Edisi Blogger: Mei 2014

Sabtu, 31 Mei 2014

The Sex Factor: Rancangan realiti tv terbaru untuk mencari bintang porno

Industri pornografi merupakan salah satu industri paling menguntungkan terutamanya di negara barat sama seperti industri hiburan.

Maka tidak hairanlah jika banyak remaja yang berangan nak jadi bintang porno. Baru-baru ini, satu rancangan realiti tv untuk mencari bintang porno telah dilancarkan. 

Rancangan realiti bertajuk The Sex Factor itu mempunyai konsep yang sama dengan The X Factor iaitu satu rancangan realiti hiburan ciptaan Simon Cowell.

The Sex Factor akan memilih 16 peserta yang akan bersaing sesama sendiri dan dimentorkan dan diadili oleh bintang-bintang porno terkenal seperti  Keiran Lee. Hadiah utama ialah wang tunai berjumlah USD1 juta..
The Sex Factor 
Tapi hadiahnya bukan setakat itu saja, pemenang turut mendapat peluang untuk membuat aksi porno bersama pengacara program iaitu bintang porno seksi, Belle Knox. Seperti X Factor, pemenang akan ditentukan melalui undian penonton.

Lagi Info Menarik:

Jumaat, 30 Mei 2014

Lelaki yang suka tengok porno akan jadi bodoh dan malas

Tengok porno memang sesuatu yang normal...tapi kalau terlampau banyak tengok filem, video atau gambar porno, maka ia akan membuatkan seseorang itu jadi bodoh terutamanya lelaki.
Tengok porno akan jadi malas dan bodoh (Pic by metro Uk)

Menurut kajian yang dilakukan oleh Max Planck Institute for Human Development, lelaki yang terlalu banyak melihat benda-benda berbentuk pornografi akan menyebabkan otak mereka mengecut dan seterusnya menyukarkan mereka untuk mengingat sesuatu.

Selain jadi bodoh, terlalu banyak melihat peralatan pornografi juga akan membuatkan seseorang itu malas.

Kesimpulannya, lelaki yang kurang bijak itu memang suka menonton filem lucah dan pornografi...walaupun bukan semua tapi majoritinya memang begitu..menurut kajian jer lah..

Sumber: Metro UK


Lagi Info Menarik:

Inilah gambar Iqram Dinzly yang membuatkannya dilabel 'gay'

Adakah benar Iqram Dinzly seorang gay?


Baru-baru ini, kecoh dalam sebuah portal hiburan memuat naik gambar seorang pelakon dan pengacara, Iqram Dinzly yang dipercayai memasuki kelab malam dan melakukan hubungan songsang dengan seorang pelajar Malaysia di London.

Salinan whatsapp berbaur lucah bertarikh 26 November 2013 sehingga 20 Disember 2013 dipercayai merupakan perbualan antara Iqram dan ‘pasangan’nya tersebar di internet. Sumber mengatakan Iqram turut menghantar sekeping foto alat sulitnya.




Namun, Iqram mempertahankan perbuatannya itu dengan menyifatkan ia hanyalah satu gurauan bersama rakan biasa. “Dia merupakan teman saya. Pada saya, ia merupakan perkara biasa kerana saya selalu bergurau dengan rakan-rakan lain dan saya sendiri menganggap ia hanya perkara biasa sahaja. Bukan setakat dia, malah saya turut bergurau dengan rakan-rakan lain perkara yang sama juga. Bagi saya, ia tidak menjadi masalah."

Dalam pada itu, Iqram walau bagaimanapun mengaku pergi ke sebuah kelab malam ketika lawatannya ke london November lalu. 

Sumber: Says

Lagi Info Menarik:

Khamis, 29 Mei 2014

Isu DNA babi Cadbury: Umat Islam diseru jangan berlebih lebih

Kuala Lumpur: Umat Islam di negara ini diminta supaya bertenang dan tidak berlebih-lebih dalam isu DNA babi yang dikesan dalam dua produk keluaran Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd, beberapa hari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, umat Islam tidak perlu bimbang terhadap kesucian tubuh badan mereka dan tidak perlu melakukan tindakan seperti menyamak perut, mulut dan menukar darah kerana Islam bukanlah agama yang terlalu regid. 


