Boros Di Aralom

Selasa, 30 November 2010

Dilema Pelajar


Saya percaya bahawa hampir semua daripada kita pernah menjadi pelajar. Tak kira la pelajar sekolah rendah, menengah atau universiti. Banyak daripada kita yang sudah mencapai kejayaan malah banyak yang kecundang di tengah jalan. Puncanya adalah banyak. Kemiskinan, hilang kawalan, pengaruh negatif, impian, malah juga kematian. Bila diingatkan semula, pasti ramai yang tidak dapat mengingati apa yang telah dipelajari. Semasa berada di Tingkatan 1, kita belajar mengenai Sejarah Malaysia, Pendidikan Moral, Bahasa Melayu dan sebagainya. Adakah anda masih ingat? Ya, mungkin, samar-samar, dan mungkin tidak. Satu pertanyaan yang ingin dikongsi bersama di sini ialah adakah kita benar-benar telah belajar? atau sekadar mengepam ilmu ke dalam otak untuk diletupkan dalam peperiksaan?

Saya masih ingat semasa berada di Tahun Enam untuk menghadapi UPSR, Tingkatan Tiga untuk PMR, Tingkatan Lima untuk SPM, Tingkatan Enam untuk STPM, malah sekarang setiap semester di universiti juga mengalami situasi yang sama iaitu " mengepam untuk diletupkan". Maksudnya ilmu yang dikumpul dalam otak itu hanya bersifat sementara sahaja. Lebih kepada penghafalan dan pemahaman jangka pendek. Bila peperiksaan dah tamat, ramai yang merasa beban ilmu dah hilang. Macam-macam perkataan yang kita biasa dengar. "merdeka!!", "Yea, exam dah habis la. Otak dah tak berat lagi", "semua ilmu sudah saya tumpahkan tadi semasa menjawab soalan". Memang tidak dinafikan bahawa kita akan merasa sangat bebas, beban dilepaskan, gembira malah ghairah apabila peperiksaan dah habis. Saya juga mengalaminya.

Tetapi adakah ilmu itu benar-benar dipergunakan oleh kita sebaiknya? sikit-sikit, Ya, tapi kebanyakkannya tidak. Mungkin sebab terlalu banyak ilmu yang perlu dipelajari? mungkin fikiran kita dipaksa untuk belajar ilmu tersebut? dan hal-hal ini yang menyebabkan ilmu itu bersifat sementara sahaja? sendiri mau fikir la. Contohnya, dalam mata pelajaran Pendidikan Moral. Semasa berada di Tingkatan Empat dan Lima, kami dalam satu kelas rata-ratanya boleh menghafal kesemua sub-tajuk beserta dengan definisinya sekali dengan lengkap tanpa ada perkataan yang salah. Apakah definisi bagi sikap bertanggungjawab? definisi hormat-menghormati? bertolak ansur? semua boleh dijawab dengan tepat pada masa itu. Namun sekarang saya sendiri langsung tidak mengingat akan definisinnya. Buat apa nak ingat definisi, hanya mereka yang berjiwa robot saja yang akan mengingat definisi sampai bila-bila. 

Namun kita manusia adalah berjiwa manusia. Kita boleh belajar, boleh menilai dan boleh membuat keputusan. Tidak perlu ingat definisi kerana kita mempunyai definsi kita sendiri yang akan kita lakukan dalam kehidupan seharian kita. Definisi yang diperoleh berdasarkan pengalaman hidup. Itulah ilmu sejati yang akan memandu kehidupan kita kelak. Saya bukan pakar motivasi atau pakar kaunseling, cuma ingin berkongsi bersama tentang perkara ini sebagai renungan. Siapa lah saya untuk berkata-kata sedemikian. Saya hanya boleh meluahkan pandangan sendiri dalam blog kerdil ini. Anda juga mempunyai pandangan sendiri dalam perkara ini. Semuanya terpulang kepada individu itu sendiri akhirnya.

"The aim of education should be to convert the mind into a living fountain, and not a reservoir. That which is filled by merely pumping in, will be emptied by pumping out - John M. Mason"

Payah Guna GPRS

Mesti ada antara kengkawan blogger yang perasan kanapa sejak dua menjak ni saya jarang update blog, jarang blogwalking, jarang mengomen malah jarang balas komen. Bukannya sengaja, cuma terpaksa mengurangkan blogging sebab line sini kurang baik. Sekarang ni saya berada nun jauh di kampung untuk cuti semester selama empat minggu. Lama tu. Untuk pengetahuan, semua line sini hanya ada GPRS je ataupun 2G tahap rendah. Memang sangat rendah. Bila connect internet hanya ada 50kbps - 70kbps je berbanding kat U yang boleh mencecah sehingga 7Mbs, itu pun kalau guna broadband yang paling murah dah. Bila line dah tak kuat, saya pun dah malas nak update blog selalu. Cukup lah setakat satu dua post sehari. Sebab apa, kalau nak buka satu webpage pun sangat payah. Kena tunggu beberapa minit. Pas tu certain webpage tak boleh buka. Email pun tak dapat nak tengok. Kesian betul. Tapi agak bertuah lah sikit sebab Blogger.com ni boleh buka kat sini. Itu pun kena tunggu lima enam minit. Fuh, rasanya kalau korang yang dah hobby berblogging ni, mesti rasa muak juga nak layan line internet yang lambat macam siput kelaparan kan. Satu lagi, saya tak boleh nak upload gambar kat blogger.com. Susah betul lah. Kalau kat dalam post-post saya yang lalu, banyak gambar yang disertakan tapi disebabkan keadaan yang tidak mengizikan ini, maka terpaksalah mengupdate blog tanpa gambar hiasan. Huhu. Bila agaknya pihak yang berkenaan nak upgrade line kat sini kepada 3G ya? Kepada pihak Celcom, Digi, Maxis, dan Hotlink, sila pertimbangkan untuk menaik taraf kemudahan anda di kawasan Jalan Ranau, Tamparuli, Sabah ini. Sekian terima kasih...