Boros Di Aralom: 2010

Khamis, 30 Disember 2010

Thanks Just

Agak lama juga saya tak update blog ni..biasa lah kalau liputan 3G kurang. Speed pun macam siput. Tapi kali ni ada semangat sikit nak buat post yang teristimewa kepada sahabat blogger Just..hee..kemarin saya ada terima bungkusan, bapak saya baru je ambik dari pejabat pos, entahlah dah berapa kurun surat2 tu bersemadi..bukannya selalu kena ambil..hehe..ngam ngam kelmarin tamu bah di Tamparuli. Bungkusan dari siapa ya? ohhhh...bila dibuka, ada beg mini yang kiiutt di dalamnya..wahhhh..hadiah krismas ke ni?? pas tu, belek-belek lagi..jakun ba..indak pernah dapat beg dari pos..hehe..tengok-tengok ada kad dari si Just..oh, hadiah BO dari si Just rupanya..kesiokan saya..nasib baik indak sesat ko punya hadiah kan..hehe..membelek je kerja aku selama beberapa minit. Bila tengok kat envelop, rupanya ada pulak singnature si Just..indak nampak ba..dapat tu surat saya terus buka..hehe..anyway, thankss a lot ya Just..kiut betul ko punya beg and gapit..hehe..jadi treasure di bilik saya tu..thankss again..mmuaahh..

p/s: indak dpt upload gambar pulak..huhu..bikin kesiwa betul ni line..

Jumaat, 24 Disember 2010

Last Minutes Gifts

View Image
Damn!!..tomorrow will be the day..but..oh my God, i'm still confuse on what gifts should i buy? Not one but three...how how how? Some say that i should give the gift an attention, be practical, gift a nature gift - i just don't have any idea on this one-, or gifts of knowledge or information? can it be possible? they may appreciate it but can it make them happy??  ouch..confius confius..one more thing, food is always welcome, especially if it is something you know they like, but won't buy for themselves. Special cheeses or chocolates, caviar or champagne or even a gift certificate to a restaurant they may not be able to afford are great gifts. Should i try this?? NO WAY, they care for what they eat..well, you know healthy people..i just don't want to interfere with their diet food..huhu..haha..hehe..hoho..or maybe I just say a simple "Merry Christmas" wish...then i'm done..

Isnin, 20 Disember 2010

RM1000+ untuk 6 hari

Betul la!! aku tak main-main..ni bukan skim cepat kaya atau MLM atau perniagaan internet, tapi itu adalah hasil pendapatan seminggu untuk seorang penoreh getah!!Wah..harga getah dah mencecah RM7.60 per/kg untuk getah kepingan hari ni..harga di Sabah je la..kat Semenanjung lagi mahal..woohooooo..memang berita yang sangat menggembirakan kepada mereka yang bergelar pengusaha kebun getah atau lebih femes dipanggil dengan penoreh getah..tadi baru je jiran-jiran yang kaya getah jual hasil kebun getah mereka..yang sorang jual getah kentalan empat karung besar, tak lah besar sangat, sebesar karung simen tu je, tapi harga memang umphhh!!!..aku melopang mulut je la tengok..bapak aku jual getah kepingan 12 keping je..berat 140kg..tengok harga RM1000+..hasil untuk 6 hari je menoreh..fuh!! kayo sebentar..huhu..dulu, kena sindir dan diejek sebab pekerjaan ni memang jijik, kotor, busuk, dan macam-macam la..tapi sekarang, pegawai yang bergaji ribu-ribu pun sanggup berhenti kerja untuk pergi menoreh..senario ini memang berlaku di kawasan tempat tinggal saya..jika mereka hanya pegawai bawahan yang bergaji sekitar rm1-2 ribu je, mereka akan berhenti..itupun jika mereka mempunyai kebun getah sendiri la..pendapatan penoreh sekarang memang lumayan..TAPI..ada tapinya..korang fikir la sendiri...risiko berada di mana-mana sahaja..musim hujan pulak tu sekarang!! patut lah harga naik mendadak...

p/s: tadi ada lintah melekat kat kaki saya masa pergi kebun..huhu..jijik..

Jumaat, 17 Disember 2010

No Plastic bag kini untuk 3 hari

Kalau dulu, kempen 'No Plastic Day' hanya pada hari Isnin sahaja, kini kempen itu juga akan dilaksanakan pada hari Sabtu dan Selasa. Ia akan mula dilaksanakan pada awal bulan Januari tahun depan. Oleh itu, kalau nak pergi jalan-jalan shoping, kena sediakan bakul. Kalau tidak nanti kena bayar 20 sen untuk satu plastik. Semua benda kena beli sekarang, nak buang air kecil dan besar pun kena bayar 30 sen..aduh..pokai la macam ni.. 

Tapi, untuk menyokong kempen ini maka kenalah sentiasa bersedia dengan bakul sendiri. Kalau nak g shoping sakan, bagus bawa karung beras yang 50kg tu..lagi banyak benda yang boleh diisi.aku kalau karung macam tu hanya untuk bikin isi kantalan ja..haha..kantalan saya baru 1 karung..gobulan ba kan..hehe..anyway, let's support this campaign together..keep our country clean and clear and cool..

Selasa, 14 Disember 2010

Sir Richard Branson Jadi Pramugari Tony Fernandes

Ni mesti korang dah tahu kan..beberapa ketika dahulu, Sir Richard Branson dan Datuk Tony Fernandes ada buat satu pertaruhan mengenai pasukan Formula One yang manakah akan menamatkan pertandingan tahun ini dengan tempat yang lebih baik, adakah pasukan Sir Richard iaitu Virgin Racing atau pasukan Tony Fernandes iaitu Lotus F1? dan keputusan menunjukkan pasukan Lotus F1 memcapai kedudukan yang lebih baik berbanding pasukan SRB itu. Selepas kalah dalam pertaruhan ini, Sir Richard Branson yang terkenal dengan perangai peliknya perlu menjadi attenden di salah sebuah penerbangan Air Asia X milik Tony yang dijadualkan akan berlansung pada 21 February depan. Sir Richard Branson akan memakai pakaian attenden wanita dan perlu menghidangkan makanan dan minuman kepada para penumpang penerbangan dari London ke Kuala Lumpur itu kelak seperti apa yang telah dipertaruhkan. Ini bukanlah kali pertama beliau akan memakai pakaian wanita kerana pada tahun 1996, dia juga pernah memakai pakaian pengantin wanita sempena pelancaran produk-produk Virgin yang dinaunginya. 
Sir Richard Branson to serve as air stewardess after losing bet
Sir Richard Branson ketika berpakaian pengantin wanita
sumber: telegraph

Sabtu, 11 Disember 2010

Mainan Ilusi Sahaja

Cuba anda perhatikan gambar2 di bawah. Permainan ini sesuai untuk menguji tahap ilusi anda. Enjoy!!

Pencils
Berapakah jumlah pensel yang anda nampak pada gambar di atas?


Apakah 1st impression anda pada gambar di atas? adakah imej anak panah berwarna kuning menunjuk ke kiri atau imej anak panah biru menunjuk ke kanan? Tiada jawapan 'tepat' kerana impresi pertama setiap orang adalah berbeza apabila melihat gambar ini.


Cuba lihat gambar ini dari dekat. Apaka perkataan yang anda baca? Kemudian secara perlahan, undurkan diri anda beberapa kaki ke belakang. Kemudian ihat perkataan yang anda nampak. Adakah masih sama?

Seronok bermain ilusi? visit HERE



Jumaat, 10 Disember 2010

Buku Perpustakaan Dipulangkan Selapas 74 Tahun

A 95-year-old American woman has returned a library book 74 years after her husband borrowed it and faced a late return fine of $2,700 (£1,700).
Severson (kanan) dan pustakawan Laura Einstadter 

Fuh, lamanya buku tu dipinjam. Selepas 74 tahun, buku yang dipinjam oleh mendiang Howard pada tahun 1936 di pustakaan Amador County akhirnya telah dikembalikan oleh balunya pada 13 Oktober lalu, Hazel Severson yang berumur 95 tahun. Buku yang bertajuk Seaplane Solo yang mengisahkan tentang pelayaran solo Sir Francis Chischester pada tahun 1930 di Lautan Tasman ini telah dipinjam semasa Howard dan Severson baru sahaja berkhawin. Denda ke atas kelewatan tersebut boleh  mencecah sehingga $2,700. Namun demikian, Puan Severson tidak dikenakan denda dari pihak perpustakaan.

Huhu, jangan pula lepas ni korang pergi pinjam buku kat libry dan sengaja tak mahu pulangkannya. Tak pasal2 pulak nanti baru sebulan tak kembalikan, terus terima surat saman dari Lembaga Perpustakaan Malaysia.

Selasa, 7 Disember 2010

The Best Wipeout Ever

It's been a long time didn't have any chance to watch this AXN programme, Wipeout. Huhu..you know it right, that game show which have Big Ball, Wipeout Zone, Dizziness Spinning and so on. I love that Big Ball. Sooo cute la those contestants when they jump onto it, then 'burssssttss' into the water. Hahaha..just now i watched Wipeout alone at my sis home. Yea, alone..and laughing alone..sound a bit crazy but who cares.

In this wipeout episode, got two contestants that really impressing named Mikey and Ryan Newland. The others are good to see too but this two contestants can be likend as Goliath and David. Mikey the wrestler is Goliath, who got a very big mouth oh..don't like his attitude. You know Triple H or Hulk Hogan, you can imagine how Mikey act like. And for Ryan Newland, he is just a tiny young man but very cute like Tom Cruise. In fact, he is. Mikey and Ryan were competing each other in every single challenge. Mikey won the Wipeout Zone and win $1,000 and Ryan won the Dizziness Spinning while Mikey took 2nd. In the final chellenge, Mikey was soooooo confident that he could win it all but he did a lot of mistakes. Instead, the tiny Ryan skillfully beat Mikey time to won $20,000 to be the Wipeout champion. Really resemble Goliath vs David. Best Wipeout episode ever for me. Don't know about you all la. Sorry, long time no post in broken english but who cares..hehe.

Contest Teka Gambar TAMAT

Wokey, kali ni nak buat entri khas Contest Teka Teki Gambar yang telah dijalankan pada julung-julung kalinya. Contest ini secara rasminya TAMAT pada jam8.00 pagi pada hari ini 7.12.2010 (Selasa). Mari review balik contest ni ya.
-Soalannya-
Apakah ia??
hint* - masa dah tamat!!

Berikut merupakan nama-nama dan jawapan yang telah diberikan mengikut urutan.
1.annie - (takder jawapan)
2. Azuin - jam 
3. Izzamir - loceng 
4. Annieming - alarm clock 
5. Wyne Ren - Ladies PVC 
6. Nana - belt  
7. relevan - kasut  
8. qilarazak - wisel   
9. nadiah - jam randik  
10. blogger - wisel  
11.SyUhAdA - wisel  
12. Pinung - jam randik   
13. Just - jam randik  
14. DeCrewz - jam jangka masa   
15. Ayie McValyth - tali jam tangan   
16. nur - tali pinggang  
17. sumandak kinabalu - jam tangan   
18. Cute Mum - digital clock  
19. diariakuiman - gelang tangan  
20. nurezzat - wisel  
21. emma emon - stopwatch  
22. NurSolehah - wisel 
23. Tok Esah - wisel  

Terima kasih kepada semua yang telah menyokong contest ini. Diharap terus menyokong contest yang seterusnya. Mesti korang nak tahu jawapan mana yang betul kan!! Sila lihat ke bawah ni..

-JAWAPAN-
~WISEL~
 Tahniah kepada pemenang. Walaupun ramai yang menjawab dengan tepat tetapi hanya seorang pemenang sahaja yang akan dipilih iaitu peserta yang menjawab dengan tepat dan terawal. 
Siapa pemenangnya??

Tahniah kepada 
qilarazak
anda merupakan pemenang contest ini dan memenangi hadiah 
TOPUP RM10
Sila berikan emel, no. tel, dan jenis topup pilihan anda (Maxis, Celcom, Hotlink, Digi) ke emel saya nancypoh88@yahoo.com. Sila beri respon dalam masa yang terdekat ya.

Anda berminat nak menang juga?? Sila pergi ke page Contest Teka Gambar. Ada contest baru di sana nanti. Sekian..happy blogging everyone.


Isnin, 6 Disember 2010

Makan Tinapung

Tinapung adalah sejenis kuih dalam kategori kuih tradisonal yang diperbuat daripada ubi kayu dan berintikan kelapa. Bagi masyarakat Kadazan Dusun, kuih ini dipanggil Tinapung tapi bagi masyarakat kaum lain ia mempunyai nama yang berbeza. 
Manurut orang ramai, terdapat satu rahsia yang membolehkan kuih Tinapung itu mempunyai rasa yang sedap iaitu dari cara pembuatannya. Inti kuih ini perlu ditutup dengan ubi kayu secara keseluruhannya tanpa ada lelehan atau bocoran. Saya sendiri juga menyukai tinapung yang intinya ditutup rapat2..memang sedap. 
Selain daripada menggunakan ubi kayu, tinapung juga boleh diperbuat daripada tepung dan pisang lecek. Tapi, saya lebih berselera jika dihidangkan dengan Tinapung yang diperbuat daripada ubi kayu. Terutama ubi kayu yang berwarna kuning. Fuh!! siap tunggu depan belanga lagi tau.



Ahad, 5 Disember 2010

Teramat Rasa Bersalah

Saya memang tak suka perasaan ini..perasan bersalah..disebabkan saya, anak buah saya mungkin tak kan dapat bantuan KWAPM tahun depan..KWAMP ke ape benda tu...arhghh!! mungkin saya terlalu jujur semasa BANCI penduduk lalu? entah lah. Ini semua pasal 'tersalah' beri maklumat mengenai jumlah pendapatan bulanan keluarga. Ayoo..kesian lah anak buah saya. Tahun depan dah nak masuk darjah empat. Nanti melopang je la mulut dia nengok kengkawan lain semuanya dapat KWAPM ni. Saya rasa sangat bersalah. Dulu pembanci datang, saya yang dok layan jawab smua soalan. Saya jawab la ikut apa yang saya tahu kan. Adoiii..bila sampai bab pendapatan bulanan..terjawab pula jumlah yang 'tak sepatutnya'..tak sangka pulak jumlah tu dah melebihi jumlah maxsimum untuk layak mendapat KWAPM..bukannya banyak pun jumlah yg saya letak..tak sampai pun 1k..ini lah sebenarnya budaya mesyarakat kita yang seringkali mahu mengharapkan bantuan dari kerajaan saja. Siapa tak mahu bantuan? saya pun mahu..cuma masa Banci penduduk dulu tu agaknya saya terlalu jujur..rasanya sy 'jujur' pada masa dan keadaan yang salah..bukan saya yang cakap, tapi semua orang di sekeliling saya yang cakap saya salah..sampai lah saya rasa serba salah..macam mana ni..&*^%#$((@*&..bingung..

First Time Guna Cermin Mata

Peningnya...sekarang saya semakin memahami keadaan mereka yang menggunakan cermin mata setiap hari. Mulanya memang ada sedikiat kepayahan untuk menyesuaikan diri tapi kata orang, mula-mula pakai cermin mata memang lain sikit tapi lama-lama akan biasa. Kalau nak pakai contact lense pun lagi payah bagi saya. Kena banyak proses. Cucuk sana cini, cuci sana sini. Payah saya nampak. Tak pe la. Pakai cermin mata dulu barulah berjinak-jinak dengan contect lense. Apa yang penting, kena ikut nasihat pakar supaya kesihatan mata tetap terjaga walaupun sudah rabun. Nanti lagi teruk kalau dibiarkan saja. Anyway, happy Sunday to all bloggers.

Sabtu, 4 Disember 2010

Malaysia Seri Dengan Thailand 0 - 0

Pasukan bola sepak Malaysia sekadar seri dengan Thailand dalam saingan Piala Suzuki (AFF) sebentar tadi. Walaupun mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol namun pasukan negara tidak dapat menghasilkan penyudah yang baik. Pasukan Thailand yang berada di bawah bimbingan bekas pengurus di Liga Perdana Inggeris, Bryan Robson, pula lebih banyak menyerang namun cubaan demi cubaan yang dilakukan gagal disempurnakan. Dengan keputusan ini, Malaysia menghidupkan sedikit peluang mereka untuk layak ke pusingan kedua setelah tewas 1 - 5 kepada pasuakan tuan rumah, Indonesia. Anak-anak buah K. Rajagopal ini akan bertemu dengan pasukan Laos pula pada perlawanan seterusnya. Mereka perlu menang untuk mencerahkan peluang untuk beraksi ke pusingan kedua. Sekian.

Jumaat, 3 Disember 2010

"kingkin" - Alat Tradisional Menghancur Isi kelapa

Adakah anda pernah melihat alat tradisional ini? Sekarang memang sangat susah untuk mencari benda ni tetapi jika pergi ke kampung-kampung pedalaman, memang senang nak cari. Kat rumah aku pun ada. Alat ini dipanggil dengan nama femesnya "kingkin" oleh masyarakat orang Dusun di Sabah. Namun nama sebenar dan bentuk alat ini adalah berbeza mengikut suku kaum. Ia digunakan khas untuk menghancurkan isi kelapa. 


Begini lah cara masyarakat dahulu untuk membuat santan kelapa dan membuat inti kuih. Jika diperhatikan, alat ini memerlukan masa yang lama untuk menghancurkan kelapa. Mungkin mengambil masa sekitar 10 hingga 15 minit untuk sebiji kelapa. Kalau tidak berpengalaman dalam menggunakannya, ia boleh menyebabkan tangan teluka. Oleh itu kena berhati-hati. Namun kini, alat ini sudah pun dipinggirkan kerana mesin yang mempunyai fungsi sama dan lebih pantas serta lebih selamat telah pun dicipta. Jadi, tak perlu lah susah-susah untuk menghancurkan isi kelapa lagi. Walaubagaimanapun, saya akan tetap simpan alat ini sebagai kenangan dan koleksi peribadi untuk tatapan generasi akan datang.

Selasa, 30 November 2010

Dilema Pelajar


Saya percaya bahawa hampir semua daripada kita pernah menjadi pelajar. Tak kira la pelajar sekolah rendah, menengah atau universiti. Banyak daripada kita yang sudah mencapai kejayaan malah banyak yang kecundang di tengah jalan. Puncanya adalah banyak. Kemiskinan, hilang kawalan, pengaruh negatif, impian, malah juga kematian. Bila diingatkan semula, pasti ramai yang tidak dapat mengingati apa yang telah dipelajari. Semasa berada di Tingkatan 1, kita belajar mengenai Sejarah Malaysia, Pendidikan Moral, Bahasa Melayu dan sebagainya. Adakah anda masih ingat? Ya, mungkin, samar-samar, dan mungkin tidak. Satu pertanyaan yang ingin dikongsi bersama di sini ialah adakah kita benar-benar telah belajar? atau sekadar mengepam ilmu ke dalam otak untuk diletupkan dalam peperiksaan?

Saya masih ingat semasa berada di Tahun Enam untuk menghadapi UPSR, Tingkatan Tiga untuk PMR, Tingkatan Lima untuk SPM, Tingkatan Enam untuk STPM, malah sekarang setiap semester di universiti juga mengalami situasi yang sama iaitu " mengepam untuk diletupkan". Maksudnya ilmu yang dikumpul dalam otak itu hanya bersifat sementara sahaja. Lebih kepada penghafalan dan pemahaman jangka pendek. Bila peperiksaan dah tamat, ramai yang merasa beban ilmu dah hilang. Macam-macam perkataan yang kita biasa dengar. "merdeka!!", "Yea, exam dah habis la. Otak dah tak berat lagi", "semua ilmu sudah saya tumpahkan tadi semasa menjawab soalan". Memang tidak dinafikan bahawa kita akan merasa sangat bebas, beban dilepaskan, gembira malah ghairah apabila peperiksaan dah habis. Saya juga mengalaminya.

Tetapi adakah ilmu itu benar-benar dipergunakan oleh kita sebaiknya? sikit-sikit, Ya, tapi kebanyakkannya tidak. Mungkin sebab terlalu banyak ilmu yang perlu dipelajari? mungkin fikiran kita dipaksa untuk belajar ilmu tersebut? dan hal-hal ini yang menyebabkan ilmu itu bersifat sementara sahaja? sendiri mau fikir la. Contohnya, dalam mata pelajaran Pendidikan Moral. Semasa berada di Tingkatan Empat dan Lima, kami dalam satu kelas rata-ratanya boleh menghafal kesemua sub-tajuk beserta dengan definisinya sekali dengan lengkap tanpa ada perkataan yang salah. Apakah definisi bagi sikap bertanggungjawab? definisi hormat-menghormati? bertolak ansur? semua boleh dijawab dengan tepat pada masa itu. Namun sekarang saya sendiri langsung tidak mengingat akan definisinnya. Buat apa nak ingat definisi, hanya mereka yang berjiwa robot saja yang akan mengingat definisi sampai bila-bila. 

Namun kita manusia adalah berjiwa manusia. Kita boleh belajar, boleh menilai dan boleh membuat keputusan. Tidak perlu ingat definisi kerana kita mempunyai definsi kita sendiri yang akan kita lakukan dalam kehidupan seharian kita. Definisi yang diperoleh berdasarkan pengalaman hidup. Itulah ilmu sejati yang akan memandu kehidupan kita kelak. Saya bukan pakar motivasi atau pakar kaunseling, cuma ingin berkongsi bersama tentang perkara ini sebagai renungan. Siapa lah saya untuk berkata-kata sedemikian. Saya hanya boleh meluahkan pandangan sendiri dalam blog kerdil ini. Anda juga mempunyai pandangan sendiri dalam perkara ini. Semuanya terpulang kepada individu itu sendiri akhirnya.

"The aim of education should be to convert the mind into a living fountain, and not a reservoir. That which is filled by merely pumping in, will be emptied by pumping out - John M. Mason"

Payah Guna GPRS

Mesti ada antara kengkawan blogger yang perasan kanapa sejak dua menjak ni saya jarang update blog, jarang blogwalking, jarang mengomen malah jarang balas komen. Bukannya sengaja, cuma terpaksa mengurangkan blogging sebab line sini kurang baik. Sekarang ni saya berada nun jauh di kampung untuk cuti semester selama empat minggu. Lama tu. Untuk pengetahuan, semua line sini hanya ada GPRS je ataupun 2G tahap rendah. Memang sangat rendah. Bila connect internet hanya ada 50kbps - 70kbps je berbanding kat U yang boleh mencecah sehingga 7Mbs, itu pun kalau guna broadband yang paling murah dah. Bila line dah tak kuat, saya pun dah malas nak update blog selalu. Cukup lah setakat satu dua post sehari. Sebab apa, kalau nak buka satu webpage pun sangat payah. Kena tunggu beberapa minit. Pas tu certain webpage tak boleh buka. Email pun tak dapat nak tengok. Kesian betul. Tapi agak bertuah lah sikit sebab Blogger.com ni boleh buka kat sini. Itu pun kena tunggu lima enam minit. Fuh, rasanya kalau korang yang dah hobby berblogging ni, mesti rasa muak juga nak layan line internet yang lambat macam siput kelaparan kan. Satu lagi, saya tak boleh nak upload gambar kat blogger.com. Susah betul lah. Kalau kat dalam post-post saya yang lalu, banyak gambar yang disertakan tapi disebabkan keadaan yang tidak mengizikan ini, maka terpaksalah mengupdate blog tanpa gambar hiasan. Huhu. Bila agaknya pihak yang berkenaan nak upgrade line kat sini kepada 3G ya? Kepada pihak Celcom, Digi, Maxis, dan Hotlink, sila pertimbangkan untuk menaik taraf kemudahan anda di kawasan Jalan Ranau, Tamparuli, Sabah ini. Sekian terima kasih...

Isnin, 29 November 2010

Diari Penoreh yg Jatuh Tergolek

Hari ini saya dah mula pergi hutan..opss..pergi kebun getah dekat kampung la..Bila harga getah melonjak tinggi ni, mula lah orang naik gila nak pergi menoreh sampai pokok getah pun takut nampak si penoreh-penoreh terutamanya penoreh amatur macam aku. Sekarang harga getah kat Sabah adalah sekitar RM6 - RM7 sekilo untuk getah kepingan. Kalau kat Semenanjung harganya lagi mahal sehingga RM10 - RM13. Fuh, kayo penoreh getah ni. Kenapa ya harga getah kat Sabah dan Semenanjung tak sama? tak pe la, itu hak kerajaan untuk menentukan. Okay, berbalik pada cerita hari pertama aku pergi menoreh. Hari ni pergi dengan mak jalan jam5pagi lebih. Pulang jam1 ptg. Tak bawa bekal berat cuma bawa dua bijik kuih 'tinapung'. Sedap kuih ni tau. Nanti saya buat post pasal cara tradisional untuk memasak kuih ni ya. Untuk orang-orang Sabah, kuih ni memang tidak asing lagi la.

Saya ni kira rabun sikit. Hari Sabtu yang lalu baru pergi mintak buat kaca mata sebab degree dah terlalu tinggi. Siapa suruh dibiarkan begitu lama kan, padan muka saya. Then hari ni masa sedang syok-syok merosakkan pokok getah, 'gedebub' badan saya tergolek jatuh ke bawah. Celaka punya tanah!! dah lah licin, curam lagi. Ayoo..memekik-mekik saya memaki hamun tanah itu. Tapi salah siapa? itu kan salah saya juga sebab tak tengok jalan betul-betul. Nasib baik tak der orang lain dengar. Lepas jatuh, tengok seluar dah koyak tergores oleh batu. Tangan pun dah ada tanda dicakar tumbuhan berduri. Aduhhh!! memang sakit tau.

Kalau macam ni la gerangannya nasib si penoreh getah, maka memang mencabarlah pekerjaan berat lagi membebankan ini. Walaupun harga getah mahal, namun risiko si penoreh getah untuk mencari rezeki kat kebun getah juga adalah tinggi. Bukan setakat bahaya licin, malah ada lagi bahaya lain seperti ular, penyengat (ni memang saya selalu kena), dahan pokok yang jatuh dari atas, pisau getah, cuka getah, dan mesin 'gilingan'..huhu..ada kawan saya masa budak-budak dulu, jari dia termasuk dalam gilingan..sampai retak tulang jari. 

Anyway, apapun pekerjaan yang kita lakukan, masing-masing ada risikonya yang tersendiri. Untuk mengelakkan daripada bahaya berlaku, mestilah selalu berhati-hati dan bersedia dalam apa saja keadaan. Kepada penoreh-penoreh getah di luar sana, jangan terlalu obses dengan harga getah yang tinggi sehingga sanggup buat dua trip ke kebun getah yang sama setiap hari. Jika begini la, tak sampai setahun pun, susu getah dah habis. Jadi lah penoreh bijak..hehehe.

Ahad, 28 November 2010

Tips Shopping Kantoi

Jika kita perhatikan, masyarakat sekarang ini memang gemar sangat shopping kan..tengok saja lah berapa banyak shoping kompleks yang dah dibina di seluruh negara..berkembang tumbuh seperti cendawan..macam  la orang-orang kita ni banyak sangat duit nak beli-belah. Sebenarnya, saya ni tak lah suka sangat shopping..apa lagi kalau duit poket dah kering, memang sangat tidak enjoy tuk masuk shoping kompleks. Huh!! Korang tau tak sebenarnya ada beberapa tips kantoi untuk shoping ni yang aku tau dari rakan-rakan dan musuh-musuh..haha..aku bukan malaikat, sebab tu aku ada musuh..gilo ke??

Salah satu tips shoping yang sangat berguna yang telah, sedang, dan akan saya praktikkan ialah "makan free dalam shoping kompleks"..macam mana tu?..hah, sebenarnya, kalau lapar semasa membeli-belah, tak payah pun pergi order kat restoran..pergi je la kat lot-lot kedai yang sedang membuat promosi makanan. Biasanya, masa promosi tu, mereka akan sediakan satu kaunter untuk memcuba produk baru. Macam kat Giant, setiap kali saya pergi, mesti ada kaunter tuk cuba makanan seperti sosej, nuget, kentang goreng, ayam goreng, dan minuman jus. Lengkap dah menu kita. Ala, cuba sampai tiga kali je, mereka takkan marah punya. Tapi jangan la sampai penuh satu plastik siap bawa pulang lagi..nnt jadi popular masuk CCTV pulak..kelmarin masa pergi kat Giant, saya cuma bedal 2 cucuk sosej, 2 cucuk nuget ayam, dan secawan jus mangga je..kenyang juga..lepas tu pindah pulak kat kedai kek sebelah..ambik pencuci mulut yang dihidangkan oleh si promoter yang berdiri depan pintu kedai..lepas tu pura2 cakap "wah sedapnya, nnt saya bawa geng serbu kedai ni ya"..huhu..

Lagi satu, kalau badan tu gatal sangat nak beli baju baru tapi duit tak der, senang saja..pergi la buat window shoping. Lebih enjoy kalau ada kawan-kawan sekali. Bila jumpa baju yang diidamkan itu, pergi la masuk dalam bilik persalinan untuk pakai..then keluar dari bilik buat catwalk sambil suruh kawan tolong ambil gambar..pas tu, cuci gambar besar-besar letak kat bilik tidur, ataupun kat depan pintu bilik. Kalau ada orang tanya mana baju tu, then jawab lah "oh!, baju tu..dah saya dermakan untuk mangsa bencana alam..saya simpan gambar ja untuk kenang-kenangan"..yang penting, elakkan daripada tertangkap gambar tanda harga atau ditangkap oleh si pekerja kedai..hehe..boleh pakai ke tips ni..cuba je la..anyway, enjoy ke tak enjoy untuk shopping tu, bergantung pada orang itu sendiri kan..ada yang suka melepak je kat shoping kompleks, ada yang pergi kBox, main bowling, main snooker dan macam2 lagi sebagai selingan semasa shoping..huhu..Berkesan atau tidak tips ni, korang cuba la sendiri..banyak lagi tips shoping kantoi ni sebenarnya, tapi malas nak tulis panjang-panjang. Lagipun kebanyakkan pembaca tak suka baca yang panjang-panjang kan..peace!!

Sabtu, 27 November 2010

Akan Berehat Blogging Seketika

Sedih tapi harus aku katakan ini. Terpaksa berehat seketika untuk blogging kerana aku balik kampung ku yang sangat kurang line internet. Line 2G pun dah merangkak, ni kan pula line 3G..aku tak nak, tapi apakan daya. Huhu..aku selalu balik kampung juga tapi kali ni balik kat kampung yang satu lagi..yang dah bertahun aku tak pergi. Buat apa kat sana? fuh, banyak benda boleh dibuat, cari duit pun senang. Hah. macam mna kampung terpencil boleh cari duit hah?? banyak caranya tau..1st, menoreh getah..haha..korang tau kalau toreh kat kebun getah sendiri, lumayan tau..2nd, cari TOKEK atau POKOOK..waduhh, ni kalau dapat yang 300gram je, boleh dapat RM180,000 tau..korang tak caye ke? aku pun masih ragu2 lagi..tapi kalau kat kampung aku, dah banyak yang plihara binatang berupa cicak ni..huhu..nnt aku cari la..tp kena hati-hati juga..ciayok ciayok..akan kembali blogging pada setiap hujung minggu je sampai January..huhu..bergantung kepada terma dan syarat..haha..mengarut je aku ni.

Jumaat, 26 November 2010

KFC dan Gigi Palsu

                           
Patinya korang kenal apa itu KFC dan Gigi Palsu. Tak payah lah saya nak hurai kan panjang-panjang kan. Pasti juga ramai yang suka makan KFC and pasti juga banyak yang guna gigi palsu. Apa aku merepek ni? sudah lah..sebenarnya aku baru balik dari shoping gula-gula tadi kat 1Borneo..ada la beberapa keping wang kertas terbang entah kemana..lepas puas jalan-jalan tak tentu pasal, aku dengan kakak aku pergi la makan KFC..laparrrnya..aku order snack plate..terbang Rm10.40sen..duduk, makan dengan lahapnya..ya lah, dah dua minggu lebih tak makan benda tu..hari-hari asyik makan megi cup je, mana tahan..then tengah aku syok ngunyah, tetiba sorang attendant kat restoran tu pergi jumpa dengan supervisor dia..mereka duduk kat sebelah je dengan kami..fuh, dengan suara yang kuat si attendant tadi kata dgn supervisornya
Att: "kak, tadi saya ada nampak gigi palsu  besar dekat sinki tu..hahaha"
Sup: "aik, siapa punya?"
Att: "mana la aku tau..aku tunggu punya tungu, mo lihat siap punya tapi tak der pun orang ambil"
Sup: "jadi, apa ko buat lepas tu?" (supervisor ni pun tersengih-sengih)
Att: "apa lagi, saya buang la.."
Sup: "hah, knapa buang? nnt tu pemilik datang juga tu, knapa tak letak dekat kaunter je?"
Att: "entah la..eh, bukan sy yang jumpa gigi tu pulak..si Ro***..yang jumpa"
Sup: "adei..kau ni kan"..lalu topik tukar lain pulak..
Sup&Att: "bla..bla..bla..bila kawin?...bla bla bla..engkau kan yang bagi tips aku cari jodoh..bla bla bla..aku ni dah tua la, tak der siapa lagi nak kat aku...bla bla bla...kau cakap jangan putus asa..bla bla bla..cuci meja ni...bla bla bla..besok keja jam 9, mcm biasa datang awal 15 minit..bla..bla..bla.."

huhu..kepoh juga aku masa tu ya..bila mereka sebut pasal gigi palsu, rasa kesian and hairan juga aku dengan empunya gigi tu..apasal dia lupa, then kenapa tak sedar yang dia lupa pakai semula gigi palsunya..then, knapa pulak si attendan pegi buang..then knapa cakap dia dah buang tapi bila ditanya, tak nak ngaku pulak..then apasal supervisor dia pun dua kali lima juga..then..apasal aku kesah sangat ni..huhu..bukan nak merungut la..huhu..cuma hairan bin mengarut..korang tau tak, tadi sy nampak si Shah, ala, Presiden Gliteratti Club dari Nuffnang tu..adakah saya silap? entah lah..dia ataupun kembarnya sedang makan KFC kat 1Borneo jugak..dia ke tu?? oh ya..jam8.00 mlm tadi, dia dtg utk Mini Gathering for Sabahan Nuffnanger la..maka semakin yakin lah aku bahawa itu adalah dia..huhu..kalau silap, bukannya korang tau..tuk pengetahuan, saya tak dijemput pun pergi kat Mini Gathering tu..siapa la saya ini..hanya blogger baru yang kering idea, pakai laptop kapcai, pakai broadband Boredband, tak pernah pun cashout Nuff..huhu..kecian..tak pe la..saya tak kecik hati pun..Gud nite..sweet dream..malam ni saya banyak membebel ja..

Mr. Shah..

Friendship Award

Nampak tu..hehe..bagusnya rasa hati ini kalau dapat award..kali ni dapat award persahabatan dari seorang sahabat yang memang seorang sahabat. Terima Kasih Izamir Ridzwan. Awal pagi dah kena bagi award bermakna. So, seperti biasa, kalau kena bagi award ni kena la jawab beberapa soalan cepumas kan..

1. Apa pendapat korang tentang blog Izamir Ridzwan ni ya?
Blog cantik yang mempunyai banyak info berguna. Suka dengan kata-kata hikmahnya "prepare for the best, plan for the worst, and expect to be suprised"..and you know, i am suprised with this award..hee

2. Listkan nama-nama baik sahabat anda:
a) Just

Chewahh..bak kata Izamir, nak tag semmua folower tp masa tu tak mengizinkan..hehe..len kali la yer..gilir-gilir..macam la slalu dpt award..
So, kepada nama-nama bertuah yang kena tag di atas..semoga persahabatan di alam maya akan kekal ke alam realiti..~wink~

Its Holiday..

Yahoo..google..aik!! Gembira berul..sebab hari ni aku dah start cuti panjangggg...4 minggu gitu..wah..syoknya cuti-cuti Malaysia..segala bebanan asignmen, mid term, final exam dah habis..yea. pendek je entri ku ari ni..nak g shoping dulu guna duit PTPTN..huhu..

Khamis, 25 November 2010

SAYA SUKA BLOG AWAK LA !

image

Woit!!..ada lagi segmen baru dari bro Ben. Kali ni bertajuk 'SAYA SUKA BLOG AWAK LA !"..bukan korang tak kenal dengan bro Ben kan..bloger otai pujaan semalaya..Ok, berbalik pada segmen ni, kita kena pilih lima blog yang kita suka lawat dan kenapa kita suka. Jom buat senarai..hee

Saya suka blog ni sebab semua ada dalam satu..all in one katakan..

Blog Izamir ni banyak benda yang sesuai dengan selera saya. Bukan stakat post yang syok malah banyak info berguna yang boleh dipraktikkan. Blog lain pun banyak jugak info, tapi blog Izamir ni lain skit. huhu.

Memang tak kering gusi kalau baca post2 lawak kat sini. Suka dengan lawak-lawak itu. Tak tau la pendapat korang macam mna pulak.

Well, 1st of all, saya tak akan lupa Just kerana dia lah antara blogger pertama yang buat saya bersemangat untuk berblog. Best bila berblog dengan dia.

Ni la blog wajib aku pergi tiap2 hari jika ada peluang untuk online. Sangat suka dengan post2 mr.Eddie yang berkisar tentang cerita-cerita pelik tapi benar. Memang syok!!

Ok, siap dah senari 5 blog tu. Sebenarnya masih banyak lagi blog yang saya suka lawat ni tapi memandangkan cuma 5 sahaja kuota yang diberi maka hanya 5 itu sahaja yang sempat disenaraikan. Kalau bro Ben beri kuota 10 tadi, kan bagus..Sekarang tiba masa untuk mengumumkan dari mana saya dapat tahu pasal segmen ini. Dari mana ya? korang teka la, hehe, dari siapa lagi kalau bukan BEN ASHAARI ..kan kan kan..salah satu blog yang saya suka juga. Kenapa? sebab dia lah blogger otai pertama yang saya kenal. Tips yang diberikannya juga sempoi-sempoi dan tak berbelit-belit. Mudah untuk difahami. So, demikian sahaja la perkongsian saya dalam segmen 'SAYA SUKA BLOG AWAK LA!" yang diperkenalkan olah bro BEN sendiri. Nak ngomel banyak-banyak pun dah tak der idea..huhu..anyway, Happy blogging semua.



Bayi Dilahirkan di Tepi Jalan Raya?

The birth was captured on Google Steet View
Foto yang diambil di Berlin ini menunjukkan seorang wanita terpaksa melahirkan anaknya di tepi jalan raya Bayinya disambut oleh lelaki berbaju hitam itu sambil dibantu oleh seorang wanita lagi yang sedang memegang kepala wanita yang melahirkan anak tersebut. Namun demikian, foto ini yang tersebar luas ke dalam internet ini telah menimbulkan tanggapan lain yang mengatakan bahawa ketiga-tiga individu dalam foto itu sengaja membuat-buat aksi bersalin itu manakala bayi yang dilahirkan juga dianggap sebagai patung dan mereka dikatakan berbuat demikian untuk mencari populariti di internet. Ini kerana kawasan itu berada dalam kawasan yang dilengkapi sistem perakam automatik dari Google. Apakah kebenaran di sebalik foto ini ya?

Rabu, 24 November 2010

BLOGGER IN DA HOUSE : KHAS BUAT BLOGGER BARU

image
Apa kabar bro Ben? huhu..first time sy ikut2 buat entri yg dianjurkan oleh bro Ben ni. Sebenarnya, dah lama sy jadi folower blog dia dan bro Ben sendiri adalah folower ke-4 blog ciput sy ni. Hebat kan dia. blog sy ni baru je setahun jagung umurnya. Masih banyak kelemahan dan kekurangan yang ada. Post pun mende2 yang entah sesuai entah tidak. Apa pun, harap korang suka melawat blog ni bila-bila masa ya. Itu pun kalau korang sudi. Hehe. Anyway, thank kepada yang selalu melawat blog ini dan memberi komen-komen yang bernas lagi munasabah..

Bangau Makan Arnab

Heron Eats Rabbit 01
Bangau bukanlah seekor burung pemangsa mamalia kecil tapi burung ini dikatakan boleh mengadaptasi cara pemakanan baru mengikut persekitarannya dengan mudah. Biasanya Bangau selalu memakan ikan tetapi nampak seperti arnab tersebut kurang bernasib baik kali ini setelah menjadi habuan si burung Bangau.

Heron Eats Rabbit 03
Lihatlah betapa hebat si Bangau melemaskan si Arnab dalam paya itu. Kesian engkau wahai Arnab yang kiut.


Heron Eats Rabbit 04
Kenyang!!

"Alien" Dijumpai

Cow Alien 01
  Ini sebenarnya bukan alien tapi anak lembu yang menyerupai manusia. Anak lembu yang sudah mati ini dijumpai oleh penduduk di kawasan pedalaman Thailand dan dipercayai mati kerana tidak cukup bulan. Penduduk kawasan itu telah melaksanakan ritual pemujaan terhadap "alien" tersebut berdasarkan kepercayaan mereka untuk menyingkirkan kuasa-kuasa jahat dan seterusnya mengharapkan anak lembu tersebut akan mengalami kelahiran semula yang aman.
Cow Alien 02

Cow Alien 05

Selasa, 23 November 2010

Amazing Rocks

Stone Skills 02
This is what we call "art masterpiece". Whoever can do this, he/she is an ordinary person with an extraordinary talent. Bill Dan from San Francisco has been balancing rocks since 1994 and he does have mad skills. It may look easy but once you try it, you’ll find out that a whole lot of concentration, balancing skills and talent is needed to do this kind of feat. Take a look at his work. Amazing right.

Stone Skills 04

Can you do this??
Stone Skills 05
It's like a magnetic rock. But they aren't..


Cara Mendapatkan Buffered Earning Terbaru?

Kenapa saya suka post pasal BE dari Nuffnang ini ya?? Ala..bukan aku sorang ja yang buat macam ni kan. Blogger lain pun slalu gak buat. Reason pertamanya adalah untuk menyokong penaja kita yang setia ini iaitu Nuffnang. Kedua, kalau kering idea, boleh guna ini sebagai posting untuk 'tarik trafik' kan kan kan. Kalau korang selidik, biasanya, orang yang post pasal 'Buffered Earning' atau 'Cash-out Nuffnang' akan dapat trafik yg tinggi. Huhu..bukan nak menunjuk pun. Lagi pula, bukannya banyak pun $$ yg terkumpul dalam BE tu..kalau sy, setakat satu dua ringgit pun dah syukur sangat sangat tau. Siapa juga yg nak beri duit free kat kita ni. Ok lah, berbalik pada rezeki BE terbaru ni pulak, kelmarin ada sy post pasal 'trafik rendah tapi dapat BE' kan kan kan, hari ni cek kat Nuffnang, dapat lagi 3 BE terbaru..rezeki..rezeki..rezeki..Thaks God..thanks to my visitors too..
Before

After

Lepas aku tengok ni, terfikir pulak dengan komen-komen berasas daripada pengomen-pengomen bernas dekat post terdahulu kat bawah ni. Kenapa ya trafik rendah tapi dapat BE jugak? Ini antara jawapan bernas mereka.


Apa pendapat korang pulak ya? Benar kah trafik rendah ini boleh menarik banyak BE dari Nuffnang?
Anyway, thankss again to Nuffnang ya.

Pelancaran Contest Teka Teki

Selamat pagi semua, sihat ker?? Hari ni saya dengan berbesar hati akan melancarkan peraduan baru dan yang julung-julung kalinya diadakan di dalam blog ciput ni. Huhu. Yang menariknya, peraduan ni ada hadiah tau. Tak lah gempak sangat hadiahnya, kalau nak tau lebih lanjut, pergi la tengok sendiri kat page 'Contest Teka-Teki' kat atas tu ya. Terma dan syarat pun sangat mudah. Info selanjutnya, korang boleh rujuk kat page itu. Gerenti!!! soalan sangat mudah..hehe. Bukannya apa, saja nak cuba buat peraduan untuk memeriahkan lagi blog ini. Daripada korang duk baca entri saya yang entah apa-apa tu kan..huhu..boleh juga korang uji minda itu skit. Untuk permulaan ni, saya sediakan satu soalan je la. Siapa cepat, dia dapat..itu pun kalau jawapan dia betul la.haha..tapi janga risau, ada hint yang akan disediakan. Selamat mencuba. Kita enjoy jawab teka-teki ni sama-sama. Opps!! bukan teka-teki, tapi teka gambar la..hee.

Isnin, 22 November 2010

Beli Satu Kereta Dapat Satu Rifle

Poster free offering AK-47 rifle for buying a truck

Sebuah syarikat menjual kereta terpakai di Floroda, US, telah melancarkan satu kaedah promosi jualan yang luar biasa. Mereka akan memberikan satu senjata api AK-47 untuk satu kereta yang terjual. Dalam keadaan ekonomi Amerika yang kurang stabil, kaedah ini telah membantu syarikat tersebut mencapai jualan yang sangat menggalakkan. Jualan mereka meningkat sebanyak dua kali ganda dalam masa seminggu selepas ia dilancarkan. AK-47 rifle ini merupakan antara senjata api yang mempunyai jualan paling tinggi sepanjang masa semenjak penciptaannya. Sejak kaedah promosi ini tersebar luas, ramai yang menyangka bahawa ianya dilakukan di negara-negara yang dicop sebagai negara pengganas seperti Pakistan dan Afghanistan. Bolehkah anda bayangkan apa yang akan berlaku jika cara ini digunakan di Malaysia? "Beli satu Proton Inspira, dapat percuma satu senapang patah"..huh..memang tak boleh la.

Trafik Rendah Tapi Dapat Buffered Earning?


Aku sedikit hairan la. Banyak yang kata, kalau nak BE dari Nuffnang, kena maintain kan trafik yang tinggi ke dalam blog. Memang ada kebenarannya pun tapi lain pulak yang berlaku dengan blog aku ni. Bukan nak menunjuk cuma nak clear kan persoalan dalam fikiran apa sebenarnya faktor utama untuk dapat kan BE ni? Sebenarnya blog aku ni tak lah tinggi sangat trafiknya. Sekitar 20 ke 50 je hit dlm sehari. Saya pun jarang juga update survey dalam Nuffnang tu. Apa yang saya selalu buat hanya tulis sekitar 3 post je sehari. Tu pun kira sikit kalau nak dibandingkan dgn korang kan. Satu lagi, saya dah start bloging ni sejak bulan September 2009. Masa tu cuma update blog setiap minggu satu kali je. Itu pun kalau ada idea bengang. Saya cuma start 'rajin' update blog sejak pertengahan bulan Oktober tahun ni. Baru je kan. lebih kurang baru sebulan la sy ni rajin berblog. Mulanya, sy berblog hanya untuk lepaskan geram, tension, stress, dan sebagainya. Sebab lecturer sy cakap, menulis juga boleh membantu mengurangkan benda2 tu semua. Sy sebenarnya masih mencari identiti sebenar tentang blog ni cuma masih belum jelas lagi. Benda tu biasa berlaku kepada blogger baru macam aku ni. Berbalik pada BE dari Nuffnang tu pulak, kenapa nak bagi BE pada blog yang bertrafik rendah? rezeki saya kan..hehe..hei..sy dah kira sangat bersyukur tau sebab dah diberikan BE cuma keliru sikit. Adakah BE diberikan atas faktor 'selalu update blog' atau atas sebab 'trafik yang tinggi'? Kalau ada siapa-siapa yang baik hati untuk beri pendapat, sila la beri pendapat bernas tentang ni ya. Sebelum tu, sy nak ucapakan berbanyak terima kasih sama Nuffnang sebab sanggup juga berikan BE kat blog ni dan tak lupa juga kepada korang semua yang sanggup melawat blog aku. Thanks.

Ahad, 21 November 2010

Kucing Bermuka Dua

Lil'Bit, the seven-month-old cat with two faces
Kucing bermuka dua ini yang bernama Lil'Bit atau singkatan bagi "A Little bit of Love" pada mulanya disangka oleh doktor bahawa ia tidak akan hidup lama. Namun pemiliknya yang berusia 47 tahun dari Arizona, US, pula berfikiran sebaliknya dan memelihara kucing itu sehingga kini. Menurut doktor, Lil'Bit mempunyai dua mulut, dua hidung, empat mata, dan mungkin juga dua otak. Otak yang satu ini akan tidur manakala yang satu lagi akan bangun dan ini berlaku secara bersilih-ganti

Lelaki 100 tahun nak tanding berdayung?

John Hodgson: 100-year-old to compete in indoor rowing championships
John Hodgson yang merayakan ulang tahun ke-100 awal tahun ini akan menjadi peserta tertua di dalam British Indoor Rowing Championship. Kejohanan indoor rowing terbesar ini mempunyai  sekitar 3000 jumlah peserta dalam kategori berat dan umur yang berbeza-beza. Hanya John seorang yang akan menjadi peserta tunggal dalam kategori  peserta berumur 100 tahun. Namun, John bertekad untuk mencatatkan rekod masa terpantasnya iaitu 10 minit 30 saat di mana masa biasa yang dicatakan oleh kesemua kumpulan dan umur dalam kejohanan itu ialah 5 minit 40 saat. John sebenarnya telah menyertai kejohanan ini sejak dari tahun 2001. John sememangnya seorang yang aktif bersukan dan merupakan bekas askar yang pernah bertempur ketika Perang Dunia Kedua. Walaupun dikhuatiri oleh para doktor namun John tetap bersemangat untuk meneruskan hasratnya untuk bertanding dalam acara tersebut. John berkata "kita perlu bertekad tinggi. Saya selalu memastikan tubuh badan yang fit semenjak berumur 13 tahun dan itu adalah keghairahan saya"  ketika ditemubual. 

Betulkah Anjing Ini Tertekan?

Depressed Dog 01
Adorable sweater wearing pug that looks a bit too depressed as it hangs around outside cafe Trieste in San Francisco
Depressed Dog 02

Depressed Dog 04

Depressed Dog 03
Someone needs to give the little guy some love.

Sabtu, 20 November 2010

Manusia Pokok

Tree Man 04

Dede Koswara (gambar), 37 tahun, seorang lelaki dari Jawa, Indonesia yang juga terkenal dengan panggilan "Tree Man," telah hidup selama bertahun-tahun dengan badannya yang diselaputi kutil yang menyerupai pokok. Anda mungkin telah melihat seorang lelaki muncul sebagai seorang wanita atau menghiasi tubunya dengan tato tetapi tidak untuk seorang lelaki dengan badan kayu! Anda mungkin tidak pernah bermimpi seorang laki-laki dengan tubuh kayu, tetapi dalam kehidupan nyata, Dede Koswara memiliki tubuh kayu yang tinggal bersama kita.

Tree Man 05
Dede telah menjalani sembilan rawatan untuk menyingkirkan ketumbuhan tersebut.

Treeman Getting Better 01
Keadaan Dede sekarang

Jumaat, 19 November 2010

Tandas Kreatif

funny toilets


funny toilets

funny toilets

funny toilets

Pilihan di tangan anda..