Boros Di Aralom: Muka Jesus Christ pada pokok
Memaparkan catatan dengan label Muka Jesus Christ pada pokok. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muka Jesus Christ pada pokok. Papar semua catatan

Isnin, 17 Januari 2011

Muka Menyerupai Jesus Christ Di Batang Pokok

Posting ini memerlukan budi bicara anda sendiri untuk membacanya dan ianya tidak memihak kepada sesiapa. Baru-baru ini, satu kejadian telah berlaku di Tamparuli, Sabah. Gambar-gambar yang terdapat di bawah menunjukkan gambaran lanjut mengenai 'keajaiban' tersebut.


Semalam, tempat ini dikerumuni oleh masyarakat setempat untuk melihat dari dekat. 'Muka' tersebut wujud di permukaan sepohon pokok tarap yang sudah mati. Dikatakan bahawa muka pada pokok itu jika disentuh adalah halus dan tidak seperti kulit pokok. Adakah ini benar-benar satu keajaiban baru? Tuhan saja yang tahu. Saya sendiri tinggal di kawasan ini dan baru semalam menerima berita sedemikian. Jika ada masa nanti mungkin saya juga nak pergi lihat sendiri pokok tersebut. Itupun kalau belum ditebang. Gambar-gambar di atas telah diambil oleh salah seorang sahabat saya yang mengunjungi tempat itu semalam dan kemudian diupload kat Facebook.