Menurutnya, Islam adalah agama bersifat 'rahmah' serta mudah dan tidak memberatkan umatnya dalam keadaan yang tidak diketahui atau disedari seperti isu DNA babi yang dikesan dalam produk makanan. 

"Bagaimanapun, pihak bertanggungjawab perlu mengambil tindakan sewajarnya sebagai peringatan kepada pihak berkaitan jika didapati ia dilakukan secara sengaja dan lalai demi kepentingan pengguna.

"Dalam hal ini, saya menasihatkan semua umat Islam supaya bertenang dan tidak bersikap emosional ketika memperkatakan isu ini. Kita juga perlu mengelakkan perkara yang dilarang oleh Islam," katanya dalam satu kenyataan akhbar, di sini, semalam.

Dr Abdul Shukor dalam kenyataan itu turut menegaskan bahawa semua pihak harus memberi kepercayaan kepada pihak berkuasa yang sudah diamanahkan untuk melaksanakan tugas dalam aspek pengesahan halal haram sesuatu produk. - hmetro


Lagi Info Menarik:

Rabu, 28 Mei 2014

Sultan Perak mangkat, PRK Teluk Intan tetap diteruskan

PRK Teluk Intan Mei 2014
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan akan diteruskan mengikut tarikh yang diwartakan iaitu pada 31 Mei ini.

Keputusan itu adalah selaras dengan kehendak undang-undang SPR, kata Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan kemangkatan Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah pada 1.30 tengah hari tadi. 

Almarhum berusia 86 tahun dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok.
Sultan Perak

Abdul Ghani menasihatkan semua yang terlibat dalam PRK Teluk Intan terutamanya parti-parti politik yang bertanding supaya menghormati kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Shah dengan menjaga tutur kata dan tingkah laku semasa berkempen.

“Adalah disarankan semua pihak agar berkempen mengikut kehendak undang-undang, peraturan-peraturan dan tata etika pilihan raya tanpa menimbulkan isu-isu yang sensitif yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak,” katanya. - Bernama 


P/s: Al-Fatihah kepada Almarhum Sultan Azlan Shah

Lagi Info Menarik:

Isu DNA babi Cadbury: Pekerja Cadbury kata produk disabotaj

Ekoran penemuan DNA babi dalam produk Cadbury, kini salah seorang pekerja syarikat itu pula tampil menjelaskan isu tersebut dari pihak mereka. Pekerja itu mengatakan bahawa ada pihak tertentu yang mungkin telah mensabotaj produk Cadbury.

Selasa, 27 Mei 2014

Isu Cadbury: KKM akan periksa SEMUA jenama coklat di negara ini

Ini baru adil dan menyeluruh...tak kan lah Cadbury saja kena buat pemeriksaan, gua ni pun selalu gak makan coklat pelbagai jenama..rasanya pun tak lah banyak beza, banyak orang selalu cakap, bahan untuk produk ni sama jer dengan produk lain, bezanya hanya jenama...jadi memang patut semua jenama coklat kat Malaysia ni kena periksa satu satu..jangan lupa juga periksa coklat untuk buat kuih raya tu..
Dr Subramaniam
Putrajaya: Pemeriksaan terhadap semua jenama coklat di negara ini akan dilakukan Kementerian Kesihatan bagi memastikan produk berkenaan bebas dari sebarang pencemaran DNA babi (porcine) seperti yang dikesan dalam dua coklat keluaran Cadbury.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, tindakan berkenaan diambil bagi memastikan masalah itu tidak membabitkan coklat berjenama lain.

“Jenama lain juga akan diperiksa, bukan hanya Cadbury. Pemeriksaan membabitkan produk coklat pelbagai jenama di pasaran tempatan, setakat ini hanya dua produk Cadbury yang ada DNA babi, manakala coklat susu didapati negatif.

“Ini adalah tanggungjawab kementerian mengikut Akta Makanan 1983 bagi memastikan setiap bahan yang terkandung dalam sesuatu produk makanan dinyatakan dengan jelas pada label produk berkenaan,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.


Selain itu, Dr Subramaniam berkata, siasatan awal kementerian mendapati kehadiran DNA babi dalam dua produk coklat berkenaan mungkin berlaku akibat pencemaran di sepanjang rantaian pembuatan produk berkenaan. - hmetro

Lagi Info Menarik:

Suami buntu, isteri hilang entah kemana

KOTA BHARU - Seorang suami merayu kepada isterinya supaya pulang ke rumah selepas wanita itu yang dipercayai menghilangkan diri sejak awal Mei lalu masih gagal dikesan.
Mohd Ashraf bersama dua anaknya
Isterinya, Che Azifah Che Yaacob, 42, turut membawa anak bongsu mereka yang berusia setahun dan didakwa berada di sekitar Bachok bersama kenalan wanitanya.

Mohd Ashraf Mohd Zain, 29, berkata, tiga hari kemudian isteri menghubungi ibu mertuanya dan memberitahu berada dalam keadaan sihat dan mahu pulang tetapi sehingga ke hari ini masih gagal dikesan.

“Ketika saya hubunginya dia jawab dan kata di Bachok, saya cuba mencari tetapi tidak jumpa kerana kawasannya agak luas, kemudian dia gagal dihubungi,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Ashraf yang juga mengusahakan kedai makan di Lundang berkata, bimbang dengan keadaan tersebut dia membuat laporan polis agar tindakan susulan dapat dilakukan segera.

Tambahnya, walaupun sudah hampir sebulan tidak pulang dia tetap nekad mencari lokasi isteri dan anaknya tinggal.

Katanya, perkembangan terbaru pada 17 Mei lalu ada rakan-rakan memberitahu terserempak isteri bersama seorang wanita di sebuah pasar raya di Kubang Kerian.

“Sejak Februari lalu, dia (isteri) berkelakuan pelik dari banyak cakap jadi pendiam, sering sakit kepala, dan wang yang diberi kepadanya habis tidak tahu dibelanjakan kepada siapa.

“Sudah 10 tahun berkahwin kami tiada masalah keluarga dia juga sering membantu di kedai, saya sudah usahakan dengan pelbagai cara untuk mencari mereka,” katanya.


Kata bapa kepada tiga anak itu, dia percaya isterinya digunakan oleh seseorang demi kepentingan peribadi bagi mendapatkan wang memandangkan isterinya juga seorang peniaga. Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat tentang Che Azifah, boleh menghubungi suaminya di talian 01110691214. - Sinar Harian

Lagi Info Menarik:

Isnin, 26 Mei 2014

Isu Cadbury: Ada 15 lagi produk lain mengandungi DNA khinzir?

Sabtu lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan bahawa dua produk coklat Cadbury iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond mengandungi DNA babi yang dikenali sebagai porcine. 

Ekoran dari hasil kajian oleh KKM itu, Cadbury telah mengambil tindakan drastik dengan menarik bali serta merta dua produk tersebut dari pasaran. 

Namun, ada juga dakwaan dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyatakan bahawa bukan setakat dua produk malah ada 15 lagi produk lain yang mengandungi DNA porcine tapi dirahsiakan oleh KKM. 
Imej via KerabuBersuara

Sejauh manakah kebenaran dakwaan ini? Kita berharap supaya pihak KKM dapat menjawab dakwaan ini demi untuk mengurangkan rasa sangsi masyarakat Malaysia terhadap produk Cadbury.

Lagi Info Menarik:

Isu 'Alien' dalam kotak susu: Akhirnya Dutch Lady beri penjelasan rasmi

Pada 5 Mei lalu, seorang pengguna bernama Nazlinda Mashtuki telah memuatnaik 5 keping gambar susu Dutch Lady yang mengandungi objek 'jijik' macam alien kat dalamnya. Gambar-gambar tersebut telah menjadi viral dan dikongsikan lebih 20000 kali oleh para pengguna Facebook. 
Salah satu gambar yang dikongsikan pengadu di Facebook
Walaupun awalnya, Dutch Lady sudah memberi kenyataan melalui laman facebook mereka namun masih banyak yang mahukan penjelasan lebih jelas kenapa benda itu berlaku dalam kotak susu mereka.

Terkini, Dutch Lady telah memberikan kenyataan rasmi mengenai isu tersebut di laman rasmi Facebook mereka.


(Pics via Says)
Macam-macam produk yang ada kat luar sana..berhati-hati ketika membeli..sila baca label sebelum menggunakannya. Coklat Cadbury pun sama...

Lagi Info Menarik:

Sabtu, 24 Mei 2014

DNA babi dalam coklat Cadbury - Surat Pengesahan dari KKM

Sila baca dengan teliti senarai coklat Cadbury yang mengandungi DNA babi berikut:

i. Coklat Susu dengan kacang Hazel - Cadbury Dairy Milk Hazelnut (batch no. 221013N01RI2)

ii. Coklat susu dengan buah badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond (batch no. 22103N01RI1)

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan bahawa dua produk coklat keluaran Cadbury kat atas ni mengandungi DNA babi yang dikenali sebagai porcine. 

Menurut KKM lagi, pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd sudah pun memberi jaminan akan menarik balik semua produk tersebut dari pasaran dengan serta merta.

Berikut adalah surat rasmi dari KKM yang mengesahkan kewujudan DNA babi dalam produk coklat Cadbury. 

(Kredit Gambar: BanKami)

Lagi Info Menarik:

Tujuan sebenar kenapa panda Fu Wa dan Feng Yi dibawa masuk ke Malaysia

Sejak dua tiga hari ini, memang kecoh pasal panda Fu Wa dan Feng Yi sampai ada yang menjadikannya sebagai bahan berpolitik. Apatah lagi sekarang ni kempen PRK Bukit Gelogor dan PRK Teluk Intan sedang hangat dijalankan.



Kenapa panda Fu Wa dan Fe Yi ini begitu mendapat perhatia ramai? Kalau dilihat di laman sosial, rata-ratanya membidas dan mengkritik kerajaan kerana membazir jutaan ringgit wang rakyat untuk menampung kedatangan panda itu ke Malaysia. 
Panda gergasi Fu Wa dan Feng Yi
Gua pun pada mulanya memang tertanya-tanya kenapa sang panda ini begitu mendapat perhatian dan kenapa Najib sanggup berhabis puluhan juta untuk panda ini? Apakah tujuan sebenar panda Fu Wa dan Feng Yi dibawa masuk ke Malaysia?

Mungkin banyak yang dah tahu dan pasti juga banyak yang tak tahu hal sebenar di sebalik panda ini. Gua harap artikel yang dipetik dari Sinar Harian ini dapat memberi sedikit penjelasan kepada persoalan anda dan saya.
Fu Wa dan Feng Yi dalam sangkar (imej oleh Mccall.com)
Melobi

Justeru menjadi tanggung jawab kerajaan untuk memastikan hubungan baik dengan China berterusan. Panda adalah simbol diplomasi China sejak zaman Dinasti Tang lagi apabila Maharani Wu Zetian (625-705) menghadiahkan haiwan hitam putih itu kepada Maharaja Jepun.

Dan berbanding dengan negara lain yang terpaksa melobi untuk mendapatkan panda, Malaysia sebaliknya ditawarkan oleh Kerajaan China untuk menjaga dua daripada hanya lebih kurang seribu panda yang masih ada di dunia. Ini satu penghormatan!
  
Simbolik pada penghormatan ini adalah keyakinan China kepada negara yang diterima sebagai sahabat untuk menjaga aset dunia yang hampir pupus itu sebagaimana negara berkenaan menjaga hubungan mereka supaya generasi akan datang terus berpeluang hidup bersama panda.
  
Setakat ini, China hanya menghantar panda ke 17 zoo di 12 negara sahaja dan untuk mendapat peluang itu bukan mudah. Kanada menunggu selama 39 tahun sebelum Ershun dan Ji Li dihantar ke Zoo Toronto pada Februari 2012. Zoo Atlanta di AS pula terpaksa melobi selama 12 tahun dengan kos kempen RM16 juta untuk membuka hati pemimpin China membenarkan panda dihantar kepada mereka.
  
Lalu apabila China menawarkan Fu Wa dan Feng Yi kepada Malaysia, apakah tawaran itu patut ditolak sebagaimana pandangan para bijak pandai papan kekunci yang ghairah mengecam kerajaan berhubung isu ini?
  
Jika ditolak, apa pula implikasinya kepada hubungan bilateral yang sudah terjalin selama 40 tahun? Apa pula kesannya kepada ekonomi negara tanpa sumbangan China?
  
Kita juga maklum bahawa hubungan dengan China melalui episod suram sejak dua bulan lalu yang berpunca daripada MH370 dan diberatkan lagi dengan kes penculikan dua warga China di Sabah. Pada masa yang sama, ada desas-desus Kerajaan China hampir membatalkan penghantaran dua panda itu yang sekali gus merisaukan mereka yang memahami justifikasi perjanjian kerjasama konservasi haiwan itu kepada negara.
  
Apa lagi China dalam beberapa tahun akan datang menyediakan peluang pelaburan bernilai lebih RM257 bilion dan ini peluang lumayan untuk Malaysia.  Hubungan diplomatik yang sudah berusia 40 tahun amat perlu dipertahankan.

Justeru perlu difahami bahawa panda bukan semata-mata binatang zoo seperti singa Afrika atau harimau Bengal untuk kerajaan bawa dengan kos yang begitu besar sebagai tontonan. Nilainya jauh lebih mahal berbanding RM25 juta kos untuk membina sangkarnya.
  
China adalah pasaran terbesar dunia yang amat diperlukan untuk kelestarian ekonomi Malaysia. Kerana itu, dalam memahami isu ini, jangan terbawa-bawa dengan emosi konon kitalah orang yang paling ke hadapan dalam menentang pembaziran tanpa memahami apa yang sebenarnya kita tentang!
  
Saya yakin, kalau kerajaan kita semata-mata condong kepada AS, orang yang sama juga akan mengecam. Berpolitik dengan kuasa besar perlu kebijaksanaan. Sekurang-kurangnya apabila kita akrab dengan China, AS akan sedikit berhati-hati dan kita juga akan ada kuasa tawar-menawar. Tetapi untuk menjauh daripada AS begitu sahaja pun tidak boleh juga.
  
Ini kerana, ikut pada adat ekonomi kita tidak boleh hidup tanpa kuasa-kuasa ini. AS adalah negara yang ada peranan dan menguasai ekonomi hampir semua negara di dunia. Sebesar-besar Rusia pun, apabila dikenakan sekatan ekonomi oleh AS, berundur juga tentera mereka dari Ukraine.
  
Jadi sama-samalah kita renung, fahami sedalam mungkin sesuatu makna sebelum kita tentang. Saya bukan penyokong totok mana-mana pemimpin atau parti politik kerana bagi yang mengikuti tulisan saya di Sinar Harian, mereka akan sedar bahawa saya sering juga mengkritik pemimpin kerajaan. 

Sumber: Muhamad Mat Yakim (Sinar Harian)
Sangkar yang membawa Fu Wa dan Feng Yi (imej via MKini)
Dah faham? Panda itu adalah satu simbolik dalam memperkuatkan lagi hubungan dua hala Malaysia-China especially dari segi kerjasama ekonomi dan politik. Panda ini bagaikan satu pelaburan ekonomi buat Malaysia agar dapat menuai hasil berlipat kali ganda pada masa hadapan. Inilah dia salah satu tujuan sebenar kenapa panda Fu Wa dan Feng Yi dibawa masuk ke Malaysia. Kalau korang nak tengok panda ni, boleh pergi ke zoo negara.

Lagi Info Menarik:

Jumaat, 23 Mei 2014

Kenapa Hanez Suraya dan kekasih nak saman MAS pulak?

Artis ni kalau bukan pasal cerita gosip rampas suami orang, mereka juga popular dengan adegan saman menyaman...macam lah korang tak tau..kan kan kan..

Pada 22 Mei 2014, Hanez Suraya dan kekasih telah memfailkan saman terhadap Malaysia Airlines (MAS) kerana memuat naik gambar tiket penerbangan mereka ke laman sosial.
Thumb 9c06
Pelakon kontroversi, Hanez Suraya Abdul Aziz dan kekasihnya, Romie Razin Aidilha Abd Jais memfailkan saman terhadap Malaysia Airlines System (MAS) atas dakwaan mendedahkan tiket penerbangan mereka ke Bangkok, Thailand di laman sosial, April lalu.
Tiket milik Hanez dan pasangannya seperti didakwa

Notis tuntutan saman itu difailkan melalui peguamnya, Harjit Sandhu melalui sistem pemfailan elektronik (e-filing). Hanez dan Romie dalam pernyataan tuntutan mendakwa mereka menggunakan perkhidmatan MAS ke Bangkok dan berlepas daripada pintu G8, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi pesawat MH0788.

Sebelum menaiki pesawat berkenaan, mereka mendakwa menyerahkan tiket penerbangan kepada tiga petugas di pintu tersebut. Selepas beberapa jam mendarat di Bangkok, mereka turut mendakwa telah dimaklumkan keratan tiket penerbangan tersebut telah dimuat naik ke dalam akaun Facebook “Kami Sokong Liyana Manan” dan mendapati lebih 1,000 komen negatif berbaur cemuhan serta cacian.

Mereka mendakwa tindakan defendan mendedahkan tiket penerbangan tersebut ke laman sosial adalah tidak beretika dan melanggar Akta Pelindungan Data Peribadi (APDP) 2010.

Sumber: Says, Rotikaya, Kosmo

Aduhai MAS, ibarat 'sudah jatuh ditimpa tangga lagi'. Dah lah rugi teruk sampai RM433 juta..kakitangan pun banyak yang berhenti secara besar besaran..macam mana nak survive..harap-harap promosi potongan 50% harga tiket penerbangan yang sedang hot sekarang ni boleh cover serba sedikit kerugian tu..

Dengar kata, Syed Mokhtar nak beli MAS...jangan pula jadi macam kes Universiti Al Bukhary yer..

Lagi Info Menarik:






Selasa, 20 Mei 2014

Trailer movie 'The Vanishing Act' - Filem yang berdasarkan kepada kisah MH370

Filem bertajuk 'The Vanishing Act' merupakan sebuah filem yang berdasarkan kepada kisah benar kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airiline ini telah dikritik ramai kerana tidak sensitif dengan kesan insiden tersebut terutamanya kepada ahli keluarga mangsa.

Filem arahan Rupesh Paul dari India ini bakal ditayangkan di festival filem Caines dengan tagline kontroversi, 'The Untold Story of the Missing Malaysian Plane'. Difahamkan bahawa, filem ini dibuat selepas Rupesh menerima panggilan dari seorang journalist dari Malaysia yang mengongsikan beberapa teori kehilangan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk kru pesawat.

Berikut adalah trailer movie The Vanishing Act yang dikecam hebat ini.


Terdapat lagi satu filem yang seakan-akan mencerikatan kisah MH370 bertajuk A Dark Reflection namun menurut sumber Says, penggambaran filem itu telah dimulakan sejak setahun lalu sebelum berlaku insiden kehilangan pesawat MH370.

Lagi Info Menarik:

Isnin, 19 Mei 2014

PRK Teluk Intan - Raja Bomoh in action, halau puaka demi untuk kemenangan BN

Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP datang lagi! Kali ini, beliau berkhidmat untuk menghalau puaka bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional pada pilihan raya kecil di Teluk Intan. 
Raja Bomoh hadir untuk halau puaka di Teluk Intan

Setelah mencetus kontroversi melalui upacara ritual dalam mencari pesawat MH370, Raja Bomoh kini tampil sekali lagi untuk 'Merestui' calon BN di Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong. Raja Bomoh turut mengaku melalui laman Twitter bahawa kedatangan beliau adalah untuk menghalau puaka yang boleh menyebabkan BN kalah. 

Hadir berpakaian kot dan bersongkok, Ibrahim dilihat memerhati perjalanan majlis dari jarak jauh. "Saya boleh buat sesuatu untuk pastikan Mah menang...jika diperlukan. Saya fikir beliau ada peluang untuk menang." "Jika perlu, saya akan membantu apa yang saya boleh untuk kemenangan calon BN," kata Ibrahim sambil memberitahu bahawa beliau sememangnya tidak menerima undangan daripada sesiapa ke majlis berkenaan.

Walaupun pemangku Ketua Gerakan Bahagian Teluk Intan, Choo Weng Kee mengakui pihaknya tidak menjemput Ibrahim, namun foto Raja Bomoh berpelukan mesra dengan Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang telah tersebar secara meluas di laman sosial.
Tan bersama Raja Bomoh

Tan kemudiannya membalas komen terhadap gambar berkenaan dengan berkata: "Tak perlu orang DAP cuba main isu saya ambil gambar dgn Bomoh Melayu. Sesiapa pun boleh ambil gambar dengan saya tak kira kaum, agama dan pekerjaan."

Sumber: Says

Sabtu, 17 Mei 2014

Hargai Ibu anda! Video peringatan kepada semua

Hari Ibu sudah berlalu..tapi ibu tetap ada di sisi kita setiap hari..dekat atau jauh, auranya tetap kita rasai..hargailah ibumukan selagi mereka masih ada...

 WATCH

PUISI : Merindu Bonda

Selepas Isya
Semilir angin menerpa
Hadirkan bayangan Bunda
Bersama rindu padanya

Rindu kini menggelora
Seperti ombak samudra
Bergejolak dalam jiwa
Aku merindu Bunda

Ku tatap potretnya berulang kali
Berharap rindu padanya terobati
Menuntaskan semua rasa dihati

Oh Bunda
Kau Insan mulia
Jasamu takkan pernah mampu ku membalasnya

Oh Bunda
Do’akan anakmu
Kala kita terhalang ruang dan waktu
Lagi Info Menarik:

Jumaat, 16 Mei 2014

Kedapatan melakukan hubungan s3ks di sebelah mesin ATM

Dah tak tahan sampai buat onar di sebelah mesin ATM...dah tak ada kemaluan di depan orang...
seks sebelah atm (Sumber: MetroUK)
Kalau lah mesin ATM tu boleh bercakap...

Lagi Info Menarik:

Gosip panas Shila Amzah dengan bekas angkasawan

Biasalah artis punya statement..mula-mula katanya kawan rapat jer...macam lah korang tak tau kan..dah terang lagi nak bersuluh..ini semua mainan media hiburan jer...kena ada episod, barulah wartawan hiburan ni ada kerja nak buat..kan kan kan..
Shila dan Adam
Awal tahun ini, Shila Amzah memberitahu MD yang dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan mana-mana lelaki. Ertinya, di tahun 2014 penyanyi kesayangan ramai peminat di Malaysia mahupun di China ini mahu bersih dari sebarang gosip cinta. 
Namun baru-baru ini nama Shila hangat diperkatakan ekoran kononnya pelantun 'Masih Aku Cinta' ini sedang bercinta dengan bekas calon angkasawan program AXE-Tronaut 2013 iaitu Adam Tun Tuah. 
Memetik kenyataan di sebuah portal, Shila telah memuat naik sekeping gambarnya bersama seorang lelaki dipercayai Adam dengan wajah pemuda itu ditutup termasuk gambaran kata-kata pada kapsyen kononnya sedang bersahabat dengan individu itu.  Identiti lelaki berkenaan mula tersebar apabila Adam turut memuat naik gambar mereka di laman Instagram miliknya. 
Gaya candid (Sumber: MD)
Adam sebelum ini pernah menjadi lima peserta terbaik program The Malaysian AXE-tronaut yang akan mewakili negara ke Akademi Angkasa AXE Apollo yang berpangkalan di Orlando, Florida, Amerika Syarikat. Bagaimanapun dia tewas kepada peserta wanita, Roshini Muniam dalam misi pencarian bakal angkasawan itu. 
Laporan portal berkenaan juga menyebut, kedua-dua mereka berkawan rapat dan pernah beberapa kali bertemu terutamanya semasa perjumpaan ahli kelab peminat Shila ketika wanita berkenaan pulang ke tanah air dari China. 
Shila sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan aktor Sharnaaz Ahmad sebelum dikaitkan berkawan rapat dengan Johan As'ari. - MD

Anyway, Shila Amzah pun wanita yang mempunyai hati dan perasaan..boleh juga jatuh cinta..dengan siapa? itu hak budi bicara dia nak tentukan..kalau dah jodoh, kita doakan yang terbaik untuk mereka...peace shilalas!

Lagi Info Menarik:

Khamis, 15 Mei 2014

Seram!! Jangan terlalu bergembira, nanti hantu mengamuk

Percaya atau tidak, tempat-tempat penuh misteri seperti Villa Nabila dan Titi Cina memang mempunyai kisah seramnya yang tersendiri dan diperakui oleh penduduk di sekitarnya. Malah ada juga segelintir manusia yang memang ada deria keenam yang boleh melihat, mendengar, dan merasai kewujudan makhluk halus ini. So, salah satu syarat bila berada di sesuatu tempat yang buatkan bulu roma korang terangkat ialah jangan terlalu buat bising dan jangan terlalu bergembira...tak pasal-pasal nanti kena rasuk dan kena tarik kaki masuk dalam sungai..

SEDIM - Kejadian misteri di Arus Deras Sedim berterusan dan terbaru seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) sempat diselamatkan rakan selepas nyaris terjatuh ke jeram itu.
Menurut mangsa, dia sedang merendamkan kakinya di dalam air sehingga terasa sesuatu menariknya ke dalam air di sekitar jeram Titi Cina. 
Kenyataan mangsa tidak dinafikan penduduk tempatan yang menyatakan kawasan itu turut didiami makhluk halus. 
Sinar Harian membuat tinjauan di kawasan jeram Titi Cina kira-kira jam 6 petang dan mengambil gambar di sekitar kawasan dilaporkan meragut tiga nyawa tahun lalu. Bagi pengamal perubatan Melayu, Rosli Ahmad, selain makhluk halus, kawasan arus deras itu juga kemungkinan terdapat penempatan orang bunian. 
"Pernah ada pengunjung dirasuk atau mengalami histeria. Kawasan hutan merupakan tempat bagi kebanyakan makhluk halus ini bersembunyi dan ada antaranya yang berkampung di situ.
"Kita jangan sesekali terlalu bergembira sebaliknya harus sentiasa berjaga-jaga," katanya kepada Sinar Harian. 
Sementara itu, Ketua Penguat kuasa, Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK), Azmi Rejab berkata, kewujudan syaitan, iblis dan jin adalah benar bagaimanapun kita tidak seharusnya mempercayai kemalangan yang berlaku berpunca daripada tindakan mereka. 
"Mereka ini wujud, bagaimanapun kita tidak seharusnya takut kepada mereka kerana kejadian manusia adalah lebih tinggi darjatnya kerana kita diciptakan sebagai khalifah di dunia ini. Apa yang berlaku di Sedim itu hanya kebetulan sahaja dan ia merupakan kecuaian yang dilakukan manusia itu sendiri. 
"Pihak berkuasa mengambil inisiatif maklumkan kepada pengunjung bahawa ada beberapa kawasan di arus deras itu merbahaya bagaimanapun pengunjung enggan mematuhinya sehingga mengakibatkan lemas. Kalau dah ada larangan tidak boleh mandi, jangan mandi," katanya. - Sinarharian

P/s: Kat Sabah, ada satu hantu sungai yang memang sangat terkenal..ada orang yang boleh melihatnya dan ada yang tidak. Menurut orang tua-tua, kalau nampak hantu ni di sungai, jangan sesekali mandi kat sungai tu walaupun airnya tak lah sedalam mana..takut nanti lemas...nama hantu sungai itu ialah 'Tambaig'.

Lagi Info Menarik: