Boros Di Aralom: Edisi Awesome
Memaparkan catatan dengan label Edisi Awesome. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Edisi Awesome. Papar semua catatan

Selasa, 14 Februari 2017

Inikah yang dikatakan cinta sejati? Makin tua makin sayang..

Cinta itu sangat subjektif...ada yang bersifat sementara, ada yang berpura-pura malah ada yang main paksa. Tapi di sebalik segala kepalsuan cinta tesebut, pasti ada sejenis cinta yang benar-benar sejati iaitu kasih Tuhan.

But in this post, saya tak nak cerita panjang pasal cinta...biar gambar berbicara. Pasangan-pasangan yang sudah berusia ini bisa saja menunjukkan kepada kita sekalian bahawa cinta tidak pernah pudar dimamah usia malah ia semakin utuh. sweet gitu!!
Tan Xianwu, 94, sedang membantu menyikat rambut isterinya yang berumur 93 tahun. 


Seorang tukang sapu sedang membantu isterinya yang mengalami masalah penglihatan untuk pulang ke rumah.


 Si suami sendang membantu memotong kuku isterinya.


Seorang wanita tua sedang menyuapkan kek ke mulut suaminya yang menyambut hari jadi ke 105 tahun. Pasangan ini telah hidup bersama selama 81 tahun. 


Li Furong, 82, sedang mencuci kaki isterinya, Zhang Xilian, 88, di Yongji, Northwest China’s Shanxi Province


Some says that these are their kind of 'relationship goal' gitu...anyway, sempena tarikh hari ini, saya ucapkan Happy Valentine Day..bagi yang meraikannya saja..

Lagi info menarik:

Rabu, 3 Ogos 2016

Tutorial aplikasi 'Share It' dari budak umur 5 tahun

Seperti kebiasaannya, sampai saja di rumah, saya akan disambut riang oleh anak buah yang berumur 5 tahun. Dia siap menunggu di pintu rumah sambil tersengih-sengih. Memang sah ada maksud tersirat di sebalik senyuman manisnya tu. Disebabkan anak buah saya ni terlalu kerap bermain dengan smartphone, maka bapanya mengambil keputusan tegas dengan menyembunyikan smartphone tak terpakai kat rumah. Kedua ibu bapanya pun tak bagi pinjam smartphone milik mereka. Kalau anak buah saya ambil secara sembunyi-sembunyi, memang kena denda lah..

Maka sejak itu (beberapa bulan lalu), anak buah saya ni hanya berharap dapat main dengan smartphone milik saya saja. Tapi kena tunggu saya balik dari kerja dulu lah. Saya start kerja jam 8pagi dan habis pada jam 5pm (office hour kat Sabah) dan sampai rumah sekitar jam 6pm gitu. Maka sesampainya saja kat rumah, anak buah saya tu pun mula lah jual muka kesian depan saya sampai saya pun  rasa kesian kat dia. So, bila saja dia kata "pinjam henfon..." dengan nada merayu, maka saya pun bagi lah pinjam. Dengan syarat, tak boleh pasang internet dan tak boleh download-download games..dia pun jawab lah "bah!!"  (maksudnya, "okay!"). Dan memang dia menurut perintah. 

Pernah sekali tu, mungkin dia dah bosan dengan game lumba kerita yang ada kat smartphone saya tu, maka dia pun install lah game baru..bila saya dapat tahu yang dia install game baru, saya pun marah lah sambil tuduh-tuduh dia pasang internet. Dengan nada tidak puas hati..anak buah saya pun balas lah kata-kata saya tu.
Saya: Kau pasang internet kah!! saya bilang jangan pasang (sambil marah-marah) 
Anak buah 5 tahun: Mana ada! saya tidak pasang internet bah!! (nada tidak puas hati) 
Saya: kalau tidak pasang, macam mana boleh install game baru? 
Anak buah 5 tahun: Tidak payah internet bah..bulih juga install game.. 
Saya: Macam mana? kasi tunjuk saya 
Anak buah 5 tahun: Nah...guna 'Share It' sama henfon mammy!!

Papp!! terus saya tepuk dahi sendiri..saya pun tak pernah tahu pasal ni aplikasi 'Share It' apalagi menggunakannya. Maka dengan perasaan berbaur tidak puas hati..saya pun suruh anak buah saya tunjukkan cara install game dengan menggunakan aplikasi ini...betulkah apa yang dia cakap tu. So, dengan yakin anak buah saya ini ambil henfon mammynya dan tunjuk kat saya steps transfer file dan install game dari henfon orang lain ke henfon kita. Fuh!! memang sangat details penerangannya. Dan memang betul, tak perlu pasang internet pun dah boleh install aplikasi. Yang penting, aplikasi itu ada kat henfon orang lain tu. 
Share It icon
Selepase selesainya sesi tutorial aplikasi 'Shere It' dengan anak buah saya yang berumur 5 tahun ini, saya pun tanya lah dia, siapa yang ajar guna app 'Share It' tersebut..dia pun jawab, kawan dia yang tunjuk (sambil sebut nama kawannya)..hati saya tertawa kecil..saya kenal dengan nama tu..kawan dia tu pun budak baru berumur 5 tahun..haha..

Budak-budak sekarang memang dah celik guna smartphone. Lebih celik dari kebanyakkan orang dewasa.

Lagi Info Menarik:

Ahad, 24 April 2016

5 Sebab kenapa saya tolak tawaran percutian ke Brazil ini

Fuh..bosan pula ni duduk petang-petang kat rumah. Tak tau nak buat apa, tiba-tiba terpikir nak update blog yang sudah lama terlantar kat ICU ni. Terlalu lama tak update. Huhu...kesian..

Kali ni saya tak nak cerita banyak. Cuma nak bagi pendapat separuh tiang jer pasal kontes 100plus yang bagi hadiah percutian ke Brazil tu. Jika diberi pilihan, mana satukah yang korang nak? Percutian seminggu ke Brazil atau duit tunai RM10,000?

Okay, simple choice. Saya tolak tawaran percutian ke Brazil dan Saya pilih duit RM10,000...kalau lah ada nasib yer. Kenapa? Ini sebabnya.

1. Saya tak der duit.
2. Saya tak suka melancong jauh-jauh kalau bajet tak cukup.
3. Saya nak buat modal meniaga.
4. Kalau dah ada untung meniaga nanti, jangankan Brazil, Argentina Chile Hawaii sekali aku pergi.
5. Saya malas melancong kalau banyak member yang ikut..rimass. Style backpacking lagi syok!
6. Brazil? Not in my bucket 'travel to' list.

Ini sekadar pendapat peribadi saja. Of course setiap orang ada pilihan tersendiri. Kan kan kan..lantak lah korang nak pilih mana satu. Yang penting, korang join kontest 100Plus tue.

Huh! Macam angan-angan Mat Jenin pula saya rasa ketika menulis entri ini. Hahaha..

K..bai. Selamat petang. Jangan lupa tengok si musang Leicester City malam ni yer.

Lagi info menarik:
~ Nah! Mereka pun ada merepek benda lain pasal Brazil dan duit RM10ribu ..tengoklah

Khamis, 14 April 2016

Wow! Gorilla ini boleh menari balet dengan gayanya

Whoa..anak gorilla ini memang berbakat besar! Siap menari tarian balet lagi tau.


Seorang pelancong bernama Helen Fairhead tidak melepaskan peluang untuk merakam seekor anak gorilla yang tanpa segan silu menggayakan tarian balet. Anak gorilla bernama Lope itu baru sahaja berumur tiga tahun.

Korang boleh tengok video anak gorilla menari tarian balet ini di SINI

Lagi Info menarik:

Ahad, 3 April 2016

Wow, memang serupa! Lelaki ini bina robot menyerupai actress seksi Scarlett Johansson

Korang kenal tak dengan actress jelita Hollywood bernama Scarlette Johansson? Huh..kalau korang ni peminat filem aksi Avengers..memang pasti korang kenal. Bagi yang tak kenal..ni hang belanja gambar sebenar Scarlett Johansson.
Scarlett Johansson (sumber: mr google)
Mungkin disebabkan kecantikan dan populariti Scarlett ini, seorang lelaki dari Hong Kong sanggup berbelanja ratusan ribu ringgit semata-mata untuk membina robot yang menyerupai pelakon jelita tersebut. Ricky Ma, 42, bukan sahaja berjaya menghasilkan robot yang persis menyerupai Scarlette malah turut berjaya membuatkan robot bernama Mark 1 itu berkata-kata.
Mark 1 menyerupai Scarlett (sumber)
Menurut sumber, Ricky Ma telah membelanjakan lebih $50,000 (sekitar RM200,000) untuk menghasilkan robot tersebut dalam tempoh setahun setengah. Dia menggunakan rangka yang dicetak dalam bentuk 3D sebelum membuat lapisan silikon yang berfungsi sebagai kulit luaran robot tersebut. Menurut Ricky, dia memang meminati dunia robotik sejak dari kecil dan kini dia berpuas hati apabila cita-citanya untuk menghasilkan robot tercapai.
Ricky dengan robot Scarlett
Jika diamati secara kasar, memang robot yang menyerupai Scarlett Johansson ini tidak jauh beza dari Scarlett yang sebenar. Ianya boleh bergerak seakan akan seperti manusia dan boleh pula berkata-kata. 
The real Scarlette
Wah...jangan saja tetiba ada yang masuk angin kat otak dan jatuh cinta dengan robot ini. Entah aktres mana pula yang bakal dibuatnya menjadi robot lepas ini yer? 

Khamis, 31 Mac 2016

Usahawan lemonade ini baru berusia 11 tahun tapi sudah menjadi jutawan

Budak perempuan berusia 11 tahun ini berkemungkinan besar adalah lebih maju dan lebih kaya raya daripada anda. Langkahnya bermula dari bawah dengan hanya menjual jus lemon di gerai kecil. Namun, berkat kesungguhan, kerja keras dan azam yang tinggi, Mikaila Ulmer kini berjaya menembusi pasaran seluruh negara Amerika apabila sebuah syarikat rantaian Whole Foods bersetuju untuk memasarkan produknya yang bernama 'Bee Sweet' itu di kesemua 55 kedai mereka di US. Dianggarkan bahwa hasil keuntungan dari kerjasama ini adalah bernilai jutaan dolar. Fuyoo!!
Mikaila Ulmer, usahawan jus madu lemon (sumber)
Usahawan cilik ini menggunakan daun pudina, madu dan beberapa bahan lain untuk resipi jus lemon yang dipelajari dari neneknya. Sebahagian daripada keuntungan yang diperolehi akan disumbangkan ke badan-badan kebajikan yang bertangggungjawab dalam memelihara dan memulihara lebah. Wah..budak kecik pun dah boleh fikir sejauh ini yer.

Mikaila senang menggelar dirinya sebagai Bee Embassador atau Duta Lebah. Produknya mula mendapat perhatian ketika dia muncul dalam program Shark Tank terbitan ABC. Mikaila memenangi hadiah berupa tajaan bernilai $60,000 menerusi program ini untuk membantu mengembangkan perniagaannya.

Idea untuk memulakan perniagaan jus lemonade ini timbul ketika Mikaila berusia 4 tahun selepas disengat lebah sebanyak dua kali. Bermula dari detik itulah Mikaila mula menunjukkan minat terhadap lebah, mengapa lebah menyegat dan tertarik dengan fungsi lebah terhadap keseimbangan ekosistem. Katanya, "saya tidak suka disengat lebah. Ianya menakutkan. Tapi sesuatu yang pelik berlaku selepas itu di mana saya menjadi begitu tertarik dengan lebah. Saya belajar apa yang lebah boleh bantu dalam kehidupan saya. Jadi saya berfikir, apa kata saya lakukan pula sesuatu yang boleh membantu lebah-lebah madu ini dengan menggunakan resipi nenek sya?"

Selain daripada kejayaan dalam Shark Tank, Mikaila turut berpeluang berjumpa dengan presiden US, Barrack Obama serta menghidangkan jus lemon buatannya itu. Mikaila turut memenangi beberapa anugerah lain seperti anugerah African American Harvest Foundation Story Changer, hasil daripada kejayaannya itu.
Antar produk Bee Sweet Lemonade milik Mikaila
Apabila ditanya bagaimana Mikaila menyeimbangkan di antara pelajaran dan perniagaannya itu, dia menyatakan bahawa dia akan menjalankan perniagaannya selepas waktu sekolah dan sesudah menyiapkan tugasan sekolahnya selain pada hujung minggu dan ketika musim cuti sekolah. 

Wah...real inspirational story. Baru berumur 11 tahun tapi sudah memiliki perniagaan sebesar ini. One real simple rule in entrepreneur is...you must enjoy and passionate about what you are doing!! Mikaila ada cakap,"There are not too many times I feel stressed"..maksudnya, dia enjoy akan apa yang dia buat dan bukan meletakkan keuntungan sebagai matlamat utama. Bukan duit yang mendorong dia melakukan pernigaan ini tetapi disebabkan dia passionate pada lebah. Berapa banyak antara kita yang memilik passion terhadap sesuatu benda ketika berumur 4 tahun? Ada...tapi tak banyak.

Lagi Info Menarik:

Rabu, 2 Disember 2015

Rakaman Video ujibakat Daniel Radcliffe untuk Harry Potter ketika kecil

Korang dah tengok rakaman video ujibakat Daniel Radcliffe untuk Harry Potter ketika dia masih kecil ini? Memang comel. Mukanya umpama sangat 'innocent' gitu..no wonder lah kenapa Chris Colombus terpikat dengan Daniel untuk membintangi filem sepanjang zaman, Harry Potter, arahannya.


Klip video ini mula tersebat melalui laman Youtube. Dalam klip video singkat tersebut, Daniel sedang berbicara mengenai naga dan batu sakti.
Daniel Radcliffe kini berusia 26 tahun
Pada mulanya, ibu bapa Daniel sebenarnya tidak bersetuju dengan tawaran terhadap anak mereka untuk membintangi filem Harry Potter tersebut disebabkan lokasi penggambaran dilakukan di Los Angeles. Namun pengarahnya terpaksa akur dan bersetuju untuk menjalankan penggambaran di UK.

Lagi Info: Jom lihat siapa lelaki yang buat magik kat konsert Britney Spears ni..dia nak datang Malaysia tau! 


Sabtu, 14 November 2015

Lagi penemuan pelik di planet Marikh, seekor tikus gergasi

Saban hari, kita sering dihidangkan dengan berita-berita atau penemuan-penemuan baru yang kononnya diperoleh dari planet merah atau lebih dikenali sebagai planet Marikh.

Sebelum ini, hangat diperkatakan mengenai penemuan alien di planet Marikh tapi tak tau ianya benda hidup atau benda mati. Terkini, satu lagi foto dari NASA menunjukkan penemuan baru iaitu seekor tikus gergasi.
Objek menyerupai tikus gergasi ditemui di Marikh
Dari foto tersebut, agak jelas yang ianya menyerupai seekor tikus dan agak jelas juga yang ianya adalah batuan yang menyerupai tikus. Kat bumi ini pun banyak juga batuan yang menyerupai benda hidup. Jadi apa yang nak dihairankan sangat? 


Jadi, sehingga kini masih belum ada bukti-bukti kukuh yang menyatakan bahawa terdapat hidupan yang mendiami planet Marikh. Walaupun ada penemuan terbaru yang menyatakan bahawa terdapatnya sumber air di planet tersebut namun tak ada penemuan sahih lagi tentang hidupan bernyawa.


Jumaat, 13 November 2015

Indonesia rancang guna buaya hidup untuk mengawal penjara

Indonesia merupakan salah satu negara yang mempunyai undang-undang paling ketat dalam memerangi penyalah-gunaan dadah. Sehingga kini, Indonesia memang tidak teragak-agak untuk memberi hukuman tembak sampai mati terhadap pesalah-pesalah yang terlibat dengan pengedaran dadah.
Sekadar gambar hiasan
Namun di sebalik undang-undang ketat ini, Indonesia juga mempunyai masalah penjaga penjara yang dikatakan mudah diberi rasuah sehingga ramai banduan boleh bolos dari penjara dengan mudah. Jadi, untuk mengelakkan masalah ini terus berlaku, pihak penguasa penjara Indonesia kini merancang untuk menggunakan buaya hidup untuk mengawal penjara.

Menurut ketua agensi anti-dadah Indonesia, Budi Waseso, menjadikan buaya sebagai pengawal penjara mampu mengelakkan banduan daripada terlepas dengan mudah. Ini kerana buaya tidak akan menerima rasuah. - Metro

P/S: Selain buaya, apa kata letak sekali harimau sumatera..tentu para banduan fikir seribu kali nak bolos penjara. 

Ahad, 8 November 2015

Hebat! Lelaki ini mampu menyembuhkan orang buta dalam masa 5 minit

Hebat dan menakjubkan! Jika anda sedang bergelut dengan masalah penglihatan atau pun mempunyai saudara mara dan sahabat handai yang buta, mungkin boleh dirujuk kepada lelaki ini untuk mendapatkan rawatan. Bukan sahaja pantas malah hasil rawatannya juga sangat memuaskan sehingga doktor pakar dari negara Barat juga sangat kagum.

Lelaki dari Nepal bernama Dr. Ruit ini dilaporkan telah menyembuhkan lebih 120,000 pesakit buta dengan jayanya. Apa yang lebih menarik lagi ialah dia hanya mengenakan bayaran serendah RM100 atau USD25 untuk satu mata. Kos ini adalah beratus kali ganda lebih murah jika dibandingkan dengan kos rawatan di negara Barat.

Rawatan yang dilakukan oleh Dr. Ruit ini menggunakan kaedah tradisional dan modern. Kebanyakkan pesakit yang datang kepadanya mempunyai masalah katarak yang teruk sehingga tidak mampu melihat lagi namun dengan sentuhan ajaibnya, para pesakit ini mampu melihat dengan jelas semula dalam masa 24 jam selepas menjalani pembedahan selama lima minit.

Antara pesakit Dr. Ruit yang bersorak gembira selepas mampu melihat semula
Dr. Ruit datang dari keluarga miskin di pedalaman Nepal dan telah melanjutkan pelajarannya dalam bidang Ophthalmology di India. Disebabkan latar belakang hidup nya ini, dia telah bertekad untuk membantu sebanyak mana pesakit yang boleh dibantu pada kadar yang sangat rendah.

Kini, kaedah pembedahan yang lebih dikenali sebagai 'Nepal Method' ini telah mendapat perhatian pakar dari Barat dan ramai pakar yang datang berguru dengan Dr. Ruit. Ini kerana Dr.Ruit hanya menggunakan mesin-mesin perubatan asas yang fungsinya setanding dengan mesin-mesin mahal dan canggih yang banyak digunakan di hospital besar.

Inilah yang dinamakan sebagai doktor sebenar. Merawat bukan kerana wang tapi merawat kerana tanggungjawab kemanusiaan. Tak ramai doktor seperti Dr,Ruit pada zaman sekarang.

Rabu, 22 Julai 2015

10 Ciri Lelaki Idaman Wanita


Adakah anda memiliki ciri-ciri lelaki yang menjadi idaman para wanita kat luar sana? Selain memiliki wajah yang tampan, wanita juga mengidamkan lelaki yang mempunyai ciri-ciri idaman seperti berikut.

10 Ciri lelaki idaman wanita.

1. Sopan santun. Bercakap dengan sopan dan tidak meninggikan suara sesuka hati terutamanya dengan orang yang lebih tua. Serta menjaga tatasusila bila berada di tempat awam.

2. Berpakaian kemas. Bila lelaki berpakaian kemas, dia akan kelihatan lebih macho dan matang. 

3. Ambil berat. Ramai wanita suka pada lelaki yang mengambil berat tentang orang lain serta menjadi pendengar yang baik. Cuba anda uji si dia dengan mengadu masalah anda samada  ditempat kerja atau lain-lain. Kalau si dia buat tidak endah, tinggalkan dia dan cari lelaki lain

4. Bersikap senonoh. Kita biasa nampak lelaki yang suka sendawa atau kentut tak tentu tempat. Bila si wanita bersama dengan lelaki yang tak tahu bersikap senonoh macam ini, mesti dia akan rasa malu.

5. Mudah minta maaf. Bila dia buat salah, dia akan mengakui kesalahannya dan meminta maaf. Lelaki macam ini memang mudah mendapat tempat di hati para wanita.

6. Tidak merokok. Ramai lelaki yang merasa diri mereka macho dan segak bila memegang rokok di jari. Tapi harus diingat, ramai wanita tidak suka apabila pasangan mereka merokok. 

7. Bijak. Lelaki yang bijak bukan sahaja diukur dari segi pencapaian akademiknya malah juga diukur dari segi bagaimana dia berhadapan dengan masalah hidup. Wanita lebih suka pada lelaki yang sentiasa berfikiran positif dan boleh menyelesaikan masalah dengan baik. Termasuklah cepat memahami kehendak hati wanita.

8.  Penyanyang. Sentiasa mengambil berat tentang pasangannya. Bukan sahaja terhadap pasangan malah juga terhadap orang lain dan binatang. Kalau si lelaki memiliki haiwan peliharaan, dia akan kelihatan lebih comel.

9. Berkerjaya dan berwawasan. Jika anda seorang lelaki yang memiliki kerjaya sendiri, memang mudah nak cari pasangan. Sebab, ramai wanita akan memilih lelaki yang stabil dari segi kewangan untuk dijadikan teman hidup. 

10. Beriman. Tidak suka hidup berfoya-foya malah patuh terhadap suruhan agama. Lelaki macam ini memang top di hati para wanita soleh.

Demikianlah ciri-ciri lelaki idaman wanita. Semoga tips ini dapat membantu anda menjadi lelaki sejati idaman para wanita kat luar sana.

Sabtu, 18 Julai 2015

Cara beli kereta baru tanpa deposit tanpa interest

Nak beli kereta baru? Kala ada bajet cukup, memang no problem la kan. Macam-macam kereta korang boleh beli. Contohnya Vokswagon Polo ni. Harga boleh tahan juga.

Dan yang paling best, sekarang ni Volkswagon tengah rancak dengan promosi Raya 0 Down payment 0 interest. Malah boleh jimat lebih RM50,000 kalau nak beli kereta baru. Fuyoo...

Cara beli kereta baru tanpa deposit dan tanpa interest. Terjah saja laman web Volkswagon Malaysia ni. Semua info ada kat sana.

Tadi, terdetik juga hati gua nak rembat satu Polo Sedan..tapi apakan daya, gua tetap sayang pada yang satu sedang parking kat luar rumah tu.

Rabu, 29 Oktober 2014

Inilah dia pesawat masa depan tanpa tingkap..anda seakan dikelilingi angkasa

Pesawat komersil masa depan yang dipaparkan ini seolah-olah gambaran masa hadapan yang mungkin membuatkan sesetengah orang kagum.

Bagaimanapun, jika semuanya menjadi kenyataan, ia mungkin menimbulkan ketakutan terhadap mereka yang kurang gemar menaiki kapal terbang.

Tapi, apa yang cuba ditengahkan ialah sebuah pesawat masa depan yang tidak mempunyai tingkap yang membolehkan penumpang melihat awan, langit, gunung dan laut serta dilengkapi pelbagai kemudahan digital dan akses tanpa wayar tanpa batas.

Pesawat komersil generasi akan datang yang dicadangkan ini mungkin menyaksikan tingkap digantikan dengan skrin penuh yang membolehkan penumpang melihat pemandangan luar. Malah, penumpang juga boleh menghidup atau mematikan skrin paparan di tempat duduk mereka mengikut kehendak masing-masing serta melayari Internet.
Keadaan di dalam pesawat tanpa tingkap (via CPI)
Konsep awal pesawat tanpa tingkap adalah idea sebuah organisasi yang bekerjasama dengan beberapa syarikat di England untuk menghasilkan produk baru dikenali sebagai Centre for Process Innovation (CPI). Direka berdasarkan teknologi yang digunakan telefon bimbit dan televisyen, CPI membayangkan bagaimana skrin definisi tinggi yang ringan dan besar berupaya memaparkan imej yang dirakam kamera di luar pesawat.
“Skrin akan diperbuat daripada diod cahaya organik atau OLED yang fleksibel seperti yang diperkenalkan syarikat elektronik LG, baru-baru ini.

“Jika kita berupaya menghasilkan OLED yang mudah lentur kita juga boleh mencipta paparan skrin yang fleksibel," kata Dr Jon Helliwell daripada CPI.

Katanya, konsep untuk pesawat berkenaan muncul selepas perbincangan bersama pihak industri aeroangkasa dan dijangka boleh menjadi realiti dalam 10 tahun lagi. - Guardian (via hmetro)

Video pesawat masa depan tanpa tingkap.

Sabtu, 18 Oktober 2014

Cara paling malas tapi stylo untuk menurunkan sofa dari tingkat dua

Ini dia satu lagi 'life hack' untuk korang. Cara paling malas tapi stylo untuk menurunkan sofa dari tingkat dua.
Mungkin cara ini juga berkesan untuk menurunkan atau apa-apa barang berat dari tingkat tiga, empat, lima, dan seterusnya...

Memang ohsem betul..agak-agak, cara ni boleh buat bisnes tak? bak kata si perempuan yang merakam tu.,

Sabtu, 9 Ogos 2014

Mungkinkah peniaga nasi ayam ni dah cipta basikal masa depan?

Manjung: Canggih serta hebat. Demikian perkataan yang sesuai ditujukan kepada basikal alaf baru yang dinamakan Harmoni ciptaan seorang peniaga nasi ayam, Mohamad Akhiar Radli, 52.

Reka bentuknya yang unik seolah-olah mirip sebuah kereta, yang turut dilengkapi bumbung serta lampu isyarat membelok sebagaimana yang ada pada motosikal. 
MOHAMAD Akhiar bersama anaknya mengayuh basikal Harmoni
Malah, sistem gearnya yang canggih membolehkan basikal itu bergerak lebih laju serta sistem hendal yang diubah suai mirip stereng kereta memantapkan haluan pergerakan basikal beroda tujuh ketika beroperasi. Sistem gearnya yang lebih besar membolehkan pusingan tayar lebih pantas berbanding sistem gear yang digunakan secara normal.

Mohamad Akhiar berkata basikal yang dicipta daripada gabungan barang terpakai dan tiga basikal terpakai membabitkan modal sekitar RM10,000.

Katanya, basikal itu juga mampu membawa tujuh individu pada satu-satu masa. - hmetro


Jumaat, 11 Julai 2014

Anda mungkin hampir tertipu, gambar-gambar ini bukanlah binatang

Sekali pandang, memang sebiji macam haiwan tapi sebenarnya objek dalam gambar-gambar ini bukanlah binatang..tengoklah..











Ia merupakan hasil karya seni yang dilukis oleh Lowri Thomas pada tubuh seorang model wanita bernama Beth Sykes yang berkobolehan untuk melenturkan tubuhnya.

(Pics via Mirror)

Selasa, 17 Jun 2014

Kelebihan bila tangan kanan lebih besar dari tangan kiri

Matthias Schlitte dari Jerman mempunyai tangan depan dengan ukur keliling sehingga 46cm. Schlitte memang dilahirkan dalam keadaan tangan kanannya yang lebih besar berbanding tangan kirinya.

Mathias Schlitte mempunyai tangan kanan yang besar
Walaupun kelihatan seperti kurang normal namun tangan itulah yang telah membawanya menjadi seorang yang sangat disegani dan terkenal di seluruh dunia. Dia kini merupakan seorang ahli gusti tangan termasyur. Pernah memenangi kejuaraan Jerman sebanyak lapan kali, dan 14 kejuaraan dunia...wow!!
Schlitte manfaatkan tangannya untuk menjadi jaguh gusti tangan (Pic via Mirror)
Bila kekurangan itu dilihat sebagai kelebihan, it will lead someone into something...and in this case, it was really really good.

Jumaat, 11 April 2014

Majlis perkhawinan pembuat roti canai yang paling unik..lihat apa yang berlaku

Majlis perkahwinan Mohd Fauzi dan Hafizah Hanis sememangnya lain dari yang lain. Majlis perkahwinan seorang penebar roti canai di Bukit Lintang, Melaka menarik perhatian tetamu apabila diserikan dengan aksi menebar roti canai  ‘terbang’ daripada pengantin itu sendiri. 
Pengantin roti canai yang stylo..
Aksi dilakukan Muhammad Fauzi Mohd Nor yang buat pertama kali disaksikan isterinya, Hafizah Hanis Mohd Mokhtar. Lihatlah aksi pengantin ini menebar roti canai di hari perkhawinannya..memang sangat unik..kalah transformer gitu..

Menurut sumber di Youtube, Mohd Fauzi pernah dikenali sebagai Juara 2005 Super Roti Man Malaysia dan kini bertugas di Sydney, Australia. Anda boleh baca lanjut mengenai kisah perkhawinan pembuat roti canai ini di Says Malaysia 

Sumber: Says, Youtube

Selasa, 4 Mac 2014

Gambar-gambar selfie paling ekstrem..do not try this at home!

Mereka sanggup membahayakan diri semata-mata untuk mengambil gambar selfie paling ekstrem. but we can't argue..ada juga sesetengah gambar selfie itu memang awesome gila!
Selfie sambil berus gigi

Sempat lagi ambil gambar selfie ketika dikejar lembu ganas

Selfie paling ekstreme

Juruterbang jet pejuang dengan selfie

Selfie bersama ikan jerung

Selfie sambil main basikal

The best selfie ever..angkasawan berlatarkan planet bumi



Haiwan pun tidak ketinggalan juga untuk ambil gambar selfie...teeheee!!
Lagi Info Menarik:




Jumaat, 28 Februari 2014

Cara membuka kulit pisang dengan betul, ikutlah cara monyet

Adakah korang buka kulit posang macam ni?
Tahukah anda cara membuka kulit pisang dengan betul?  Actually, there is no right or wrong ways to peel a banana..tapi banyak orang yang terlepas pandang akan cara yang lebih pantas dan kemas untuk membuka kulit pisang. And we have to learn from monkey how to do it..Lihat saja video kat bawah..


Well, monyet lagi pandai dari manusia dalam beberapa perkara. Termasuklah cara membuka kulit. Bukalah dari hujung pisang tu..picit dulu, then buka kulitnya. Percayalah, saya pun baru tahu benda ni. A simple yet awesome life hack.

Lagi Info Menarik: