Boros Di Aralom: TV 3
Memaparkan catatan dengan label TV 3. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TV 3. Papar semua catatan

Ahad, 29 Januari 2012

Keputusan Anugerah Juara Lagu AJL26 | TV3


Pentas Anugerah Juara Lagu AJL26 yang berlansung pada malam 29 January 2012 (Ahad) telah dijalankan secara gilang-gemilang dengan tema 'Air'. Konsert akhir AJL26 ini ditayangkan secara langsung di TV3. Keputusan Anugerah Juara Lagu AJL26:-

Juara Anugerah Juara Lagu AJL26 dimenangi oleh Awan Nano - Hafiz 
Naib Juara Anugerah Juara Lagu AJL26 dimenangi oleh Beribu Sesalan - 3 Suara
Tempat Ketiga Anugerah Juara Lagu AJL26 dimenangi oleh Karma - Faizal Tahir

Manakala,
Persembahan Terbaik AJL26 dimenangi oleh Kisah Hati - Alyah
Vokal Terbaik AJL26 dimenangi oleh Awan Nano - Hafiz

Selain itu, pentas AJL 26 kali ini memperkenalkan satu anugerah khas iaitu Anugerah Mobil yang dimenangi oleh lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abd Halim. Anugerah ini diberikan kepada lagu yang paling banyak dimuat turun sebagai ringtone. 

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan juga kepada semua finalis yang berjaya menghangatkan malam AJL26 kali ini. 


Kalau ini musnah maka bye bye la makanan laut anda. Mari selamatkannya sekarang 

Adakah anda seorang jurugambar yang hebat? Tunjukkan lah

Kereta volkswagon paling canggih! Volkswagon transformer

Tak payah bayar cukai jalan dan insuran kereta selama setahun! Volkswagon ada jawapannya
Klik iklan ini kalau suka entri :)

Jumaat, 2 Disember 2011

Finalis Anugerah Juara Lagu ke 26 (2011)

Pada separuh akhir pertama dan kedua, Najwa Latif, Nubhan, Hafiz, Aizat,Yuna, Atilia & Monoloque, Hazama,  3 Suara, dan Projek Pistol telah berjaya menduduki lima tangga teratas. Teka teki siapa 12 finalis terakhir dan akan melangkah ke Anugerah Juara Lagu 20 (AJL26) hanya akan terjawab dalam saingan pusingan ke-3 separuh akhir Muzik Muzik 26 pada malam ini (2 Disember 2011). Pentas AJL 26 kali ini akan diadakan pada 29 Januari 2012.

Separuh akhir Muzik Muzik 26 yang dihoskan oleh Faizal Ismail (FBI) dan Cheryl Samad bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam jam 9.00malam – 10.30malam. Separuh akhir ketiga pada 2 Disember (hari ini) bakal menyaksikan 8 lagu bertanding iaitu Kalau Berpacaran (Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet), Penakut (Yuna), Sedetik Lebih (Anuar Zain), Bila Bertemumu (Shiha), Cinta Matiku & Menyesal (Sixth Sense), Karma (Faizal Tahir) serta Aku Permata (Salma). Artis jemputan pada malam tersebut ialah Kumpulan Ilusi.

(Rujukan: Sensasi Selebriti)