Boros Di Aralom

Khamis, 1 November 2012

"Aku nak kereta, kalau tak aku tembak!"

MACHANG: “Aku nak kereta, kalau tak aku tembak!,” kata seorang penjenayah paling dikehendaki polis sambil mengacukan pistol di leher Siti Norhafizah Omar, 27, sebelum melarikan kereta Perodua Myvi bersama anak lelakinya berusia setahun lima bulan dalam kejadian berhampiran Masjid Kampung Paloh, Gua Musang, awal pagi semalam.
Penjenayah itu, Zawa Abdul Halim, 34, dalam buruan polis berkaitan kejadian tembak di Paloh, kelmarin dan beberapa jam kemudian dia ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan anggota polis di Kilometer 45, Kampung Kemuning, di sini, jam 7.30 pagi semalam.
KAWAL...anggota polis mengawal tempat kejadian, semalam.

Biarpun dilarikan 100 kilometer (km) dan berada dalam kereta ketika berlaku kejadian berbalas tembakan, anak Siti Norhafizah, Mohd Haikal Harraz Hasrizal terselamat tanpa kecederaan.

Selepas dikejar polis, Zawa yang terbabit samun, curi kereta, pecah rumah dan pengedaran dadah, terbabas apabila Perodua Myvi dicurinya itu terlanggar pembahagi jalan.



Bagaimanapun, ketika keluar dari kereta dia melepaskan beberapa das tembakan ke arah sekumpulan anggota polis dan satu daripadanya mengenai tangan dan rusuk kanan Koperal Mat Raduan Mat Hassan, 50, yang kemudian dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). - Sumber: myMetro

Selasa, 4 September 2012

Sedia maafkan pengacara TV3 Nurul Syuhada Nurul Ain

Pengacara TV3 Nurul Syuhada Nurul Ain
KOTA SAMARAHAN: Kerajaan serta rakyat Sarawak sedia memaafkan pengacara TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin atas kesilapannya mengeluarkan kenyataan mengenai Bintulu baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, setiap manusia pasti akan membuat kesilapan, justeru bermaaf-maafan adalah cara terbaik.

“Saya mewakili seluruh rakyat Sarawak bersedia memaaf-kan dia sempena Hari Merdeka ini kerana kita rakyat 1Malaysia,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan yang dibuat pengacara TV3 itu yang tersalah tasfir mengenai Bintulu baru-baru ini.
Jabu yang juga Menteri Pemo-denan Pertanian dan Menteri Kemajuan Luar Bandar berharap agar tiada pihak akan memperbesarkan perkara itu lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pecah Tanah Tapak Bangunan Baharu Majlis Adat Istiadat dan Mahkamah Bumiputera Sara-wak di sini semalam.

Kelmarin, stesen televisyen TV3 dan Nurul Syuhada memohon maaf berhubung ulasan semasa siaran lintas langsung Perarakan Hari Kemerdekaan Ke-55 pada Jumaat lalu menge-nai pemilihan lokasi sambutan Hari Malaysia di Bintulu, Sarawak yang dikatakan daif. TV3 membuat permohonan maaf dalam satu kenyataan manakala Nurul Syuhada pula menulisnya dalam laman sosial Facebook beliau setelah me-nerima kritikan serta gesaan pelbagai pihak supaya berbuat demikian.
“Kami meminta maaf jika salah tafsir ini menyinggung mana-mana pihak, Nurul Syuhada dan TV3 tidak mempunyai sebarang niat untuk memburukkan bandar tersebut,” jelasnya.

Sementara itu, Nurul Syuhada dalam laman sosial berkata: “Sebagai seorang anak jati Malaysia, saya tidak pernah dan tidak akan kritik tanah air saya atau mana-mana wilayah negara ini dan kepada orang-orang yang tersinggung, saya minta maaf.”

Beliau turut memetik kembali ulasan yang dibuatnya dalam program itu yang menimbulkan rasa kurang senang terutama masyarakat di Bintulu yang berbunyi:
“Kawasan luar bandar yang daif tapi telah melalui pelan-pelan transformasi yang ingin disampaikan… berjaya dan terus mengangkat bandar itu (Bintulu) sendiri.”

Naib Ketua Pemuda PBB Pandi Suhaili dilaporkan berkata, Nurul Syuhada kurang arif mengenai Bintulu sehingga menyebabkan beliau beranggapan bahawa bandar itu sebagai daif walhal ia antara penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menerusi hasil gas dan minyak. - The Borneo Post