. Sehari boleh dapat lebih 1000 unique views dari seluruh dunia. Tak perlu susah-susah nak ping mana-mana. Kalau nak, boleh pergi order terus kat blog Tingkatkan Trafik.

Tapi kalau anda ni banyak masa, boleh ping sendiri secara manual jer. Selain meningkatkan trafik, laman web ping ini juga membantu menaikkan ranking blog anda kat enjin carian. So, mudah lah untuk blog anda menarik trafik organik kelak.

Saya harap perkongsian ini berbaloi kepada anda terutama yang mempunyai blog.


Bisnes Online Paling Meletop!! Hari-hari masyuk RM50 dan RM100 terus ke akaun bank

4 Gambar lelaki bunuh diri di Berjaya Times Square

Seorang lelaki telah bunuh diri dengan terjun dari tingkat 8 (atau tingkat 9) di dalam bangunan Berjaya Times Square pada sekitar jam 7 malam kelmarin (27 Disember). Berikut antara gambar menunjukkan keadaan lelaki tersebut.







Menurut saksi, lelaki itu berusia 21 tahun dan berasal dari Selangor.

Sepanjang tahun 2013 ini saja, terdapat 4 kes kematian/bunuh diri yang telah berlaku di Berjaya Times Square. Sehingga kini, punca sebenar mengapa lelaki itu bunuh diri masih belum dikenal pasti. 
(Sumber: Says.com)

> Bagaimana gambar selfie boleh menang kereta pula?

Bisnes Online Paling Meletop!! Hari-hari masyuk RM50 dan RM100 terus ke akaun bank

6 Sebab kenapa perlu beli smartphone LG Optimus L3 E400



LG Optimus L3 E400
Sekarang ni dunia makin canggih, internet ada kat mana-mana dan boleh diakses dengan menggunakan pelbagai bentuk gadget seperti laptop, tablet, telefon, kamera, dan jam tangan juga..fuyoo!!

Bagi golongan 'tech savvy', sememang mereka akan memilih untuk memiliki telefon pintar yang berteknologi tingg dan top kualiti seperti Samsung Galaxy dan iPhone yang berharga ribuan ringgit bagi keluaran terbaru. Tapi sebenarnya anda juga boleh memiliki smartphone berkualiti tinggi yang jauh lebih murah malah lebih mudah digunakan seperti LG Optimus L3 E400. Harganya di pasaran kini hanya sekitar RM500 sahaja. Kalau nak yang lebih murah, boleh beli secara online di Lazada. Harga promosi kat sana sekarang ialah RM299 sahaja. Wow!! Deal hebat tu.

Ini dia 6 sebab kenapa anda perlu beli smartphone LG Optimus L3 E400 :
1. Jenama popular dan berkualiti tinggi serta harga mampu milik.
2. Boleh beli secara 'Cash On Delivery'. Penghantaran percuma pulak tu.
3. Internet laju dan support 3G
4. Kamera pun ok. Resolusi pada 3.2MP
5. Reka bentuk yang kompak dan sangat sesuai untuk saiz tapak tangan anda. Dilengkapi skrin sentuh TFT bersaiz 3.2"
6. Bateri 1500mAh pun tahan lama.

Kat bawah ni adalah contoh gambar yang diambil dari smartphone LG Optimus L3 E400 yang saya rembat dari trustedreviews.com

Bunga-bunga di taman

Sekian untuk perkongsian. Sebenarnya masih banyak barangan yang dijual pada harga promosi RM299 di Lazada Malaysia seperti kamera, tablet, powerbank, dan sebagainya.

> Nak cantikkan gigi? Tanya para pakar ini
> Gambar selfie pun boleh menang hadiah kereta

Bisnes Online Paling Meletop!! Hari-hari masyuk RM50 dan RM100 terus ke akaun bank

Jumaat, 27 Disember 2013

1001 Kesakitan! Banduan potong penis sendiri selepas tersisih dari senarai pengampunan

Sekadar gambar hiasan

Seorang banduan memotong penisnya sendiri dengan menggunakan pencukur selepas  namanya ditolak dari senarai banduan yang mendapat pengampunan sempena Hari Krismas.

Banduan bernama Francis Karuri yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup di Kenya mengambil langkah drastik tersebut selepas gagal memasuki senarai banduan yang akan dibebaskan oleh Presiden Uhuru Kenyatta.

Menurut sumber Sunday World, ekoran dari tindakannya tersebut, Karuri menyatakan kepada pengawal penjara bahawa penisnya tidak lagi berguna kerana dia sudah tidak mempunyai peluang lagi untuk memulakan sebuah keluarga.

Sebelum ini, Karuri telah dijatuhi hukuman mati tetapi hukuman tersebut diringankan kepada hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan merompak secara ganas.


1001 Bantahan! Tun Mahathir juga mengkritik kenaikan tarif elektrik

Bantahan demi bantahan disuarakan bukan sahaja oleh majoriti rakyat malah juga dari bekas orang kuat kerajaan sendiri. Kalau semua benda naik harga tahun depan, alamatnya merana lah rakyat..especially orang macam saya yang berpendapatan rendah..kerja tak tetap pulak tu.. :(


SHAH ALAM – Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik kerajaan ekoran kenaikan tarif elektrik pada kadar 15 peratus yang menurutnya, agak tinggi.

Beliau berkata, tarif elektrik tidak seharusnya dinaikkan secara mendadak kerana akan membebankan pengguna.

“Ini akan memberikan bebanan kepada pengguna elektrik domestik selain memberi kesan kepada kos pengeluaran industri,” katanya dalam satu entri blognya, semalam.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, tarif elektrik jika perlu dinaikkan, boleh dilakukan secara berperingkat bagi mengelakkan industri yang telah memeterai perjanjian pengeluaran menanggung kerugian besar.

“Kerugian pemain industri akibat kenaikan tarif elektrik akan menyebabkan mereka membayar cukai korporat yang lebih rendah akibat tidak mendapat keuntungan besar,” katanya. - Sinar Harian


Rabu, 25 Disember 2013

1001 Teka-teki! Adakah ribuan ikan terdampar di Sabah adalah petanda gempa bumi?

Agak heboh juga fenomena aneh yang berlaku di Lahad Datu Sabah ini terutamanya di kalangan pengguna laman sosial. Ada pula yang kata ianya adalah petanda tsunami akan berlaku. Adakah benar? Jabatan Meteorologi ada penjelasan mereka.
Rezeki! Penduduk sekitar sedang mengumpul ikan

KOTA KINABALU - Jabatan Meteorolgi Malaysia tidak mengesan sebarang pergerakan kerak bumi di sekitar Lahad Datu, yang dikaitkan dengan fenomena ribuan ikan tamban terdampar di pantai Kampung Tambisan Tungku, pagi semalam.
   
Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Sabah, Abdul Malek Tussin berkata, berdasarkan sistem amaran awal tsunami, keadaan dasar laut di kawasan berkenaan juga seperti biasa.
   
Bagaimanapun jabatan ini tetap memantau pergerakan kerak bumi terutama di dasar laut di kawasan terbabit, katanya kepada Bernama di sini hari ini.
   
Sementara itu Pengarah Jabatan Perikanan Sabah Datuk Rayner Stuel Galid berkata kejadian tersebut merupakan kali pertama berlaku di Sabah.
   
"Selalunya ikan tamban ini berada di tengah laut, jarang di tepi pantai," katanya.
  
Beliau berkata, pihaknya telah menghantar pegawai ke kawasan berkenaan bagi melakukan siasatan.
   
Ketua Polis Daerah Lahad Datu Superintendan Mat Shamsuddin pula berkata pasukan keselamatan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk bencana alam.
   
Dalam kejadian 8 hingga 9.30 pagi itu, ribuan ikan tamban seolah-olah naik ke darat dan menarik perhatian masyarakat setempat dengan ada antara mereka menganggap fenomena tersebut sebagai petanda bencana alam seperti tsunami.  - Bernama



Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!

Isnin, 23 Disember 2013

5 Kebaikan jika anda memiliki Samsung Galaxy Note 3


Ini dia 5 kebaikan jika anda memiliki smartphone Samsung Galaxy Note 3 yang cantik menarik memang da bomb tu..

1. Anda boleh menelefon sambil buat nota kat phone Samsung note korang.

2. Anda boleh tangkap gambar berdifinisi tinggi.

3. Anda boleh eksyen, bangga ada henfon canggih benilai ribuan ringgit. Opps, sekarang turun harga dah..tengoklah harga diskaun kat Lazada Malaysia ni.

4. Anda senang buat banyak perkara dalam satu smartphone. Boleh jadi GPS, boleh jadi video recorder, boleh jadi alat presentation, boleh jadi macam-macam asalkan ada line internet. Kalau tak der line internet, korang hanya boleh main Candy Crush dengan 5 life jer..hohoho..

5. Dan ini yang paling hebat, kalau anda ada Samsung Galaxy Note 3, anda boleh menang RM10,000. Fuyoo! Kalau macam ni, aku pun nak g beli Samsung Note 3 sekarang..

Kalau korang nak tahu macam mana nak menang duit masyuk tu, boleh layari laman web Samsung Malaysia


Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!

Ahad, 22 Disember 2013

1001 Keresahan! Mat Yo masuk hospital kerana denggi

Semoga beliau cepat sembuh dan dapat kembali bermain bola sepak seperti biasa. Tak kira anda ni penyokong bola sepak atau bukan, marilah sama-sama doakan kesihatan beliau supaya cepat sembuh.

PENYERANG Kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo dilaporkan berada di hospital kerana disyaki menghidap demam denggi.

Memetik Facebook Johor Darul Takzim FC, suhu badan Mat Yo dilaporkan sangat tinggi. - SH


Sabtu, 21 Disember 2013

1001 Video seks! Guru Penolong Kanan didakwa rakam video seks dengan kekasih Pakistan

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga...kerana perlakuan sumbang guru ini, rosak nama baik profesion keguruan..tarafnya Penolong Kanan pulak tu..
Guru dan kekasihnya diiringi polis ketika dibawa keluar mahkamah

AYER KEROH - Seorang guru penolong kanan dan kekasihnya yang merupakan warga Pakistan dihadapkan ke mahkamah majistret di sini, semalam atas pertuduhan merakam video lucah di dalam sebuah rumah, November lalu.

Tertuduh, Lizah Buang, 49 dan Muhamad Usman Ali Liqat, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan yang didakwa ke atas mereka di hadapan Majistret, Mohd Firdaus Saleh.

Berdasarkan pertuduhan, Lizah dan Muhamad Usman didakwa bersama-sama merakam video lucah atau yang bertentangan dengan kesopanan awam.Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Pangsapuri Bukit Beruang Utama kira-kira jam 8.30 pagi pada 16 November 2013.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 5(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara maksima lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan RM3,000 terhadap Lizah, namun membantah jaminan terhadap Muhamad Usman yang merupakan warga asing.

Bagaimanapun, Lizah ketika rayuan memohon supaya jumlah wang jaminan dikurangkan memandangkan dia menanggung enam anak serta suaminya yang sakit dan tidak bekerja. Sementara itu, Muhamad Usman juga merayu supaya dibenarkan jamin terhadapnya yang mempunyai isteri di Pakistan.

Selepas mendengar rayuan tertuduh, Mohd Firdaus kemudian membenarkan Lizah diikat jamin RM2,500 sementara Muhamad Usman RM10,000 dengan dua penjamin serta syarat melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali. Tarikh sebutan kes bagi lantikan peguam ditetapkan pada 23 Januari 2014. - SinarHarian

> Laporan dari Audit Negara yang menggemparkan !! Rasuah di Malaysia parah!!

Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!

Jumaat, 20 Disember 2013

1001 Skandal Adi Putra! Amiruddin cerai isteri talak satu

Mereka bercerai cara baik...so, Adi Putra ada chan lah ni...hoho


PUTRAJAYA - Suami wanita yang dikaitkan dengan skandal pelakon Adi Putra, Amiruddin Othmann, 50, mengakui sudah menceraikan isterinya secara lisan dua hari lalu, namun masih nekad meneruskan rayuan agar kes tersebut disiasat semula.

Ahli perniagaan itu yang mengakui menceraikan isterinya, Noraida Abd. Mutalib, 29, jam 4 pagi pada 19 Disember lalu di rumahnya, di Johor Bahru itu akan memohon rayuan di Jabatan Peguam Negara dengan mengusulkan seksyen baru bagi siasatan itu.

"Saya menceraikan isteri saya Noraidah dengan talak satu.

"Kami bercerai secara baik walau kami tiada apa-apa ikatan lagi, tapi kami bersetuju untuk meneruskan kes ini demi menegakkan kebenaran," katanya.

Menurutnya, kes itu mahu diteruskan semula kerana ingin menuntut keadilan dan berasa kecewa dengan keputusan siasatan kes skandal yang melibatkan isterinya dengan pelakon, Adi Putra.

Menerusi sidang media yang diadakan di perkarangan bangunan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya, hari ini, Amiruddin memberitahu, dia membuat rayuan itu kerana mahu membersihkan semula namanya.

Dakwa Amiruddin, dia tidak berpuas hati dengan dengan hasil  siasatan yang telah dibuat dan keputusan itu disyaki berat sebelah.

"Saya telah mengemukakan surat kepada Jabatan Peguam Negara untuk meneliti pertuduhan relevan dari Seksyen 509 kepada Seksyen 498 Kanun Keseksaan untuk membuat rayuan.

"Ada beberapa bukti yang menunjukkan kes ini perlu diteliti semula, ia semua berkaitan dengan maruah saya bagi menuntut keadilan.

"Saya berharap pihak berkuasa menelitinya semula kerana saya rasa teraniaya dan menyebabkan rumah tangga saya runtuh," katanya yang mendakwa berasa kecewa apabila kes itu diklasifikasikan tiada tindakan lanjut.

Pada September lalu, Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dan disiasat polis selepas Amiruddin yang juga seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.

Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster 2 itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan.

Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi sosial, WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu Amiruddin.

Bagaimanapun, Adi Putra dalam sidang medianya pada 12 Disember lalu mendakwa, dia tidak bersalah selepas pihak polis menggugurkan kes skandal berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.

Amiruddin turut ditemani peguamnya, Muhamad Hasif Hassan menambah, "kalau boleh saya mahu kes ini ditukarkan dari Seksyen 509 Kanun Keseksaan (gangguan seksual) kepada Seksyen 489 kanun yang sama iaitu memikat wanita yang sudah bersuami."

Sementara itu, sebelum pengumuman penceraian itu, Amiruddin berkata, dia bersama Noraida telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selain akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes itu.

Hasil perkahwinan Amiruddin dengan Noraida kira-kira 10 tahun, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia lapan tahun. - Sinar Harian



Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!

2 Cara menjana pendapatan RM50 dan RM100 berterusan secara online

Salam Jumaat kepada semua pembaca. Entri ini ditujukan khas kepada mereka yang otak bisnes dan mahu merebut peluang buat bisnes online terbaik ini, LPGN Xtreme yang hanya bermodalkan RM50 jer.

Siapa Yang Harus Sertai Program Ini
> Semua Rakyat Malaysia Yang Mencari Peluang
> Penganggur/ Pencari Kerja
> Pelajar Kolej/ Universiti IPTA & IPTS
> Pekerja Berpendapatan Rendah
> Suami Isteri Dalam Kesempitan
> Mereka Yang Akan Mendirikan Rumahtangga
> Suri Rumah Tangga & Pembantu Rumah
> Diberhentikan Kerja
> Ahli MLM Yang Teraniaya Dan Kecewa

Kalau anda tak minat buat bisnes sampingan online, fikir-fikirlah semasak-masaknya dahulu kerana bisnes yang saya nak kongsikan ini memang sangat sesuai dilakukan 100% online dan modal untuk mula juga tersangatlah rendah. Tahukah anda bahawa lebih 60% rakyat Malaysia kini sedang melakukan alternatif lain untuk menjana pendapatan sampingan secara online? Terdapat banyak bisnes online yang ditawarkan sekarang ini seperti Infinity Downline, Phytoscience, KopiMata, Epic Era, dan sebagainya. Semuanya memang bagus. Kalau anda sudah menyertai mana-mana bisnes ini, tiada salahnya jika anda menambah satu lagi koleksi bisnes online anda dengan LPGN Xtreme pula. Pelan pemasaran dan cara menjana pendapatan dari biz ini memang sangat unik.


1. Perolehi Pendapatan Dalam Gandaan RM50
Anda berpeluang menjana pendapatan berterusan dalam gandaan RM50 serta-merta terus ke akaun bank anda, mulai hari ini juga, iaitu melalui program Pemasaran (Reseller Program) oleh LpgnXtreme Team. Setiap peserta yang menyertai kami dan telah menjadi "Paid Member", maka secara automatik, dilantik sebagai Reseller kami dan diberi hak untuk menerima pendapatan berupa bayaran RM50  dari semua tajaannya (Direct Referral) apabila mereka ini  membuat bayaran bagi menggunakan kemudahan sistem laman web ini. 100% tajaan anda akan membuat bayaran terus ke akaun bank anda tanpa melalui pihak admin atau mana-mana pihak ketiga. Tiada mana-mana tajaan anda yang akan di pass-up kepada upline anda, sebaliknya 100% semua bayaran ini adalah milik anda dan apabila mereka menyertai LifePharm Global Network, maka kesemua mereka itu tetap dibawah tajaan anda.
Tugas mereka yang menerima bayaran ini adalah, mereka dikehendaki mengaktifkan akaun peserta yang telah membuat bayaran berkenaan dengan secepat mungkin.


2. Perolehi Pendapatan Dalam Gandaan RM100


Anda berpeluang menjana pendapatan berterusan dalam gandaan RM100 pula, apabila anda telah upgrade akaun anda sebagai Pro-Member. Setiap peserta yang telah menjadi Paid Member perlulah upgrade akaun mereka ke Pro-Member sebaik sahaja berjaya menjana pendapatan RM150 atau sebelum mereka dapat menyertai program utama iaitu perniagaan LifePharm Global Network

Jika anda telahpun upgrade akaun anda sebagai Pro-Member, maka anda berhak pula menerima bayaran RM100 ini dari peserta-peserta yang telah membuat bayaran RM50 kepada anda sebelum ini serta juga daripada downline-downline kepada tajaan-tajaan anda.

Sebaliknya jika akaun anda masih lagi belum di upgade ke Pro-Member (masih lagi sebagai Paid Member sahaja) maka bayaran RM100 ini akan diberikan kepada upline anda yang berstatus sebagai Pro-Member.  Hanya mereka yang berstatus Pro-Member sahaja yang dapat Activate-kan proses upgrade ini. Maka mereka yang berstatus Pro-Member sahajalah yang layak menerima bayaran RM100 ini.
Bayaran RM100 akan dibuat berdasarkan sistem "Coded".
Coded Direct, Coded Up, Coded Down
Gambarajah Perlaksanaan Sistem Coded RM100


OK...INI ADALAH PENDAPATAN ANDA HANYA SEBAGAI RESELLER WEBSITE SAJA (100% KERJA ONLINE, 100% KOMISYEN ANDA PUNYA)


Bisnes LPGN Xtreme adalah bisnes online DUA DALAM SATU. Ini kerana, di samping anda mendapat income sebagai reseller website, anda juga secara tidak langsung sudah mendapat prospek atau downline untuk bisnes LifePharm Global kelak yang menggunakan sistem pemasaran Binari atau 'dua kaki'. Anda akan dibayar bonus tanpa henti dari syarikat!. Korang tak perlu lagi susah-susah cari orang. Kerja kita hanya promote laman web jer. Kalau ada orang join, automatik dia akan jadi rakan perniagaan kita dalam LifePharm Global nanti. Kalau anda berminat nak buat bisnes online ni, boleh daftar percuma dulu.


Ini dia bukti pendapatn salah seorang usahawan LPGN Extreme dalam masa sehari dengan bisnes ni. Hasil usaha sendiri yang tak jemu-jemu promote bisnes ini depan laptop hari-hari. 


Tiada Mana-Mana Laman Web Lain Yang Menawarkan Teknik Begini, Yang Terbukti Cukup Unik, Pantas Dan Hebat!




1001 Penipuan Gores Dan Menang! Janji Hadiah Camry Dapat Dapur Gas

Makin menjadi-jadi pula kes membabitkan sindiket gores dan menang ni..bila orang ramai dah makin berwaspada, mereka mula menggunakan kekerasan pula...

Sindiket Gores dan Menang (sumber:waghih.blogspot)

KUANTAN: Seorang guru mendakwa menjadi mangsa penipuan sindiket gores dan menang apabila hanya diberikan sebuah dapur gas dianggarkan berharga RM100 walaupun mulanya dijanjikan sebuah Toyota Camry.

Selain kerugian RM3,000, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Affendi, 58, dari Temerloh, juga mendakwa diugut dicederakan oleh beberapa pekerja syarikat berkenaan. Dia kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini kira-kira jam 8 malam kelmarin.

Dalam kejadian itu, katanya, dia bersama anak berusia 18 tahun ke sebuah pusat beli-belah di sini, kira-kira jam 4.30 petang kelmarin, sebelum dihampiri beberapa individu di tempat letak kereta yang memintanya menyertai peraduan gores kad, yang kononnya menawarkan hadiah lumayan.

Paksa Masuk Peraduan

Mereka memaksa saya dan anak masuk peraduan itu dan memaklumkan kami menang Toyota Camry. Saya menolak hadiah berkenaan, namun mereka paksa ke pejabat syarikat di Air Putih, di sini untuk penjelasan lebih lanjut mengenai hadiah, yang kononnya kami menang, katanya.

Affendi berkata, tidak tahan dengan desakan pekerja terbabit, dia bersetuju ke pejabat syarikat berkenaan, namun sebaik tiba di situ, terus dipaksa membayar RM15,000 sebagai yuran pendaftaran yang kemudian diturunkan kepada RM3,000 dengan bakinya boleh dibayar ansuran.

Saya berat hati nak bayar RM3,000, tapi akur selepas diugut tidak dibenarkan keluar dari premis itu, selain dicederakan. Selepas membayar wang berkenaan, saya hanya diberikan dapur gas sebagai hadiah, bukan kereta seperti dijanjikan, katanya.

Apabila minta penjelasan pekerja syarikat itu, mereka hanya ketawa, malah terus memaksa saya menjelaskan baki yuran pendaftaran jika mahu memiliki kenderaan terbabit. Selepas beredar tidak lama kemudian, saya dihubungi pekerja syarikat itu yang meminta segera bayar baki yuran, selain menggugut menyerang saya di rumah jika enggan, katanya.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pahang, Mohd A Aruwan Ab Aziz ketika dihubungi, berkata pihaknya akan menyiasat kes berkenaan, selain merujuk kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) untuk tindakan lanjut. - Berita Harian



Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!

Khamis, 19 Disember 2013

7 kata-kata penuh inspirasi paling diingati dari Nelson Mandela

Pemimpin tersohor dari Afrika iaitu Nelson Mandela merupakan inspirasi kepada seluruh dunia terutama mengenai kebebasan dan mencapai cita-cita. Perjuangannya menentang dasar Apartheid dan menangani krisis rasism, kemiskinan dan ketidaksamarataan benar-benar telah mengubah dunia.


Berikut antara 7 kata-kata penuh inspirasi paling diingati dari Nelson Mandela.

1. ON EDUCATION
Education is the most powerful weapon which you can use to change the world.

2. ON TIME
We must use time wisely and forever realize that the time is always ripe to do right.

3. ON MOTIVATION
It always seems impossible until it's done.

4. ON FREEDOM
Let freedom reign. The sun never set on so glorious a human achievement.

5. ON VIRTUES
A good head and a good heart are always a formidable combination.

6. ON COMMUNICATION
If you talk to a man in a language he understands, that goes to his head. If you talk to him in his language, that goes to his heart.

7. ON MONEY
Money won't create success, the freedom to make it will.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat. RIP Nelson Mandela.



Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!