LEDANG – Empat warga emas mendakwa mereka dipukau hingga menyerahkan hampir RM30,000 kepada dua wanita yang menawarkan kerja sambilan membersihkan ikan bilis di Kampung Parit Kassan dekat Bukit Gambir di sini, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu berlaku semasa mereka dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Tangkak seperti yang dikehendaki sebagai memenuhi syarat pekerjaan yang ditetapkan suspek.
Saniah Senawi, 56, berkata, dua wanita itu menemuinya bersama tiga rakannya dan menawarkan pekerjaan tersebut kepada mereka selepas majlis marhaban sempena Aidilfitri dari rumah ke rumah.
“Mereka perkenalkan diri dan menawarkan pekerjaan kopek ikan bilis dengan upah RM10 bagi setiap kilogram (kg) dan jika kami setuju, kami akan dibekalkan 20kg setiap seorang. Kami juga boleh ambil upah bungkus rempah sup pada kadar 20 sen sepeket.
“Tawaran itu agak menarik. Jadi kira-kira 15 ahli kumpulan marhaban mendaftar untuk kerja itu. Dua wanita itu bagi tahu, kami kena jalani pemeriksaan kesihatan dan buat x-ray sama ada di klinik atau hospital,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Saniah, dia dan dua rakan mulanya curiga dengan tawaran dua wanita itu, tetapi diyakinkan oleh seorang lagi rakan mereka, yang percaya mereka tidak ditipu.
Mereka dibawa oleh dua wanita itu ke Hospital Tangkak dengan kereta, dipandu seorang lelaki.
“Apabila tiba di hospital jam 6 petang, mereka arah kami menanggalkan barang kemas yang kami pakai. Mereka kata, kami tak boleh pakai barang kemas masa x-ray," katanya.
Menurutnya, semua barang kemas berserta dompet yang mengandungi wang dan dokumen penting dikumpulkan dalam beg tangan salah seorang daripada warga emas itu, iaitu Siti Morjanah Jemin, 66.
Selepas itu, katanya, tiga daripada mereka diarahkan ke kaunter pendaftaran, manakala Siti Morjanah, yang memegang beg berisi barang kemas itu, ditinggalkan dalam kereta bersama dua wanita dan lelaki itu.
“Ketika Siti Morjanah pergi ke tandas, wanita itu tak benarkan dia bawa beg itu. Selepas daftar di kaunter, saya jumpa Siti Morjanah yang baru keluar dari tandas. Apabila kami sama-sama pergi ke tempat letak kereta, dua-dua wanita, kereta dan lelaki itu sudah tiada di situ,”
katanya.
Menurutnya, selepas itu mereka sedar ditipu dan percaya dipukau kerana menuruti arahan dua wanita itu, termasuk menyerahkan barang-barang kemas.
Katanya, antara yang dilarikan dua wanita itu ialah cincin emas, rantai emas, gelang emas, wang tunai, telefon bimbit, serta dokumen-dokumen penting yang kesemuanya dianggarkan bernilai hampir RM30,000.
“Kami minta orang hospital hantar kami ke Balai Polis Tangkak untuk buat laporan,” katanya.
Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Mohd Salleh Razak berkata, polis sudah menerima laporan dan tiga individu tersebut diburu. - Sinarharian
Ditipu tawaran kopek ikan bilis |

Lagi Info Menarik:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan