Boros Di Aralom

Ahad, 18 Oktober 2015

Kenapa wanita suka lelaki

Kenapa wanita suka lelaki? Satu soalan simple tapi banyak jawapan tersiratnya.

Boleh juga menjadi soalan bonus yang tak payah disoal pun tak per..

Tapi...bila dibawa kepada satu perbincangan serius akan menjadi satu topik berjela-jela panjangnya.

Ahh..malas gua nak cakap. Yang pasti hanya wanita tulen saja yang suka pada makhluk bernama lelaki.

Ramai Wanita suka pada lelaki berkerjaya,
Ramai Wanita suka pada lelaki tampan,
Ramai Wanita suka pada lelaki kaya,
Ramai wanita suka pada lelaki warak,
Tapi ingatlah...di kala kamu ingin bersuamikan seorang lelaki berkualiti persis seorang raja, pastikan dirimu juga mempunyai kualiti persis seorang ratu...sekian

Baca lagi 7 Sebab Kenapa Lelaki Nampak Seksi Pada Mata Wanita Sampai Bikin Cair

Ahad, 4 Oktober 2015

Gambar 'mesra' dengan PM Israel, ini jawapan ikhlas dari Najib

Memang riuh seketika bila sebuah akhbar tempatan melalui laman twitter mereka menyiarkan gambar Najib bersama dengan perdana menteri Israel, Netanyahu, sedang bersemuka dengan mesra.

Apahal korang kecoh? bukankah Najib yang disayang itu merupakan seorang yang mesra alam, mesra pengundi, mesra dengan semua orang. Depan je lah..kalau belakang, lain dah jadinya..hohoho

Jangan cepat buat andaian..Menurut sumber..alaa, Buletin TV3 tadi tu lah..Najib ada buat kenyataan bahawa beliau menafikan bahwa dia telah membuat satu perjumpaan dengan pemimpin Israel tersebut. Malah Najib dengan penuh iklasnya menyatakan yang gambar tersebut diambil ketika dia dan Netanyahu bertembung di luar bangunan UN. Saksinya boleh tanya Anifah Aman dan duta Malaysia kat USA.

Apakah maksud senyuman Netanyahu tu ya? Ketika gambar ini diambil, Najib sebenarnya baru saja selesai berucap di persidangan UN tersebut. Dalam ucapannya, Najib mendesak agar Israel menghentikan serangan ke atas bumi Gaza di Palestin.

P/S: Jaga-jaga yer Najib...Yahudi tuuu!