Nabila bakal jadi 'Saloma' | Boros Di Aralom

Ahad, 24 Ogos 2014

Nabila bakal jadi 'Saloma'

Beralih pada perkembangan karier lakonannya yang terbaharu, ibu kepada seorang anak ini bakal muncul dengan filem biografi Allahyarham Puan Sri Saloma berjudul ‘Saloma’ arahan Melissa Saila yang bakal menemui penonton menerusi saluran Astro First Eksklusif pada 28 Ogos ini.

Berkongsi cerita mengenai lakonannya, Nabila akui pada awalnya dia berasa takut untuk membawa tanggungjawab memegang watak Saloma kerana merasakan dirinya belum cukup layak.

“Sebelum terpilih untuk memegang watak Saloma, saya dipanggil untuk uji bakat. Tapi tidak sangka pula saya terpilih untuk pikul tanggungjawab membawa watak Saloma sendiri,” ujarnya.

Nabila memberitahu dia banyak melakukan kajian mengenai Saloma sebagai persediaannya membawa watak itu.

“Selain mencari dan memahami perjalanan hidup Saloma di internet, saya cuba dapatkan nasihat daripada ahli keluarganya bagi memastikan saya menterjemahkan watak itu dengan baik.

“Walaupun kurang yakin, tapi bila sudah bersiap sedia dengan solekan dan kostum, secara bersahaja saya dapat menjiwai watak itu dan merasakan Saloma begitu dekat dengan diri saya,” katanya.

Selain Nabila, filem yang bakal ditayang menerusi Astro First Eksklusif, 28 Ogos ini menampilkan Tony Eusoff sebagai Tan Sri P Ramlee, Azhan Rani (AR Tompel), Sazzy Falak (Mariani) dan Sharifah Amani (Siput Sarawak). - Sinarharian

Tiada ulasan: