Sebab kenapa Ustaz Don Daniyal direhatkan | Boros Di Aralom

Khamis, 6 Jun 2024

Sebab kenapa Ustaz Don Daniyal direhatkan

 KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman mengesahkan pendakwah popular, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid direhatkan daripada mengendalikan program Salam Baitullah terbitan RTM.

Credit:IG

Sejak beberapa hari lalu, kecoh dalam laman sembang apa yang dilihat sebagai pertikaian berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW yang didakwa diceritakan pendakwah terbabit.


Suhaimi berkata, keputusan itu diambil bagi meredakan ketegangan dalam platform media sosial membabitkan Ustaz Don selain mengelak pertelagahan netizen berpanjangan.


"Untuk meredakan keadaan, kita rehatkan Ustaz Don buat sementara waktu. Kita kena bersikap adil. Kalau kita dapati dia tidak bersalah, kita tiada masalah untuk kembali bekerjasama.

"Jadi, buat masa ini, kita hanya mahu redakan keadaan... Itu paling penting," katanya kepada BH Online.

Dalam kenyataan yang dilapor dibuat ketika bersiaran di sebuah stesen radio, Ustaz Don mendakwa Baginda pernah melamar seorang wanita, Ummu Hani sebanyak tiga kali dan cinta pertama Rasulullah.

Biarpun mendapat teguran beberapa tokoh agamawan, Ustaz Don dilapor bertegas dengan dakwaannya dan tidak membuat pembetulan.

Salam Baitullah adalah program bual bicara popular terbitan RTM yang disiarkan pada musim haji, mulai 2 Jun hingga 17 Jun ini.

 (Baca Full artikel d Bharian)


P/s: Claim TnG Money Packet di bawah

https://link.tngdigital.com.my/fFSWZpLQ8ViXTcvY9





Tiada ulasan: