10 Ciri Lelaki Idaman Wanita | Boros Di Aralom

Rabu, 22 Julai 2015

10 Ciri Lelaki Idaman Wanita


Adakah anda memiliki ciri-ciri lelaki yang menjadi idaman para wanita kat luar sana? Selain memiliki wajah yang tampan, wanita juga mengidamkan lelaki yang mempunyai ciri-ciri idaman seperti berikut.

10 Ciri lelaki idaman wanita.

1. Sopan santun. Bercakap dengan sopan dan tidak meninggikan suara sesuka hati terutamanya dengan orang yang lebih tua. Serta menjaga tatasusila bila berada di tempat awam.

2. Berpakaian kemas. Bila lelaki berpakaian kemas, dia akan kelihatan lebih macho dan matang. 

3. Ambil berat. Ramai wanita suka pada lelaki yang mengambil berat tentang orang lain serta menjadi pendengar yang baik. Cuba anda uji si dia dengan mengadu masalah anda samada  ditempat kerja atau lain-lain. Kalau si dia buat tidak endah, tinggalkan dia dan cari lelaki lain

4. Bersikap senonoh. Kita biasa nampak lelaki yang suka sendawa atau kentut tak tentu tempat. Bila si wanita bersama dengan lelaki yang tak tahu bersikap senonoh macam ini, mesti dia akan rasa malu.

5. Mudah minta maaf. Bila dia buat salah, dia akan mengakui kesalahannya dan meminta maaf. Lelaki macam ini memang mudah mendapat tempat di hati para wanita.

6. Tidak merokok. Ramai lelaki yang merasa diri mereka macho dan segak bila memegang rokok di jari. Tapi harus diingat, ramai wanita tidak suka apabila pasangan mereka merokok. 

7. Bijak. Lelaki yang bijak bukan sahaja diukur dari segi pencapaian akademiknya malah juga diukur dari segi bagaimana dia berhadapan dengan masalah hidup. Wanita lebih suka pada lelaki yang sentiasa berfikiran positif dan boleh menyelesaikan masalah dengan baik. Termasuklah cepat memahami kehendak hati wanita.

8.  Penyanyang. Sentiasa mengambil berat tentang pasangannya. Bukan sahaja terhadap pasangan malah juga terhadap orang lain dan binatang. Kalau si lelaki memiliki haiwan peliharaan, dia akan kelihatan lebih comel.

9. Berkerjaya dan berwawasan. Jika anda seorang lelaki yang memiliki kerjaya sendiri, memang mudah nak cari pasangan. Sebab, ramai wanita akan memilih lelaki yang stabil dari segi kewangan untuk dijadikan teman hidup. 

10. Beriman. Tidak suka hidup berfoya-foya malah patuh terhadap suruhan agama. Lelaki macam ini memang top di hati para wanita soleh.

Demikianlah ciri-ciri lelaki idaman wanita. Semoga tips ini dapat membantu anda menjadi lelaki sejati idaman para wanita kat luar sana.

Tiada ulasan: