10 Sebab kenapa lelaki mahu putuskan hubungan cinta dengan teman wanita | Boros Di Aralom

Sabtu, 18 Julai 2015

10 Sebab kenapa lelaki mahu putuskan hubungan cinta dengan teman wanita

Memang pedih dan kecewa hati bila seseorang itu putus cinta. Sampai ada yang sanggup bunuh diri tak kiralah lelaki atau perempuan. Salah satu pertanyaan yang sering berlegar di minda terutama mereka yang baru sahaja putus cinta ialah 'kenapa?'..kenapa dia tinggalkan aku? Kalau anda seorang wanita yang baru mengalami putus cinta dan nak tahu kenapa anda ditinggalkan kekasih, mungkin ada jawapan kat bawah ini.

Ini dia 10 sebab kenapa lelaki mahu putuskan hubungan cinta dengan teman wanitanya.

1. Si wanita suka membebel. Kalau korang bersikap macam mak korang yang suka membebel tak tentu pasal, maka jangan hairan kalau si lelaki tetiba malas nak berdamping dengan anda. 

2. Si wanita tidak menghargai si lelaki. Wahai wanita, hargailah dan terimalah si dia seadanya. Kalau si dia memberi anda hadiah sebijik gula-gula saja pun, mengucap syukurlah selalu. Lelaki suka pada wanita yang suka menghargai dan tidak terlalu demand.

3. Terlalu emosional. Kalau benda kecik pun nak merajuk, memang kebanyakkan lelaki tak suka layan. Mungkin makin meluat kot.

4. Suka memanipulasi. Nah, ini memang jenis perempuan jalang bertopeng catwoman berlidah ular suka cakap belit-belit. Dengan niat supaya si lelaki ikut cakapnya. Kena beringat, lelaki ini pun ada egonya. Bila mereka dah tak tahan dimanipulasi, maka bye bye la jadinya.
5. Suka bagi alasan. Kalau korang dah janji untuk keluar makan ker..keluar dating hujung minggu ker..tetiba tak jadi pula..bagi banyak alasan pula..memang akan buat si lelaki makan hati. Kalau sekali dua tak per lah..tapi kalau dah berbulan bagi alasan maka itulah tandanya hubungan korang bakal berakhir.

6. Si wanita cuba mengubah si lelaki. Kalau lelaki itu suka pakai fesyen retro sejak dari kecil, tak perlu lah si wanita terhegeh-hegeh nak ubah pasangannya menjadi Justin Bieber pulak. Atau pun kalau si lelaki dah minat dengan Liverpool sejak kecil, tak perlu lah korang paksa dia minat dengan Manchester United yang korang minat tu pulak. Faham tak maksud tersirat ni?

7. Si wanita curang. Benda ni tak perlu dihuraikan panjang lebar. Memang bila pasangan curang, kebanyakkan hubungan percintaan akan hancur dek kerana orang ketiga.

8. Pasangan hilang perasaan sayang. Kebanyakkan lelaki suka pada wanita yang suka merajuk dan cemburu bertempat. Almaklumlah..cemburu tu tandanya sayang. Masa tu lah si lelaki akan pujuk-pujuk senangkan hati teman wanitanya yang sedang pilu...ceewah! Tapi kalau si wanita langsung tak der perasaan cemburu..memang ada something wrong..

9. Suka merendahkan pasangan. "Hey..gaji I RM5000 sebulan..gaji U baru RM2000 sebulan.. siapa menang?"...ermmm...please do not underestimate your parner..wahai wanita. Jangan cuba permainkan ego lelaki. Silap haribulan, si lelaki akan tawar hati dan cari perempuan lain yang lebih sopan santun dan menghormatinya.

10. Si lelaki tak cintakan korang. Mungkin selama ini, lelaki tu hanya menganggap korang sebagai adik atau kawan biasa jer. Cuma korang yang melebih-lebih fikir yang si dia ada perasaan cinta pada korang. Padahal, mungkin sikapnya memang macam tu. Loving and caring to everybody...warak dan hensem pulak tu..wanita mana tak cair.

Selain 10 sebab kenapa lelaki mahu putuskan hubungan cinta ini, satu lagi sebab kenapa lelaki putuskan hubungan cinta dengan korang ialah kerana lelaki itu memang jenis lelaki buaya atau lelaki kaki kikis. Suka yang sedap-sedap jer. Habis madu sepah dibuang. Berhati-hatilah wahai wanita sekalian dengan lelaki macam ni ya. 

Sekian.

Tiada ulasan: