Semua orang punya memori atau kisah silam yang tidak dapat dilupakan tak kira ianya pahit atau manis atau asam atau pedas. Salah satu ialah kenangan di sekolah tak kira sekolah rendah atau sekolah menengah atau sekolah persendirian.
Nak tanya, pernahkah kamu menipu guru? Jangan tipu, mesti pernah kan. Terutamanya pasal kenapa tak hadir sekolah. Adalah yang cakap sakit (padahal sihat), atuk meninggal (padahal sudah lama meninggal), balik kampung (padahal kampung sebelah sekolah je), dan macam-macam lagi lah.
Jujurnya, saya sendiri pun pernah menipu semasa cikgu tanya kenapa tak hadir ke sekolah. Tapi kali ini saya bukan menaip pasal tipu helah lapuk yang telah saya buat. Nanti kedapatan (padahal sudah pun kedapatan). Huhu..ini pasal kawan baik saya yang seorang ni. Dia menipu untuk saya walaupun saya tak suruh. Baik sungguh dia kan (padahal bercakap jujur lagi baik). Heee..
Begini ceritanya, dulu masa kami kat sekolah menengah, saya ni kira selalu gak tak gi sekolah. Kemudian pada suatu hari tu, cikgu kelas tanya pada kengkawan kenapa saya tak hadir. Dengan selamba je kawan seorang ni cakap "banjir". Cikgu tu pun percaya juga kononnnya rumah saya kena banjir. Dengan nada simpati cikgu cakap "oh, kesiannya, semalam pun hujan memang lebat kan". Si kawan seorang ni kemerahan muka menahan ketawa termasuklah geng2 yang lain. Bukan apa, yang dia cakap alasan banjir tu kenapa..saya ni tinggal di kawasan bukit. Kat bukit mana ada banjir. Kalau tanah runtuh mungkin boleh diterima alasannya. Nasib baik cikgu tu tak tahu rumah saya kat mana. Selamat sekejap. huhu..Hampir semua kawan dalam kelas pun tahu saya ni tinggal kat mana. Tapi biasalah kan..tolong-tolong cover line. Hah..seronok lah tu sekejap dapat main-main kan cikgu.
Tapi bila dikenang semula memang tak patut dorang dan saya buat macam tu. Kalau kedapatan memang tak baik jadinya. Kena jemur la kitaorang satu kelas. Huhu..atau pun kena suruh naik tiang bendera di masa panas terik oleh cikgu disiplin yang garang..ataupun kena suruh nyanyi lagi "maafkan kami" depan perhimpunan..nak ke?
So, begitulah ceritanya tentang memori lalu yang tidak dapat dilupakan. Teringat zaman bergeng-geng kat sekolah. Kepada korang yang malas datang ke sekolah tu...agak-agak lah sikit kalau nak menipu cikgu. Tak baik tau. Maka rajin-rajin la hadir ke sekolah untuk mengurangkan rasa bersalah supaya tidak didapati bersalah. Kepada cikgu-cikgu, maafkan lah pelajar-pelajar yang kurang ajar walaupun diajar supaya lebih banyak belajar. Peace!
Read more at http://www.nancypoh.com
2 ulasan:
hahaha..kenangan yang sentiasa segar di dalam fikiran kita kan..:)
kenangn mmg sentiasa akan berada dalam kenangan kan...lebih2 zaman sekolah2 dulukan..:)
Catat Ulasan