Boros Di Aralom

Isnin, 9 Julai 2012

Pencari kotak terbuang terperanjat jumpa wang RM 133,300 - pulangkan pada polis

(sekadar gambar hiasan)
TAWAU: Seorang pencari kotak terbuang di sini terperanjat selepas mendapati salah satu kotak yang ditemuinya mengandungi wang tunai berjumlah RM133,300 sebaik membuka kotak terbabit di rumahnya di Batu 5 Jalan Apas.

Menurut lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pemandu lori, Bahar Rauf, 55, beliau seakan tidak percaya dengan kejadian itu hingga membuatkannya memanggil ahli keluarganya untuk mengesahkan wang tunai yang ditemuinya.

“Saya berasa pelik kerana kotak itu agak berat berbanding kotak lain, dan selepas membukanya pula saya terkejut kerana terdapat tiga bungkusan besar yang mengandungi wang tunai di dalamnya,” katanya di sini kelmarin. Menariknya, walaupun menemui wang dengan jumlah yang agak besar sedemikian, Bahar bertekad untuk menyerahkan wang itu kepada pihak polis di IPD Tawau pada Jumaat lepas untuk dikembalikan kepada pemilik asal.

Menceritakan pengalamannya pada hari kejadian dan rutin hariannya pula, beliau berkata dia sekadar menjalankan rutin hariannya mengelilingi pusat bandar mencari kotak-kotak terbuang untuk dijual pada hari berkenaan.

“Kotak-kotak kosong yang saya kutip dijual kepada kilang barangan lusuh sebagai pendapatan sampingan semenjak lima tahun lalu lagi,” katanya sambil mengakui rutin itu dilakukannya setiap kali habis waktu kerja sekitar jam 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin yang dihubungi pula mengesahkan mengenai kes itu dan memaklumkan bahawa wang terbabit telahpun diserahkan kepada pemilik asalnya.

Mengulas lanjut, Ibrahim memuji kejujuran dan sikap amanah Bahar kerana tidak mengambil kesempatan walaupun menemui wang dengan jumlah yang agak besar sedemikian. - Sumber: The Borneo Post

Ahad, 8 Julai 2012

Apsense - Laman web sosial yang sangat bermanfaat kepada para usahawan

Kini, tidak dinafikan bahawa semakin ramai usahawan yang menggunakan internet sebagai medium menjana keuntungan dari perniagaan mereka. Kenapa tidak? ini kerana internet bukan sahaja pantas malah menyediakan banyak kemudahan terutamanya dari segi pemasaran yang lebih luas kepada para usahawan internet dalam memasarkan produk mereka. Mungkin ramai yang tak tahu akan kewujudan sebuah laman web sosial yang lebih kepada membantu mewujudkan satu jaringan sosial di kalangan usahawan, iaitu Apsense. Apakah sebenarnya Apsense ini?

Kebangkitan Jaringan Sosial
Pengasas Apsense memahami bahawa jaringan sosial telah menjadi penggerak utama kepada masa depan dunia internet. Seiringan dengan laman lain seperti Facebook, MySpace, Linkedin dan Blogger, Apsense juga adalah tempat untuk manusia berhubung antara satu sama lain. Banyak usahawan, tak kira besar atau kecil, telah menyedari akan kuasa jaringan sosial ini dan  telah meningkatkan penggunaannya dalam strategi pemasaran mereka. Pada masa hadapan, dijangka bilangan usahawan yang menggunakan kaedah sama akan meningkat secara mendadak. Dengan kombinasi pertumbuhan jaringan sosial dan jaminan perkembangan berbagai bentuk perniagaan, Apsense telah dicipta dan dikembangkan untuk kemudahan Jaringan Sosial perniagaan.

Asas Apsense
Apsense merupakan jaringan sosial perniagaan di mana usahawan-usahawan datang untuk berkongsi perniagaan mereka. Anda boleh berkomunikasi dengan mereka (sama seperti di Facebook dan Twitter) dan anda juga boleh menulis artikel dan RevPages mengenai perniagaan anda, mewujudkan kumpulan (Groups), serta membina jaringan sosial sulit (Connections). Terdapat juga add-ons yang boleh digunakan untuk mempromosikan perniagaan anda. Secara amnya, ahli-ahli dalam Apsense ini adalah mereka yang mempunyai minat yang sama iaitu perniagaan dan pemasaran (Business and Marketing).

Bagaimana Apsense berfungsi? 
Bina jaringan sosial peribadi anda. Bina senarai rakan. Sertai Business Interest Group, explore artikel, diskusi kumpulan, Revpages, dan promosikan bakat/kebolehan anda.  Bina perkongsian dan outsourced jobs.

Buat duit di Apsense
Ya, Apsense juga boleh dijadikan medan untuk anda menjana pendapatan. Jika anda ada kelebihan (Talent) tertentu terutamanya dalam bidang perniagaan internet seperti mempunyai mailing list yang banyak, kreatif membina surat pra-jualan, hebat menulis artikel, mempunyai pengaruh di twitter atau facebook, dan sebagainya, anda boleh menjual kebolehan anda itu. 

Contohnya, anda ada pengikut twitter puluhan ribu dan anda menawarkan $5 (minimum) untuk tweet apa saja yang dikehendaki oleh si pembeli. Atau, anda ada laman web dan menawarkan $5 untuk meletakkan link pembeli ke dalam laman web anda selama sebulan.  Selain itu, anda juga boleh menjana wang dari Solo Ad yang dihantar ke email anda. 

Kesimpulannya, Apsense merupakan satu laman jaringan sosial yang lebih kepada jaringan perniagaan dan pemasaran serta penjenamaan produk. Jika anda adalah seorang usahawan online atau offline, binalah jaringan anda di Apsense.