Ketika menyusukan bayi, para ibu perlu mengetahui cara menyusukan bayi dengan betul. Jika tidak, ia akan mengakibatkan masalah bukan sahaja kepada bayi malah juga kepada si ibu.
Berikut merupakan cara mengetahui samada bayi menyusu dengan betul atau tidak.
1. Mulut bayi terbuka luas.
2. Dagu bayi menyentuh payu dara.
3. Bibir bawah bayi bergulung keluar.
4. Hidung bayi terletak pada payu dara dan bayi boleh bernafas.
5. Bayi menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semula. Hisapan secara perlahan dan dalam.
6. Ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan susu.
Gambar menujukkan apa yang berlaku di dalam mulut bayi ketika penyusuan jika bayi melekap dengan betul.
Ketahui kebaikan penyusuan susu ibu terhadap bayi baru lahir. Info penting kepada para ibu yang baru melahirkan anak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan