Edisi Blogger: September 2014

Selasa, 30 September 2014

Amaran! Inilah yang berlaku jika anda suka makan rambut

Para doktor terdesak untuk mendiagnos seorang remaja perempuan selepas dia tidak mampu lagi makan atau minum air kerana sakit perut yang amat. Apa yang ditemui oleh para doktor ini sangat menggerunkan.

Mereka menemui satu gumpalan rambut yang sangat besar seberat 9 paun yang menghalang sistem pencernaan dalam perut remaja 18 tahun itu. Jika tidak dikeluarkan serta merta maka remaja itu berkemungkinan besar akan mati.
Rambut seberat 9 paun dalam perut Ayperi (via Metro UK)
Gumpalan rambut itu berlaku kerana remaja bernama Ayperi Alekseeva itu sering mengunyah dan memakan rambutnya setiap hari. Malah dia turut memakan rambut atau benang yang dijumpai di karpet rumah.

Ayperi yang berasal dari Wilayah Batken, Kyrgyzstan, terpaksa dihantar ke hospital besar di ibu negara, Bishkek, untuk dibedah. Para doktor yang merawatnya berkata mereka tidak pernah melihat kes sedemikian.
Doktor mengeluarkan gumpalan rambut dari perut pesakit (via Metro UK)
Pakar bedah yang melakukan pembedahan tersebut, Prof Bahadir Bebezov berkata, "Ibu bapa remaja ini membawanya ke hospital selepas dia mula hilang berat badan dan tak mampu memakan apa-apa. Ketika kami menerimanya, dia malah tidak mampu untuk minum air. Ketika itu kami sedar kami perlu membedahnya serta merta".

Namun demikian, doktor mengatakan bahawa Ayperi secara psikologinya adalah sihat. Cuma tabiatnya yang suka makan rambut sahaja perlu diubah. 

Ayperi pada masa yang sama kini semakin sihat selepas pembedahan itu dan bertekad untuk tidak memakan atau mengunyah rambut lagi.


Gila! Bapa ini tiru aksi biawak dengan menggigit pipi anaknya kerana isteri tak bagi RM200

Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia lewat 20-an kini menjadi buruan polis kerana selepas ‘menggigit’ pipi anak lelakinya hingga cedera parah di rumah mereka di Subang Jaya, di sini, Jumaat lalu selepas isterinya enggan memberi wang dimintanya.
si ibu tunjuk pipi anak yang digigit bapanya (via hmetro)
Perbuatan kejam suspek jam 11 malam menyebabkan kanak-kanak berusia setahun tiga bulan itu menerima sekurang-kurangnya empat jahitan di pipi.

Menurut sumber, sebelum kejadian suspek bertengkar dengan isterinya yang berusia awal 20-an kerana wanita terbabit tidak mahu memberinya RM200 yang dimintanya dipercayai untuk membayar hutang.

“Suspek mengancam akan menggigit anak mereka seperti biawak yang menyerang kanak-kanak perempuan di Pulau Tioman minggu lalu, namun ugutannya itu tidak diendahkan isterinya kerana menyangka suaminya hanya mahu menggertaknya,” kata sumber itu.

Menurut sumber itu, suspek terus mendesak isterinya memberinya wang menyebabkan pasangan itu bertengkar selama lebih 30 minit. - hmetro



Sabtu, 27 September 2014

Panas! Abby Abadi dedah perbualan bekas suami dan rakan yang mengaibkan dirinya

Nampaknya pertelagahan Abby Abadi dengan bekas suaminya memang akan berpanjanganlah jawabnya. Buat yang ketinggalan, pada minggu lalu Abby telah pun membuat laporan polis mengenai Farhan yang didakwa ‘melarikan’ wangnya bernilai puluhan ribu ringgit.
Abby Abadi (via OhBulan)

Bagaimanapun, pagi tadi Farhan memberi kenyataan bahawa dia pernah cuba melangsaikan separuh hutangnya kepada Abby dengan bayaran RM5,000. Namun, Abby menolak dan mahu Farhan menjelaskan semua hutangnya sekaligus. 

Tapi, sekeping foto perbualan Farhan dengan rakannya nyata membuat kami terkesima. Siap ‘bahasakan’ Abby sebagai Abby ‘Ababi’ lagi. Agak biadab juga lah kan?


Ini lagi antara perbualan Farhan & kawan2 dia… Ada yg cakap Sy siarkan sebab nk malukan dia? Sy malukan dia ke atau dia yg cuba nk menjatuhkan maruah Sy sebelum ni?
Cuba baca tengok dia panggil Sy apa……. Nak lawan meh dtg jumpa lahhh.. sembang dalam FB dgn kawan2 je mcmana nk selesainya…..
Sejujurnya, Sy tak pernah dera dia.. tak pernah. Anak3 Sy pun Sy tak pernah dera… Nak dera dia utk apa? Pelik2 je statement Farhan ni tp ada je yg back up…..
Alahai….. Sekali lagi ulang: Sy disini utk jelaskan keadaan…… Sy nkkan hak Sy. Kalau ada jalan utk dptkan bgtahu ye….. Terima Kasih. Yg sudah tu sudah, yg berlalu biar berlalu ye Farhan ye…
Hal rumahtangga Sy takde cerita pun.. Tiada siapa pun tahu apa punca keadaan ni… main2 agak2 sendiri je.. Sekarang Sy cuma nkkan hak Sy…
SILA YE SELESAIKAN SECEPAT MUNGKIN. Diammmm buat bodoh je… Bila siarkan di media, respon pun tunjuk kebodohan juga baik cal/msg Sy terus. Apapun Sy maafkan utk segala tuduhan sebelum ini & tulisan ini.
Bila dah terjadi perkara sebegini, ada juga yang mempersoalkan tindakan mengejut Abby dahulu untuk berkahwin dengan lelaki yang dianggap ‘tidak matang’ seperti Farhan.

Namun, segalanya telah ditentukan oleh Allah SWT dan nampaknya Abby tidak pernah berputus asa untuk mempertahankan haknya.

Mungkin dek kerana alasan itu, Abby juga telah memuat naik sekeping lagi foto komen Farhan yang dilihat sengaja mahu mengaibkan dirinya.
Ini antara print screen yg kawan sekolah Farhan hantar pd Sy ttg respon Farhan bila Sy siarkan di media ttg ‘hal2 yg bertangguh’ tu…. Mmg betullah tu akaun dia.. tp Sy taktahu sbb Sy dah tak ber Fb pun skrg… hanya di page & disini saja…
Sy dah ajak selesaikan cara baik… tp dia mmg lepas tangan mcm tu jer.. Bila media siarkan baru nk beri respon.. itupun bukan nak selesaikan. Burukkan Sy pula.
Mmg tiada ilmu langsung tentang tanggungjawab. Minta tengok cermin selalu ye Farhan & kawan2nya… Sy cuma minta hak Sy….. Sebelum nk keluarkan apa2 kenyataan, fikir dulu…. Kalau mampu nk jawab depan ALLAH nnti, teruskan
Erm..sebenarnya hanya mereka berdua sahaja yang tahu apa yang terjadi dalam sehinggakan Abby dan Farhan kini boleh diumpamakan seperti ‘anjing dan kucing’. Dua-dua tidak mahu mengalah dan saling bercakaran.

Apapun, kita ikuti sahajalah kisha seterusnya daripada mereka berdua. Mana tahu mungkin mereka boleh berbaik dengan cara aman damai pula selepas ini.

Sumber: Instagram Abby Abadi (via OhBulan)

Jumaat, 26 September 2014

Nak kawin? hati-hatilah ketika memilih Mak Andam..nanti ribut jadinya

SEREMBAN – Impian sepasang pengantin baharu untuk meraikan hari bahagia mereka minggu lalu, bertukar pengalaman ngeri apabila mereka ditipu mak andam.

Lebih teruk, pasangan yang hanya mahu dikenali sebagai Zack, 42, dan Nina, 32, terpaksa membeli persalinan lain sebagai ganti disebabkan mak andam dinantikan hanya tiba 15 minit sebelum majlis persandingan bermula.
Pasangan pengantin ini ditipu mak andam (via sinarharian)
Menceritakan kejadian itu, Zack berkata, dia dan isteri membuat keputusan memilih mak andam berkenaan yang ditemui di pameran pengantin di pusat membeli-belah Terminal 2, Februari lalu selepas tertarik dengan pakej perkahwinan ditawarkan.

“Pakej ditawarkan meliputi pelamin, jurugambar, solekan dan lapan persalinan baju dengan hanya RM1,500. Selepas berbincang dengan isteri, kami telah pergi ke kedai mak andam itu di Seremban Jaya beberapa hari kemudian untuk membuat tempahan,” katanya.
Zack menunjukkan gambar baju pengantin yang dipesan (via sinarharian)
Menurutnya, dia membayar deposit sebanyak RM450 pada 10 Februari lalu selepas membuat pilihan pelamin dan pakaian pengantin serta membuat bayaran tambahan RM700 pada 26 Mac lalu.

Namun, kata Zack, dia dan isteri mula berasa tidak sedap hati kerana sukar berurusan dengan wanita terbabit bagi membincangkan persediaan majlis perkahwinan mereka.

“Bila kita telefon mahu tengok baju dan buat fitting, dia beri alasan sibuk dan selalunya gagal untuk dihubungi. Tapi disebabkan kami telah membuat bayaran dan majlis perkahwinan pun tidak lama lagi, saya bersangka baik mungkin dia betul-betul sibuk," katanya.

Bagaimanapun, katanya, perasaannya bertambah tertekan kerana sebaik saja hari dinantikan, pelamin dan pakaian diberikan tidak seperti dipesan.

“Saya pilih pelamin lain, tapi yang dia pasang pada majlis di rumah isteri saya macam pelamin budak tadika buat. Baju pula dia beri bukan yang kami pilih," katanya.

Lebih mengecewakan, katanya, apabila pada majlis bertandang di rumahnya pula, dia dan isteri terpaksa memakai pakaian sendiri kerana wanita terbabit gagal dihubungi.

Zack berkata, suami kepada mak andam itu hanya tiba kira-kira 15 minit sebelum majlis bermula dan memberi alasan isterinya tidak dapat datang kerana terjatuh di dalam tandas.

“Bayangkan, tertekannya kami ketika itu. Tapi mahu buat macam mana, majlis perlu diteruskan kerana tetamu sudah dijemput.


“Mereka berjanji mahu memulangkan semula wang yang dibayar sebanyak RM1,150. Tapi tak tahulah macamana," katanya yang kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, di sini. - Sinarharian

Lagi Info Menarik:-

Bukan Kerajaan Tanggung Rakyat 3 Bulan, Tapi Rakyat Tanggung Menteri 12 Bulan Setahun

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji membidas kenyataan angkuh Timbalan Menteri kewangan Datuk Ahmad Maslan, kononnya kerajaan ‘menanggung’ hidup rakyat selama tiga bulan dalam setahun.
Tengki Zulpuri (via mD)
Ketika berucap sempena Pilihanraya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor di sana semalam, Ahmad Maslan berkata hidup rakyat ditanggung tiga bulan dalam setahun melalui subsidi dan bantuan yang disampaikan kerajaan.

“Campur BR1M, bantuan persekolahan, subsidi minyak, tepung.. tiga bulan kehidupan kita ditaja kerajaan BN dalam setahun. Sembilan bulan sahaja kita cari kehidupan kita dengan kerja yang kita ada,” kata Ahmad Maslan menurut The Malaysian Insider.

Mengulas dakwaan itu, Tengku Zulpuri menyifatkannya sebagai pembohongan memandangkan rakyat adalah penyumbang utama pendapatan negara melalui cukai.

“Setiap tahun, rakyat membayar cukai pendapatan dan pelbagai cukai lain. Malah gaji menteri sendiri dibayar melalui kutipan itu.

“Rakyat yang menanggung (gaji) menteri dua belas bulan, bertahun-tahun lamanya,” katanya ketika dihubungi Roketkini.

Kata Ketua Pembangkang DUN Pahang itu, kenyataan Ahmad Maslan menghina rakyat yang terpaksa bekerja keras bagi menanggung kos sara hidup yang meningkat.

“Ia cukup menghina. Seorang menteri tidak boleh keluarkan kenyataan yang tak cerdik – macam orang tak sekolah.

“Bukankah itu tugas pemimpin – menaikkan taraf hidup dan mengurangkan beban rakyat?” soalnya lagi.

Beliau turut membidas Ahmad Maslan yang tidak berkata apa-apa berhubung subsidi yang diberikan kerajaan kepada syarikat, antaranya kepada kroni penjana tenaga bebas (IPP) berjumlah RM20 bilion setahun, serta terbaru RM6 bilion bagi menyelamatkan Malaysia Airlines System (MAS). - Roketkini

Khamis, 25 September 2014

Lagi Berita Palsu WhatsApp: Kenaikan gaji dan elaun kakitangan awam 2015 adalah TIDAK BENAR

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menafikan sekeras-kerasnya penyebaran maklumat di laman sosial berhubung kenaikan gaji dan elaun yang bakal dinikmati oleh  kakitangan awam adalah tidak benar.

Menerusi kenyataan tersebut, JPA memohon agar semua pihak yang menerima maklumat itu supaya tidak menyebarkannya.

Semalam, tersebar  secara meluas kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kononnya kakitangan awam akan menikmati beberapa pelarasan gaji dan elaun yang berkuat kuasa pada Januari 2015.

Antara kandungan yang tersebar di aplikasi WhatsApp dan media sosial itu adalah kenaikan yang melibatkan kakitangan sokongan sebanyak RM500; pegawai sebanyak RM1000 serta pertambahan elaun risiko sebanyak RM300.
Kandungan lain dalam maklumat tersebut termasuklah kenaikan berkaitan dengan hal-hal kebajikan kakitangan awam yang akan dinaik taraf serta didakwa mengikut pandangan dan diluluskan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan JPA. - mD

ND Lala hentam wartawan dalam sidang media, Shila Amzah sedia dipulau media berbahasa Melayu

Sidang media yang dianjurkan penyanyi Shila Amzah, 24, pada Rabu bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara penyanyi itu dengan pihak media berbahasa Melayu bertukar kepada serangan peribadi kepada segelintir pengamal media.

Bapa penyanyi itu, ND Lala menggunakan peluang tersebut menghentam beberapa wartawan dengan mengulas semula status-status di laman sosial peribadi mereka dan mempersoalkan kewajaran status tersebut dimuat naik.

ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah, 52, berkata, media melayu cuba membuat provokasi dan memainkan sentimen bangsa antara kaum Melayu dan Cina.

Walhal perkara tersebut dicetuskan sendiri oleh anaknya yang dulu dikenali sebagai Shila Tekno itu melalui laman Istagram bertarikh 15 September lalu.
Shila bersama bapanya, ND Lala (via mD)
"Anak saya Shila didakwa mengagungkan media berbahasa Cina dan menyelar tindakan media berbahasa Melayu yang tidak membuat liputan dan menyokong konsert pertamanya. Sebaliknya Shila menyindir media berbahasa Melaysia lebih cenderung membongkar cerita peribadi dan kontroversi mengenainya termasuk isu cinta berbanding liputan berkaitan kerjaya. Fitnah atau fakta? " ujarnya pada sidang media yang diadakan di Mega Music, Cheras.

ND Lala turut mempertikaikan pencapaian wartawan-wartawan tersebut yang kononnya tidak setanding jika dibandingkan dengan apa yang telah dikecapi oleh anak kebanggaannya yang telah mengharumkan nama negara di mata dunia.

Penyanyi Era 90an itu turut berucap mengingatkan kepada tetamu yang hadir yang kebayakkannya terdiri daripada 90 peratus media berbahasa Cina itu beberapa kejayaan Shila yang patut diberi perhatian dan diingati.

Sidang media yang sepatutnya dihadiri oleh wakil-wakil media itu juga dilihat tidak mendapat sambutan media-media utama berbahasa Melayu, sebaliknya dipenuhi oleh segelintir peminat fanatik penyanyi tersebut yang diberi peluang bersama-sama menyaksikan sidang media itu.

Setelah dua jam sidang media berlangsung dengan dikendalikan oleh bapanya, Shila akhirnya muncul pada sesi soal jawab.

Shila yang menafikan tentang konsert tersebut mendapat tajaan daripada sebuah syarikat perjudian menganggap ia sebagai satu fitnah buat dirinya dan keluarganya.

Tambahnya, dia sangat tersinggung dengan laporan sebuah akhbar yang menyebut konsert sulung yang berlangsung pada 13 September lalu itu ditaja oleh syarikat judi.

"Saya sangat tersinggung dengan laporan sebuah akhbar yang mendakwa konsert saya ditaja oleh syarikat judi. Itu betul-betul mencalar reputasi saya sebagai seorang yang berhijab dan pada ayah saya yang sentiasa menyokong budaya dan agama. Saya tak boleh terima langsung perkara tersebut.

"Kalau anda (pihak media berkenaan) tidak boleh menulis sesuatu yang baik tentang saya, lebih baik lah jangan menulis apa-apa. Kalau pun anda tak suka dengan saya, anda boleh cakap terus pada saya tapi jangan kaitkan dengan ibu bapa saya", jelasnya.

Sementara itu, mengenai tindakannya memuat naik semula (re-post) status seorang peminat di Instagram (@shilahamzah_photography) yang mempersoalkan kehadiran media Melayu pada konsert tersebut sehingga tercetusnya kontroversi ini, Shila berkata, dia mempunyai pendapat sama dengan peminat yang tidak dikenali itu.

Dalam pada itu, Shila yang mempertahankan pendirian yang dianggap berada ditempat benar itu mengakui hanya memohon maaf atas dasar dirinya lebih muda daripada pihak yang tersinggung dengan tindakannya itu.

Namun dia menegaskan tidak sesekali memaafkan fitnah yang dilakukan terhadap dia dan keluarga.

Dia juga bersedia jika pihak media benar-benar mahu memulau atau boikot dari diberikan sebarang publisiti di media berbahasa Melayu. - mD

BN jahat, UMNO hanya mahu berkawan ketika lemah - TG Nik Aziz

TUMPAT: Hanya ketika Umno terasa letih dan lemah barulah mereka mahu berkawan dengan parti lain termasuk PAS, namun setelah senang kawan pun akan ditendang keluar.
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, beliau antara pemimpin yang menyatakan persetujuan untuk bersama dengan Umno dalam Barisan Nasional pada 1973 ekoran berlaku darurat 1969.

“Kita pernah makan nasi sedulang dengan Tunku Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin Umno lain ketika itu, namun tahu-tahu selepas itu PAS ditendang keluar daripada BN.

“BN ni memang jahat, waktu mereka letih barulah hendak cari kita dan bila sudah senang mereka tendang kita keluar,” katanya pada ceramah di Kampung Geting.

Hadir sama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Penerangan, Datuk Mahfuz Omar, anggota jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud, anggota parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad dan Adun Gual Periuk, Mohamad Awang.

Ribuan hadir pada ceramah tersebut yang diadakan di belakang Masjid As-Somadi. Ceramah itu merupakan siri akhir ceramah PAS sempena kempen pilihan raya kecil Dun Pengkalan Kubor.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, ketika hendak bersama Umno dalam  BN, PAS menghadapi masalah dalaman sehingga wujud serpihan PAS, Bebas Bersatu.  

Begitu juga kata beliau selepas Umno lemah pada PRU 2008 dan PRU 2013, mereka datang lagi hendak berkawan dengan PAS.

“Tetapi kita kena ingat  Nabi Muhammad SAW mengajar dalam satu lubang janganlah jolok sampai dua kali,” ujarnya.

Beliau juga mempersoalkan tindakan pihak tertentu menyebarkan risalah dengan menggambarkan beliau sedang memegang plastik urin ketika datang berkempen di Pengkalan Kubor.

“Tidak kena apa dengan ambo.. kalau ada yang salah beritahu. Kita kena ingat kita akan mati, dan selepas mati kita akan hidup balik. Perkara seperti ini Umno tidak ajar kepada rakyat. Ianya hanya ada pada politik Islam,” katanya.

Tuan Guru Abdul Hadi pula berkata, pilihan raya diadakan di Pengkalan Kubor esok  bukan perkara suka-suka sebaliknya ada kewajipan bagi memikul amanah yang sangat besar. - Harakah Daily


Jika dalam PAS, Najib pasti tidak boleh jadi calon kerana Rosmah

PENGKALAN KUBOR: Pengarah Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendedahkan bahawa tidak mudah untuk menjadi calon PAS.

Menurutnya, untuk menjadi calon PAS, calon tersebut perlu ditapis serta melepasi lima tahap. “Tahap yang pertama, calon tersebut perlu lulus di peringkat cawangan, seterusnya perlu lulus di peringkat kawasan, kemudiannya di peringkat negeri dan seterusnya di peringkat syura.

“Di peringkat syura pula, ahli Majlis Syura akan meneliti latar belakang calon tersebut, termasuk kehidupannya, latar belakang isteri dan keluarganya. Kesemuanya kita akan lihat,” ujarnya dalam ceramah umum malam tadi.
Jelasnya, calon perlu lulus semua syarat yang ditetapkan baru layak menjadi calon PAS.
Najib dan Rosmah
“Kalau isterinya tidak memakai tudung, kita tidak akan ambil calon tersebut sebagai calon PAS. Kalau isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memang tidak layak menjadi calon PAS,” katanya.

Tambah Tuan Ibrahim lagi, ada yang menyatakan bahawa calon Umno memakai serban dan berjubah lengkap, tetapi beliau telah memilih landasan yang tidak betul.

“Sebab itu kita kena pilih yang betul. Dulu sewaktu PAS memenangi negeri Kelantan, kita ubah semua benda yang tidak betul, kita ubah sistem kewangan Islam dan pelbagai lagi,” katanya.

Jelasnya lagi, Kelantan menjadi pencetus kepada kebanyakkan sistem di Malaysia. Tambahnya lagi, ini merupakan musim Umno memberikan pelbagai kesenangan.

“Ada yang bagi peti sejuk, beras, televisyen, dan pelbagai lagi. Bahkan kalau kita minta sungai pada waktu ini mungkin BN akan bagi.

“Tetapi apabila masuk ke bilik mengundi, hanya Allah yang akan menjadi saksi siapa pilihan kita.” ujarnya, Tuan Ibrahim Tuan Man turut menyelar tindakan pihak lawan yang mempamerkan ‘banner’ yang bersifat provaktif.

“Banyak banner-banner yang mengarut, dan banyak yang ditulis macam-macam dan kita bimbang ia akan menjadi semakin tidak terkawal,” katanya.

Kira-kira lebih 500 orang penonton hadir bagi mendengar ‘taklimat’ akhir pemimpin PAS. Walaubagaimanapun, pemimpin-pemimpin dari PKR dan DAP tidak hadir ke ceramah tersebut. - FMT

Tun Mahathir kata Azmin masih lagi boneka Anwar tapi boleh jadi MB yang baik

Meskipun Mohamed Azmin Ali yang dilantik sebagai menteri besar Selangor dan bukannya Datuk Seri Dr Wan Azizah,  timbalan presiden PKR itu tetap boneka Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Komen Tun Mahathir terhadap perlantikan Azmin Ali sebagai MB Selangor (via TMI)
"Situasi boneka PKR kini sudah berubah. Meskipun ia tidak sedekat dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah namun, kawalan (boneka) tetap berterusan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Asas Kepimpinan CEO 2014, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, Azmin  boleh menjadi menteri besar yang bagus sekiranya tidak mengikut arahan mana-mana pihak lain.

"Beliau (Azmin) boleh jadi menteri besar yang baik sekiranya tidak dengar mana-mana pihak lain," katanya.

Diketahui umum hubungan akrab Dr Mahathir bersama Azmin sebelum Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pada tahun 1998.

Azmin sendiri pernah mengakui perkara ini dan menyatakan hubungan dengan bekas perdana menteri itu seperti anak dan bapa dan dianggap sebagai anak angkat kepada Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Mengulas kemelut menteri besar Selangor Dr Mahathir menafikan Sultan Sharafuddin Idris Shah melangkaui peranannya dalam memilih pengganti kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Pada zaman saya tidak berlaku semua ini, ia hanya pada ketika ini," katanya.

Beliau membandingkan situasi Selangor dengan zaman pemerintahannya dalam pelantikan menteri besar.

"Ketika pentadbiran saya, kita cadangan satu nama yang sudah mendapat majoriti semua pemimpin Barisan Nasional.

"Namun tidak di Selangor, ketiga-tiga parti ini berlainan, mereka sendiri pun tidak pasti calon mana mereka inginkan.

"Yang membuat Sultan kelihatan melangkaui peranannya adalah orang lain," katanya. - TMI

Sukan Asia: Dilarang memakai Tudung, pasukan bola keranjang wanita Qatar tinggalkan gelanggang

Selain isu pengangkutan di Incheon yang teruk, kini isu terbaru pula timbul apabila pasukan bola keranjang wanita Qatar meninggalkan gelanggang kerana dilarang memakai tudung dalam perlawanan pembukaan menentang Mongolia.
Pemain bola keranjang wanita Qatar meninggalkan gelanggang sukan Asia Incheon kerana larangan memakai tudung. (via AFP)
Seperti yang dilaporkan The Malaysian Insider, perkara tersebut jelas mengecewakan ketua komiti sukan wanita Qatar, Ahlam Al Mana. Katanya, "FIBA tidak membenarkan pemain kami bermain sambil memakai tudung, jadi kami terpaksa menarik diri dari perlawanan itu." Katanya lagi, "apa yang berlaku hari ini adalah bertentangan dengan matlamat Komiti Olimpik yang menggalakkan penglibatan pelbagai negara dari pelbagai budaya, dan ini juga bertentangan dengan slogan Sukan Asia di Incheon iaitu "Diversity Shines here".

Al Mana bagaimanapun mengakui dia tahu akan sekatan tersebut namun dia berharap agar Fiba dapat mengubah fikiran. Di Qatar, pemakaian tudung adalah dibenarkan di peringkat kebangsaan.

Dia turut menambah agar mana-mana negara yang terlibat dengan sekatan itu tidak perlu menghadiri sukan Asia di Korea Selatan itu sambil berharap agar FIBA dapat mengubah peraturan mereka dengan segera.

Sehingga kini, tiada maklumbalas yang diperoleh dari Fiba atau OCA. Sukan bola sepak adalah antara sukan yang kini membenarkan pemakaian pelindung kepala yang berkaitan dengan keagamaan selepas FIFA mengubah peraturannya tahun ini. - AFP