Ura-ura Blog Sikarap nak buat Giveaway pula | Boros Di Aralom

Ahad, 1 April 2012

Ura-ura Blog Sikarap nak buat Giveaway pula

"Apa? Blog Sikarap si Nancypoh ini nak buat giveaway?"
Hehe. Kalau saya mau buat Giveway, ada kah yang nak ikut? rasanya ia terpulang kepada si empunya ini sama ada mau buat atau tidak kan. Selepas tengok banyak sangat blogger yang buat Giveaway, saya pun teringin juga nak buat satu. Tapi Giveaway yang macam mana pulak ya?

Giveaway ini banyak jenis dan bentuk. Ada yang bagi hadiah berupa barangan buatan sendiri, ada yang bagi duit, ada yang bagi topup, ada yang bagi pakej iklan dalam blog, dan macam-macam lagi lah. Sebab musabab mereka ini buat adalah sebagai tanda pernghargaan kepada pengunjung atau follower. Malah ada juga yang menjadikan Giveaway ini sebagai teknik mereka untuk memasarkan produk masing-masing. Selain itu, giveaway juga sangat membantu dalam meningkatkan backlink blog yang seterusnya akan dapat meningkatkan pagerank blog tersebut. Apa gunanya pagerank ini? Ia sangat penting dalam persaingan untuk menjadi top 'search result' dalam enjin carian. 

Contoh situasi:- 
Jika Blog A ini mempunyai PR1 dan Blog B mempunyai PR2, dan kedua-dua blog ini menulis entri mengenai 'cara-cara menulis sajak' yang unik mengikut daya kreativiti yang hampir sama. Kemudian ada si mamat ini tulis dan cari kat Google maklumat tentang cara-cara menulis sajak. Sudah tentu lah Blog B yang akan keluar dulu di tempat paling atas dalam hasil enjin carian Google kerana pagerank Blog B ini lagi tinggi.

So, tak hairan lah kan kenapa ramai yang bertungkus lumus untuk meningkatkan backlink ke blog mereka. Semuanya kerana ingin menarik trafik dari enjin carian yang dianggap sebagai organik. Pengunjung yang datang dari enjin carian ini lah yang sering dianggap sebagai prospek utama untuk membeli produk/servis kita.

Sebenarnya saya pun baru tahu dan sedang belajar dalam hal macam ini. Jadi, sekiranya buat giveaway itu adalah salah satu cara untuk meningkatkan kualiti backlink blog, apa salahnya jika mencuba. Mungkin lepas ini saya pun akan buat giveaway. Bukan sahaja di blog tapi di twitter juga akan buat. Tapi kena tunggu modal cukup dulu. Cek kedua churp-churp pun belum sampai. Huhu.



Tiada ulasan: