Boros Di Aralom

Ahad, 1 April 2012

Sinopsis dan barisan pelakon 3 Temujanji | Filem Malaysia Terbaru April 2012


Pengarah: Hashim Rejab
Bahasa: BM
Kategori: Cereka
Genre: Komedi, Cinta
Durasi: 91 minit
Tarikh mula tayang: 05 April 2012
Sinopsis 3 Temujanji:
Filem ini mengisahkan seorang wanita bernama Reanna yang tidak mempercayai lelaki dan cinta dalam hidupnya. Prinsip Reanna mudah, cinta hanya membawa sengsara dan semua lelaki sama saja tak guna. Hal ini menyebabkan Reanna menetapkan setiap hubungannya dengan lelaki tidak akan lebih dari tiga temujanji sahaja. Selepas tiga temujanji, mereka akan berpisah dan tidak akan berhubungan lagi. Dengan cara ini Reanna percaya yang dia akan dapat menikmati keseronokan bercinta tanpa perlu sengsara.

Segala-galanya berubah apabila muncul Mikhail, seorang lelaki yang sangat teruja dengan perkahwinan ke dalam hidup Reanna. Mikhail yang kecewa ditinggalkan kekasihnya, Adira, memilih untuk bersama Reanna untuk tiga temujanji. Sikap Mikhail yang jauh berbeza dari lelaki lain, temujanji-temujanji yang lain dari yang lain serta hadiah istimewa yang diterimanya setiap kali bertemujanji menyebabkan Reanna gagal menahan hatinya lalu jatuh cinta.

Sayangnya selepas temujanji mereka yang terakhir, Reanna gagal merendahkan egonya lalu mereka berpisah membawa haluan masing-masing seperti yang dijanjikan semasa awal perkenalan. Reanna mula belajar merasa perit berpisah selepas jatuh cinta. Akhirnya Reanna sedar kebodohannya lalu mengejar Mikhail. Malangnya semuanya telah terlambat. Adira telah kembali kepada Mikhail dan mereka telah pun mengikat tali pertunangan.

Barisan pelakon 3 Temujanji:
Yana Samsudin (sebagai Reanna), Pierre Andre (sebagai Sein), Diana Amir (sebagai Amanda), Kamal Adli (sebagai Kamal), Wawa Zainal (sebagai Adira), Farid Kamil (sebagai Farid), Zul Handyblack (sebagai Sam), Esma Daniel (sebagai Eizlan)

(sumber: sinemamalaysia.com.my)

Nak Duit Extra Sambil Blogging ke? Sertai PTP ini
Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Ura-ura Blog Sikarap nak buat Giveaway pula

"Apa? Blog Sikarap si Nancypoh ini nak buat giveaway?"
Hehe. Kalau saya mau buat Giveway, ada kah yang nak ikut? rasanya ia terpulang kepada si empunya ini sama ada mau buat atau tidak kan. Selepas tengok banyak sangat blogger yang buat Giveaway, saya pun teringin juga nak buat satu. Tapi Giveaway yang macam mana pulak ya?

Giveaway ini banyak jenis dan bentuk. Ada yang bagi hadiah berupa barangan buatan sendiri, ada yang bagi duit, ada yang bagi topup, ada yang bagi pakej iklan dalam blog, dan macam-macam lagi lah. Sebab musabab mereka ini buat adalah sebagai tanda pernghargaan kepada pengunjung atau follower. Malah ada juga yang menjadikan Giveaway ini sebagai teknik mereka untuk memasarkan produk masing-masing. Selain itu, giveaway juga sangat membantu dalam meningkatkan backlink blog yang seterusnya akan dapat meningkatkan pagerank blog tersebut. Apa gunanya pagerank ini? Ia sangat penting dalam persaingan untuk menjadi top 'search result' dalam enjin carian. 

Contoh situasi:- 
Jika Blog A ini mempunyai PR1 dan Blog B mempunyai PR2, dan kedua-dua blog ini menulis entri mengenai 'cara-cara menulis sajak' yang unik mengikut daya kreativiti yang hampir sama. Kemudian ada si mamat ini tulis dan cari kat Google maklumat tentang cara-cara menulis sajak. Sudah tentu lah Blog B yang akan keluar dulu di tempat paling atas dalam hasil enjin carian Google kerana pagerank Blog B ini lagi tinggi.

So, tak hairan lah kan kenapa ramai yang bertungkus lumus untuk meningkatkan backlink ke blog mereka. Semuanya kerana ingin menarik trafik dari enjin carian yang dianggap sebagai organik. Pengunjung yang datang dari enjin carian ini lah yang sering dianggap sebagai prospek utama untuk membeli produk/servis kita.

Sebenarnya saya pun baru tahu dan sedang belajar dalam hal macam ini. Jadi, sekiranya buat giveaway itu adalah salah satu cara untuk meningkatkan kualiti backlink blog, apa salahnya jika mencuba. Mungkin lepas ini saya pun akan buat giveaway. Bukan sahaja di blog tapi di twitter juga akan buat. Tapi kena tunggu modal cukup dulu. Cek kedua churp-churp pun belum sampai. Huhu.