SEORANG kanak-kanak lelaki maut dalam keadaan tragis selepas ditetak oleh bapa kandungnya menggunakan sebilah parang dalam kejadian di Mataram, Indonesia, Jumaat lalu.
kanak-kanak maut ditetak bapa sendiri |
Dalam kejadian jam 12.00 tengah hari itu, suspek, Ahmad Subhan, 48, bertindak menetak leher mangsa, Muhammad Albani, 8, yang sedang tidur di ruang tamu mengakibatkan mangsa maut serta-merta.
Suspek kemudian memanggil isterinya yang sedang tidur di dalam bilik memaklumkan bahawa anak mereka sedang menangis, sebelum wanita itu terkejut melihat anaknya dalam keadaan berlumuran darah. Bagaimanapun, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia akibat kecederaan teruk dibahagian leher.
Memetik laporan Jawapos.com, Ketua Pesuruhjaya Polis Cakranegara Haris Dinzah berkata pihaknya telah bergegas ke lokasi dan menahan suspek yang masih dalam keadaan murung.
Ketika ditahan, suspek tidak menunjukkan tanda-tanda mengalami masalah kesihatan mental, kata Haris.
Suspek |
Motif sebenar insiden tersebut masih disiasat. Namun, kata Haris, suspek mengakui menetak anaknya. Katanya, suspek bertindak demikian kerana mendakwa berang dengan perangai anaknya yang sering mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah, termasuk terhadap isterinya.
Tambah portal tersebut, suspek mengakui menyesal dengan perbuatannya, bagaimanapun mengaku berbuat demikian dalam keadaan sedar dan tidak dipengaruhi oleh ‘bisikan iblis’.
“Dia seorang anak yang nakal. Sering mengata ibunya.Dia juga bercakkap kasar dan meninggikan suara, sehingga saya malu dengan jiran.
“Saya sakit hati, dia satu-satunya anak lelaki saya dan sayang sangat menyayanginya. Dia sering memaki saya dengan kata-kata kotor. Dia selalu berbuat demikian padahal dia masih kecil,” kata suspek.
- mynewshub.cc via MD
Lagi Info Menarik:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan