Jangan tipu! Masa korang berak, pasti saja akan 'curi-curi' tengok tahi korang tu kan. Nah, daripada asyik menengok tanpa mengerti apa-apa, apa kata jadikan panduan ini untuk mengetahui maksud di sebalik bentuk tahi korang tersebut. Tahukah anda bahawa bentuk najis menggambarkan tahap kesihatan seseorang?
Najis atau tahi ini terdapat dalam pelbagai bentuk. Menurut Bristol Stool Chart, terdapat tujuh jenis atau bentuk tahi yang biasa dialami oleh seseorang.
1. Berketul-ketul dan keras yang biasanya sukar 'dikeluarkan' oleh dubur. Keadaan ini merupakan indikasi kepada konstipasi atau sembelit. Ia menandakan seseorang itu kurang memakan sayuran, buah-buahan dan bijirin yang membekalkan sumber fibre kepada tubuh.
2. Tahi berbentuk sosej tapi beralun.Ia menandakan orang itu mengalami sembelit yang sederhana.
3. Tahi berbentuk sosej tapi retak di bahagian permukaan.Ini menandakan orang itu berada dalam keadaan sihat walafiat.
4. Tahi berbentuk sosej tapi lembut dan licin. Keadaan ini juga menunjukkan seseorang itu sihat normal.
5. Tahi berbentuk ketulan lembut dan kedua-dua hujungnya terputus rata. Keadaan ini turut menandakan seseorang itu kekurangan fibre dalam diet mereka.
6. Tahi berbentuk kepingan kecil yang mengembang dan memiliki bahagian tepi yang agak kasar. Ini menandakan seseorang itu mengalami radang pada bahagian usus.
7. Cair dan tiada satu pun ketulan keras. Ini menunjukkan bahawa orang itu kurang sihat. Keadaan ini disebabkan oleh virus, bakteria atau parasit terutamanya pada makanan. Sebab itu orang yang kena food poison akan mengalami berak cair.
Gambar Rajah bentuk tahi...pun ada
Oleh itu, bila anda susah sangat nak berak, itu maksudnya anda mengalami sembelit yang disebabkan oleh kurangnya serat dalam makanan. Jadi, kalau nak senang berak, banyak-banyakkan makan sayur dan buah-buahan. Jangan lupa juga minum air yang secukupnya. (sumber)
Masalah mati pucuk memang sangat ditakuti terutamanya di
kalangan lelaki. Ia bukan saja memberi kesan kepada si lelaki malah juga kepada
pasangannya. Masalah ini seringkali terjadi di kalangan lelaki yang berumur sekitar
50an ke atas. Tapi ia juga boleh berlaku kepada individu yang masih muda
remaja. Namun jika anda adalah seorang isteri yang sedang berhadapan dengan
suami yang mati pucuk, usah takut usah gentar. Ada penyelesaiannya. Jangan
terus membuat kesimpulan bahawa anda bakal tersisih dari segi kepuasan
batiniah.
Mati pucuk ialah kegagalan penis mencapai ereksi
Berikut adalah 5 cara seorang isteri untuk membantu suami
yang sedang mengalami masalah kegagalan mencapai ereksi semasa berhubungan intim
atau lebih dikenali sebagai mati pucuk. Kalau dalam English, kita panggil ‘Erectile
Dysfunction’.
1. Teruskan memberi sokongan moral kepada suami anda. Jangan
biarkan si suami sentiasa berada dalam tekanan terutamanya ketika berhubungan
intim. Orang yang mengalami mati pucuk ini sentiasa risau dan rendah diri. Takut-takut
kalau pasangannya tidak mencapai kepuasan maksima dan kemudian risau si dia
bakal mencari orang lain semata-mata untuk mendapatkan kepuasan seksual. Dear
wives, tell your parner that you don’t need to rush things sexually.
2. Berjumpa dengan pakar terapi seks. Well, jangan fikir
yang bukan-bukan. Berjumpa dengan ahli terapi seks bukan bermaksud anda akan
diberi tunjuk anjar bagaimana melakukan hubungan seks secara live depan-depan.
Terapi seks sama konsep juga dengan sesi kaunseling di mana seorang pakar akan
membantu secara psikologikal. Anda boleh datang secara individu atau dengan
pasangan anda. Anda mungkin akan diberikan beberapa latihan dan kerja rumah
bersama pasangan anda. Ianya mungkin dalam bentuk sentuhan bukan berasaskan
seksualiti namun memberi kepuasan batin kepada pasangan itu sendiri.
3. Penggunaan ubatan moden atau tradisional. Sekarang ini
ada banyak jenis ubatan atau alatan moden yang dikatakan boleh membantu pesakit
ED ini untuk memuaskan pasangan. Contohnya yang paling popular ialah penggunaan
Viagra. Secara tradisional pula, ramai yang lebih memilih untuk berjumpa dengan
tok tok batin kat kampung. Ada pula yang cari tok dukun dan pak bomoh
semata-mata untuk menjadi gagah semula di ranjang. Tapi harus diingat juga
bahawa penggunaan ubatan moden mahupun tradisional ini akan ada kesan baik
buruknya. Berani ambil, beranilah tanggung ya.
4. Ajar pasangan dengan konsep VENIS berbanding ‘penis’
(kemaluan lelaki). VENIS adalah akronim kepada perkataan English iaitu ‘Very
Non-Insertive Sex’. Maksudnya ialah isteri mencapai kepuasan seksual tanpa si
suami memasukkan kemaluannya ke dalam faraj isteri. Si suami boleh saja
menggunakan cara lain seperti memasukkan jari atau menjilat kemaluan isteri.
Tapi korang kenalah beringat akan hukum hakam perbuatan seumpama ini ya.
5. Cari tempat yang sesuai untuk melakukan hubungan intim
dengan suami. Kadan-kadang walaupun mengalami masalah mati pucuk, seseorang
lelaki masih boleh mencapai tahap ereksi ketika berhubungan intim. Persekitaran
juga memainkan peranan penting. Bawalah suami anda bercuti di tempat-tempat
yang tenang tanpa ada banyak gangguan. Pastinya hanya anda yang akan menjadi focus
suami saat itu. Sedar tak sedar, korang dah ehem ehem..
So, kalau pasangan anda merupakan penghidap masalah mati
pucuk, usah risau kerana anda masih lagi boleh menikmati kehidupan suami isteri
dengan bahagia. Yang paling penting ialah persefahaman di antara kedua belah
pihak dan tidak hanya mementingkan diri sendiri. Jangan biarkan suami anda
sering berada dalam tekanan. Jaga juga makan minum dia. Jangan saja sampai jadi
obese. Nanti lagi teruk penyakitnya. Dah lah mati pucuk…nanti kena lagi
penyakit tiga serangkai…merana lah hidup!!
PETALING JAYA: Jijik dan pengotor! Itu yang boleh digambarkan mengenai sikap seorang peniaga yang menjual apam balik dan minuman bungkus apabila mengambil jalan mudah iaitu kencing sambil berdiri di tempatnya berniaga tanpa mempedulikan orang di sekeliling.
Aksi lelaki terbabit yang berusia lingkungan 50 tahun telah dirakam oleh pengunjung Pasar Kota Jembal di Kota Bharu, Kelantan dan videonya yang dimuat naik di laman sosial menjadi viral.
Rakaman itu diambil pada Jumaat lepas dan pengguna alam maya yang telah menontonnya memberi kritikan terhadap perbuatan lelaki itu yang dianggap sangat menjijikkan.
Pengguna Facebook yang menggunakan nama Ckcm Prada Original yang memuatnaik visual tersebut telah menulis pada ruangan status;
Kuih Apam Balik (sekadar gambar hiasan)
“Berlaku di Pasar Kedai Lalat. Mohon berhai-hati bila membeli apam dan air segera..Perkara yang tak patut berlaku..Amat mendukacita, memalukan dan menjijikkan..Pihak berwajib seperti Jabatan Kesihatan Negeri pantau pasar-pasar di sekitar Kota Bharu,” tulisnya.
Pemerhatian terhadap visual mendapati, lelaki terbabit menadah air kencing di dalam plastik minuman yang digantung di meja tempatnya berniaga. -FMT
Video peniaga apam balik kencing dalam plastik ketika berniaga ada kat bawah ni. Aku cedok dari Youtube.
Tuu diaa...rileks jer dia kencing kat tempatnya berniaga jual apam balik...macam dah biasa pula buat benda tu..
P/s: Jika benarlah peniaga itu kencing sambil berdiri di depan meja tempatnya berniaga apam balik, maka pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera...entah dah berapa kali peniaga ini buat benda jijik dan kotor itu. Kesian pula dengan para pembeli yang sudah terbeli dan termakan apam balik hasil buatan tangannya. Bukankah sepatutnya pihak berkuasa perlu menyediakan satu garis panduan khas kepada para peniaga makanan ini supaya lebih mengutamakan kebersihan diri dan kawasan tempat berniaga. Tak hairanlah kenapa kes keracunan makanan sering berlaku..sebab kebersihan sering diabaikan.
Dulu masa pergi kat Korea Selatan..para penjaja makanan di pasar semuanya siap berpakaian kemas. Tangan kaki dan tubuh dilindungi plastik dan meja berniaga makanan pun bersih. Sangat berbeza dengan tempat kita Malaysia..huh!!
Semasa zaman kanak-kanak dulu, kartun animasi Pinokio (Pinocchio) memang sangat popular di kalangan teman-teman. Kami juga terbawa bawa perangai Pinokio tu sampai suka mengejek kengkawan lain, "hei, kalau menipu, hidung akan jadi panjang tau!"..hahaha..masa tu nak sangat jumpa dengan pinokio namun apakan daya, ia hanyalah watak rekaan semata-mata.
Berbalik kepada tajuk di atas, rupanya memang ada pinokio dalam dunia realiti sebenar. Namun ia bukanlah seperti yang disangkakan sama dengan kartun pinokio. Kisah ini lebih emosional dan touching.
Ollie Trezise dilahirkan dengan satu kondisi ganjil yang sangat jarang berlaku di kalangan bayi yang baru lahir. Kondisi tersebut menyebabkan otaknya bertumbuh keluar melalui celah tengkorak kepalanya di bahagian hidung - menyebabkan hidungnya membengkak dengan mendadak ala-ala pinokio.
Otak tumbuh di hidung
Pertumbuhan tersebut bertumbuh seiring dengan usia bayi tersebut. Ollie sering kali diejek oleh orang sekeliling yang memanggilnya 'hodoh'. Namun ibunya, Amy Poole tetap positif dan dengan bangga menamakan bayinya sebagai 'real life Pinocchio'.
Amy Poole dengan Ollie
Disebabkan masalah kesihatan yang lebih rumit mungkin akan berlaku, ibu bapa Ollie telah membuat keputusan untuk melakukan pembedahan pembuangan lebihan cecair otak di bahagian hidungnya dan turut melakukan pembedahan penstrukturan semula hidungnya.
After surgery
Semoga kanak-kanak ini beroleh kehidupan yang lebih baik selepas ini. Bagi yang kuat mengutuk dan mengejek kekurangan orang lain tu..beringat-ingatlah sentiasa, hari ini hari dia, kot kot esok hari kita pulak..karma doesn't lie...
Kalau anda ada nenek, datuk atau saudara mara yang mengalami masalah hilang memori, cubalah ajak mereka bermain game. Bermain video game ini juga boleh dipraktikkan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur untuk mencegah daripada terkena penyakit dimentia atau memory loss.
Menurut kajian, permainan video 3D seperti Super Mario yang menjadi kegilaan di kalangan kanak-kanak dan remaja merupakan salah satu rawatan yang berkesan untuk melindungi seseorang daripada terkena penyakit dimentia (memory loss) yang sering dikaitkan dengan warga emas yang sudah lanjut umur.
Sebelum ini, permainan teka silang kata dan brain teaser telah menjadi antara teknik untuk mendorong fungsi kognitif seseorang, dan kini permainan 3D telah dimasukkan sebagai teknik tambahan.
Dalam kajian yang dilaksanakan, beberapa sukarelawan telah mengambil ujian memori sebelum dan selepas dua minggu. Dalam tempoh tersebut, mereka diminta bermain game selama setengah jam setiap hari. Dalam ujian kedua, mereka diminta untuk mengingat kembali sama ada terdapat perubahan atau tidak pada gambar yang mana telah ditunjukkan kepada mereka sebelumnya. Dapatan kajian mendapati mereka yang bermain game lebih mudah mengenalpasti perubahan pada gambar berbanding mereka yang tidak bermain game.
Kajian tersebut turut mendapati bahawa permainan video berbentuk 3D mampun meransang hippocampus pada otak yang merupakan elemen penting kepada memori manusia.
Jadi, jika anda ada masalah sukar mengingat sesuatu benda, mainlah video game. Tapi jangan terlalu banyak main game sampai ketagihan kerana ianya akan memudaratkan kesihatan juga.
Hebat dan menakjubkan! Jika anda sedang bergelut dengan masalah penglihatan atau pun mempunyai saudara mara dan sahabat handai yang buta, mungkin boleh dirujuk kepada lelaki ini untuk mendapatkan rawatan. Bukan sahaja pantas malah hasil rawatannya juga sangat memuaskan sehingga doktor pakar dari negara Barat juga sangat kagum.
Lelaki dari Nepal bernama Dr. Ruit ini dilaporkan telah menyembuhkan lebih 120,000 pesakit buta dengan jayanya. Apa yang lebih menarik lagi ialah dia hanya mengenakan bayaran serendah RM100 atau USD25 untuk satu mata. Kos ini adalah beratus kali ganda lebih murah jika dibandingkan dengan kos rawatan di negara Barat.
Rawatan yang dilakukan oleh Dr. Ruit ini menggunakan kaedah tradisional dan modern. Kebanyakkan pesakit yang datang kepadanya mempunyai masalah katarak yang teruk sehingga tidak mampu melihat lagi namun dengan sentuhan ajaibnya, para pesakit ini mampu melihat dengan jelas semula dalam masa 24 jam selepas menjalani pembedahan selama lima minit.
Antara pesakit Dr. Ruit yang bersorak gembira selepas mampu melihat semula
Dr. Ruit datang dari keluarga miskin di pedalaman Nepal dan telah melanjutkan pelajarannya dalam bidang Ophthalmology di India. Disebabkan latar belakang hidup nya ini, dia telah bertekad untuk membantu sebanyak mana pesakit yang boleh dibantu pada kadar yang sangat rendah.
Kini, kaedah pembedahan yang lebih dikenali sebagai 'Nepal Method' ini telah mendapat perhatian pakar dari Barat dan ramai pakar yang datang berguru dengan Dr. Ruit. Ini kerana Dr.Ruit hanya menggunakan mesin-mesin perubatan asas yang fungsinya setanding dengan mesin-mesin mahal dan canggih yang banyak digunakan di hospital besar.
Inilah yang dinamakan sebagai doktor sebenar. Merawat bukan kerana wang tapi merawat kerana tanggungjawab kemanusiaan. Tak ramai doktor seperti Dr,Ruit pada zaman sekarang.
Lelaki ini ketagih bermain game sampai tak keluar rumah hampir setahun. Lelaki yang hannya dikenali sebagai Troy ini mengakui bahawa dia mula ketagih bermain game sejak kecil.
Ketagihan main game ini diburukkan lagi dengan agoraphobia yang dialaminya sehingga menyukarkan dia untuk keluar rumah dan bersua dengan orang ramai.
Agoraphobia merupakan salah satu keadaan dia mana seseorang itu mengalami perasaan takut dan rasa tidak selamat ketika berada di kawasan terbuka atau di kawasan awam yang menjadi tumpuan orang ramai seperti pusat membeli belah dan taman rekreasi. Ia bermula dengan perasaan gusar di tempat awam dan diikuti perasaan panik.
Sebelum ini, Troy pernah bekerja di beberapa tempat namun dia berhenti kerana terlalu tertekan. Kini, dia hanya duduk di rumahnya sambil menghabiskan masa bermain game seperti NES, Super Nintendo, Mega Drive, dan sebagainya.
Menurutnya, ketagihan ini bermula sejak dia kanak-kanak lagi untuk mengisi kekesongan jiwa setelah ditinggalkan ibunya.
Ketika menyusukan bayi, para ibu perlu mengetahui cara menyusukan bayi dengan betul. Jika tidak, ia akan mengakibatkan masalah bukan sahaja kepada bayi malah juga kepada si ibu.
Berikut merupakan cara mengetahui samada bayi menyusu dengan betul atau tidak.
1. Mulut bayi terbuka luas.
2. Dagu bayi menyentuh payu dara.
3. Bibir bawah bayi bergulung keluar.
4. Hidung bayi terletak pada payu dara dan bayi boleh bernafas.
5. Bayi menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semula. Hisapan secara perlahan dan dalam.
6. Ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan susu.
Gambar menujukkan apa yang berlaku di dalam mulut bayi ketika penyusuan jika bayi melekap dengan betul.
Ini dia petua semulajadi untuk hilangkan bisa lipan. Kalau anda digit atau disengat lipan, boleh lah amalkan petua ini.
Ambil biji asam jawa dan potong dua. Kemudian lekatkan di bahagian tubuh yang disengat tadi. Dalam masa 5 minit, biji asam jawa tersebut akan terjatuh sendirinya menandakan semua bisa lipan telah disedut.
Tips mudah dan murah..tak perlu jumpa doktor pun.
Dulu masa kecik, gua pun selalu kena gigit lipan, gua cuma sapukan limau kasturi untuk meneutralkan bisa lipan tu.
Tapi.....sakitnya bukan kepalang...sampai gua berguling guling kesakitan...adoii
Pertama di dunia, wanita yang mengalami masalah sukar melakukan hubungan seksual kerana vagina sempit kini boleh diselesaikan dengan menggunakan usus babi.
Ini kerana, usus babi mempunyai struktur yang hampir sama dengan tiub vagina manusia. Pembedahan rekonstruksi vagina dengan menggunakan usus babi ini telah berjaya dilakukan oleh sebuah hospital di Republik Czech.
EDINBURGH - SCOTLAND. Pengalaman gembira seorang wanita selepas pulang bercuti dari Asia Tenggara bertukar mimpi ngeri apabila menemui seekor lintah berada di dalam hidungnya sejak lebih sebulan lalu.
Menurut laporan Straits Times, Daniela Liverani, 24, dari Scotland percaya haiwan sepanjang kira-kira 7.5 sentimeter itu masuk ke dalam hidungnya ketika berada Vietnam atau Kemboja ketika sedang berenang.
Pada awalnya, dia menyangka hidung berdarah berterusan yang dialami berpunca daripada saluran darah pecah akibat kemalangan motosikal ketika percutiannya itu.
Liverani tak sedar ada lintah dalam hidungnya
"Ketika sedang mandi, ia keluar hingga ke bibir bawah dan saya boleh lihat ia melekat pada hujung hidung saya. Sebelum ini saya sangka objek hitam di dalam hidung itu adalah darah beku, tetapi selepas melihat dengan lebih dekat di cermin, baru saya sedar ia sebenarnya seekor haiwan," katanya.
Menurut doktor, jika Liverani terlewat membuat pemeriksaan, lintah itu berkemungkinan boleh masuk ke dalam otaknya. - sinarharian
Para doktor terdesak untuk mendiagnos seorang remaja perempuan selepas dia tidak mampu lagi makan atau minum air kerana sakit perut yang amat. Apa yang ditemui oleh para doktor ini sangat menggerunkan. Mereka menemui satu gumpalan rambut yang sangat besar seberat 9 paun yang menghalang sistem pencernaan dalam perut remaja 18 tahun itu. Jika tidak dikeluarkan serta merta maka remaja itu berkemungkinan besar akan mati.
Rambut seberat 9 paun dalam perut Ayperi (via Metro UK)
Gumpalan rambut itu berlaku kerana remaja bernama Ayperi Alekseeva itu sering mengunyah dan memakan rambutnya setiap hari. Malah dia turut memakan rambut atau benang yang dijumpai di karpet rumah. Ayperi yang berasal dari Wilayah Batken, Kyrgyzstan, terpaksa dihantar ke hospital besar di ibu negara, Bishkek, untuk dibedah. Para doktor yang merawatnya berkata mereka tidak pernah melihat kes sedemikian.
Doktor mengeluarkan gumpalan rambut dari perut pesakit (via Metro UK)
Pakar bedah yang melakukan pembedahan tersebut, Prof Bahadir Bebezov berkata, "Ibu bapa remaja ini membawanya ke hospital selepas dia mula hilang berat badan dan tak mampu memakan apa-apa. Ketika kami menerimanya, dia malah tidak mampu untuk minum air. Ketika itu kami sedar kami perlu membedahnya serta merta". Namun demikian, doktor mengatakan bahawa Ayperi secara psikologinya adalah sihat. Cuma tabiatnya yang suka makan rambut sahaja perlu diubah. Ayperi pada masa yang sama kini semakin sihat selepas pembedahan itu dan bertekad untuk tidak memakan atau mengunyah rambut lagi.
GEORGETOWN - Meloyakan - itulah cara pengendalian proses pembungkusan makanan laut kering yang dikesan di sebuah kilang berhampiran Pengkalan Weld, di sini. Tindakan biadab meletakkan penyapu lidi atas longgokan sotong kering terbongkar ketika pemeriksaan dalam Ops Bersih ke-13 oleh jabatan kesihatan kelmarin.
Kebersihan tidak diutamakan
Penyapu lidi di sebelah udang kering...sampai bercampur
Tanpa sarung tangan
Timbalan Pengarah Kesihatan Pulau Pinang (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan), Ku Nafishah Ku Ariffin berkata, pengusaha kilang memproses makanan itu dikenakan didenda RM2,600 mengikut Perkara 32 dan 34 kerana melanggar Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009. Beliau berkata, kilang itu akan diperiksa sekali lagi dan jika mengulangi kesalahan sama akan diberi notis menutup premis dari beroperasi. “Markah kebersihan amat rendah kerana keadaan lantai yang dikotori sisa makanan laut kering manakala pekerja yang membungkus makanan laut itu pula tidak memakai sarung tangan. “Lebih-lebih lagi meletakkan penyapu lidi tepi sotong kering. Perbuatan itu tidak boleh diambil mudah kerana ia membabitkan aspek kebersihan penyediaan makanan,” katanya pada sidang media di Komtar, semalam. Ketika ditanya alasan pengusaha itu meletakkan penyapu sebegitu rupa, dia mengaku penyapu lidi berkenaan digunakan untuk membersihkan lantai dan menyifatkan perkara itu sebagai tidak sengaja. “Alasan tidak sengaja tidak boleh diterima kerana ini soal kebersihan makanan. Lagipun tentu penyapu lidi itu digunakan untuk menyapu lantai bukannya menyapu habuk sotong kering (kerana penyapu sotong saiznya lebih kecil),” katanya. Ku Nafishah berkata, dalam operasi kali ini, penguat kuasa kesihatan mengeluarkan kompaun kepada peniaga yang masih degil meletakkan barangan makanan bersama cecair pencuci. “Walaupun berulang kali memberi amaran supaya mengasingkan cecair atau serbuk pencuci dari barangan makanan, ramai peniaga masih tidak mengendahkannya. “Ada peniaga yang bersikap endah tak endah tunggu sampai saat-saat akhir untuk penguat kuasa kesihatan mengenakan kompaun, lepas itu baru nak berubah. “Namun, secara keseluruhan sepanjang Ops Bersih dari Januari hingga kini, ada sedikit peniaga memberi fokus kepada aspek kebersihan dalam penyediaan makanan dan pengendalian yang betul dan selamat,” katanya. Menurutnya, sebuah kafe makanan kotor di Nibong Tebal diarah tutup selama 14 hari untuk membolehkan pemiliknya melakukan kerja pembersihan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 sebelum diperiksa sekali lagi. “Kita mengeluarkan 13 notis saman kepada 12 premis berjumlah RM8,600 kerana gagal mematuhi peraturan kebersihan dalam operasi kali ini,” katanya. - Sinarharian
Bagi korang yang kaki bola dan tak pernah terlepas menonton perlawanan bola sepak world cup yang sedang rancak berlangsung sekarang, saya pasti korang pun berdebar-debar ketika menonton perlawanan Brazil vs Chile malam semalam. Perlawanan yang terpaksa diheret sehingga ke penentuan sepakan penalti itu memang begitu mendebarkan.
Sepakan penalti terakhir Brazil dijaringkan oleh Neymar
Ini adalah amaran kepada sesiapa yang ada simptom-simptom penyakit jantung. Seorang lelaki berusia 69 tahun maut ketika menyaksikan penentuan sepakan penalti antara Brazil dan Chile. Mangsa dipercayai mengalami sesak nafas sebelum dihantar ke hospital. Kejadian itu berlaku di sebuah bar yang berdekatan dengan Stadium Meneiro di Belo Horizonte. Mangsa yang juga penghidap diabetis itu pada mulanya mengadu kurang sihat dan kemudian dibawa ke hospital namun dia meninggal sejurus tiba. Selain mangsa malang tersebut, pihak hospital juga melaporkan bahawa mereka telah merawat sekitar 98 penyokong ketika perlawanan Brazil vs Chile berlangsung termasuklah seorang wanita 50an yang mempunyai masalah jantung dan seorang remaja lelaki yang patah hidung selepas terlibat dengan pergaduhan. Perlawanan Brazil vs Chile berakhir 1-1 sehingga masa sebenar dan masa tambahan tamat. Walaubagaimanapun, Brazil menang dalam penentuan sepakan penalti dengan keputusan 3-2.
Apakah muzik yang paling santai dan melenakan? sudah tentulah ianya adalah jenis muzik perlahan yang mendayu-dayu ala-ala ombak rindu dan bukannya k-pop.
Relaxing music
Muzik seperti yang anda dengar dalam video kat bawah yang dihasilkan oleh Night School ini telah dikaji dan terbukti sangat berkesan untuk merelaksasikan minda anda. Muzik ini juga sangat sesuai untuk membuaikan anda sehingga tertidur dengan mudah. Dengarlah...
Amaran..kalau anda ni jenis yang aktif dan ringan tulang tak boleh duduk diam..anda mungkin akan jadi gila kalau dengar alunan muzik kat atas ni..hohoho..tapi kalau anda ni jenis yang sukar tidur malam, cubalah dengar..gerenti tertidur..itupun kalau korang tak makan pil kuda.. Satu lagi, anda disarankan agar tidak memasang muzik seperti ni ketika berada di tempat kerja dan ketika memandu. Dan kalau anda jenis yang kuat tidur..muzik ini tidak diperlukan langsung..
Apabila kita melihat sampah sarap dibuang samapi bertimbun di merata-rata tempat, pastinya kita akan merasa jijik. Kalau ada restoran yang berdekatan, memang ramai yang akan lari dari restoran tersebut. Kalau ada rumah berdekatan, pastinya ramai yang tidak mahu tinggal di rumah tersebut. Namun ada satu tempat di Indonesia yang mempunyai tahap pencemaran melampau. Namanya ialah Sungai Citarum. Tengok dari gambar saja pun dah rasa loya...apa lagi nak tinggal kat kawasan sana.
Pencemaran ini berpunca dari aktiviti penduduk serta pengeluaran toksik dari kilang berdekatan yang tidak terkawal. Beginilah keadaan pencemaran sungai yang berlaku bila kawasan itu berpenduduk padat sehingga 5 juta orang dan tiada sistem pengawalan yang strategik.
Walaupun tercemar teruk, sungai ini masih lagi menjadi sumber air utama kepada penduduk sekitar. Bukan setakat menjadi sumber air untuk memasak, mencuci baju, dan sebagainya malah ia juga menjadi tempat biasa untuk kanak-kanak bermain.
Selain itu, sungai ini juga menjadi sumber pengairan kepada kawasan sawah padi berhampiran.
Sungai ini dicemari oleh sisa toksik seperti mercury, arsenik dan pelbagai lagi toksik berbahaya yang dikeluarkan oleh lebih 2000 kilang berhampiran.
Maka tidak hairanlah kenapa sungai ini dikenali sebagai sungai paling tercemar di dunia. Selain Indonesia, India dan China juga menjadi antara negara yang mempunyai sungai paling tercemar di dunia. Faktor utamanya ialah bilangan penduduk yang sangat padat terutama di kawasan bandar.
Manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang mereka miliki. Ramai yang sanggup buat apa saja semata-mata untuk kelihatan 'sempurna' termasuklah membuat pembedahan plastik. Tidak dinafikan bahawa banyak yang telah berjaya 'mencantikkan' diri melalui pembedahan plastik. Namun banyak juga yang kelihatan lebih teruk berbanding sebelumnya selepas membuat pembedahan. Berikut antaranya:
Jackie Stallone. Ibu kepada aktor popular, Silvester Stallone ini telah membuat beberapa siri pembedahan plastik termasuklah facelift, brow lift, implant di pipi, dan pembedahan di hidung.
Micheal Jackson. Saya tak perlu hurai panjang mengenainya...well, you know it itoo..
Jocelyn Wildenstein. Dia menghabiskan US$4 juta (sekitar RM12 juta) untuk kelihatan seperti ini?? wtf
Hang Mioku. This one is a big NO NO...jangan sesekali buat self-surgery..
Lauren Yardley. Dia tak buat pembedahan muka tapi telah membuat pembedahan membesarkan buah dada. Tapi lihat lah apa yang terjadi...dua bulan selepas itu, buah dada palsunya terkeluar dari dada..
Renee. LIhatlah apa yang berlaku apabila implan pada punggungnya terbalik..
So, the moral of the story is...you are perfect and unique. Jadi tak perlu lah berabis duit untuk kelihatan macam model. Kesempurnaan itu mempunyai maksud yang subjektif untuk setiap orang...so, embrace yourself, enjoy yourself, accept yourself, and always put a smile in your face whenever you feel down.. :)
Nak kurangkan berat badan? maka kurangkan lah pengambilan kalori dan lebihkan pembakaran kalori dalam badan. Atau dalam erti kata lain, lebihkan bersenam dan kurangkan makan. Namun sebenarnya, ada trick lain yang boleh membantu anda mengurangakan berat badan iaitu dari segi apa jenis makanan yang anda makan.
Beberapa jenis makanan ini boleh membantuanda mengurangkan berat badan. Jangan saja diambil secara berlebihan. Makanan-makanan ini akan membantu anda merasa kekenyangan dengan cepat dan dengan itu akan mengelakkan anda daripada mengambil makanan berlebihan.
1. Kekacang
Kekacang adalah sumber makanan yang mudah didapati, murah, dan cepat mengenyangkan serta merupakan sumber protein yang baik. Kekacang juga mengandungi serat yang tinggi dan lambat untuk dihadam. Jadi ianya akan membantu anda merasa kenyang lebih lama.
2. Sup
Mulakan hidangan anda dengan secawan sup. Tak kira lah sama ada ianya sup biasa atau sup puree asalkan saja ia dalam bentuk cecair. Secawan sup mengandungi sekitar 100-150 kalori. Ia juga akan membantu anda merasa cepat kenyang. Selain sup, anda juga boleh mula dengan meminum secawan air. Oh..air mengandungi zero kalori.
3. Coklat gelap
Jika anda mahu menikmati coklat dalam hidangan anda, pilihlah coklat yang gelap 'dark chocolate' berbanding coklat yang bersusu. Menurut satu kajian di Denmark, mereka yang menikmati coklat gelap kebarangaliannya 15% kurang makan pizza beberapa jam kemudian berbanding mereka yang memakan coklat susu.
4. Telur dan sayuran
Sarapan pagi yang kaya dengan protein akan membantu anda mengelakkan diri dari memakan makanan segera sepanjang hari. Satu kajian telah dilakukan terhadap sekumpulan wanita obes. Mereka yang memulakan hari mereka dengan 35gram protein, akan merasa kenyang dengan cepat. Mereka diberi makan sarapan pagi yang mengandungi 350 kalori termasuklah telur dan sosej daging. Kesan sarapan pagi yang berproten tinggi ini kekal sehingga petang hari.
5. Apple
Makan lah apple segar dan bukan jus yang telah diekstrak dari buah apple. Buah-buahan segar ini mempunyai kandungan fiber yang tinggi. Tambahan pula, mengunyah sesuatu akan membawa signal kepada otak bahawa kita telah memakan makanan yang berat.
6. Yogurt
Salah satu kebaikan yogurt untuk badan ialah ia membantu merampingkan pinggang. Satu kajian di Harvard telah membuat penilaian terhadap lebih 120,000 orang selama sedekad dan mendapati daripada banyak-banyak makanan, yogurt adalah yang paling membantu dalam mengurangkan berat badan.
Jadi nanti bila anda pergi shopping, ingatlah untuk memenuhi bakul anda dengan makanan yang berprotein tinggi, sayuran segar, buah-buahan, dan bijirin. Ini bukan nasihat saya, tapi nasihat dari pakar sains makanan, Dr. Joy Dubost. Katanya, "The overall nutritional composition of your total diet remains the most important thing when it comes to lasting weight loss."
Kalau anda ni seorang yang suka makan KFC tapi sedang berdiet, jangan risau. Pergi saja makan KFC dengan memesan set KFC Value Treats yang harganya hanya RM4. Seketul ayam dan sekotak air jer. Jimat dan kurang kalori. Tapi jangan pula order sampai 2 3 set. Lihat promo KFC Value Treats di laman web KFC sekarang.
Makanan tambahan tiruan boleh menyebabkan sensitiviti bagi kebanyakkan orang terutamanya dari segi pengamalan diet atau dari segi agama. Banyak senarai bahan tambahan yang susah untuk difahami sehingga membawa kepada keraguan orang lain untuk memakannya. Kita perlu memahami kenapa syarikat-syarikat pengeluar memasukkan bahan tambahan tiruan ke dalam produk makanan mereka dan yang paling penting, kita kena celik sejauh manakah tahap keselamatan bahan tiruan tambahan tersebut untuk dimakan.
Bahan tiruan dalam makanan
Pemanis Tiruan
Pemanis tiruan seperti Saccharin, Aspartame, Acesulfame-K dan Splenda banyak diguankan ke atas makanan-makanan pencuci mulut seperti gula-gula dan minuman kurang manis. Perlu ambil perhatian kepada penambah tiruan Saccharin atau lebih dikenali sebagai Sweet'N Low ini kerana ianya telah dikenalpasti sebagai salah satu bahan yang boleh menyebabkan kanser oleh World Health Organization (WHO). Splenda yang paling banyak digunakan pula sebenarnya diproses dari gula semulajadi namun semasa pemprosesan ianya dicampur dengan molekul klorin yang menghilangkan ketulinannya.
Pewarna
Pewarna tiruan pula menambahkan keenakan serta kecantikan bijirin, makanan berbakar, dan gula-gula. Menurut kajian, dua jenis pewarna yang sering digunakan ialah Red 40 dan Yellow 5 di mana keduanya sering mengakibatkan tindakbalas hypersensitiviti alahan. Pewarna caramel yang sering digunakan dalam minuman berkarbonat pula kadang-kadang dihasilkan dengan menggunakan ammonia.
Calcium Propionate yang sepatutnya boleh diperoleh secara semula jadi juga dihasilkan melalui bahan tiruan. Heptyl Paraben adalah bahan pengawet yang biasa digunakan dalam alkohol manakala Sodium Nitrate dan Sodium Nitrite digunakan secara meluas dalam industri daging. Namun penggunaannya sudah berkurangan ekoran daripada beberapa kes kanser yang dilaporkan berpunca daripada bahan tersebut. Bahan pengawet seperti Sulfite pula digunakan untuk mengekalkan warna buah-buahan, udang, dan sayuran tetapi penggunaanya juga menyebabkan nutrien seperti B-1 dalam makanan terhapus. Sodium Benzoate dan Sodium Chloride pula merupakan pengawet semulajadi.
Antioksida
Apabila oksigen bercampur dengan lemak di dalam sesuatu produk, warna dan rasa produk tersebut akan berkurang. Antioksidan bertujuan untuk mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku. Adipic Acid, Ascorbyle Palmitate, BHA, BHT, Erythorbic Acid, Sodium Erythorbate dan asid tartaric merupakan antara antioksidan yang biasa digunakan untuk mengekalkan warna dan rasa. Sebagai tambahan, Alpha Tocopherol sebenarnya adalah Vitamin E manakala Sodium ascorbate dan Ascorbic acid keduanya terdiri daripada Vitamin C yang digunakan sebagai antioksidan.
Biasanya kebanyakkan orang yang melakukan program diet atau dengan kata lain 'on diet' dalam satu tempoh masa yang ditetapkan dengan tujuan untuk menurunkan berat badan, selalunya akan kembali semula ke berat asal malah lebih berat selepas beberapa bulan mereka mengakhiri program diet. Banyak faktor yang mempengaruhi perkara ini.
Jadi dalam entri ini, saya nak berkongsi 5 tips hebat yang nampak biasa-biasa saja tapi berkesan untuk membantu anda mengekalkan berat badan ideal sepanjang hidup anda walaupun program diet anda itu sudah berakhir.
1. Enjoy senaman anda
Apa pun perara yang kita buat, kita kena enjoy lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan kesihatan kita. Lakukan senaman yang anda biasa dan suka lakukan. Fikirkan untuk 'berjogging 2 pusingan di stadium hari ini' rather than fikir 'berjogging 20minit'.
2. Kira kalori pemakanan anda dengan cara yang betul
Cara yang betul bukan bermaksud anda menimbang semua makanan yang anda makan. Jika anda buat begitu, memang akan buat otak kita bercelaru. Bagi wanita, anda boleh mengukur saiz hidangan dengan menggunakan tapak tangan anda. Contohnya, saiz daging yang anda makan adalah sama atau kurang dari saiza telapak tangan anda. Bagi lelaki pula saiz hidangan boleh diukur dengan melihat kepada saiz kredit kad.
3. Makan lebih banya fiber
Makanan seperti sayuran dan bijirin sangat baik untuk maintain berat badan ita.
Saiz pinggan sangat mempengaruhi tabiat pemakanan anda lebih-lebih lagi bila anda ini jenis yang makan sampai 'clean the plate'. Jadi semakin kecil saiz pinggan anda, semakin kurang kalori yang dimakan. Tambahan pula, otak kita secata automatik akan mengatakan bahawa kita dah kenyang bila melihat pinggan yang kosong habis dimakan.
5. Elakkan dari selalu menimbang berat badan
Menimbang berat badan dengan kerap adalah memotivasikan bagi sesetengah orang tapi tidak bagi orang lain. Ada yang suka menimbang berat setiap hari. Harus diingat bahawa berat kita berubah-ubah setiap hari di antara 1-2kg. Salah satu cara mengetahui bahawa berat anda sudah turun tanpa menimbang berat ialah dengan mencuba pakaian anda. Jika anda rasa pakaian anda itu longgar, maknanya anda sudah turun berat. Tetapi jika pakaian anda itu ketat, maka berat anda sudah naik. Cuba pakai pakaian semasa anda di kolej dulu.
Jika anda ingin tahu rahsia diet seimbang yang terbukti boleh membantu mengurskan badan, boleh dapatan ebook Rahsia Diet Seimbang ini. Kalau anda nak turunkan berat badan dengan ekstrem macam Aizat pun boleh juga. Dapatkan ebook Formula Diet Ekstrem ini. Dalam 25 hari pasti anda boleh turunkan berat badan yang banyak.