Boros Di Aralom: September 2016

Khamis, 29 September 2016

Awas! Main Pokemon Go semasa memandu mengundang padah!

Kelmarin, saya memang sangat ghairah menangkap pokemon. Keluar saja dari ofis, saya terus memandu ke 1Borneo demi untuk menangkap sebanyak mungkin pokemon yang boleh. Peluru Pokeball pun dah beratus dikumpul sebagai persediaan...hampir seminggu saya kumpul tauuu!!..biasalah kalau orang yang jaaaaarang keluar ni. Nasib baik ada banyak Pokestop di sepanjang perjalanan pulang dari tempat kerja..so, boleh lah singgah-singgah ambil bola..itu pun kalau ada. huhuhu..
Pokemon Go

Nah...di sini lah satu kejadian yang tidak diingini tersangat hampir berlaku..saya nak cerita ini benda supaya korang yang suka main pokemon go semasa driving tu agar tidak melakukannya lagi..bahaya tauuu..Begini, masa pulang ke rumah kemarin, malaaam sudah..bila saya tengok keadaan lalulintas yang kurang sibuk, maka timbul lah rasa kegatalan tangan ini untuk pegang itu hendpon main pokemon..kunun-kunun mau pok silap ambil bola di setiap pokestop yang ada kat sepanjang jalan. Biasalah kan, banyak round about yang ada pokestop..saya pun malas mau berhenti, jadi pandu slow-slow saja lah sambil silik-silik tu trainer di henfon sama ada sudah dekat dengan tu pokestop kah tidak. Then, once itu pokestop bertukar jadi hollow bulat warna biru, ni jari pun cepat-cepat pi touch tu hollow kan..then bila itu gambar keluar, kita akan trus kasi slide untuk ambil apa isi dia. Kalau dapat bola pokeball, baguslah..tapi kalau setakat tu anggur sama portion, tidak dapat pun tidak apa..haha.

Proses mengambil isi pokestop ini tak lah lama sangat. Mungkin dalam dua tiga empat saat saja. Namun, dua tiga empat saat itu tersangat penting kalau kita sedang driving. Bak kata pepatah, malang tidak berbau...kemalangan boleh berlaku dalam sekelip mata saja. Tapi nasib baik lah saya tidak eksiden semalam. Semasa saya pi kasi pusing tu pokestop, memang saya tidak sedar ada satu kereta hilux pigi overtake dari kiri...masa tu saya nak tukar line pergi lorong perlahan. ya lah...kan nak slow kereta supaya tidak terlimpas itu pokestop...buduh kan!!! Lambat lagi saya tu bagi signal...huhuhu...nah!!! kena hon ba..kotoh..nga..itu hilux mimang gia laju..mungkin dia tidak dapat tunggu sudah saya p line perlahan tu...pecut ja dia overtake dari kiri. Masa dia pecut..masa tu juga saya pusing stereng mau tukar line...nasib baik dia terlampau laju...kalau perlahan sikit, mungkin sudah kami bergandingan...sori palissss!!
Pokestop
Nah kan...kalau fokus pemanduan hilang dalam satu dua saat saja pun...sangat bahaya sudah..so kepada geng-geng pokemon di luar sana, sentiasalah beringat-ingat kalau mau main pokemon go. Jangan main time driving..Main Pokemon Go semasa memandu mengundang padah!! jangan sudah terantuk baru terngadah..bahaya oooo..silap haribulan, kena bagi tiket free lagi dari si abang polis...taaaapi, kalau trafik jem...itu pokemon go mesti kasi on ahh..kasi menetas tu telur kamu..jangan ja kedapatan lah...hehehe

P/s: Peringatan kepada diri sendiri bah ni..

Sabtu, 3 September 2016

Wow!! Pandalela Terima Habuan Bernilai RM1.3 Juta

RATU terjun negara, Pandelela Rinong menerima habuan berjumlah RM1.3 juta daripada pihak swasta dan Kerajaan Sarawak atas‎ pencapaian pingat perak pada Sukan Olimpik Rio 2016, bulan lepas.

Anak kelahiran Sarawak itu dihadiahkan sebuah kondominium berharga RM700,000 oleh sebuah syarikat swasta di samping insentif RM500,000 oleh Kerajaan Sarawak dan RM100,000 daripada sebuah lagi syarikat swasta.
Pandelela dan Jun Hoong menang pingat Perak di Olimpik Rio 2016 (sumber)

Unit kondominium yang dilengkapi perabot itu terletak di Bandar Baharu Batu‎ Kawah di Kuching dihadiahkan oleh Tenaga Stabil Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif, Tenaga Stabil, Hong Boon Swee menyerahkan kunci unit kondominium berkenaan kepada Pandelela sempena majlis sambutan atlet berkenaan di Dewan Suarah Kuching di sini hari ini.

Di samping itu, kawasan kediaman kondominium itu turut dinamakan sebagai Pandelela Rinong's Residence.

Pada Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil, bulan lepas, Pandelela bersama Cheong Jun Hoong merangkul pingat perak dalam acara 10m platform seirama.

Sementara itu, pada majlis sama, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Unggah Embas mengumumkan insentif sebanyak RM500,000 kepada Pandelela daripada kerajaan negeri.

Selain itu, Pusat Akuatik Negeri di Kompleks Sukan Petra Jaya di sini dinamakan sebagai Pusat Akuatik Pandelela Rinong, katanya sambil menyatakan penghargaan atas kejayaan Pandelela mengharumkan nama negara dan negeri Sarawak.

Dalam pada itu, sebuah syarikat tempatan, Techninier Sdn. Bhd turut memberi insentif sebanyak RM100,000 kepada atlet itu.

Pandelela, dalam ucapan ringkas pada majlis itu, berkata beliau amat berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia, khasnya rakyat Sarawak kerana sentiasa mendoakan kejayaan beliau.

Katanya beliau gembira kerana segala pengorbanannya selama ini berbaloi sehingga berjaya membawa balik pingat dari Sukan Olimpik Rio.

Kira-kira 500 orang menyambut ketibaan Pandelela di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan di Dewan Suarah Kuching.

-BERNAMA