Nak kurangkan berat badan ya..ada cara yg lebih baik dan natural. Tak payah la ambil pil2 smua tu. Ni sy nak kongsi la cara2nya walaupun sy sendiri tak buat (kedapatan sudah saya)...hik hik..but seriously, this is true okay. Someone who are profesional in this field wrote about it. Apa yg korang perlukan adalah keazaman, motivasi, kawalan diri, pemakanan yang sesuai, keseimbangan, dan yg paling penting senaman. Berikut merupakan step2 yg kitaorang perlu buat:
- Air - Minum air segelas sebelum makan. Bila dah minum tu, korang akan rasa full dan cepat kenyang. Buat stiap hari ya.
- Kurangkan pengambilan kalori - Apa itu kalori? Kalori = Tenaga. Semakin banyak kalori yg diambil maka semakin banyak tenaga yg diperlukan utk membuang kalori tersebut. Jika tak buang kalori maka ia akan menjadi lemak dalam badan (kalori = gemuk). Apa yg menariknya ialah kalori ini boleh diukur. Contohnya, 1gm nasi sama dengan 5 kalori. So, kurangkan pengambilan kalori dari sehari ke sehari utk membantu mengurangkan berat badan kita.
- Kurangkan atau berhenti memakan makanan bergula - just droping the sugar from your diet kan help you to reduce weight. Hah, korang jgn la masukkan gula dalam milo, nescafe, kopi atau teh. Lagi satu, sudah2 la tu makan candy walaupun candy itu sedap.
- Tentukan saiz hidangan anda - ok, sini ada tips nak tentukan saiz hidangan anda. 3 ounce ayam, ikan dan daging adalah sama dengan saiz tapak tangan seorang wanita (tapak tangan tak termasuk jari jemari kita). Satu ounce keju pula bersamaan dengan saiz ibu jari kita. Kitaorang belajar la tentang saiz2 makanan ni kerana ia akan memberi faedah yg sangat besar kepada kitaorang yg nak berdiet ni.
- Tambahkan fiber - Lebih banyak makanan berfiber akan membantu kurangkan berat. Contohnya kekacang, sayuran mentah, sayuran separuh masak, buah-buahan, dan cereal.
- Senaman - Ni la benda yg paling penting. Semua orang dah tau yg senaman tu penting kalau nak kurangkan berat badan. Tp ramai yg bagi alasan tak dapat nak bersenam sebab sibuk la,, tak de masa la, mcm2 alasan. Sedangkan time kita ni sibuk2 pun boleh juga bersenam. Contohnya, nak pergi kerja kat KLCC tingkat 8. Caranya jgn pakai lif semasa nak pergi dan nak pulang. Lain la kalau dah terlambat bangun.Lagi satu kalau tempat korang tu tak da lif, cuba letak kereta anda di tempat parking yg lebih jauh, then jalan kaki atau jalan kaki saja pergi kerja tanpa manaiki kenderaan. Secara tidak langsung kita dah bersenam. Tak perlu la ke gym tiap2 hari. Jika melakukan senaman bersama dengan diet yg sihat, sudah tentu kita akan mendapat berat badan yg ideal walaupun tak macam model kat TV.
Anyway, Good Luck!!
Lain2 Pautan:
