Boros Di Aralom: pinjaman
Memaparkan catatan dengan label pinjaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pinjaman. Papar semua catatan

Sabtu, 11 Ogos 2018

Awas dengan scam pinjaman wang peribadi

Taraf hidup bagi kebanyakkan rakyat Malaysia bukanlah pada tahap yang baik ketika ini. Malah seringkali bergelut dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Gaji RM3000 ke atas pun belum tentu mencukupi apa lagi kalau mereka yang tinggal di bandar.

Disebabkan kesempitan inilah ramai individu yang mengambil risiko dengan membuat pinjaman peribadi. Untuk first timer memang lah agak mudah mendapat pinjaman apa lagi kalau bujang dan bekerja dengan kerajaan. Tapi bila asyik membuat pinjaman untuk membayar pinjaman pinjaman sebelumnya, maka selamanya terpaksa bekerja untuk membuat bayaran balik pinjaman. Sebab ini lah terlalu ramai rakyat kita termasuklah golongan muda yang sudah disenari hitam.

Ramai beranggapan bahawa membuat pinjaman peribadi itu merupakan jalan pintas untuk mengatasi masalah kewangan. Tak salah buat pinjaman asalkan anda tahu dan sedar akan risiko serta bersedia menanggung kesan. Dah pinjam, kenalah bayar balik..kan.

Malah sebelum membuat pinjaman, kena tahu beberapa perkara ini untuk mengelakan diri dari ditipu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka yang suka mengambil kesempatan dalam kesempitan. Mereka ini lah scammer yang sering berlegar-legar di ruang siber sekarang ini untuk mencari mangsa. Sila baca artikel di bawah sebagai langkah pencegahan awal daripada ditipu scamer pinjaman wang.

Pinjaman Wang Tidak Wujud:

"Modus operandi dilakukan sindiket ini adalah menjanjikan pinjaman dengan kadar faedah rendah sebelum mangsa diminta menyerahkan sejumlah wang kononnya sebagai yuran proses dan guaman.

Sebaik menerima wang yang dimasukkan ke dalam satu akaun bank, suspek akan mengarahkan mangsa untuk memasukkan sejumlah wang lagi kononnya sebagai bayaran insuran pinjaman, sebelum mereka menyedari ditipu sindiket terbabit,

Sindiket terbabit juga pakar dalam membuat cop palsu LHDN untuk "stamping".

MO lagi:

1) Mangsa tertarik dengan iklan online di facebook

2) Mangsa akan mengisi borang online bila klik iklan tadi

2) Mangsa terima panggilan daripada "agent" atau whatsapp untuk beri salinan ic/slip gaji/statement bank

3) Agent akan call atau whatsapp untuk maklumkan pinjaman telah lulus.

4) Agent meminta mangsa membuat bayaran 5% daripada jumlah pinjaman sebagai "security deposit" atau yuran guaman atau stamping agreement

5) Mangsa akan menerima salinan pdf melalui whatsapp sama ada agreement pinjaman/resit stamping

6) Stage 2, agent yang mula² tadi kira dah berjaya, sekarang agent kedua akan main peranan, meminta bayaran lagi sama ada untuk bayaran Gst/insuran

7) Stage 3, agent ketiga akan buat panggilan bagi tahu loan tak dapat credit ke akaun mangsa kerana ada masalah, maka mangsa diminta buat bayaran lagi untuk kononnya membuka akaun bank yang baru khas untuk loan tersebut.

8) Final stage, mangsa akan dimaklumkan pengkreditan masih gagal, dan diminta buat bayaran lagi untuk PIDM dan sebagainya.

ORANG RAMAI ADALAH DINASIHATKAN AGAR TIDAK MEMBUAT SEBARANG PERMOHONAN SKIM PINJAMAN WANG SECARA ONLINE SEPERTI YANG DITAWARKAN DALAM PELBAGAI IKLAN DI ATAS TALIAN. SEKIRANYA PERLU, SILA BUAT PINJAMAN KEPADA BANK BANK BERLESEN ATAU SYARIKAT PINJAMAN SAH YANG BERDAFTAR.

Berikut adalah nombot hp yang sering digunakan oleh ahli sindiket tersebut:

010-376 8120
016-474 4901
010-376 7715
011-1770 6441
011-3738 4483
017-298 9815
017-298 9837
011-2375 5070
011-3762 0058
018-369 8690
014-266 9566
011-6384 6849
011-6382 1593
011-3682 7689
011-3682 7344
018-249 6290

#BUAT LOAN TAK PERLU BAYAR APA²
#PDRM
#KDN
#BNM
#PolisDirajaMalaysia
#LHDN

P/s: Tambahkan ilmu dan kemahiran..mudah mudahan senang nak survive bila tetiba hilang punca rezeki hakiki. Paling bagus, belajar untuk menyimpan. Sekian.

Rabu, 17 November 2010

Bayar Pinjaman Pelajar


Sebuah laporan baru-baru ini mendedahkan bahawa hampir 40 peratus lulusan IPT yang diwawancara menyatakan bahawa  mereka memerlukan sekurang-kurangnya 10 tahun untuk menjelaskan pinjaman belajar mereka seperti pinjaman PTPTN dan Mara. Penyelidikan lain menunjukkan bahawa jumlah hutang pelajar meningkat sebanyak 25%  pada tahun 2008. Jumlah itu semakin bertambah setiap tahun dek kerana jumlah pelajar yang berjaya memasuki IPT yang semakin miningkat saban tahun. Ini ditambah lagi dgn jumlah IPT yang tumbuh seperti candawan. Jadi, macam mana kita sebagai pelajar untuk mengawal pembayaran pinjaman ini supaya tidak kena kejar-kejar oleh pihak mahkamah?

Menurut pakar pengurusan kewangan, kita kena mendapatkan gambaran yang jelas tentang jumlah dan jenis hutang pelajar. Ketahui berapa banyak jumlah yang perlu dibayar terhadap setiap pinjaman setiap bulan. Jumlah average pinjaman contohnya PTPTN adalah dalam lingkungan RM25,000 bagi setiap pelajar dan jumlah bayaran bulanan yang perlu dibayar setiap bulan kelak adalah dalam lingkungan RM180.

Selain itu, kita boleh cuba meminta pilihan pembayaran dilanjutkan jika boleh. Ini akan membolehkan anda untuk membuat bayaran yang lebih kecil dalam tempoh masa yang lebih lama. Dengan harapan bahawa pihak pinjaman akan lebih tertarik kerana ia memberi mereka kelebihan bunga pinjaman yang lebih besar.

Gunakan pelan pembayaran berasaskan pendapatan yang manghadkan jumlah bayaran sebanyak 15% daripada pendapatan setiap bulan. Ini akan membolehkan kita untuk menjaga tempoh pembayaran pinjaman dengan lebih mudah dan juga dapat menyimpan atau melabur wang pada masa yang sama.

Jika tidak dapat membuat pembayaran pinjaman pada masa yang ditetapkan, mohonlah untuk penangguhan pembayaran. Jangan bimbang, ini adalah penyakit umum yang dihadapi oleh kebanyakan mahasiswa/siswi. Tetapi jangan kerap  sangat menangguhkan pembayaran itu.Rajin-rajin lah mencari pekerjaan.

Sebaiknaya, tundalah rancangan-rancangan besar dalam hidup seperti nak berkhawin, beli rumah atau membeli kereta sport. Jika  telah mengumpulkan enam angka jumlah hutang pinjaman mahasiswa, kita mungkin perlu untuk menghabiskan satu atau dua tahun menumpukan kestabilan kewangan, itupun kalau kita bekerja sebelum mencapai tujuan yang lain.

Namun demikian, cara-cara tersebut di atas adalah bergantung kepada latar belakang si peminjam juga. Ada yang mengatakan bahawa jika mereka berkhawin selepas graduat, mereka boleh manyelesaikan masalah pinjaman dengan mudah kerana mempunyai pendapatan suami isteri yang boleh menampung pinjaman tersebut. Tetapi itu pun jika kedua-duanya telah bekerja. Olwh itu, hal ini bergantung kepada individu itu sendiri juga untuk menilai cara yang terbaik untuk deal dengan pinjaman masing-masing.