Boros Di Aralom: Mac 2016

Khamis, 31 Mac 2016

Usahawan lemonade ini baru berusia 11 tahun tapi sudah menjadi jutawan

Budak perempuan berusia 11 tahun ini berkemungkinan besar adalah lebih maju dan lebih kaya raya daripada anda. Langkahnya bermula dari bawah dengan hanya menjual jus lemon di gerai kecil. Namun, berkat kesungguhan, kerja keras dan azam yang tinggi, Mikaila Ulmer kini berjaya menembusi pasaran seluruh negara Amerika apabila sebuah syarikat rantaian Whole Foods bersetuju untuk memasarkan produknya yang bernama 'Bee Sweet' itu di kesemua 55 kedai mereka di US. Dianggarkan bahwa hasil keuntungan dari kerjasama ini adalah bernilai jutaan dolar. Fuyoo!!
Mikaila Ulmer, usahawan jus madu lemon (sumber)
Usahawan cilik ini menggunakan daun pudina, madu dan beberapa bahan lain untuk resipi jus lemon yang dipelajari dari neneknya. Sebahagian daripada keuntungan yang diperolehi akan disumbangkan ke badan-badan kebajikan yang bertangggungjawab dalam memelihara dan memulihara lebah. Wah..budak kecik pun dah boleh fikir sejauh ini yer.

Mikaila senang menggelar dirinya sebagai Bee Embassador atau Duta Lebah. Produknya mula mendapat perhatian ketika dia muncul dalam program Shark Tank terbitan ABC. Mikaila memenangi hadiah berupa tajaan bernilai $60,000 menerusi program ini untuk membantu mengembangkan perniagaannya.

Idea untuk memulakan perniagaan jus lemonade ini timbul ketika Mikaila berusia 4 tahun selepas disengat lebah sebanyak dua kali. Bermula dari detik itulah Mikaila mula menunjukkan minat terhadap lebah, mengapa lebah menyegat dan tertarik dengan fungsi lebah terhadap keseimbangan ekosistem. Katanya, "saya tidak suka disengat lebah. Ianya menakutkan. Tapi sesuatu yang pelik berlaku selepas itu di mana saya menjadi begitu tertarik dengan lebah. Saya belajar apa yang lebah boleh bantu dalam kehidupan saya. Jadi saya berfikir, apa kata saya lakukan pula sesuatu yang boleh membantu lebah-lebah madu ini dengan menggunakan resipi nenek sya?"

Selain daripada kejayaan dalam Shark Tank, Mikaila turut berpeluang berjumpa dengan presiden US, Barrack Obama serta menghidangkan jus lemon buatannya itu. Mikaila turut memenangi beberapa anugerah lain seperti anugerah African American Harvest Foundation Story Changer, hasil daripada kejayaannya itu.
Antar produk Bee Sweet Lemonade milik Mikaila
Apabila ditanya bagaimana Mikaila menyeimbangkan di antara pelajaran dan perniagaannya itu, dia menyatakan bahawa dia akan menjalankan perniagaannya selepas waktu sekolah dan sesudah menyiapkan tugasan sekolahnya selain pada hujung minggu dan ketika musim cuti sekolah. 

Wah...real inspirational story. Baru berumur 11 tahun tapi sudah memiliki perniagaan sebesar ini. One real simple rule in entrepreneur is...you must enjoy and passionate about what you are doing!! Mikaila ada cakap,"There are not too many times I feel stressed"..maksudnya, dia enjoy akan apa yang dia buat dan bukan meletakkan keuntungan sebagai matlamat utama. Bukan duit yang mendorong dia melakukan pernigaan ini tetapi disebabkan dia passionate pada lebah. Berapa banyak antara kita yang memilik passion terhadap sesuatu benda ketika berumur 4 tahun? Ada...tapi tak banyak.

Lagi Info Menarik:

Isnin, 28 Mac 2016

Bumi akan kiamat pada tahun 2023 dan 10 lagi ramalan Pastor Salazar

Bukan sekali tapi sudah berkali-kali kita disajikan dengan berita berunsur ramalan-ramalan yang entah betul entah salah. Mereka kononnya mengaku sebagai nabi yang memiliki keupayaan mistik lagi misteri seperti kemampuan untuk meramal masa depan. Mereka-mereka ini seringkali dibandingkan dengan ahli nujum ternama sepanjang zaman, Nostradamus, malah ada yang lebih dasyat lagi ramalannya.

Terbaru ini, ada seorang pastor yang mengaku dirinya boleh meramal apa yang bakal berlaku dalam masa terdekat. Lelaki bernama Pastor Ricardo Salazar ini malah mengakui dirinya sudah meramal bila hari kiamat akan terjadi. 

Jom kita renungkan 11 peristiwa yang bakal berlaku mengikut ramalan Pastor Salazar ini.

1. Dalam masa terdekat ini, negara-negara Eropah bakal menutup sepenuhnya sempadan negara masing-masing bagi mengelakkan kemasukan para pelarian. 

2. China akan menyerang Jepun pada musim luruh 2016 ini.

3. April 2016. Terdapat satu bintang akan bergemerlapan dengan terang dan akan menjadi semakin terang saban hari. Ketika ini, Rusia akan mengesahkan bahawa satu asteroid akan melanggar bumi.

4. Pada 15 hingga 17 Mei 2016 ini, satu asteroid sebesar 5.6batu akan melanggar bumi. Impaknya menyebabkan gempa di seluruh dunia dan akan berlaku tsunami yang bakal mengorbankan lebih 1.2billion penduduk bumi.

5. Selepas itu, letusan gunung berapi akan menyusul yang mana bakal mengakibatkan kegelapan berpanjangan ekoran daripada asap tebal yang keluar dari gunung berapi. 

6. Pada 16 Jun 2016, Perang Dunia Ketiga bermula apabila Rusia dan China menyerang Amerika yang ketika itu semakin lemah.

7. Pakatan Rusia/China akan menang dalam WWIII ini pada 25 Oktober 2016.

8. Matawang China iaitu Yen bakal menjadi matawang rasmi dunia.

9. Rusia bakal menyerang Israel pada awal tahun 2019.

10. Seorang anti-kristus bakal turun ke bumi dan akan memerintah bumi pada tahun 2020.

11. Tahun 2023. Nabi Isa (Jesus Christ) akan datang ke bumi untuk kali yang kedua untuk penyelamatan.

Wah..memang agak detail juga ramalan oleh Pastor Salazar ini. Boleh bikin meremang bulu roma bagi orang-orang yang mudah percaya. 
Pastor Salazar (sumber)
Namun sejauh manakah Pastor Salazar mampu meramal masa depan dengan betul? Sebenarnya, dia turut meramal beberapa peristiwa yang hampir sama bakal berlaku pada tahun 2015 lalu. Dia ada meramalkan bahawa satu gempa bumi berskala 10.2 akan melanda Jepun dan Amerika Syarikat pada 22 Julai. Kemudian satu meteor akan terjatuh ke bumi dan mengakibatkan kebakaran satu pertiga daripada hutan di bumi. Salazar turut meramalkan bahawa satu asteroid bakal meletup di atas bumi pada 8 Oktober....kini sudah masuk April tahun 2016 namun tiada satupun dari ramalan-ramalan itu yang berlaku setakat ini.

Maka dengan itu..jangan mudah percaya dengan segala macam ramalan-ramalan yang tidak berasas. Sedangkan ramalan cuaca pun selalu tidak tepat, inikan pula ramalan bumi dah nak kiamat. Percayalah, tiada seorang pun yang tahu bila kiamat akan berlaku namun perlu diingatkan juga bahawa kiamat itu pasti.

Ahad, 27 Mac 2016

Kejam! Anjing dirogol dan digantung pada pokok sampai mati

Angkara siapakah ini? Memang kejam betul..nak cakap berperangai macam binatang pun..tak kena juga. Agaknya inilah perangai setan bertopeng manusia yang berperangai lebih kejam dari binatang sampai anjing pun dirogol dan dibunuhnya.

Seekor anjing betina dari baka Pittbull dijumpai mati tergantung pada pokok dalam keadaan yang mengerikan. Kejadian yang berlaku di Washington, USA ini disifatkan sebagai sangat kejam dan tidak berperikebinatangan. Anjing malang tersebut turut diseksa secara seksual sebelum dijerut leher pada pokok dan dibiarkan sehingga mati.
Anjing jenis Pittbul (sumber)
Walau bagaimanapun, dalang di sebalik kejadian ini masih belum ditangkap. Kini pihak berwajib yang terdiri daripada organisasi perlindungan haiwan USA, Humane Society, telah menawarkan wang tunai sejumlah USD5000 kepada sesiapa yang memberikan maklumat untuk membantu menangkap individu yang bertanggungjawab dalam melakukan jenayah kejam tersebut. 

Jumlah tersebut dikatakan dua kali ganda daripada jumlah biasa yang ditawarkan oleh pertubuhan tersebut dan berharap agar peningkatan jumlah itu mampu membantu mereka menangkap penjenayah kejam itu secepat yang boleh.

P/s: Akue memang suka pelihara haiwan..tapi bila terbaca berita macam ni..memang trauma dibuatnya. Kesian anjing tu..makluk ciptaan Tuhan juga tau...

Lagi info menarik:

Jumaat, 25 Mac 2016

Maksud di sebalik bisikan 'Kiss' dari Rosmah kepada Najib

Wah..memang pasangan romantik gitu..romantik ker??? hehe
Pasangan bahagia..Rosmah dan Najib
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah memendekkan ucapannya sewaktu Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-209.

Ia ekoran Najib telah mendapat pesanan dan nasihat daripada isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. “Sebelum saya tampil kehadapan untuk beri ucapan, isteri saya telah bisik kepada saya. Dia kata ‘kiss’. Rupanya, ‘kiss’ maknanya ‘keep it short and sweet’.

“Dan ini saya kira amat bertepatan kerana cuaca terlalu panas dan kita tidak berlaku adil kepada perbarisan kalau berucap terlalu panjang,” ujarnya sewaktu berucap.

Rosmah dipercayai berkata demikian kerana terkesan melihat beberapa anggota perbarisan polis rebah angkara cuaca panas. Difahamkan, seramai 15 orang anggota polis rebah sewaktu perbarisan. Najib sewaktu berucap, turut menyatakan ancaman daripada Islamic State (IS) adalah benar dan bersyukur Malaysia masih selamat.

“Negara kita amat bertuah, walaupun berlaku insiden keganasan di Istanbul, Ankara, Brussels, Paris, Jakarta dan lain-lain.