Salam pembaca...kali ini saya nak berkongsi satu ilmu dan dorongan buat kita semua yang ingin belajar dan ingin tahu bagaimana menambah pendapatan pasif secara online tanpa mengeluarkan sebarang modal dalam bentuk wang ringgit. Modal yang kita perlu keluarkan cuma ilmu, masa, dan ketekunan.
Salah satu cara paling mudah buat duit secara online ialah blogging. Tak caye? tanyalah sifu Hasrul Hassan. Kerja kita hanya menulis di alam maya saja. Kalau malas menulis, majoritinya hanya akan kopi pasta entri orang lain. Paling senang, kopi pasta sumber berita harian jer. Dah boleh buat duit...senang kan!! Tapi persoalannya, di manakah originalitinya? Lu pikiq la sendiri.
Wokay, hari ni saya agak pening-pening lalat sedikit sebab penat dengan tugas harian kat tempat kerja. Biasalah, korang bukannya tak faham..sekarang ni ramai rakyat Malaysia yang buat dua kerja untuk menampung hidup..kan kan kan..tapi siriyes, saya surender mengaku kalah dengan Ahmad Maslan yang boleh buat tiga kerja sekaligus tu..kikikiki..jadi, hari ini hanya dapat kongsi entri pasang siap tapi original. Hari ni nak kongsi salah satu cara bagaimana saya menjana pendapatan pasif dari blog ini ~ walaupun tak lah seabnyak mana pun.
Salah satu cara saya menjana pendapatan sampingan dari blog ialah melalui iklan PopAds. Sebelum tu, saya mintak maaf lah dari hujung kaki sampai hujung rambut kalau ada yang terganggu dengan iklan-iklan di blog yang ciput ini. Memang dah tak dapat elak..sejak ada GST, blog ni pun terpaksa mencari iktiar untuk survive..so, faham-faham jerlah ya..saya pun dah berusaha untuk meminimakan seminima yang mungkin untuk mengurangkan iklan dalam blog supaya tidak mengganggu pembacaan para pembaca.
PopAds ini saya dah guna dah bertahun lamanya dan jumlah pendapatan dari iklan Popads ini pun agak okay juga lebih-lebih lagi untuk blog kurang trafik macam blog saya ni. Pembaca yang datang mungkin sekitar 10 hingga 20 jer sehari..itu pun kalau sampai lah..kekekeke. Saya sengaja letak PopAds sebab inilah portal pengiklanan internasional yang paling mudah nak apply, cepat cashout, dan bayar kita dalam matawang USD. Yang penting anda kena ada akaun Paypal. Pasal cashout, memang super cepat. Hari ni cashout, within 24 hours dah masuk akaun Paypal kita.
So, setakat ni dah berapa banyak pendapatan terkumpul dari iklan PopAds ni? Hah...korang nak tau jugak ker? Errr..tak payah lah..saya malu..huhuhu..
Bertahun saya kumpul tau...kalau convert pergi RM..dah boleh ganti BRIM untuk individu bujang juga. Lebih-lebih lagi sekarang ni matawang RM dah jatuh melebihi 4 pointer. So, ada baiknya juga guna portal pengiklanan yang bayar kita dalam matawang USD ni..kan kan kan. So, kalau korang berminat nak tambah pendapatan di blog sedia ada, boleh lah daftar dengan PopAds.
Ini baru salah satu jer dari sumber pendapatan blog. Ada lagi sumber-sumber lain seperti 8Shares, Nuffnang dan Churp-Churp. Tapi untuk entri kali ini, saya hanya fokus pada PopAds saja. Korang pun tak suka baca banyak benda sekaligus kan..
Ok lah...mata saya dah mengantuk..sekian untuk perkongsian..saya nak tidur awal sebab besok kena buat kerja yang satu lagi..huhu. k baii. Baca lagi Bukti Cashout iklan PopAds
Lagi Info Menarik:
> Nasi sudah menjadi bubur..menyesalnya tak ambil sarapan pagi!!
> Antara sebab kenapa saya geram dengan makcik makcik kat mana-mana majlis kenduri
> Foto sebelum dan selepas artis Hollywood yang sangat mengejutkan
> Rahsia unik bagaimana orang cina kekal sihat walaupun umur dah lanjut
Ok lah...mata saya dah mengantuk..sekian untuk perkongsian..saya nak tidur awal sebab besok kena buat kerja yang satu lagi..huhu. k baii. Baca lagi Bukti Cashout iklan PopAds
Lagi Info Menarik:
> Nasi sudah menjadi bubur..menyesalnya tak ambil sarapan pagi!!
> Antara sebab kenapa saya geram dengan makcik makcik kat mana-mana majlis kenduri
> Foto sebelum dan selepas artis Hollywood yang sangat mengejutkan
> Rahsia unik bagaimana orang cina kekal sihat walaupun umur dah lanjut
Tiada ulasan:
Catat Ulasan