Boros Di Aralom: Januari 2014

Jumaat, 31 Januari 2014

Ini dia nasihat paling tepat dari seorang budak 12 tahun bagaimana untuk memahami wanita

Tahukah anda bahawa industri menolong (advice industry) telah menghabiskan berbilion dollar untuk membuat kajian sana sini untuk menilai apakah cara terbaik untuk menangani masalah hubungan sesama manusia. Tidak dinafikan, banyak yang berkesan. Tapi kadangkala ianya tidak lah begitu rumit untuk memahami sesuatu masalah. Dan kadangkala, budak-budak lagi mudah untuk menyelesaikan masalah orang dewasa.

Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun mempunyai nasihatnya sendiri apakah kunci untuk memahami wanita. Bersediakah anda untuk menggali kata-kata hikmat budak ini?


Ok..I dah tak sabar buka...


Then...tadaaa....

Nasihatnya memang mudah..lelaki sukar memahami wanita..memang betul kata budak ini...

(Sumber: elitedaily)


Lagi info menarik:


Smartphone Terbaik! Lenovo IdeaPhone A390 murah tapi berkualiti tinggi

Smartphone terbaik di Malaysia! especially untuk mereka yang suka guna smartphone tapi tak nak beli yang mahal-mahal. Lenovo IdeaPhone A390 adalah pilihan terbaik korang. Anda akan terkejut betapa bagusnya smartphone ini.


Lenovo IdeaPhone A390 dilengkapi dengan processor Dual Core serta Dual sim..jadi boleh lah korang guna dua simkad dalam satu smartphone. Lenovo IdeaPhone A390 juga memiliki saiz skrin besar 4" yang memang menjadi kegemaran para pemiliki smartphone.

Kamera pula memang terbaik... 5MP

And of course, smarphone ini dioperasikan oleh Android 4.0 yang membolehkan korang mengakses lebih setengah juta aplikasi android termasuklah game aweome online..phone ini support internet 3G dan juga kuat tarik wifi..

Berikut antara reviews positif dari pengguna smartphone Lenovo IdeaPhone A390 yang telah membelinya secara online di Lazada Malaysia.

And..best of all..harganya memang mantop, murah dan mampu milik..hanya RM277 sahaja kat Lazada!


Tapi harga ni akan berubah juga pada bila-bila masa..elok sambar satu Lenovo IdeaPhone A390 ketika harganya masih murah..meh pajak satu tumpuk untuk bagi kat mak bapak adik abang kakak datuk nenek dan moyang...


Lagi info menarik:

Penyanyi ini memang cantik macam kartun Jepun tapi tunggu sampai anda dengar suaranya

Ok..ini lah yang dikatakan multi talent..dia berbangsa Swedish tapi boleh bercakap dengan lancar dalam bahasa Jepun dan bahasa Inggeris serta mempunyai kebolehan mantap bermain gitar.

Memang tak menghairankan kenapa dia suka berpakaian ala-ala Jepun kerana dia adalah peminat fanatik kartun anime sejak berumur 10 tahun lagi. Sekarang dia dah 18 tahun. Disebabkan kecantikannya ini serta kebolehannya bermain gitar, dia terus ditawarkan untuk menjadi artis rakaman Universal Music Japan. So, sama-sama kita dengar macam mana suaranya menyanyi pula..hebat tak?


Ooohh..rupanya dia adalah lelaki..namanya Yohio..nama penuhnya ialah Kevin Johio Lucas Rehn Eires...pergh! ini namanya anime real life punya.

(Sumber: Wiki, News)


Lagi info menarik:

Khamis, 30 Januari 2014

Gambar ini kelihatan seperti pantai biasa tapi apa yang anda lihat bukanlah pasir pantai..what!!

Gambar pantai ini nampak macam pantai-pantai biasa saja kan..tapi kalau anda melihat secara dekat, anda akan terkejut apa sebenarnya benda seumpama pasir pantai itu.

Pernah tak anda mendengar mengenai Laut Salton? Ia terletak di California, Amerika. Laut ini adalah laut paling masin di dunia sehingga banyak hidupan akuatik yang mati. Bilangan hidupan laut yang mati ini memang tidak terkira banyaknya sehingga pantai dipenuhi dengan tulang-tulang ikan. 




Tulang-tulang ikan ini akhirnya tersadai dan terkumpul di tebing pantai sehingga pasir pantai pun sudah tidak kelihatan lagi.



Jadi, kalau anda nak berjalan di tepi pantai laut Salton, sila pakai kasut agar tapak kaki anda tidak tercedera. Tulang-tulang ikan ini memang tajam.

Laut Salton ini bukan terbentuk secara semulajadi. Ianya terbentuk selepas terusan Sungai Colorado terbelah pada tahun 1905. Sebuah tasik kemudiannya terbentuk hasil dari limpahan air yang banyak. Disebabkan tasik ini kini tidak mempunyai saluran masuk atau keluar, ia terus menerus meresap garam dari pasir di sekitar sehingga terlalu masin. Tasik ini 30% lebih masin dari lautan Pasifik.

Sumber: memoliton.com

Lagi info menarik:

Lagu tribute paling menyentuh hati dari peminat Chelsea kepada Juan Mata


Kalau korang ni peminat United atau Chelsea, korang kena dengar lagu khas paling best dan menyentuh hati untuk Juan Mata ini. Lagu yang diolah oleh peminat Chelsea ini menggunakan lagu Boyzone yang bertajuk 'No Matter What' cuma liriknya saja yang diubah.



Peminat yang sedih dengan penjualan Juan Mata ke United melepaskan rasa rindu mereka serta juga melepaskan kekecewaan selepas Chelsea gagal membawa Rooney sebagai pertukaran kepada penjualan Juan Mata. Dengarlah...dan nikmatilah..it's well worth it..

Macam yakin jer: Anwar menang, harga satay turun, BN pun turun


Sandiwara apakah lagi ini...Pilihan Raya dah lepas enam bulan lalu...calon PKR Kajang time tu dah menang..tapi letak jawatan sebab nak bagi laluan kepada Anwar untuk bertanding..katanya, ini adalah taktik untuk melawan kerajaan Be End..anyway, kita tunggu dan lihat, siapa pilihan rakyat Kajang...dilema juga rakyat Kajang ni tau..nak pilih Be End, banyak tak puas hati harga barang naik...nak pilih PKR, banyak tak puas hati sebab berebut kuasa...kalau PAS bertanding, nah..lagi lah pening..

KAJANG - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini mengandaikan bahawa sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh kemenangan di Dun Kajang bukan setakat harga satay Kajang akan turun sebaliknya kerajaan Barisan Nasional (BN) juga turut akan turun daripada tampuk pemerintahan. Menurut Azmin, pihak BN, selalu 'membuat lawak' dengan mengatakan bahawa  Anwar akan berjanji untuk turunkan harga satay Kajang sekiranya beliau memenangi kerusi tersebut. 
"Hari ini saya hendak beritahu kepada orang Umno-BN, kalau Anwar menang di Dun Kajang, bukan setakat harga satay Kajang akan turun sebaliknya BN juga akan turun," katanya  dalam majlis taklimat PKR sempena PRK Dun Kajang, di Dewan Orang Ramai Sungai Sekamat, di sini. 
Pencalonan Anwar di Dun Kajang mencetuskan pelbagai polemik, ada yang menyifatkan peletakan jawatan penyandangnya Lee Chin Cheh di kerusi tersebut untuk memberi laluan kepada Ketua Pembangkang bertanding di situ sebagai satu pengkhianatan kepada penduduk Kajang. 
Peletakan jawatan Chin Cheh sebagai Adun diumumkan oleh Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh kelmarin. Semalam, PKR mengumumkan untuk meletakkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk mempertahankan kerusi itu. - Sinar Harian
Dulu, Najib kena hentam gara-gara kangkung...lepas ni ada tak yang nak troll Anwar sebab satay...anyway, kalau satay turun harga, memang sangat bagus..boleh juga buat lauk berulam kangkung..kan...haih, politikus is killing me lah!!

Lagi info menarik:

Rabu, 29 Januari 2014

Kerja Kosong Part Time secara Online di Malaysia


Anda sedang mencari kerja kosong secara part time online? Ini ada jawatan kosong untuk anda. Kerja ni tak perlukan kemahiran dan tak payah pengalaman pun. Yang penting korang rajin buat kerja dengan penuh kejujuran. Kerja ni bukan jenis JobDiRumah atau bisnes dari rumah yang memerlukan korang bayar duit dulu sebelum buat. Kerja ni korang boleh mulakan sekarang juga dengan percuma.

Jawatan: Juruiklan
Gaji: Upah dibayar berdasarkan jumlah komisyen yang anda dapat. Siapa rajin, dialah yang dapat banyak duit. Anda dibayar 20sen untuk satu klik yang anda jana dari iklan yang anda kongsikan. Jadi lebih banyak iklan yang anda kongsikan, maka lebih besar peluang untuk anda menjana lebih banyak pendapatan. Secara purata, ramai juruiklan yang mampu menjana sehingga RM300 - RM1000 sebulan.

Skop tugas:
1. Memilih iklan-iklan yang disediakan syarikat untuk dikongsi dengan kawan-kawan melalui Facebook, Twitter, Blog, atau mana-mana laman sosial lain.
2. Mampu bekerja tanpa melakukan aktiviti spam dan penipuan klik.
3. Mampu berkongsi iklan tanpa mengubah tujuan asal iklan tersebut.

Syarat:
1. Ada akaun Facebook, Twitter, Blog, atau mana-mana laman sosial lain.
2. Ada akses internet
3. Memiliki akaun bank tempatan untuk tujuan pembayaran komisyen.
4. Jujur dan beretika.
5. Warganegara Malaysia cukup umur. Budak sekolah pun boleh mohon.

Jika berminat, boleh mendaftar di syarikat Churp-churp dan 8Share sekarang! Permohonan dibuka sepanjang masa dan tiada sebarang yuran dikenakan kepada pemohon. 

Sekiranya anda sudah memohon sebelum ini, permohonan baru adalah tidak digalakkan. Sekian untuk iklan Kerja Kosong Part Time secara Online di Malaysia.


Lagi info menarik:

Anda tak kan sangka yang wanita-wanita hot ini ada satu persamaan yang mengejutkan

Memanc cantik, hot, dan seksi. Jadi tak hairanlah kenapa mereka menjadi antara model terkemuka yang terkenal di seluruh dunia. Mereka ada banyak persamaan...of course, mereka semua mempersona, memikat, dan mampu membuatkan mata banyak lelaki cair. Namun ada satu persamaan antara mereka yang korang tak tahu...

 Amelia Maltepe (Bangladesh)




Fiona Solis (Filipina)


Ines Rau (France)






Kesemua model seksi dan hot kat atas tu adalah transgender. Mereka dilahirkan sebagai lelaki tetapi telah membuat pembedahan untuk menukar jantina kepada perempuan...
---ouch!! 'facepalm'

Wordless Wednesday - Bila Nuffnang menunjukkan angka hebat


Hebat betul angka Nuffnang ni kan...tak hairan kenapa banyak blogger curang!!...hohoho..this lead me to my very first WordlessWednesday post..

Lagi info berkaitan:

Selasa, 28 Januari 2014

Mampukah anda lakukan hal sebesar ini kepada ibu bapa anda?


Gua Shijun merupakan seorang lelaki muda teguh yang telah banyak menghadapi pelbagai dugaan berat dalam kehidupan. Kemalangan di tempat kerja menyebabkan ayahnya lumpuh dan tidak dapat berjalan. Shijun menguatkan diri untuk menjaga ayahnya dengan sepenuh jiwa dan tenaga. Ibunya pula mengalami masalah gangguan mental sejak Shijun masih kecil lagi. Walaupun Shijun menghabiskan banyak masa dengan menjaga ayahnya, dia juga tidak mengalah dalam pelajaran sehingga berjaya memasuki sebuah universiti terkemuka.

Semasa berada di kolej, Shijun turut membawa bersama ayahnya yang lumpuh. Dia turut menyediakan sebuah katil istimewa untuk ayahnya di bilik asrama.

Datuk dan nenek Shijun pula menjaga ibunya sementara dia menjaga ayahnya. Shijun turut mendapat sokongan padu dari rakan-rakan di kolej.

Shijun membayar yuran kolej serta perbelanjaan lain dengan bantuan keluarga terdekat serta rakan-rakan. Dia juga berjaya mendapatkan biasiswa untuk meringankan beban kewangannya. Namun demikian, bantuan yang diterima hampir-hampir tidak mencukupi. Dia juga melakukan kerja-kerja lain untuk menambah sumber kewangan. Dia tahu bahawa hidup ini bukan mudah namun di kala kita bergelut dengan masalah, masih terdapat harapan. Shijun optimis untuk memperbaiki keadaan kehidupan keluarganya dan yakin segalanya akan menjadi lebih baik selepas dia tamat pengajian.

Sumber: DailyMail UK

Kisah Shijun ini memang satu kisah yang memberi inspirasi kepada kita semua. Kongsikan kisah ini dengan rakan-rakan anda juga.

Lagi info berkaitan:

Baju dalam high-tech yang hanya boleh dibuka apabila si wanita itu teransang

Dulu ada smartphone...kini ada smartbra..sebuah syarikat pakaian dalam dari Jepun, Ravijour, telah mencipta bra atau baju dalam berteknologi tinggi yang hanya boleh dibuka apabila si wanita itu teransang atau benar-benar jatuh cinta.
Bra berteknologi tinggi

Bra ini bertindakbalas dengan kadar denyutan jantung si pemakainya. Menurut kajian, seseorang yang sedang jatuh cinta itu mempunyai kadar denyutan nadi yang pantas. Jadi apabila sahaja kadar denyutan jantung si pemakainya berdenyut pantas, barulah bra ini akan terbuka secara automatik.


Bra yang dinamakan 'The True Love Tester' ini bagaimanapun masih belum dijual di pasaran. Tapi kalau korang nak, korang berpeluang menangi smartbra ini sekiranya membuat pembelian bernilai ¥5,000 (sekitar RM160) dari brand syarikat tersebut. Tapi kat Malaysia belum ada kot..

Sumber: Mirror UK

Alat pertama dicipta khas untuk berchating dengan anjing dan kucing

Bagi anda yang mempunyai haiwan peliharaan di rumah terutamanya kucing dan anjing, kini anda tidak perlu risau lagi akan keadaan mereka apabila ditinggalkan sendirian di rumah. Seperti Skype dan Video Messenger, kini sudah ada videophone pertama yang dicipta khas untuk pemilik dan haiwan peliharaan berchating.


Sebuah firma di Amerika, PetChantz, mengakui bahawa mereka telah berjaya mencipta videophone pertama untuk anjing dan kucing. 

Dengan alat ini, pemilik boleh berinteraksi dengan haiwan kesayangan mereka ketika berada di tempat kerja atau ketika keluar rumah.


Anda boleh berinteraksi dengan haiwan peliharaan menerusi smartphone, komputer dan tablet. And of course, kena ada talian internet kalau nak alat ini berfungsi.



Alat ini akan mengeluarkan bunyi untuk memanggil haiwan peliharaan apabila saja anda menghubungi haiwan peliharaan anda itu. Alat ini sudah mula dijual di USA dengan harga $349 atau sekitar RM1080..

Jadi anda tak perlu risau lah pasal kucing anda kat rumah tu..in case, kalau kucing korang tu kesunyian ker, korang boleh berchating dengan kucing comel korang tu...so, jangan hairan kalau lepas ni korang akan sering terlihat ofismate korang tu bercakap "miawww...miawww..miaww" kat depan laptop atau dengan smartphone mereka..

Sumber: Mirror UK

Sekarang ni tengah heboh pasal KakaoTalk juga..ianya adalah satu lagi aplikasi smartphone yang boleh menghubungkan anda kepada banyak rakan dalam sekali panggilan..pendek kata, anda boleh berbual dengan banyak rakan dalam satu panggilan..macam best jer kan..tengoklah video iklan lucu KakaoTalk ini kalau nak faham bagaimana ia berfungsi.


Isnin, 27 Januari 2014

Lelaki Brazil ini mengaku dirinya adalah Jesus

Inri Christo atau nama sebenarnya, Alvaro Theiss merupakan seorang lelaki berumur 66 yang berasal dari Brasilia, Brazil, dan dia mengaku dirinya adalah Jesus..biar betul??

Dia menghabiskan lebih 35 tahun dalam hidupnya dengan mempercayai bahawa dia adalah Jesus dan mempunyai beratus pengikut yang kebanyakkannya adalah wanita. Dia pernah sekali menjelajah ke serata dunia untuk menyebarkan fahamannya namun sering ditangkap dan diusir keluar dari negara yang dilawati. Ini kerana pengakuannya itu sering menimbulkan kontroversi.

Di masa lapang, Inri Christo suka meronda di sekitar kediamannya dengan menaiki skooter.

INRI adalah akronim Latin yang bermaksud "Jesus dari Nazareth, Raja orang Yahudi"

Kebanyakkan pengikutnya yang tinggal bersama dia di gereja telah menjadi pengikut setia sejak berdekad-dekad lalu.


Setiap hari Ahad, dia berkhutbah kepada para pengikutnya. Dia mula mengaku sebagai Jesus sejak tahun 1979 lagi.



Malah dia turut cuba membuktikan bahawa dia adalah Jesus dengan meletakkan gambarnya bersebelahan dengan gambar artistik Jesus.

Walaupun banyak yang mengatakan bahawa dia mengalami gangguan mental namun Inri sering menafikannya.


Macam-macam ragam manusia sekarang...teringat pula gua dengan tuhan Harun kat Malaysia baru-baru ni..

(Laporan asal: Daily Mail)

>> Bagaimana cara nak p tengok World Cup di Brazil dengan hanya RM100? Maybank Malaysia ada jawapannya..mesti terjah Maybank sekarang!!

Warga Brazil bantah Piala Dunia..turut disertai Batman dan Spiderman

Alamak!! Batal lah tiket gua nak pergi tengok World Cup ni...dengan Spiderman dan Batman sekali membantah penganjuran itu kat Brazil tau..

Penunjuk perasaan pakai kostum superhero. (Foto: SinarHarian)
BRASILIA - BRAZIL. Lebih 2,000 penunjuk perasaan mengadakan protes di beberapa bandar di Brazil, kelmarin sebagai membantah kos penganjuran Piala Dunia yang bakal berlangsung di negara itu pada 12 Jun depan. 
Media tempatan melaporkan demonstrasi tersebut bertukar ganas selepas pihak berkuasa cuba untuk menyuraikan kumpulan yang berhimpun di hadapan Muzium Seni Sao Paulo. Menurut polis, seramai 128 penunjuk perasaan telah ditahan dalam insiden pertempuran tersebut. 
Protes anjuran kumpulan Anonymous Rio itu turut diadakan di beberapa bandar utama lain.
Difahamkan, dipetik dari Press TV, bantahan tersebut dibuat selepas kerajaan didakwa melakukan pembaziran kerana menghabiskan jutaan ringgit yang sepatutnya dilaburkan dalam pelbagai sektor termasuk kesihatan dan pendidikan penduduk di negara itu. - SinarHarian
Kereta polis pun kena hentam oleh penunjuk perasaan. (Foto: BelfastTelegraph)

Kain rentang penunjuk perasaan (Foto: BelfastTelegraph)

Ketirisan dan pembaziran berlaku di mana-mana negara yang tak tau mentadbir..apatah lagi kalau ditambah dengan kes rasuah yang parah..so, Malaysia nak bida World Cup 2034 dah ni..macam mana korang sebagai rakyat Malaysia..setuju tak? Nanti impian korang untuk tengok Harimau Malaya beraksi secara automatik kat Piala Dunia akan tercapai kalau berjaya bida..

Tapi macam memalukan pula kalau prestasi HM masih di takuk yang lama..ingat lagi tak masa Piala Asia dulu tu..yang Malaysia jadi penganjur bersama tu..cuba ingat, pasukan mana yang jadi belasahan?  Bukan tak optimis dan memperkecilkan keupayaan HM, cuma melihat kepada realiti semasa dunia bola sepak tempatan yang masih tak mampu keluar dari kepompong Asia Tenggara...kalaulah berjaya jadi tuan rumah, jadikah lah itu satu penunjuk aras baru dalam usaha mempertingkatkan lagi prestasi sukan bola sepak negara kelak..

Oh ya..kalau anda nak juga pergi Brazil tengok World Cup pada bulan Jun ini, sedialah kumpul duit banyak-banyak..kalau tak der duit lebih, jangan risau, Maybank boleh hantar korang p sana..hanya RM100 jer kosnya..nak tahu bagaimana? terjah lah laman web Maybank Malaysia ini.

Lagi satu, bukan setakat bola sepak saja yang nak merudum, sukan sepak takraw pun dah nazak..mari selamatkan sukan pusaka tradisi  Melayu ini, tunjukkan sokongan anda di My Roar for Takraw sekarang dan jerit lah puas-puas..jangan risau, korang boleh dapat hadiah sagu hati yang lumayan juga nanti..

Siapa juara AJL28 semalam? #AJL28

Siapa pemenang Anugerah Juara Lagu semalam? kesian aku, sebab tak dapat tengok..huhu..nasib baik ada google..actually, tak payah tengok google pun, tengok kat sidebar bloglist pun dah boleh tau..kat Facebook pun berlambak info..

Hafiz
Tahniah kepada lagu Bahagiamu Deritaku nyanyian Hafiz yang dinobatkan sebagai Juara Lagu ke-28. Lagu ini adalah hasil ciptaan LY dan lirik oleh Baiduri. Selain menjadi Juara Lagu, lagu ini turut memenangi kategori Persembahan Terbaik. Dengan dua kemenangan ini, Hafiz meraih hadiah wang tunai berjumlah RM45,000..Fuh!! kaya jadi artis ni tau..Jom layan lagu Hafiz kat bawah ni..memang best!!


Berikut adalah keputusan penuh AJL28 semalam.

Juara Lagu = Bahagiamu Deritaku (Hafiz)
Naib Juara = Hanya Aku (Hyper Act)
Ke-3 = Kalau Aku Kaya (Altimet ft. Awi Rafael)
Vokal Terbaik = Jaclyn Victor (Ikut Rentak Ku)
Persembahan Terbaik = Hafiz (Bahagiamu Deritaku)

Senarai 12 lagu yg telah dipertandingkan di final AJL28:

1. Penglipurlara = Hazama feat The Penglipurlara
2. Takkan Terpisah = Black
3. Bahagiamu Deritaku = Hafiz
4. Aku Pelat = Salam Musik
5. In Love With You = Noh Salleh feat Aizat Amdan
6. Bosan = Stacy
7. Kalau Aku Kaya = Altimet feat Awi Rafael
8. Hanya Aku = Hyper Act
9. Tanda Tanya = Azlan And The Typewriter
10. Sahabat = Najwa Latif feat Sleeq feat Syamkamarul
11. Ikut Rentakku = Jaclyn Victor
12. Kau Yang Terindah = Alyah

Nampaknya Hafiz terus bersinar di pentas Juara Lagu saban tahun...cuma tahun ini dia terlepas Vokal Terbaik..

(Kredit Info: SinarHarian, eskrim 20sen, MalaysianDigest)

Semalam pasti ramai yang datang tengok AJL secara live kan..pas tu mesti korang menjerit-jerit 'Hafizzzz...Hafizzz'...hehe..pada yang kuat menjerit tu, apa kata kalau korang jerit lagi kuat di #ROARfortakraw ni..dapat hadiah menarik lagi tau..nak tau apa hadiahnya? terjah lah laman web My Roar for Takraw..