Boros Di Aralom: Edisi Blogging
Memaparkan catatan dengan label Edisi Blogging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Edisi Blogging. Papar semua catatan

Sabtu, 1 Oktober 2016

Luahan pilu seorang blogger picisan

Dulu....sy suka betul menulis di blog..masa tu zaman2 kolej lah. Sehari boleh update dua tiga entries...rajin pulak tu p promote d fb, pinglers..dan p komen blog orang...dsb

Sekarang...huhuhuhu...sebulan belum tentu boleh update.

Dulu....blog boleh bagi side income..dari Nuffnang..Churp2..8shares..advertlet..Jomniaga..tiap dua tiga bulan, mesti terima cek..

Sekarang...huhuhuhu..jangan bilang cek..mau dapat RM1 dari blog pun susah..

Hmmm...kesian. Undilah lagi alat timbang tu ~ haha tiada kaitan pun.  Kbai.

Jumaat, 8 Januari 2016

Jumlah pendapatan pasif dari blog melalui pengiklanan PopAds

Salam pembaca...kali ini saya nak berkongsi satu ilmu dan dorongan buat kita semua yang ingin belajar dan ingin tahu bagaimana menambah pendapatan pasif secara online tanpa mengeluarkan sebarang modal dalam bentuk wang ringgit. Modal yang kita perlu keluarkan cuma ilmu, masa, dan ketekunan.

Salah satu cara paling mudah buat duit secara online ialah blogging. Tak caye? tanyalah sifu Hasrul Hassan. Kerja kita hanya menulis di alam maya saja. Kalau malas menulis, majoritinya hanya akan kopi pasta entri orang lain. Paling senang, kopi pasta sumber berita harian jer. Dah boleh buat duit...senang kan!! Tapi persoalannya, di manakah originalitinya? Lu pikiq la sendiri.

Wokay, hari ni saya agak pening-pening lalat sedikit sebab penat dengan tugas harian kat tempat kerja. Biasalah, korang bukannya tak faham..sekarang ni ramai rakyat Malaysia yang buat dua kerja untuk menampung hidup..kan kan kan..tapi siriyes, saya surender mengaku kalah dengan Ahmad Maslan yang boleh buat tiga kerja sekaligus tu..kikikiki..jadi, hari ini hanya dapat kongsi entri pasang siap tapi original. Hari ni nak kongsi salah satu cara bagaimana saya menjana pendapatan pasif dari blog ini ~ walaupun tak lah seabnyak mana pun.

Salah satu cara saya menjana pendapatan sampingan dari blog ialah melalui iklan PopAds. Sebelum tu, saya mintak maaf lah dari hujung kaki sampai hujung rambut kalau ada yang terganggu dengan iklan-iklan di blog yang ciput ini. Memang dah tak dapat elak..sejak ada GST, blog ni pun terpaksa mencari iktiar untuk survive..so, faham-faham jerlah ya..saya pun dah berusaha untuk meminimakan seminima yang mungkin untuk mengurangkan iklan dalam blog supaya tidak mengganggu pembacaan para pembaca. 

PopAds ini saya dah guna dah bertahun lamanya dan jumlah pendapatan dari iklan Popads ini pun agak okay juga lebih-lebih lagi untuk blog kurang trafik macam blog saya ni. Pembaca yang datang mungkin sekitar 10 hingga 20 jer sehari..itu pun kalau sampai lah..kekekeke. Saya sengaja letak PopAds sebab inilah portal pengiklanan internasional yang paling mudah nak apply, cepat cashout, dan bayar kita dalam matawang USD. Yang penting anda kena ada akaun Paypal. Pasal cashout, memang super cepat. Hari ni cashout, within 24 hours dah masuk akaun Paypal kita. 

So, setakat ni dah berapa banyak pendapatan terkumpul dari iklan PopAds ni? Hah...korang nak tau jugak ker? Errr..tak payah lah..saya malu..huhuhu..

Bertahun saya kumpul tau...kalau convert pergi RM..dah boleh ganti BRIM untuk individu bujang juga. Lebih-lebih lagi sekarang ni matawang RM dah jatuh melebihi 4 pointer. So, ada baiknya juga guna portal pengiklanan yang bayar kita dalam matawang USD ni..kan kan kan. So, kalau korang berminat nak tambah pendapatan di blog sedia ada, boleh lah daftar dengan PopAds.

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Ini baru salah satu jer dari sumber pendapatan blog. Ada lagi sumber-sumber lain seperti 8Shares, Nuffnang dan Churp-Churp. Tapi untuk entri kali ini, saya hanya fokus pada PopAds saja. Korang pun tak suka baca banyak benda sekaligus kan..

Ok lah...mata saya dah mengantuk..sekian untuk perkongsian..saya nak tidur awal sebab besok kena buat kerja yang satu lagi..huhu. k baii.     Baca lagi Bukti Cashout iklan PopAds

Lagi Info Menarik:
> Nasi sudah menjadi bubur..menyesalnya tak ambil sarapan pagi!!
> Antara sebab kenapa saya geram dengan makcik makcik kat mana-mana majlis kenduri
> Foto sebelum dan selepas artis Hollywood yang sangat mengejutkan
> Rahsia unik bagaimana orang cina kekal sihat walaupun umur dah lanjut

Isnin, 13 Oktober 2014

Top 10 Blog Paling Popular di Malaysia 2014

Ini dia senarai terkini top 10 blog paling popular 2014 di Malaysia mengikut ranking Alexa. 

1. PaulTan (63) - Banyak informasi mengenai dunia permotoran
2. Denaihati (101) - Blog personal tentnag tips blogging dan pendapat peribadi terhadap isu-isu terkini.
3. Beautifulnara (114) - Blog hiburan tentang cerita dan gosip hangat artis Malaysia
4. HasrulHassan (152) - Sifu Blogger dan Pakar SEO Malaysia
5. RotiKaya (249) - Blog hiburan dan cerita gosip terkini
6. PenaMerah (268) - Blog yang banyak berkongsi artikel menarik
7. MiaLiana (273) - Blog peribadi yang banyak berbicara mengenai kehidupan penulis 
8. AhmadFaizal (325) - Blog peribadi yang banyak berkongsi pendapat dan tips
9. BenAshaari (326) - Sifu dan papa blogger yang suka berkongsi entri mengenai kehidupan dan tips
10. Mamaniza (411) - Blog peribadi yang banyak berkongsi entri mengenai kehidupan penulis dan tips

Tahniah kepada rakan-rakan blogger yang berjaya menempatkan blog dalam senarai top 10 blog paling popular di Malaysia pada tahun 2014 ini. Istilah 'popular' ini lebih merujuk kepada popular di kalangan enjin carian. Kalau nak jadi popular di enjin carian...belajar lah dari guru SEO macam sifu Hasrul Hassan yer... :p

Anda juga mungkin tertarik dengan entri Top 10 Blog Paling Popular di Malaysia 2013


P/s: Ramai blogger yang buat duit dengan Churp-churp dan 8share. Tak der blog pun boleh join. Salah satu cara buat duit online. Selain itu jika anda mempunyai blog, tempeklah iklan CPM PopAds untuk meningkatkan pendapatan pasif dari blog anda. Earning dikira macam Advertlets tapi tak kan ganggu Gliteratti Nuffnang korang.

P/s: Jika anda berminat nak mulakan bisnes sampingan secara online, boleh cuba affiliate bersama Lazada Malaysia. Promote bermacam-macam barang dari sana. Komisyen 4% dari jualan.






Isnin, 9 Jun 2014

Blogger Blog Serius - 1Obefiend didakwa hina Agong

CYBERJAYA: Seorang pengguna Twitter bernama Effi Nazrel Saharudin, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah 12 Kuala Lumpur atas dua tuduhan menghantar komen-komen jelik yang menghina Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Pendakwaan tersebut dilakukan selepas siasatan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mendapati, tertuduh melakukan perbuatan berkenaan secara sedar dan komen-komen yang dihantarnya mengundang reaksi yang negatif orang awam.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta kes tersebut dibicarakan.

Pihak mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM4,000 untuk kedua-dua pertuduhan itu dan menetapkan sebutan semula kes tersebut bagi penyerahan dokumen di bawah Sesyen 51A Kanun Tatacara Jenayah pada 2 Julai 2014.

Tertuduh didakwa menghantar komen jelik berikut: “@IzranSalleh @norfaiz they have a point.

Agong is just a puppet.

Down with monarchy.

A waste of rakyats money” dan “Soalan serius.

Rakyat bayar elaun dan istana agong.

Technically speaking he works for us.

So why do we put him on a tandu?” di laman https://twitter.com/1Obefiend/status/340669427567697921 dan https://twitter.com/1Obefiend/status/340669878656700418 pada 1 Jun 2013 lalu.

Effi Nazrel didakwa di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali. - hmetro
Blog Serius (Pic via faizalfredly)
P/s: Obefiend juga merupakan pemilik blog popular Blog Serius


Lagi Info menarik:

Jumaat, 17 Januari 2014

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

As Salam kepada semua pembaca. Hari ini saya tergerak pula nak menyahut seruan sorang blogger yang memang tak pernah lokek dengan ilmu blogging iaitu mister Hasrul Hassan, untuk menyertai kontest yang dianjurkan. Kontest itu ada kaitan dengan tajuk entri ini iaitu Ilmu Blogspot Blogger Malaysia. Jadi dalam entri ini, saya akan berkongsi 3 ilmu blogging yang saya sendiri praktikkan dalam blog Edisi Blogger. Saya harap info ini bermanfaat untuk semua.



Cara Buat Blog dan Jenis-jenis Blog
Buat blog memang mudah, tapi untuk membuat blog berimpak tinggi memang memerlukan teknik dan ilmu. Ilmu tak perlu sedalam Einstein, setakat tahu dan buat, dah cukup. Dalam blog ini saya ada berkongsi cara buat blog dengan mudah serta jenis-jeni blog yang ada di alam maya ini. Anda boleh baca entri bertajuk Panduan Asas dan Cara Buat Blog. Panduan ini memang dikhaskan untuk newbies saja. Selain tu saya juga pernah buat entri bertajuk 10 Perkara yang Perlu Dibuat Pada Hari Pertama Berblogging yang sesuai dijadikan bacaan oleh semua lapisan blogger tak kira newbies atau otais. Selain cara buat blog, kalau anda nak tau jenis-jenis blog di alam maya ini, boleh baca entri bertajuk 10 Jenis Blog Pilihan. Antara jenis blog ialah blog peribadi, blog pendidikan, blog perniagaan, blog politik, dan sebagainya. Rasanya blog anda di kategori mana? blog saya ini mungkin di kategori 'rojak'..

Cara Buat Duit dengan Blog
Salah satu perkara yang menyeronokkan mengenai blogging ialah kita boleh buat duit tak kira secara aktif atau pasif. Sekarang ni ramai blogger yang menjadikan blog sebagai medium untuk mengembangkan empayar perniagaan mereka. Terdapat beberapa cara untuk kita buat duit dengan blog ini seperti melalui pengiklanan, program affiliate, dan program pay per clik. Anda boleh membaca entri bertajuk Buat Duit Dengan Blog sekiranya anda nak tahu lebih lanjut. Dalam entri tu, saya ada kongsikan empat cara.

Cara Tingkatkan Trafik Blog Dengan Mudah
Trafik adalah nadi kepada blog kita. Tiada trafik, tiadalah pembaca, tiadalah pembeli, tiadalah income. Sebab itu tak hairanlah ramai yang berlumba-lumba untuk meningkatkan trafik blog. Terdapat banyak cara untuk meningkatkan trafik blog. Kaedah yang saya guna ialah dengan menghantar entri ke laman web ping seperti PingJe, OhBelog, GuaBlog, PingBlog, dan sebagainya. Selain itu, saya juga menghantar link entri ke Facebook dan Twitter dengan harapan entri tu akan menjadi viral. Laman sosial merupakan medium paling berkesan sekiranya anda mahu menyebarkan entri dengan pantas. Hal ini samalah seperti Kangkung yang menjadi begitu trending beberapa hari lepas. Dan jangan lupa juga kepentingan SEO dalam penulisan. SEO juga penting untuk menarik trafik berkualiti terutama dari enjin carian. Nak tingkatkan trafik blog dengan mudah? mungkin entri bertajuk Cara Tingkatkan Trafik Blog dan entri 6 Laman Ping Terbaik ini boleh membantu anda. Tapi kena beringat, jangan terlalu mengejar trafik sehingga terpaksa melanggar etika penulisan dengan menyiarkan entri yang kurang sopan, entri berunsur fitnah, dan entri yang kurang kualiti. Tak pasal-pasal nanti kena saman pulak, keluar paper satu Malaysia. 

Pergh! memang panjang lebar entri saya kali ini. Tapi tak per, ini untuk perkongsian ilmu sesama blogger. Saya harap anda mendapat sesuatu yang berguna dari entri ini. Sekian..


Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com, Saji.my serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com, DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net, DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.

Sabtu, 28 Disember 2013

6 Laman Ping Terbaik untuk meningkatkan trafik blog

Sebuah blog tidak bermakna jika tiada pengunjung yang datang. Lain lah jika blogger itu telah 'privatekan' blognya untuk tatapan diri sendiri sahaja. Tapi saya pasti kebanyakkan blogger akan menitikberatkan jumlah trafik atau jumlah pembaca yang datang ke blog mereka setiap hari. 

So, bagaimana nak meningkatkan trafik blog? Mudah saja. Anda hanya perlu ping setiap entri blog anda itu di laman ping. Antara 6 laman ping terbaik di Malaysia ialah;

1. Pingje.org
2. OhBelog.com
3. GuaBlog.com
4. Pingje.com
5. Busuk.org
6. PingBlog.net

Selain ping entri anda ke laman web ping kat atas ni, anda juga boleh share entri di Facebook dan Twitter untuk mendapatkan trafik viral sosial. 

Saya masih baru lagi guna servis ping ini. Agaknya baru setahun kot..dan beza sebelum dan selepas guna servis ping ini sangat ketara. Walaupun mula-mula agak slow sikit, tapi lepas dua tiga hari, memang nampak peningkatan trafik tu.

Antara trafik dari laman web ping untuk Edisi Blogger

Jadi kalau anda nak tambahkan trafik sehingga 1000pv sehari, saya sarankan untuk menggunkan servis laman web ping. Alaa..percuma jer pun. Cuma kena rajin ping entri je lah.

Oh ya, kalau korang tak suka buat kerja banyak tapi nak juga trafik tinggi, boleh gunakan servis berbayar. Sehari boleh dapat lebih 1000 unique views dari seluruh dunia. Tak perlu susah-susah nak ping mana-mana. Kalau nak, boleh pergi order terus kat blog Tingkatkan Trafik.

Tapi kalau anda ni banyak masa, boleh ping sendiri secara manual jer. Selain meningkatkan trafik, laman web ping ini juga membantu menaikkan ranking blog anda kat enjin carian. So, mudah lah untuk blog anda menarik trafik organik kelak.

Saya harap perkongsian ini berbaloi kepada anda terutama yang mempunyai blog.


Bisnes Online Paling Meletop!! Hari-hari masyuk RM50 dan RM100 terus ke akaun bank

Isnin, 2 Disember 2013

2 Cara paling mudah buat duit dengan Paypal

Adakah anda mempunyai akaun Paypal? akaun Paypal sangat mustahak kalau anda nak buat bisnes international atau secara global.  Contohnya, bisnes eBay, bisnes ebooks, bisnes affiliate, dan sebagainya yang memerlukan transaksi dalam mata wang US Dollar. 

Kalau anda ada akaun Paypal tapi masih tak tahu nak buat bisnes apa untuk tambahkan isi dalam akaun Paypal tu, di sini saya nak kongsi 3 cara mudah buat duit dengan Paypal ini.

1. Tempek iklan CPM global dalam blog.
Hanya untuk mereka yang ada blog dan mempunyai trafik yang cantik. Iklan CPM atau cost per mile ni tak macam iklan Nuffnang. Iklan CPM dibayar berdasarkan kadar untuk 1000 impression pada iklan. Contohnya, kalau iklan dalam blog anda tu dilihat sebanyak 2000 impression dan kadar CPM ialah $2 maka pendapatan anda ialah $4. Terdapat banyak syarikat pengiklanan yang menawarkan platform iklan CPM ini seperti PopAds dan CDNX Global. PopAds adalah yang paling masyuk!!.Saya dah beberapa kali cashout dari PopAds ini. Rate CPM kekadang boleh sampai $4. Anda boleh baca entri Jenis-jenis Iklan CPM Dalam Blog untuk penjelasan lebih lanjut.

2. Join system buat duit international yang terjamin. 
Kalau anda ni jenis yang memang suka buat duit online dan mempunyai akaun Paypal, maka bisnes ini memang sesuai untuk anda. Apatah lagi kalau anda ni jenis yang tak suka jumpa orang dan tak suka jual barang. Sertailah komuniti Direct Pay Biz. Dan saya jamin 100% bahawa pendapatan yang anda perolehi itu akan masuk terus ke akaun Paypal anda tanpa melalui sesiapa. Sistem ni aplikasikan pembayaran Member to Member, so memang bukan scam. Kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai bisnes ni, boleh baca entri 1001 Mustahil? Gila nak tukar RM27 kepada RM1.5juta

Cuma satu perkara saja saya nak ingatkan di sini. Kalau nak berhasil dalam sesuatu, kita kena ada usaha dan bekerja dengan bijak. Kalau blog anda tak menerima trafik yang mencanak-canak sampai riban, jangan putus asa. Usaha lah lebih keras dan konsisten. Dan kalau Paypal anda selalu mencapai angka USD0.01 jer, cari lah alternatif.

> Eh, tak sangka yang Hulk sebegini kecil...comel pulak tu
> Anda nak menang hadiah Samsung Galaxy Note 3 tak? pergi di Facebook Darlie 


Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!

Jumaat, 25 Oktober 2013

10 Top blog referral untuk Edisi Blogger bulan ini

Blogging memang satu hobi yang menyeronokkan. Bukan saja boleh hilangkan rasa bosan malah ianya boleh menjadi sumber pendapatan pasif serta menjadi wadah perkongsian ilmu.

Tapi kalau berblog tanpa membina network sesama blogger, memang agak lonely sedikit especially kalau ianya berkaitan dengan perkongsian trafik. Di sini saya nak berkongsi 10 top blog referral yang banyak menyumbangkan trafik kepada blog Edisi Blogger sepanjang bulan ini. 


Oh, list ini bukan dalam urutan ya. Saja letak dalam bentuk senarai. Masih banyak lagi sebenarnya blog yang menyumbang trafik kepada blog ini. Terima kasih kepada yang sudi bertukar bloglist dan bertukar link dengan Edisi Blogger. Kalau ada sesiapa yang nak bertukar link atau tukar bloglist, 'kecil tapak tangan nyiru ditadahkan'...meh lah !! 


Dan terima kasih juga kepada sesiapa yang sudi berkongsi artikel dari blog ini dan kemudiannya memberi kredit kepada Edisi Blogger. Terima kasih daun keladi... Kat bawah ni, Fanpage Facebook baru Edisi Blogger, sila lah sokong 'LIKE' kitaorang juga kat Facebook yer..

>> Sila sokong kempen kesedaran kanser payudara dari Softlan ini juga ya..

Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...

Rabu, 16 Oktober 2013

7 contoh matlamat awal blogging untuk blogger baru

Pernah tak anda memerhati perkembangan seorang bayi? Jika anda adalah ibu bapa, saya pasti anda memerhati perkembangan anak anda dari kecil. 

Apakah yang anak anda lakukan pada bulan pertama kelahirannya? Tak banyak...hanya tidur dan menangis bila lapar dan nak menyusu. Bulan kedua, ketiga, keempat, mungkin si anak kecil dah mula belajar untuk meniarap. Seterusnya belajar untuk merangkak dan kemudiannya belajar untuk berjalan. Dan sebagai ibu bapa, kita pastinya sudah mempunyai satu matlamat masa depan untuk anak-anak kita.

Blogging juga sama. Banyak blogger yang mempunyai matlamat blogging. Pasti ramai yang mahukan folower blog yang beribu riban, mahukan trafik mencanak-canak tiap hari, mahukan pendapatan blog puluhan ribu sebulan, dan sebagainya. Tapi semua itu hanyalah angan-angan kosong jika anda tidak merancang dari awal.

Di sini saya nak berkongsi 7 contoh matlamat permulaan blogging untuk blogger baru. Ianya sangat sesuai untuk anda bermula langkah demi langkah dari awal untuk berkembang dalam dunia blogging ini.

1. Buat dan terbitkan 10 entri.
Gol yang saya rasa mudah untuk anda laksanakan pada minggu pertama berblogging.

2. Dapatkan komen pertama dari pembaca anda yang anda tidak kenal
Komen datang apabila seseorang membaca entri kita. Sebagai penulis, apabila seseorang yang kita tidak kenal memberi komen kepada apa yang kita tulis, pastinya ia akan memberi kepuasan.

3. Dapatkan link pertama anda dalam blog orang lain
Maksudnya, ada blogger lain yang link dengan anda. Tak susah sebenarnya, mungkin anda boleh bertukar-tukar link dengan blogger lain. Minta dengan mereka agar memasukkan link blog anda dalam bloglist atau bloglink mereka.

4. Bina readership blog anda kepada 20 pembaca sehari.
Harir ini ada 20 pengunjung yang membaca blog anda. Besok usahakan lagi untuk mendapat 20 pembaca. Pembaca tak semestinya mereka yang menjadi folower blog. Anda boleh rujuk statistik trafik blog di dashboard blogger (bagi yang menggunakan platform blogspot) untuk melihat berapa banyak pengunjung yang dah jenguk blog kita.

5. Entri dikongsi kat Facebook atau Twitter sekali sehari
Sekurang-kurangnya ada pengunjung blog yang mengongsikan entri anda ke Facebook atau Twitter sekali sehari. 

6. Memastikan earning blog adalah sekitar RM5.00 seminggu (hanya jika buat duit dari blog adalah matlamat anda)
Jika anda mahu gunakan blog sebagai platform buat duit online, maka matlamat jangka pendek ini sangat sesuai untuk permulaan. Kalau nak jadi Affiliate, boleh join JomNiaga. Anda juga boleh jana pendapatan dengan iklan Pay Per Click melalui 8Share dan Churp-churp. Selain itu anda juga boleh letak iklan Nuffnang, Adsense atau PopAds.

7. Buat Facabook fanpage
Kini media sosial sangat penting untuk membina readership blog anda. Jadi anda perlu ada fanpage sendiri dan letak widget facebook fanpage kat sidebar blog anda. 

Apabila anda berjaya buat semua matlamat jangka pendek blogging itu, cuba untuk tingkatkannya. Percayalah bahawa salah satu perkara yang membuat blogging itu menyeronokkan ialah apabila kita set satu target dan berusaha mencapainya. Bila kita mencapai target tersebut, ia memang akan memberi kepuasan. Walaupun ianya adalah target yang simple saja.

Sekian untuk perkongsian.

Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...

Isnin, 14 Oktober 2013

5 blog fotografi paling best di Malaysia

Semua orang boleh mengambil gambar tapi bukan semua orang boleh mengambil gambar yang baik dan 'perfect'. Berikut antara 5 blog fotografi yang paling best di Malaysia. Kalau anda melawati blog mereka, pastinya anda akan terpikat dengan gambar-gambar hasil kerja para jurugambar hebat ini.













Memang best kalau pandai capture dan edit gambar macam mereka ni. Let's the picture speaks for you. Oh ya, senarai kat atas hanya berdasarkan kepada pendapat penulis sahaja. Kalau korang search 'top photography blog' kat Malaysia, kebanyakkan yang keluar adalah blog fotografi perkhawinan. Semua pun unik dan menarik tapi bagi saya, saya paling suka dengan gambar-gambar kat blog Wazari Wazir.

>> Mana satu coklat Cadbury kesukaan anda? kongsilah kat sini
>> Adakah brodband P1 ini yang terbaik kat Malaysia? cuba tengok..


Anda suka entri ini? sokong lah kami di Facebook juga...

Sabtu, 12 Oktober 2013

5 Blogger Malaysia paling kontroversi

Blogging memang satu hobi yang menyeronokkan. Bukan saja boleh membantu kita membina rangkaian pengaruh malah banyak blogger boleh mendapat pendapatan berpuluh ribu sebulan dengan hanya menulis di blog. Namun ada juga blogger yang menjadi kontroversi kerana menyiarkan atau menulis artikel-artikel yang melampaui batas sensitiviti masyarakat serta menyiarkan artikel tanpa disokong bukti.

Berikut antara 5 blogger yang paling kontroversi di Malaysia.

1. Alvivi
Alvivi adalah milik sepasang kekasih bernama Alvin dan Vivian. Mereka sangat terkenal sebagai blogger seks. Selain menyiarkan artikel lucah di blog, mereka juga memuat naik 'aksi' dan pengalaman mereka di laman perkongsian video, Youtube. Sebelum ini, Alvivi pernah ditangkap kerana menyiarkan gambar yang dianggap menghina bulan puasa melalui gambar 'bakuteh babi' mereka. Walaupun, blog mereka sudah diban oleh SKMM kerana mendapat banyak aduan bertalu-talu, tapi chanel Youtube mereka masih lagi aktif.
http://www.youtube.com/user/SexcussionsAlvivi


2. Papagomo
Sewaktu pilihanraya sedang hangat dulu, blog Papagomo adalah antara blog politik pro-BN yang sering menjadi perhatian. Blog Papagomo sering mengeluarkan artikel dan video yang kebanyakkan memburukkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Salah satu video paling hangat di Papagomo ialah video anwar meliwat mahasiswa. Selain Anwar, Papagomo juga menyiarkan artikel 'fitnah' terhadap Husam Musa dengan china doll. Tapi nampaknya, selepas pilihan raya berlalu, blog ini sudah kurang buat kontroversi. Mungkin juga sebab dah terlalu banyak terima saman. (link)
http://www.papagomo.com/


3. Milo Suam
Blog ini juga lebih banyak berbicara mengenai politik terutamanya sekitar pilihanraya lalu. Tapi berbeza dengan Papagomo, Milo Suam adalah pro-pakatan. Pernah ditahan polis sebelum ini kerana menyiarkan artikel yang mendedahkan kemungkinan penipuan SPR dalam pilihanraya. (link)
http://milosuam.blogspot.com/


4. Aidid Mu'addib
Masih ingatkah korang dengan Gelang AC Mizal dulu? Blogger Aidid Mu'addib memang banyak menulis mengenai penipuan MLM, DS, skim piramid, dan sebagainya. Sebab itu waktu Aidid Mu'addib menyiarkan artikel mengenai harga sebenar gelang AC Mizal tu dan skim ala-ala piramid yang dijalankan, AC terus buat sidang media menyelar tindakan Aidid.  Kini blog ini sudah tidak berapa aktif tapi masih boleh diakses. http://www.aididmuaddib.blogspot.com/


5. Uncle Seeker
Uncle seeker atau nama penuhnya Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas, sering sangat mengeluarkan artikel yang mengaitkan orang-orang ternama selain popular dengan ilmu paranormal. Sebelum ini, uncle seeker pernah mendedahkan dia ada hubungan dengan bekas Permaisuri Agong, Siti Aisyah. Selain itu uncle seeker juga pernah menulis artikel yang menghina Sultan Johor. Disebabkan entri-entri blognya itu, dia pernah ditahan polis. Kini blog Uncle Seeker tidak lagi dapat diakses.
Uncle seeker dan puteri Aisyah (link)

Memang blogger kontroversi. Bila baca blog mereka, korang kena tahan dan tabahkan hati baca ayat-ayat pedas dan tajam dari mereka...fuh! Lagi satu blog yang agak kontroversi tapi tak berapa nak dikontrovesikan ialah blog Lim Kit Siang.


Anda suka entri ini? sokong lah kami di Facebook juga...

Jumaat, 11 Oktober 2013

5 Jenis entri blog untuk membantu blogger yang sering kering idea

Sebagai seorang blogger, adalah disarankan untuk mengupdate blog sekurang-kurangnya sekali sehari. Namun bagi kebanyakkan blogger, masalah utama untuk mengupdate blog ialah kekeringan idea. 

Jadi dalam entri ini saya nak kongsi 5 jenis entri blog yang mungkin boleh membantu blogger yang sering kering idea untuk buat entri baru.

1. Tutorial
Buat lah entri tutorial bagaimana untuk buat sesuatu. Mungkin anda mahir melukis jadi buatlah tutorial bagaimana nak lukis muka manusia. Atau mungkin tutorial buat keychain atau tutorial letak widget dalam blog dan sebagainya.

2. Maklumat
Entri jenis ini memang dah sinonim dengan dunia blogging. Anda hanya perlu sampaikan maklumat tentang sesuatu perkara, event, atau topik hangat. Mungkin juga anda boleh konsi definisi sesuatu teori yang anda pelajari dalam kelas hari ini.

3. Senarai
Nah, ini adalah salah satu jenis entri yang biasa saya buat dan memang tidak dinafikan lagi bahawa trafik dari entri sedemikian memang tinggi. Contohnya entri 5 Pelakon wanita Malaysia paling cantik, 5 jenis fobia pelik yang paling ditakuti, dan 5 jenis telefon pintar Samsung yang harganya dah turun menjunam

4. Inspirasi
Kalau anda bijak menulis entri yang boleh memberi inspirasi kepada pembaca, tulis saja. Buat lah entri yang mengisahkan tentang kehidupan seorang tokoh yang mana boleh memberi inspirasi. Atau mungkin anda boleh ceritakan kisah kehidupan anda sendiri.

5. Debat
Memang seronok bila mendengar orang berdebat mengenai satu-satu perkara. Contohnya debat 'Mansuhkan PTPTN'. Banyak orang mahu supaya PTPTN dimansukan namun ada juga golongan yang tak mahu mansuhkan PTPTN. Mereka ada sebab mereka sendiri. Apa pula pendapat anda? 

Selain 5 jenis entri kat atas, ramai juga yang buat entri kopy pasta untuk update blog. Tak salah selagi anda beri kredit atau link semula kepada sumber asal. Kalau tidak beri kredit, itu namanya dah cetak rompak. Sekian untuk perkongsian.

Kini ada ada cara baru bagaimana tengok movie di mana-mana saja
Ingin merasai pengalaman karpet merah? Dapatkan tiket khas VIP di H-Artistry

Khamis, 10 Oktober 2013

Sebab kenapa pingler penting untuk tingkatkan traffik blog


Adakah anda pernah terfikir kenapa blog anda susah sangat nak tarik trafik dari enjin carian? walaupun artikel dalam blog anda itu sangat baik tapi lambat untuk diindeks dalam enjin carian?

Jika anda menggunakan blog sebagai medium pemasaran produk affiliate, trafik dari enjin carian adalah sangat mustahak. Anda tak perlu pun dapat trafik tinggi dari enjin carian untuk menghasilkan jualan.

Tapi untuk mendapat trafik dari enjin carian, blog anda perlu bersaing dengan berjuta laman web lain yang menawarkan informasi yang sama dengan anda. Mungkin anda pernah bertanya, kenapa blog satu ni lebih tinggi kedudukan dalam enjin carian berbanding blog anda yang lebih berkualiti dari segi content? Padahal anda dah bertungkus lumus supaya entri anda mesra SEO..

Jawapannya adalah kerana blog satu itu sudah diindeks dengan cepat oleh enjin-enjin carian. Ya, blog anda juga akan diindeks atau dalam kata lain, 'dibaca' oleh enjin carian tetapi ia memakan masa. Mungkin dua hari..mungkin tiga hari...

Penyelesaian kepada masalah ini mudah saja iaitu dengan menggunakan khidmat pingler. Bila anda ping entri terbaru anda itu, enjin carian akan mengindeks blog anda dengan lebih cepat. Bila blog cepat diindeks maka kedudukan entri anda itu dalam enjin carian juga tinggi. Ping ini berfungsi untuk memberitahu enjin carian bahawa terdapat entri terbaru dalam blog anda.


Terdapat banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan ping blog ini. Antaranya ialah Auto-ping.com dan totalping.com yang anda boleh guna secara percuma. Namun khidmat ping percuma ini memerlukan anda menghantar url berulang kali setiap kali anda mengupdate blog. Bagi saya, cara ini memang payah terutamanya kalau masa tu kurang mengizinkan.

Jadi cara saya ialah dengan menggunakan laman ping berbayar seperti pingler.com yang akan melakukan ping secara automatik sebaik saja saya mengupdate blog. Pingler.com ini juga boleh digunakan secara percuma dan ia merupakan perkhidmatan ping terbaik setakat ini.

Khamis, 3 Oktober 2013

Ada BE Nuffnang di blog ini yang tak pandai-pandai jalan earningnya

Pernah tak korang yang ada blog mengalami nasib yang sama dengan saya? Ada buffered earning (BE) di blog ini yang tak pandai-pandai jalan earningnya. Dah sebulan macam tu jer. Kenapa Nuffnang tak cabut terus jer iklan tu? hohoho...merungut tak tentu pasal dah...

Tengoklah ni, dah sebulan lebih tapi tak juga naik-naik earning untuk  Q3 Prepaid Roaming ni..atau memang dia dah stuck kat situ jer...tak der maknanyer kalau dia stuck kat situ..bukannya boleh withdraw pun kalau belum terkubur jadi metered earning..hohoho..

Apa pun, terima kasih lah Nuffnang sebab bagi BE yang boleh berjalan macam British Council tu..hehe..bagi lah lagi..bulan ni bagi satu dua pun saya dah bersyukur...tapi kalau nak bagi, bagi lah yang pandai jalan yer..tau lah blog ciput ni tak bertrafik tinggi..tapi bila ada BE, agak bermotivasi sikit untuk update blog tiap-tiap hari..meriahkan dunia alam maya kejap..huhu

Eh, korang jangan lupa pula check seluar jeans Levis REVEL terbaru tu ya...

Jumaat, 27 September 2013

Senarai idea template blog yang kemas dan cantik

Bosan dengan template atau theme blog anda? Di sini terdapat beberapa senarai template blog yang cantik, kemas, dan teratur untuk anda pilih. 
Top Noch


Color Vector


Date Alive


Urania


Flore


Exciting Amusement

Kalau korang nak tengok senarai template blog yang lagi banyak, layari saja laman web btemplates.com yang menawarkan beratus template blog. Jangan risau, anda boleh dapatkan template blog itu percuma jer. Sekarang tak payah lagi pilih template kat dashboard blogger yang membosankan tu...hohoho

Anyway, masing-masing ada selera mereka sendiri dengan template blog.

Sekian. 

Idea blogging blogger ini simple tapi bermakna

Terdapat banyak jenis idea blogging yang kita boleh pilih. Contohnya berblog mengenai profesyen, tentang sebuah novel, tentang sebuah permainan video, atau tentang sebuah produk, dan sebagainya. Tapi bila dah banyak idea blogging yang kita dapat, ia akan buat otak jadi kusut. Blog yang dibuat pun jadi rojak macam blog saya ni lah..tapi saya tak kisah pun. Rojak pun sedap dimakan juga..hehe..

Tapi ini ada satu blog unik yang saya nak kongsi. Mana lah tau blog ini boleh memberi anda ilham berblogging nanti. Blog ini memang simple tapi bermakna. Korang tau tak, pertama kali saya datang ke blog dia, saya terus tertarik. Bukan sebab bloggernya hensem, in fact, bloggernya dah berusia sikit..huhu..tapi  kerana idea bloggingnya yang unik dan bersahaja.

Blog yang saya maksudkan ialah Blog Begins At Forty. Setiap hari blogger ini akan ambik gambar muka seriusnya yang berlatarkan sesuatu tempat atau benda. Kemudiab dia cerita dengan ringkas jer. Perkara sama ni dia buat tiap-tiap hari sejak 2009. Wow..dah hampir lima tahun..jadi, kalau nak tengok perubahan kulit muka tu memang nampak lah perubahannya walaupun belum berapa ketara...hohoho

Blogger dengan nama timangan uncle gedek ini suka pakai hitam. Kalau tengok gambar dia, memang serius walaupun dia cerita benda yang melucukan. Mungkin itu memang dah tema entri dia. Jadi,  korang rasakan lah sendiri keunikan blog uncle gedek ni dan lihat idea bloggingnya macam mana. Follower dia pun dah ramai tu..

Menangkap gambar potret muka sendiri setiap hari dan menterjemahkannya sebagai satu entri blog memang satu idea yang simple tapi cukup bermakna. Saya adalah silent reader blog dia, saya harap dia akan terus buat entri macam tu. Mudah-mudahan...


Sekian dan happy blogging semua..

Ahad, 22 September 2013

Panduan asas dan cara buat blog

Hari ini saya nak kongsi panduan atau cara buat blog dengan menggunakan platform Blogger. Cara ini sangat sesuai dijadikan panduan paling asas kepada anda yang baru pertama kali nak buat blog. Dan kepada yang dah lama berblogging, anggaplah ini sebagai perkongsian untuk refresh balik ilmu blogging. Lagi pun sekarang dashboard blogger.com dah kena ubahsuai sikit.

Berikut adalah langkah-langkah asas cara buat blog: Sebelum tu, saya beranggapan yang anda sudah memiliki email google sendiri. Kalu belum ada email google, sila buat dulu.

Untuk buat blog, pergi ke Blogger.com dan masukkan email serta password anda. Disebabkan Blogger.com adalah milik Google, jadi anda gunalah alamat dan password email gmail anda. Ikuti langkah-langkah dalam gambar-gambar di bawah.

 Lepas anda masuk laman web Blogger.com, anda akan nampak dashboard macam kat bawah ini. Tekan "New Blog" untuk memulakan blog anda.

 Lepas tu, anda boleh pilih tajuk atau nama blog dan alamat blog anda. Saya sarankan agar anda menggunakan alamat blog yang sama dengan tajuk blog anda. Contohnya, jika anda buat tajuk "Kedai Baju Kurung Sofea", maka gunalah alamat "kedaibajukurungsofea.blogspot.com". 

 Dah buat tajuk dan alamat blog, pilih lah template yang anda suka. Template ini boleh diubah bila-bila masa anda suka kelak. Kemudian klik "Create blog!" untuk mula menulis entri. Klik "Start posting" untuk buat entri.


Dalam entri anda tu, kongsilah apa sahaja yang ada di kepala otak korang. Apa tajuk dan huraikannya. Lepas dah siap, anda klik "publish" untuk menerbitkan entri. Harus diingat, sekali anda tekan publish maka entri anda itu sudah boleh dibaca oleh orang lain. Jangan saja buat entri kontroversi, nanti kena saman macam Papa Gomo.

Selepas anda publish entri, anda kongsilah entri anda itu dengan kawan-kawan di Google Plus. Nak kongsi kat facebook dan twitter pun boleh.

Kalau anda nak tengok hasil tulisan entri anda tu, lihat sebelah kiri dan klik 'Posts' kemudian klik 'all' dan anda boleh lihat senarai tajuk entri anda. Klik 'view' di bawah tajuk entri untuk lihat entri penuh di blog anda.

 Tahniah..sekarang anda sudah ada blog sendiri. Kat bawah ini adalah rupa blog anda bila anda tekan 'view' tadi.

Jika anda mahu menambah entri baru dalam blog, masuk semula ke dashboard blogger.com dan klik "Create new post". Kemudian ulangi langkah 7 sampai 10. Senang je kan.




Demikian sahaja panduan asas buat blog yang boleh saya kongsi setakat ini. Saya harap panduan cara buat blog ini boleh membantu anda memahami dan memulakan blog anda sendiri. Ianya mudah dan hanya mengambil masa tidak sampai 10 minit pun.


Entri berkaitan >> 10 Jenis blog pilihan

Sabtu, 24 Ogos 2013

(EDISI BLOGGER SEDUNIA) Jom exchange tukar bloglist dengan Edisi Blogger...ini bukan segmen giveaway..

Salam, hello, aloha..i'll make it simple, mari exchange tukar bloglist dengan Edisi Blogger...hehe..

Actually, sebelum ini saya dah ada bloglist hasil daripada pertukaran dengan blogger lain..ada juga blog yang sengaja saya masukkan sebab blog mereka best..tapi bila template blog ini ditukar dan bila saya yang tak berapa expert dengan html ini buat lawak diri sendiri macam tikus angkat bakul sendiri...memandai edit html blog sampai terdelete semua bloglist tu..maka terlesap lah bloglist kesukaan gua tu...jadi untuk mengembalikan keseronokan dunia berblogging ini, saya nak ajak balik siapa-siapa yang sudi untuk bertukar-tukar bloglist dengan blog ciput ini...boleh juga kita berkongsi bahan bacaan tiap hari..kan kan kan...dan nanti boleh juga kongsi trafik jammed..kan kan kan..hehe...

So, kalau lah korang ada letak link blog ini (Edisi Blogger) atau nama terdahulu (Blog Sikarap) kat bloglist korang sebelum ini..sila bagitau kat ruang komen ya..supaya saya boleh letak balik link korang tu..dan siapa yang berminat nak exchange bloglist pun sila bagitau juga ya..

P/s: Dah buat bloglist baru...tapi masih sikit blog dalam tu..tak larat buat muka tak malu mintak request tukar bloglist dengan blogger lain...huhu..anyway, terima kasih kat blogger yang sudi bertukar bloglist/link dengan Edisi Blogger yer..

Sabtu, 23 Februari 2013

5 Faedah Terbesar Blogging

Pengaruh dalam Blogging
20 tahun dahulu, blog tidak wujud tapi kini terdapat lebih 150juta blog di seluruh dunia. Daripada jumlah tersebut hanya segelintir kecil sahaja yang mampu menjana pendapatan yang lumayan sehinggakan ada blogger yang menjadi jutawan dengan hanya menulis blog.

Dengan dunia tanpa sempadan yang semakin canggih ini, blog merupakan salah satu medium penting yang mempunyai 'kuasa' yang hampir menyamai mana-mana media komunikasi lain seperti surat khabar, televisyen, dan radio. Jadi, apakah sebenarnya faedah terbesar blogging ini? Berikut antara 5 Faedah Terbesar Blogging

1. Memulakan Perniagaan
Kadangkala, sebuah blog itu dimulai oleh hobi yang seterusnya menjadi medium perniagaan sepenuh masa. Inilah yang berlaku kepada Pat Flynn, pemilik blog Green Exam Academy, yang pada mulanya hanya berkongsi buah fikiran mengenai bidang architecture melalui blog. Ketika beliau meninggalkan pekerjaannya, dia mulai mengembangkan blog peribadinya itu secara lebih serius. Selepas setahun, beliau mampu memperoleh pendapatan sehingga $100,000 setahun. Mungkin nilai ini tidaklah seperti blogger profesional yang lain tetapi kisah Flynn ini boleh dijadikan contoh kepada bagaimana sebuah blog hobi itu boleh dijadikan blog perniagaan.

2. Mendapatkan Lebih Banyak Pelanggan Kepada Perniagaan Sedia Ada

Blog statik atau blog satu entri sahaja tidak akan mampu menarik banyak pelanggan berbanding blog yang diupdate setiap hari. Apabila anda menulis entri khusus atau 'in-depth blog post' yang mampu membantu menjawab persoalan pengunjung yang bakal atau berpotensi menjadi pelanggan anda, mereka akan melihat anda sebagai seorang yang pakar dalam bidang tersebut. Kemudiannya, jika mereka mencari pertolongan lebih daripada apa yang mereka baca di dalam blog anda, kemungkinan besar mereka akan sanggup membayar untuk mendapatkan perkhidmatan yang anda tawarkan.

3. Menjadi Seorang Penulis Yang Lebih Baik

Salah satu cara untuk menjadi penulis yang baik ialah dengan menulis banyak artikel setiap hari. Blogging boleh menjadi salah satu cara untuk meningkatkan kemahiran menulis anda. Bak kata orang putih, "The more you blog, the more you write - and the better writer you become".

4. Meningkatkan Pengaruh

Apakah cara terbaik untuk mengubah dunia ini? Ianya mungkin boleh dicapai jika anda menjadi seoerang ahli politik, aktivis atau sebagai seorang sukarelawan.

Atau mungkin sebagai seorang blogger. Seorang blogger berjaya memiliki jumlah audience ramai yang percaya dan menghormatinya. Saya masih ingat kata-kata seorang pensyarah, 'the journalist is the king'. Inilah salah satu faedah terbesar dalam blogging.

5. Ekspresikan Diri Anda

Perkara ini mudah difahami. Sebuah blog merupakan medium untuk mengekspresikan diri yang mengandungi perkataan, gambar-gambar, dan bunyi-bunyian. Tak kiralah blog anda itu adalah sejenis blog perniagaan atau blog personal seumpama diari, blogging adalah salah satu cara terbaik untuk mengekspresikan diri anda. Nak lepaskan geram atau perasaan sedih pun boleh. Jangan saja memfitnah dalam blog. Nanti kang, kena saman pula.

Kata-kata Terakhir

Demikianlah antara 5 faedah terbesar blogging dalam kehidupan kita. Bukan sahaja dalam mengembangkan perniagaan malah blogging juga membantu dalam ekspresi diri kita dalam kehidupan seharian. Jika blogging itu sudah menjadi hobi, terpulang lah kepada blogger itu sendiri bagaimana dia nak mengembangkan hobinya itu ke satu tahap yang lebih tinggi yang boleh menjana pendapatan konsisten. Oleh itu, jika anda minat menulis, kenapa tidak mula membina blog sekarang dan jana pendapatan melalui blogging.

Jika baru nak mula blogging, elok lah dulu baca entri 10 perkara yang perlu dibuat pada hari pertama berblogging ini. Sekadar perkongsian sahaja. Terpulang untuk anda mempraktikkannya.