Taraf hidup bagi kebanyakkan rakyat Malaysia bukanlah pada tahap yang baik ketika ini. Malah seringkali bergelut dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Gaji RM3000 ke atas pun belum tentu mencukupi apa lagi kalau mereka yang tinggal di bandar.
Disebabkan kesempitan inilah ramai individu yang mengambil risiko dengan membuat pinjaman peribadi. Untuk first timer memang lah agak mudah mendapat pinjaman apa lagi kalau bujang dan bekerja dengan kerajaan. Tapi bila asyik membuat pinjaman untuk membayar pinjaman pinjaman sebelumnya, maka selamanya terpaksa bekerja untuk membuat bayaran balik pinjaman. Sebab ini lah terlalu ramai rakyat kita termasuklah golongan muda yang sudah disenari hitam.
Ramai beranggapan bahawa membuat pinjaman peribadi itu merupakan jalan pintas untuk mengatasi masalah kewangan. Tak salah buat pinjaman asalkan anda tahu dan sedar akan risiko serta bersedia menanggung kesan. Dah pinjam, kenalah bayar balik..kan.
Malah sebelum membuat pinjaman, kena tahu beberapa perkara ini untuk mengelakan diri dari ditipu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka yang suka mengambil kesempatan dalam kesempitan. Mereka ini lah scammer yang sering berlegar-legar di ruang siber sekarang ini untuk mencari mangsa. Sila baca artikel di bawah sebagai langkah pencegahan awal daripada ditipu scamer pinjaman wang.
Pinjaman Wang Tidak Wujud:
"Modus operandi dilakukan sindiket ini adalah menjanjikan pinjaman dengan kadar faedah rendah sebelum mangsa diminta menyerahkan sejumlah wang kononnya sebagai yuran proses dan guaman.
Sebaik menerima wang yang dimasukkan ke dalam satu akaun bank, suspek akan mengarahkan mangsa untuk memasukkan sejumlah wang lagi kononnya sebagai bayaran insuran pinjaman, sebelum mereka menyedari ditipu sindiket terbabit,
Sindiket terbabit juga pakar dalam membuat cop palsu LHDN untuk "stamping".
MO lagi:
1) Mangsa tertarik dengan iklan online di facebook
2) Mangsa akan mengisi borang online bila klik iklan tadi
2) Mangsa terima panggilan daripada "agent" atau whatsapp untuk beri salinan ic/slip gaji/statement bank
3) Agent akan call atau whatsapp untuk maklumkan pinjaman telah lulus.
4) Agent meminta mangsa membuat bayaran 5% daripada jumlah pinjaman sebagai "security deposit" atau yuran guaman atau stamping agreement
5) Mangsa akan menerima salinan pdf melalui whatsapp sama ada agreement pinjaman/resit stamping
6) Stage 2, agent yang mula² tadi kira dah berjaya, sekarang agent kedua akan main peranan, meminta bayaran lagi sama ada untuk bayaran Gst/insuran
7) Stage 3, agent ketiga akan buat panggilan bagi tahu loan tak dapat credit ke akaun mangsa kerana ada masalah, maka mangsa diminta buat bayaran lagi untuk kononnya membuka akaun bank yang baru khas untuk loan tersebut.
8) Final stage, mangsa akan dimaklumkan pengkreditan masih gagal, dan diminta buat bayaran lagi untuk PIDM dan sebagainya.
ORANG RAMAI ADALAH DINASIHATKAN AGAR TIDAK MEMBUAT SEBARANG PERMOHONAN SKIM PINJAMAN WANG SECARA ONLINE SEPERTI YANG DITAWARKAN DALAM PELBAGAI IKLAN DI ATAS TALIAN. SEKIRANYA PERLU, SILA BUAT PINJAMAN KEPADA BANK BANK BERLESEN ATAU SYARIKAT PINJAMAN SAH YANG BERDAFTAR.
Berikut adalah nombot hp yang sering digunakan oleh ahli sindiket tersebut:
010-376 8120
016-474 4901
010-376 7715
011-1770 6441
011-3738 4483
017-298 9815
017-298 9837
011-2375 5070
011-3762 0058
018-369 8690
014-266 9566
011-6384 6849
011-6382 1593
011-3682 7689
011-3682 7344
018-249 6290
#BUAT LOAN TAK PERLU BAYAR APA²
#PDRM
#KDN
#BNM
#PolisDirajaMalaysia
#LHDN
P/s: Tambahkan ilmu dan kemahiran..mudah mudahan senang nak survive bila tetiba hilang punca rezeki hakiki. Paling bagus, belajar untuk menyimpan. Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan