Edisi Blogger: September 2015

Jumaat, 18 September 2015

Ramai orang Sabah sakit hati dengan kenyataan Najib ini

Najib ini makin lama makin meluat gua tengok..bagi ucapan pun guna otak udang..tak selidik ayat sebelum berucap..kata-kata yang memang berasal dari hati nurani penuh dengan udang di sebalik batu.

Korang ada tengok tak ucapan Najib ketika Hari Malaysia kat Padang Merdeka Kota Kinabalu hari tu?

Puii..meluat gua tengok..dah lah ayat penuh muslihat..dah tu, merendah-rendahkan orang Sabah pulak. Ada kah patut, dia cakap guru-guru kat Sabah ini kurang berpendidikan? Hello, guru-guru kat Sabah ni pun ramai yang graduate kat Universiti, kat IPG, dan yang lulusan luar negara jugak..sama macam kat Semenanjung..bodoh punya statement Najib..

Ada dua janji utama Najib yang melekat kat telinga gua..pertama, 90% guru mesti terdiri dari orang Sabah, kedua, satu lebuhraya dari Kuching ke Kota Kinabalu bakal dibina dan kontraktor mesti terdiri dari orang Sabah Sarawak..

Kita tengok macam mana statistik janji ini dalam tempoh setahun dua...kalau janji dicapati..maka TUKAR dan UBAH!! lah jadinya.

Tapi kan..sejak bila Najib menepati janjinya? Janji sehidup semati dengan Rosmah, itu gua percaya..Kah kah kah..

P/S: Yang datang kat Padang Merdeka tu, kebanyakkannya adalah pilak dari pulau Gaya..also known as PATI..bagi baju merah free dan duit poket RM50 jer, konfirm akan jadi macai sementara.

Khamis, 17 September 2015

Kos pemprosesan kad pengenalan bakal naik 400%?

Bila gua buka wassap tadi..hampir semua group kongsi info yang hampir sama pasal nak buat IC akan naik harga mula bulan depan..macam biasa lah, post kopi pasta..kononnya cp dari group sebelah..tak tau betul ker tak

"Sory iklan kejap
Friendly reminder: siapa2 yg belum tukar IC yg ada 2 gambar, tukar sblum 1/10. Bayaran proses nak naik RM50 dari RM10.
Ada tampal kat jpn"

Kalau betul la info ini, maka boleh disimpulkan bahawa kos membuat kad pengenalan bakal dinaikkan 400%..fuyoo!! GST pun 6% jer beb..memang cekik darah betul...ini lah hadiah kepada geng baju merah hari tu..ekekek

Tapi kan...ada juga rakan wassap tu balas balik post si kawan tadi..menafikan kebenaran info tersebut..siap dengan keratan akbar sekali..gua harap penafian ini bukan hangat-hangat tahi ayam..ye la, gomen memang selalu nafi sana sini...tapi last last, benda tu berlaku juga.

Alahaii..oh my Malaysia!

Rabu, 16 September 2015

Tujuan sebenar perhimpunan baju merah 16 September

Tujuan himpunan rakyat bersatu yang memakai baju merah pada hari ini 16 September, antaranya ialah sebagai tanda sokongan kepada kerajaan yang sedia ada..selain itu, berikut merupakan tujuan utamanya yang lain

Adakah manifesto baju merah ini menarik minat korang? Only racist and 'blind' people will do..


Merah VS Kuning

Selasa, 15 September 2015

Ada sebab kenapa pelukis ini melukis potret Donald Trump guna darah haid

Mungkin ramai yang kenal dengan ahli politik dan usahawan berjaya dari US INI, Donald Trump. Sebelum ini, populariti Trump melonjak naik ketika mengendalikan program realiti 'The Apprentice' yang cukup mendapat perhatian di kalangan penonton.

Kini, Trump mula berjinak-jinak dalam dunia politik dan sedang berjuang dalam parti Republikan. Trump juga dikatakan bakal bertanding dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat.

Namun, nampaknya Trump perlu bekerja keras untuk memenangi pemilihan tersebut selepas mengeluarkan beberapa kenyataan kontroversi dan menimbulkan ketidakpuasan banyak pihak.

Terbaru, seorang pelukis wanita bernama Sarah Levy telah melakar satu potret Trump dengan menggunakan darah haidnya. Ia dilakukannya sebagai protest terhadap beberapa kenyataan Trump yang bersifat rasis dan sexist.

Antaranya, Trump pernah menggelar migran Mexico yang datang ke Amerika sebagai 'perogol' dan 'penjenayah'. Selain itu, Trump juga pernah mengeluarkan kenyataan berbaur sexist terhadap seorang ahli politik wanita di negara itu.

http://i100.independent.co.uk/article/why-this-artist-painted-a-portrait-of-donald-trump-in-her-menstrual-blood--b1oDesvM8x

P/: Teringat pula gua dengan Bung Moktar Radin, MP Kinabatangan tu..ingat lagi tak dengan kenyataan 'bocor' dia?

Isnin, 14 September 2015

Che Ta tarik diri jadi pengkritik tetap AF2015

Tuudia...Rozita Che Wan dah tinggalkan AF2015 woii..si pengkritik tetap yang gua rasa macam tin kosong jer...

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara Rozita Che Wan, 43, mengesahkan dia enggan meneruskan tugasnya sebagai juri tetap program realiti Akademi Fantasia (AF) 2015 mulai minggu depan selepas diherdik Pengetua AF2015 Edry Abdul Halim yang tidak berpuas hati dengan kritikannya terhadap pelajar AF malam tadi.
Rozita atau Che Ta berkata, keputusan itu diambil serta-merta kerana dia tidak menyenangi sikap tidak profesional Edry yang melenting selepas dia mengkritik persembahan pelajar AF2015 iaitu Sufi.
"Memang betul saya sudah tarik diri daripada AF2015 mulai minggu depan.
"Saya tidak suka bekerja dengan orang yang tidak profesional dan emosional," katanya.
Menurut Rozita, keputusan menarik diri itu dilakukan atas dasar profesionalisme.
"Keputusan saya menyertai AF2015 bukan disebabkan wang atau populariti kerana keluar tv setiap minggu dalam program yang mendapat rating tinggi.
"Saya menarik diri sebab maruah. Saya tidak mahu bekerja dalam persekitaran yang tidak sihat apabila ada individu yang tidak hormat pada saya.
"Saya cuma menjalankan tugas diberikan atas nama profesionalisme. Saya hanya berminat bekerja dengan pihak yang mempunyai tahap profesionalisme seperti saya," katanya.
Sementara itu, Edry berkata, dia bertindak demikian semata-mata untuk mempertahankan pelajarnya daripada kritikan tidak membina.
"Sebagai pengetua saya bersikap profesional dan terbuka untuk menerima kritikan juri tapi juri itu juga perlu beri kritikan yang membantu pelajar memperbaiki kekurangan mereka.
"Sudah tentu saya wajar mempertahankan pelajar saya dengan apa cara sekali pun jika orang mempertikai tanpa penjelasan terperinci aspek yang perlu diperbaiki," katanya. - HMetro

P/s: Aku sokong Edry...ermmm..ada lagi ker yang tengok AF sekarang ni?

Selasa, 8 September 2015

Roberto Esquivel Cabrero, seksa miliki penis terpanjang dan terberat di dunia

Roberto Esquivel Cabrera menjadi bualan hangat selepas kisahnya yang dikatakan memiliki penis terbesar viral di lamatur sosial.

Lelaki berusia 52 tahun ini mendakwa dirinya mempunyai penis terpanjang didunia dengan ukuran 18.9 inci. Roberto yang turut menimbang kemaluannya yang seberat 21 paun itu mahu supaya namanya disenarai dalam buku Rekod Guinness.

Namun demikian, keadaan ini telah menyebabkan kehidupannya seksa secara zahir dan batin. Dia mendapat kesukaran untuk bergerak dan sering gagal dalam percintaan. Sehingga kini, Roberto masih gagal mendapat pasangan hidup.

Walaubagaimanapun, usaha Roberto untuk mencatat rekod Guinness mungkin sia-sia saja apabila doktor yang merawatnya mendakwa bahawa saiz sebenar penisnya hanya sepanjang 6 inci manakala 13 inci lagi merupakan lebihan lapisan kulit di bahagian kemaluannya.

Ahad, 6 September 2015

PTPTN: 600,000 disekat ke luar negara..semak status anda sekarang!

Sekitar 600,000 orang peminjam PTPTN kini disekat untuk ke luar negara ekoran daripada kegagalan membayar semula pinjaman. 

Tindakan ini dilaksanakan hasil daripada kerjasama antara Jabatan Imigresen dan pihak PTPTN. Jika anda adalah bekas peminjam PTPTN dan ingin menyemak status anda, boleh layari http://sspi2.imi.gov.my/default.aspx sekarang.



Petua semulajadi hilangkan bisa lipan

Ini dia petua semulajadi untuk hilangkan bisa lipan. Kalau anda digit atau disengat lipan, boleh lah amalkan petua ini.

Ambil biji asam jawa dan potong dua. Kemudian lekatkan di bahagian tubuh yang disengat tadi. Dalam masa 5 minit, biji asam jawa tersebut akan terjatuh sendirinya menandakan semua bisa lipan telah disedut.

Tips mudah dan murah..tak perlu jumpa doktor pun.

Dulu masa kecik, gua pun selalu kena gigit lipan, gua cuma sapukan limau kasturi untuk meneutralkan bisa lipan tu.

Tapi.....sakitnya bukan kepalang...sampai gua berguling guling kesakitan...adoii

Jumaat, 4 September 2015

Gambar Alvin Tan dengan tatoo kalimah 'Allah' di peha

Gambar Alvin Tan dengan tatoo kalimah 'Allah' di pehanya menimbulkan banyak reaksi kurang senang di kalangan masyarakat Malaysia amnya.

Gambar tersebut dipercayai dimuatnaik olehnya sendiri menerusi page Facebook miliknya dengan kapsyen, " Tak byk org yg tau aku ni sebenarnya bertatu nama Tuhan yg Maha penyayang, Allah SWT, di belakang peha aku... Amin!"


Tindakan Alvin Tan ini dianggap sengaja menghina agama Islam dan mambangkitkan kemarahan orang ramai. Terkini, beberapa laporan polis telah dibuat berikutan gambar yang dimuatnaik tersebut.

Kita tengok la apa tindakan polis lepas ni....jangan lepas tangan, sudah!! 

Doakan si Alvin Tan ni supaya mendapat hidayah...who knows kn..