Boros Di Aralom

Rabu, 29 Mei 2024

Bekas pemain Manchester United persoal sikap dunia terhadap kekejaman Israel

 Lagenda bola sepak Manchester United, Eric Cantona berang tindakan pihak menidakkan genosid berlaku kepada rakyat Palestin.

Eric Cantona


ANKARA: Legenda Manchester United dan bekas pemain bola sepak Perancis, Eric Cantona mempertikaikan sikap dunia terhadap Israel, dengan berkata: “Adakah masih ada yang mempertahankan penjenayah ini,” dan tidak menggelarkan tindakan itu sebagai ‘genosid’, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Adakah masih ada yang mempertahankan penjenayah ini? Adakah masih ada yang tidak akan mengutuk penjenayah ini? Adakah masih ada negara yang terus membekalkan senjata untuk penjenayah ini? Adakah masih ada yang tidak akan menyebut ini sebagai genosid? Adakah masih ada yang tidak akan menitiskan air mata menghadapi kekejaman sedemikian?” catat Cantona, 58, dalam hantaran di Instagram.

Serangan Israel ke atas Rafah pada Ahad, mengakibatkan sekurang-kurangnya 45 rakyat Palestin terbunuh dan 250 lagi cedera, telah mendapat kecaman meluas daripada komuniti antarabangsa, termasuk menteri luar dari tiga negara Eropah, yang menekankan keperluan gencatan senjata kekal dan penyelesaian dua negara.

Israel telah membunuh lebih 36,000 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza sejak serangan rentas sempadan oleh kumpulan Palestin, Hamas pada 7 Okt tahun lalu.

Cantona yang terkenal menyokong Palestin, memiliki rekod permainan terbanyak untuk Manchester United pada 1992-1997.

Bekas pemain ini adalah lima kali juara Liga Perdana Inggeris. Beliau memenangi empat gelaran Liga Perdana dengan Manchester United dan satu lagi dengan Leeds United.

Cantona adalah juara liga Perancis pada 1989 dan 1991 semasa bermain untuk Olympique Marseille.

Cantona bersara dari bola sepak pada 1997 ketika berusia 30 tahun.  


(Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/dunia/2024/05/29/eric-cantona-persoal-sikap-dunia-terhadap-kekejaman-israel/ 


Sabtu, 4 Disember 2021

Covid-19 | Kes pertama Omicron dikesan di Malaysia

Selepas Singapura, Malaysia pula melaporkan kes pertama varian Omicron di rantau Asia Tenggara.


Pada 2-Disember lalu, Kes tersebut dikesan pada seorang pelajar wanita berusia 19 tahun yang baru kembali ke Malaysia selepas pulang melawat keluarganya di Afrika Selatan. Pelajar tersebut tiba melalui Singapura pada 19-November sebelum Afrika Selatan mencatatkan kes Omicron pertama pada 24-November lalu. Pada masa yang sama, kementerian mewajibkan semua pelawat dari negara yg berisiko tinggi diwajibkan memakai alat pengesan khas sepanjang tempoh kuarantin.

Pelajar tersebut sudah lengkap divaksin Pfizer dan tidak menunjukkan sebaran simptom sepanjang 10 hari kuarantin.


Negara jiran Singapura melaporkan dua kes Omicron awal Khamis lalu. Variant ini telah merebak ke lebih 30 negara dalam kurang 1 minggu selepas pertama dikesan di Afrika Selatan. 


Sumber

https://www.benarnews.org/english/news/malaysian/covid-variant-12032021135414.html