Boros Di Aralom: Najib Razak
Memaparkan catatan dengan label Najib Razak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Najib Razak. Papar semua catatan

Ahad, 4 Oktober 2015

Gambar 'mesra' dengan PM Israel, ini jawapan ikhlas dari Najib

Memang riuh seketika bila sebuah akhbar tempatan melalui laman twitter mereka menyiarkan gambar Najib bersama dengan perdana menteri Israel, Netanyahu, sedang bersemuka dengan mesra.

Apahal korang kecoh? bukankah Najib yang disayang itu merupakan seorang yang mesra alam, mesra pengundi, mesra dengan semua orang. Depan je lah..kalau belakang, lain dah jadinya..hohoho

Jangan cepat buat andaian..Menurut sumber..alaa, Buletin TV3 tadi tu lah..Najib ada buat kenyataan bahawa beliau menafikan bahwa dia telah membuat satu perjumpaan dengan pemimpin Israel tersebut. Malah Najib dengan penuh iklasnya menyatakan yang gambar tersebut diambil ketika dia dan Netanyahu bertembung di luar bangunan UN. Saksinya boleh tanya Anifah Aman dan duta Malaysia kat USA.

Apakah maksud senyuman Netanyahu tu ya? Ketika gambar ini diambil, Najib sebenarnya baru saja selesai berucap di persidangan UN tersebut. Dalam ucapannya, Najib mendesak agar Israel menghentikan serangan ke atas bumi Gaza di Palestin.

P/S: Jaga-jaga yer Najib...Yahudi tuuu!

Jumaat, 18 September 2015

Ramai orang Sabah sakit hati dengan kenyataan Najib ini

Najib ini makin lama makin meluat gua tengok..bagi ucapan pun guna otak udang..tak selidik ayat sebelum berucap..kata-kata yang memang berasal dari hati nurani penuh dengan udang di sebalik batu.

Korang ada tengok tak ucapan Najib ketika Hari Malaysia kat Padang Merdeka Kota Kinabalu hari tu?

Puii..meluat gua tengok..dah lah ayat penuh muslihat..dah tu, merendah-rendahkan orang Sabah pulak. Ada kah patut, dia cakap guru-guru kat Sabah ini kurang berpendidikan? Hello, guru-guru kat Sabah ni pun ramai yang graduate kat Universiti, kat IPG, dan yang lulusan luar negara jugak..sama macam kat Semenanjung..bodoh punya statement Najib..

Ada dua janji utama Najib yang melekat kat telinga gua..pertama, 90% guru mesti terdiri dari orang Sabah, kedua, satu lebuhraya dari Kuching ke Kota Kinabalu bakal dibina dan kontraktor mesti terdiri dari orang Sabah Sarawak..

Kita tengok macam mana statistik janji ini dalam tempoh setahun dua...kalau janji dicapati..maka TUKAR dan UBAH!! lah jadinya.

Tapi kan..sejak bila Najib menepati janjinya? Janji sehidup semati dengan Rosmah, itu gua percaya..Kah kah kah..

P/S: Yang datang kat Padang Merdeka tu, kebanyakkannya adalah pilak dari pulau Gaya..also known as PATI..bagi baju merah free dan duit poket RM50 jer, konfirm akan jadi macai sementara.

Isnin, 31 Ogos 2015

'Kotoran' degil, Najib ikrar tak kan berundur

Ini barulah dinamakan 'kotoran' degil macam iklan pencuci baju tu kan..dah empat kali di'bersih'kan tapi masih juga tak tanggal tanggal..

KUALA NERUS – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertegas kerajaan tidak akan berundur sebaliknya akan terus mempertahankan negara daripada sebarang desakan yang cuba ditimbulkan kumpulan tertentu.

Beliau turut menyifatkan rakyat yang tidak menyertai himpunan Bersih 4.0 di Kuala Lumpur pada Sabtu dan Ahad lalu merupakan penyokong setia kerajaan yang sebenarnya. - sinarharian

P/s: Gua tak turun Bersih4.0 pun..adakah itu menunjukkan gua penyokong Najib and the gang? Kah kah kah...

Selamat hari Merdeka...Sehati Kecewa samu lu Najib..

Peserta demo #Bersih4 tak matang, otak cetek kata Najib

Kah Kah Kah....bravo Najib..bravo...teruskan buat lawak..

Sejak semalam, beribu-ribu penunjuk perasaan berdemonstrasi di ibu negara untuk mendesak perdana menteri meletakkan jawatan ekoran kontroversi 1MDB serta sejumlah RM2.6 bilion derma yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun berkata meskipun pihak polis telah mengisytiharkan acara itu menyalahi undang-undang, dan ia tidak dibenarkan tetapi mereka tetap meneruskan. Malah, Najib turut menggambarkan peserta himpunan BERSIH 4 sebagai “tidak matang” dan “berminda cetek” sekali gus memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang menjadi dalang serta pengkhianat yang mahu memusnahkan negara. -mkini

Sabtu, 16 Mei 2015

Makin Panas!! Tun Mahathir cabar Najib untuk berdebat

Isu makin panas...GST..1MDB..dan Tabung Haji...semuanya macam tak kena di mata Tun Mahathir sampai nak ajak Najib berdebat. Elok sangat la tu..harap-harap RTM boleh bagi tengok rakyat Malaysia tengok debat tu secara LIVE nanti...
MalaysiaKini
Tapi..adakah Najib akan menyahut cabaran untuk berdebat dengan Tun Mahathir? Ermmm...korang tau lah BN ni kan.."debat bukan budaya Malaysia" katanya...hohoho

Isnin, 13 Oktober 2014

Ramai orang Cina marah dengan kenyataan Najib, apa pula yang dia dah cakap kali ini?

Kenyataan Datuk Seri Najib Razak awal hari ini mengingatkan masyarakat Cina tidak membuat tuntutan kepada kerajaan sekiranya mereka tidak menyokong Barisan Nasional (BN) menerima kritikan hebat pemimpin pembangkang, ahli akademik dan pengguna Internet.
Najib ketika berucap di Perhimpunan Agung Tahunan MCA (via TMI)

Mereka berkata, sebagai perdana menteri bagi sebuah negara, Najib seharusnya mewakili semua rakyat Malaysia dan mendengar permintaan semua pihak, baik yang menyokong partinya mahu pun yang menentang.

Pengguna media sosial pula, sesetengahnya melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Najib yang dibuat semasa berucap di Perhimpunan Agung MCA itu, mengatakan beliau sendiri tidak berpegang kepada slogan 1Malaysia yang diilhamkannya.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menulis di dalam akaun Twitternya: "Masih terus dgn nada angkuh..."

Manakala, pengerusi DAP Selangor Tony Pua menulis di status Facebook: "Memandangkan kami tidak menyokong kerajaan BN dan Najib tidak mahu dengar permintaan kami, mungkin dia tak perlu kutip cukai dari kami juga?"

Naib Presiden PKR Tian Chua menyifatkan ucapan Najib itu satu kesilapan besar dan tidak seharusnya dibuat oleh seorang perdana menteri.

"Dia lupa yang dia selalu berkata dengan bangga yang 'saya akan menjadi perdana menteri untuk semua.' Sekarang dia bercakap sebagai seorang perdana menteri yang berpihak kepada satu kumpulan," katanya sambil mengharapkan agar Najib menarik balik kenyataannya.

Setiausaha DAP Anthony Loke bertanya adakah Najib sedar yang konsep utama demokrasi ialah memberi hak kepada rakyat memilih pemimpin mereka melalui proses pilihan raya.

"Oleh itu, menjadi tanggungjawab parti yang membentuk kerajaan mentadbir negaranya selepas pilihan raya dan berkhidmat kepada semua rakyat tanpa berdendam terhadap sesiapa yang tidak menyokongnya," katanya.

Felo Institut Pulau Pinang Dr Wong Chin Huat, berkata kenyataan Najib itu menunjukkan beliau melihat dirinya hanya sebagai perdana menteri kepada 47% rakyat Malaysia.

"Kalau sesuatu komuniti atau individu terpaksa melepaskan hak mereka sebelum boleh membuat tuntutan yang sah kepada kerajaan, maka mereka patut lepaskan tanggungjawab untuk membayar cukai.

"Lagipun, menjadi kerajaan ialah tentang mengutip cukai dan membekalkan perkhidmatan. Membekalkan perkhidmatan tanpa mengutip cukai ialah kerja amal. Dan mengutip cukai tanpa membekalkan perkhidmatan ialah rompakan," katanya.

Dr Lim Teck Ghee dari Centre for Policy Initiatives (CPI) berkata Najib nampaknya tidak belajar dari kesilapan lalu apabila membuat sesuatu kenyataan yang kasar.

"Beliau selalu berkata begitu kepada masyarakat Cina, dan ia tak pernah berkesan. Beliau sebenarnya lebih memburukkan lagi keadaan bagi MCA apabila dengan kasar berkata, kalau kamu tak undi kami, kami tak akan jaga kamu."

Katanya, mengeluarkan kenyataan begitu di khalayak ramai sama seperti satu ugutan politik, dan ia berkemungkinan besar akan memakan dirinya sendiri.

Antara pengguna media sosial yang memberi komen di portal The Malaysian Insider ialah seorang yang menamakan dirinya Going_bananas, mengucapkan terima kasih kepada Najib kerana mengaku BN tidak berlaku adil terhadap masyarakat Cina.

"Anda sepatutnya seorang PM sebuah negara berbilang etnik. Anda sepatutnya adil kepada semua, bukan hanya kepada penyokong anda sahaja," katanya sambil menambah ucapan Najib itu hanya akan menggalakkan kewujudan lebih ramai orang seperti Datuk Ibrahim Ali yang tanpa segan silu menyerang orang bukan Melayu.

Seorang lagi pembaca D1_Only menulis: "Betulkah ini, Najib? Bukankah kita tinggal di negara demokrasi?" dan beyondthefence mengatakan: "Saya rasa sepatutnya beliau kata, jangan harap orang Cina akan sokong BN sekiranya BN tidak memperbaiki dirinya."

Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai pada satu sidang media menyalahkan portal berita kerana 'memutarbelit' ucapan Najib dan memberi imej negatif terhadap kerajaan.

Beliau menafikan laporan awal hari ini dan mengatakan Najib hanya melahirkan harapan agar komuniti Cina menyokong BN dan bukan Pakatan Rakyat. – TMI

"Terlajak perahu boleh undur lagi, terlajak kata...pandai-pandai lah tanggung sendiri"