Boros Di Aralom: Berita Inspirasi
Memaparkan catatan dengan label Berita Inspirasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita Inspirasi. Papar semua catatan

Sabtu, 26 Januari 2013

17 Bulan Selesaikan Puzzle Jigsaw

Amanda  Warrington dengan jigsawnya
Wanita ini mengambil masa 17 bulan untuk selesaikan puzzle jigsaw ini.

Amanda Warrington, 50, yang berasal dari Yale, Bristol, mengambil masa sehingga 17 bulan untuk menyelesaikan puzzle jigsaw yang mengandungi sekitar 24,000 keping jigsaw. Ia sekaligus menjadi rekod Jigsaw terbesar di dunia.
Iklan Sisipan: Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Ahad, 13 Januari 2013

Gambar suami mengajar isterinya membaca jadi bualan

John sedang mengajar Linda mengeja
Sebuah foto menunjukkan seorang lelaki sedang mengajar isterinya atau mungkin temannnya menjadi bualan hangat di internet minggu ini. Banyak yang mengekspresikan gambar tersebut sebagai imej kasih sayang dan dedikasi.

Seorang pengguna Reddit bernama sho3, telah mengongsikan gambar tersebut dalam laman web sosial itu pada Khamis lalu dengan ayat "saya sedang duduk bersebelahan pasangan ini di Starbuck pagi tadi, lelaki tersebut bernama John sedang mengajar Linda mengenai huruf. Dia katakan bahawa Linda telah kehilangan memori dan sedang mempelajari semula bagaimana untuk mengeja. Inilah makna cinta, kesabaran dan saling memahami"

Foto tersebut telah dilihat sebanyak 1.4 juta kali. Ramai pengguna laman sosial tersebut mengatakan bahawa ianya telah memberi mereka makna yang sangat mendalam. Laporan ini dipetik dari laman The Huffington Post

Sabtu, 29 Disember 2012

Manusia paling tua berasal dari Jepun


Jiroemon Kimura kini dinobatkan sebagai manusia paling tua di dunia selepas kematian pemegang rekod terdahulu, Dina Manfredini, yang berasal dari Iowa, meninggal pada 17 Disember lalu ketika berusia 115 tahun.
Jiroemon Kimura manusia tertua
Kimura hanya 15 hari lebih muda daripada Manfredini dan merupakan lelaki ketiga tertua yang pernah direkodkan. Beliau lahir pada 19 April 1897 dan semasa adik beradik Wright mencipta kapal terbang, Kimura baru berusia enam tahun. Semasa manusia pertama terbang ke angkasa lepas, Yuri Gagarin, Kimura berusia 64 tahun.

Kimura menetap di Kyoto, Jepun, bersama keluarganya dan ulang tahun ke 115 beliau baru saja diraikan pada April lalu.

Ketika ditanya mengenai rahsianya berumur panjang, Kimura menjawab " Saya tidak tahu sebenarnya...mungkin semuanya itu berasal dari langit di atas saya. Saya sentiasa melihat langit di atas, itu adalah saya,".

Kimura mempunyai lima orang anak, 14 cucu, 25 cicit, dan 13 piut. 

Sumber: The Telegraph



Sisipan:
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Selasa, 17 Julai 2012

Bila kambing dijadikan harimau, inilah jadinya

Kambing ini telah digayakan ala-ala harimau. (link)
Nadimah Deprizio sedang mengenakan sentuhan terakhir kepada 'Tiger Sheep' miliknya sempena pertunjukan fesyen kambing berbiri yang julung kali diadakan di Glenarm Castle, Ireland Utara, sebagai sebahagian daripada acara dalam Festival Dalriada. - The Telegraph

Isnin, 16 Julai 2012

Lelaki tanpa kaki tawan puncak gunung

Lelaki tanpa kaki ini, Chen Zhou, meraikan kejayaannya menawan puncak Junji Peak di pergunungan Songshan yang terletak di Dengfeng, China. Chen Zhou hanya menggunakan kedua belah tangannya untuk mendaki puncak tersebut selama tujuh jam. Chen kehilangan kakinya selepas terjatuh dari keretapi ketika beliau berumur 13 tahun. - The Telegraph

Ahad, 15 Julai 2012

Buat swimming pool dalam bas mini

Memang kreatif mereka ini modify bas mini menjadi swimming pool. Dalam gambar di atas, Zhou Yuhang sedang bermandi di dalam kolam mandi yang telah dibuat oleh ayahnya di dalam bas mini mereka. Si bapa telah mengalihkan kerusi-kerusi dalam bas mini dan kemudiannya membalut ruang bas mini itu dengan plastik linen. - The Telegraph

Isnin, 9 Julai 2012

Pencari kotak terbuang terperanjat jumpa wang RM 133,300 - pulangkan pada polis

(sekadar gambar hiasan)
TAWAU: Seorang pencari kotak terbuang di sini terperanjat selepas mendapati salah satu kotak yang ditemuinya mengandungi wang tunai berjumlah RM133,300 sebaik membuka kotak terbabit di rumahnya di Batu 5 Jalan Apas.

Menurut lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pemandu lori, Bahar Rauf, 55, beliau seakan tidak percaya dengan kejadian itu hingga membuatkannya memanggil ahli keluarganya untuk mengesahkan wang tunai yang ditemuinya.

“Saya berasa pelik kerana kotak itu agak berat berbanding kotak lain, dan selepas membukanya pula saya terkejut kerana terdapat tiga bungkusan besar yang mengandungi wang tunai di dalamnya,” katanya di sini kelmarin. Menariknya, walaupun menemui wang dengan jumlah yang agak besar sedemikian, Bahar bertekad untuk menyerahkan wang itu kepada pihak polis di IPD Tawau pada Jumaat lepas untuk dikembalikan kepada pemilik asal.

Menceritakan pengalamannya pada hari kejadian dan rutin hariannya pula, beliau berkata dia sekadar menjalankan rutin hariannya mengelilingi pusat bandar mencari kotak-kotak terbuang untuk dijual pada hari berkenaan.

“Kotak-kotak kosong yang saya kutip dijual kepada kilang barangan lusuh sebagai pendapatan sampingan semenjak lima tahun lalu lagi,” katanya sambil mengakui rutin itu dilakukannya setiap kali habis waktu kerja sekitar jam 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin yang dihubungi pula mengesahkan mengenai kes itu dan memaklumkan bahawa wang terbabit telahpun diserahkan kepada pemilik asalnya.

Mengulas lanjut, Ibrahim memuji kejujuran dan sikap amanah Bahar kerana tidak mengambil kesempatan walaupun menemui wang dengan jumlah yang agak besar sedemikian. - Sumber: The Borneo Post

Sabtu, 7 Julai 2012

Panda-panda ini seronok bermain gelongsor


Sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap masalah haiwan yang hampir pupus ini, satu video telah dikeluarkan oleh sebuah pusat penjagaan Panda di Chengdu, China. Kelihatan beberapa ekor panda sedang bermain gelongsor papan dengan penuh keriangan. - Sumber: The Telegraph


Jumaat, 13 April 2012

Gambar-gambar lelaki cacat mahu menawan Gunung Everest | The Walking Wounded

Lelaki ini, Private Jaco van Gass, merupakan bekas tentera yang telah kehilangan tangannya dalam satu peristiwa pengeboman di Afghanistan pada tahun 2009. Walaupun kini hidup tanpa tangan kiri namun keazamannya terus membara untuk mendaki dan menawan Gunung Everest, gunung tertinggi di dunia. Berikut merupakan antara gambar-gambar yang dipetik dari laman web The Telegraph menunjukkan semangat juang van Gass. 
van Gass sedang menguji peralatan pendakian yang direka khas untuknnya.



Van Gass mendahului kumpulan tersebut dalam perjalanan

Antara laluan menuju ke Gunung Everest di Nepal

van Gass sedang membuat persiapan sebelum pendakian.

Kumpulan walking with the wound.
Sebenarnya, bukan van Gass seorang sahaja yang 'kurang upaya' di dalam pengembaraan mendaki Gunung Everest tersebut. Dia turut disertai oleh rakan-rakan seperjuangan dalam perang Afghanistan yang juga turut cedera. Sebab itulah pendakian mereka ini dipanggil 'Walking with the Wounded'. (link)

Kasino på nett

Khamis, 5 April 2012

Face transplant patient reveals his feeling one year after | before and after images


Wiens bafore and after the face transplant

One year after having a full face transplant, Dallas Wiens reveals how he cried when he was able to feel his 4-year-old daughters kiss him on the cheek.

Speaking at a press conference at Brigham and Women's Hospital in Boston, Mr Wiens said he has more facial mobility than he ever expected a year on from receiving the first full face transplant in the United States.
Wiens speaks out 
In 2008 Wiens was severely injured when he was painting a church. Most of his face was burned off and he was blinded when his head touched a power line.

Asked by a reporter about how the transplant had affected his relationship with his young daughter, Mr Wiens revealed his tears of joy at feeling her kiss him on the cheek.

"I know that the first time that she kissed me on the lower part of my cheek, which is one of the first places that came back, with full sensation or mostly full sensation and I felt it, I stilled myself until she walked back into the kitchen where she was. She just ran in to give me a kiss. As soon as she did I broke into tears. Tears of joy obviously at just how amazing that was after so long of not being able to feel her," he said.

The transplant team said Mr Wiens' recovery is progressing remarkably well and they expect him to improve. He is continuing rehabilitation therapy in Texas, where he lives with his daughter.

Read the rest of the story at The Telegraph

"With God, all things are possible" what a tragic touching story.

Kasino på nett

Rabu, 29 Februari 2012

Cerita Inspirasi: Ambil Anak Itu


Suatu ketika dulu, ada seorang lelaki yang sangat kaya dan mempunyai seorang anak lelaki yang setia. Mereka berdua mempunyai minat yang mendalam dalam mengumpulkan hasil seni. Mereka kerap ke luar negara dan membeli hasil-hasil seni terbaik. Rumah mereka dihiasi dengan pelbagai lukisan menakjubkan hasil seni karyawan ternama seperti Picasso, VanGogh, Monet, dan banyak lagi.

Lelaki kaya berstatus duda tersebut melihat anaknya dengan penuh kepuasan kerana telah mewarisi minat yang sama dengannya. Kebolehan anaknya  itu dalam berurusniaga dengan para karyawan seluruh dunia sangat disanjung oleh bapanya.

Namun ketika musim sejuk kian tiba, negara mereka terlibat dengan peperangan. Si anak terpaksa meninggalkan bapanya untuk berkhidmat kepada negara. Beberapa minggu selepas si anak pergi, si bapa telah menerima telegram yang menyatakan bahawa anaknya telah hilang semasa berperang. Si bapa terus menunggu setiap hari berita baru mengenai anaknya dengan perasaan penuh kebimbangan. Beberapa hari kemudian, kebimbangan si bapa menjadi nyata apabila anaknya disahkan mati ketika sedang dirawat oleh pasukan perubatan selepas cedera parah.

Dengan keadaan penuh kesedihan dan kesunyian, si bapa menyambut perayaan Krismas  dalam keadaan tidak tentu hala. Sebelum ini, si bapa tersebut sering menyambut Krismas bersama anaknya dengan penuh kegembiraan. Pada pagi Krismas, si bapa terbangun daripada tidur tatkala pintu rumahnya diketuk. Semasa si bapa berjalan ke arah pintu, dia teringat akan anaknya selepas melihat lukisan-lukisan indah yang tergantung di dinding rumahnya. Si bapa kemudiannya membuka pintu rumah dan disapa oleh seorang askar yang membawa sebuah bungkusan besar.

Askar tersebut memperkenalkan dirinya dan berkata "saya adalah sahabat baik kepada anak bapa. Sayalah orang yang diselamatkan oleh anak anda ketika dia menemui saat kematiannya. Boleh saya masuk? saya ada sesuatu untuk ditunjukkan kepada anda." Mereka pun masuk ke dalam dan berbual. Askar tersebut mengatakan setiap perkara yang diceritakan oleh anaknya betapa dia dan bapanya sangat kagum dengan hasil karya yang menarik. "saya juga seorang karyawan," kata askar itu, "dan saya ingin memberikan ini kepada bapa." Ketika si bapa mula membuka bungkisan tersebut, dia melihat satu lakaran potret anaknya. Potret tersebut sangat teliti seninya dan sangat indah.

Selepas emosi si bapa reda, dia mengucapkan terima kasih kepada askar tersebut dan berjanji untuk menggantungkan potret tersebut di tempat terbaik dalam rumahnya iaitu di atas ungun api. Beberapa jam kemudian, selepas askar itu pergi, si bapa terus menggantungkan potret tersebut di tempat terbaik dalam rumahnya dan menyingkirkan lukisan-lukisan lain yang terbaik yang menghalang potret tersebut. Si bapa kemudiannya duduk sambil memperhatikan hadiah Krismas tersebut dengan penuh asyik.

Beberapa minggu kemudian, si bapa mula berfikir bahawa anaknya telah menyelamatkan banyak askar yang tercedera dalam peperangan sebelum menemui ajal selepas dadanya ditembusi dengan tembakan peluru. Semakin hari semakin banyak cerita mengenai anaknya yang telah menolong ramai askar didengarinya. Sebagai seorang ayah, perasaan bangga dan puas mula menyelubungi jiwanya yang sedang bersedih. Si bapa mulai sedar bahawa walaupun anaknya sudah meninggal, roh anaknya masih hidup kerana banyak orang yang tersentuh dengan kebaikannya. Potret anaknya itu menjadi harta yang tidak ternilai baginya. Si bapa juga turrut memberitahu rakan tetangganya bahawa potret tersebut adalah yang paling bernilai dan hadiah paling indah dalam hidupnya.

Ketika musim luruh tiba, si bapa menderita sakit dan kemudiannya mati dan meninggalkan banyak karya yang bernilai tinggi. Oleh kerana tiada pewaris kepada seluruh harta si bapa ini, maka semua hartanya terpaksa dilelongkan. Pada hari perlelongan, banyak pengumpul karya yang datang dari seluruh dunia dengan niat untuk memiliki karya-karya ternama milik si bapa tersebut. Ini kerana karya-karya yang dimilikinya tidak terdapa di mana-mana muzium di dunia.

Lelongan pun dimulakan dengan sebuah lukisan yang bukan menjadi tarikan mana-mana pengumpul yang hadir. Si tukang lelong mula membuka lelongan tetapi bilik tersebut sepi. Tidak ada seorang pun yang berkenan dengan lukisan tersebut.

"Siapa yang mahu mulakan lelongan dengan $100?" katanya. Selepas beberapa ketika, masih tidak terdapat respon. Kemudian terdapat satu suara mengatakan "siapa yang peduli dengan lukisan itu? ianya hanya sebuah lukisan potret anak pemiliknya. Mari lupakannya dan mulakan lelongan dengan barangan yang lain." Ianya disambut oleh beberapa suara lain sebagai tanda mempersetujuinnya. Tapi jawab si tukang lelong itu, "kita perlu menjual potret ini terlebih dahulu sebelum melelongkan barang lain. Jadi, ada tak sesiapa yang mahu membeli potret si anak ini?" Akhirnya seorang sahabat daripada si bapa tersebut pun bersuara. "Boleh tak saya dapatkan potret tersebut dengan harga $10? Itu saja yang saya ada." Si tukan lelong pun menjawab "ada tak sesiapa yang mahu menawarkan harga lebih tinggi?". Suasana diam sahaja. "Dengan kiraan satu, dua..tamat!". Suasana menjadi meriah semula dan sesorang pun bersuara, "sekarang mari mulakan lelongan terhadap harta karun yang lain!"

Si tukang lelong melihat para hadirin dan mengumumkan bahawa lelongan telah berakhir. Para hadirin tersentak dengan penuh kehairanan. Kemudian ada yang bersuara, "apa yang kamu maksudkan tentang ianya sudah berakhir? Kami bukan datang sini untuk membeli potret anak itu! bagaimana dengan lukisan-lukisan berharga jutaan dolar yang lain? Kami mahukan penjelasan!" Si tukan lelong kemudiannya menjawab, "mudah sahaja. Menurut wasiat si bapa, sesiapa sahaja yang mengambil anak itu...dia mendapat semuanya,"

Para pengumpul seni mempelajari sesuatu pada hari tersebut. Mesejnya masih sama...kasih seorang Bapa...seorang Bapa yang mana anaknya telah mati untuk orang lain...dan kerana kasih Bapa tersebut...sesiapa yang mengambil anaknya akan mendapat segalanya.