Boros Di Aralom: Edisi Jenayah
Memaparkan catatan dengan label Edisi Jenayah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Edisi Jenayah. Papar semua catatan

Isnin, 20 Februari 2017

Bapa kandung sanggup tetak anak sendiri yang sering mengeluarkan kata-kata lucah

SEORANG kanak-kanak lelaki maut dalam keadaan tragis selepas ditetak oleh bapa kandungnya menggunakan sebilah parang dalam kejadian di Mataram, Indonesia, Jumaat lalu.
kanak-kanak maut ditetak bapa sendiri

Dalam kejadian jam 12.00 tengah hari itu, suspek, Ahmad Subhan, 48, bertindak menetak leher mangsa, Muhammad Albani, 8, yang sedang tidur di ruang tamu mengakibatkan mangsa maut serta-merta.

Suspek kemudian memanggil isterinya yang sedang tidur di dalam bilik memaklumkan bahawa anak mereka sedang menangis, sebelum wanita itu terkejut melihat anaknya dalam keadaan berlumuran darah. Bagaimanapun, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia akibat kecederaan teruk dibahagian leher.

Memetik laporan Jawapos.com, Ketua Pesuruhjaya Polis Cakranegara Haris Dinzah berkata pihaknya telah bergegas ke lokasi dan menahan suspek yang masih dalam keadaan murung.

Ketika ditahan, suspek tidak menunjukkan tanda-tanda mengalami masalah kesihatan mental, kata Haris.
Suspek
Motif sebenar insiden tersebut masih disiasat. Namun, kata Haris, suspek mengakui menetak anaknya. Katanya, suspek bertindak demikian kerana mendakwa berang dengan perangai anaknya yang sering mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah, termasuk terhadap isterinya.

Tambah portal tersebut, suspek mengakui menyesal dengan perbuatannya, bagaimanapun mengaku berbuat demikian dalam keadaan sedar dan tidak dipengaruhi oleh ‘bisikan iblis’.

“Dia seorang anak yang nakal. Sering mengata ibunya.Dia juga bercakkap kasar dan meninggikan suara, sehingga saya malu dengan jiran.

“Saya sakit hati, dia satu-satunya anak lelaki saya dan sayang sangat menyayanginya. Dia sering memaki saya dengan kata-kata kotor. Dia selalu berbuat demikian padahal dia masih kecil,” kata suspek.

- mynewshub.cc via MD


Lagi Info Menarik:

Ahad, 12 Februari 2017

Harga Getah Naik..Kes Curi Sekerap Pun Naik

Disebabkan harga getah yang semakin meningkat, maka tidak hairan lah kalau kes curi getah sekerap pun meningkat. Bukan sekadar sekerap, getah kentalan dan kepingan pun habis kena kebas. Teringat pula aku dengan kes bapak sendiri. Dijadikan cerita, ketika itu, pihak Lembaga Getah memang akan datang membeli getah sekali seminggu di kawasan kebun getah bapa aku. Masa tu, harga memang melambung tinggi macam yang sekarang ni. Sebelum lori lembaga sampai, memang para pekebun akan meletakkan hasil mereka di tepi jalan depan kebun or rumah masing-masing. Jadi, kalau tak dijaga, memang besar risiko untuk dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Bapa aku pernah kena sekali. Habis punah getah yang beratnya hampir setengah tan...fuh!! kesian dengan kudratnya yang perlu keluar seawal jam 2pagi untuk menoreh getah. Senang-senang pula di penyangak curi...bedebah betul!! sila lah pupus golongan penyangak ni.
Getah kentalan. (sekadar gambar hiasan)

KUALA NERANG – Oleh kerana harga getah sekerap naik, timbul kegelisahan apabila dikatakan kegiatan curi sekerap untuk dijual semula semakin menjadi-jadi di daerah ini.

Harga getah kini dilaporkan pada harga RM4.80 sekilogram.

Sehubungan itu, para penoreh meminta pihak polis agar turut membantu menangani kes kecurian getah.

“Saya kerugian hampir RM400 dalam tempoh tiga hari menoreh apabila lebih 80 kilogram getah sekerap di kebun saya dicuri pihak tidak bertanggungjawab, disyaki penagih dadah.

“Saya sedih bila datang untuk kutip hasil getah yang sepatutnya ada dalam bekas tadahan, ia hilang. Keadaan ini menjejaskan sumber pendapatan utama saya,” kata Mohd Khairul Nizam Ahmad, 32, dari Felda Bukit Ketapang.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Kampung Kubang Palas, Azhar Ahmad berkata beberapa tangkapan pernah dibuat oleh penduduk kampung, namun ketiadaan bukti kukuh menyebabkan tindakan lanjut tidak dapat diambil oleh pihak polis.

“Saya harap polis lebih kerap menjalankan rondaan. Malah pekebun atau penoreh sendiri juga perlu sering turun ke kebun mereka untuk memantau keadaan,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Padang Terap, DSP Ahmad Nasir Jaafar berkata pihaknya sedia maklum mengenai masalah itu dan mengarahkan anggotanya untuk mempertingkatkan rondaan.

Beliau juga meminta penoreh dan pemilik kebun bekerjasama dengan polis untuk meningkatkan kawalan di ladang dan kebun mereka, dan jika ada tangkapan, serah kepada polis bersama bukti untuk tindakan lanjut.

“Kita banyak terima kes mengatakan ada kecurian getah sekerap, tetapi bukti perlu ada barulah tindakan termasuk mendakwa pesalah dapat dilakukan.

“Saya juga ingin menasihatkan agar orang ramai tidak melakukan sesuatu di luar jangkaan hingga mencederakan pesalah itu,” katanya. - Bernama

Lagi Info Menarik:

Rabu, 8 Februari 2017

Selva Kumar si perogol bersiri kini bebas di Malaysia..polis pun tidak boleh menyentuhnya!

Dia merupakan seorang perogol bersiri yang dipercayai telah melakukan jenayah seksual terhadap lebih 1000 mangsa. Akibatnya, dia telah ditangkap dan dijatuhi hukuman penjara selama 24 tahun. Namun kini, dalam usia 57 tahun, Selva Kumar kembali bebas semula. Dan yang lebih merisaukan, dia telah diusir keluar dari Kanada dan kembali semula ke negara kelahirannya....Malaysia.
Selva Kumar kembali ke Malaysia

Siapa kah sebenarnya Selva Kumar Subbiah?
Dia merupakan seorang perogol bersiri dan telah didakwa pada tahun 1992 atas kesalahan merogol antara 500 hingga 1000 mangsa wanita di Kanada. Selva Kumar dipercayai tiba di Kanada pada tahun 1980 dan pernah menuntut di Universiti McMaster dan Universiti Ryesen dalam jurusan agama. Namun selama dia berada di Kanada, Selva tidak mendapat tara penduduk tetap dan hanya menggunakan visa pelajar dan pelawat. Dia merupakan penganut agama Yahudi (namun tidak mengamalkan ajaran agama tersebut).

Siapa mangsanya?
Mangsanya termasuklah wanita bawah umur semuda 14 tahun. Selain merogol, Selva turut memukul dan memeras ugut para mangsanya sehingga mangsa menjadi malu, trauma dan tertekan. Selva dikatakan cukup terperinci dalam mencari mangsa. Mulanya, dia akan menyamar sebagai agen iklan atau agen haiwan peliharaan sebelum mengajak mangsa untuk minum bersamanya. Selva kemudiannya akan memasukkan dadah ke dalam air minuman mangsa. Mangsa akan menjadi pening dan kemudiannya tidak sedarkan diri. Maka dalam keadaan inilah Selva Kumar akan mengambil kesempatan untuk membogelkan mangsa dan merogol serta mengambil gambar mangsa.
Selva Kumar dipenjara 24 tahun atas kesalah rogol di Kanada

Seorang yang bebas selepas hukumannya tamat
Selepas tamat menjalani tempoh hukumannya, kerajaan Kanada telah bertindak mengusir dan mengantar Selva Kumar pulang ke negara asalnya, Malaysia. Pada tanggal 7 February 2017, Selva selamat tiba di KLIA namun menggunakan laluan keluar di bahagian belakang lapangan demi untuk mengelak daripada bertembung dengan orang ramai dan para wartawan.

Menurut pihak polis, Selva Kumar merupakan rakyat bebas di negara ini dan memiliki taraf yang sama dengan rakyat jelata yang lain. Pihak polis sendiri pun tidak boleh menyentuh atau menangkapnya melainkan jika dia melakukan jenayah.

Disebabkan oleh statusnya sebagai rakyat bebas ini telah menyebabkan hampir seluruh rakyat Malaysia menjadi risau dan merasa kurang selamat terutamanya di kalangan wanita. Walaupun Selva dikatakan akan melaporkan diri kepada pihak polis secara sukarela, namun ianya belum cukup untuk memuaskan hati rakyat Malaysia yang rata-ratanya menolak kepulangan perogol bersiri ini.

Berikutan kepulangan Selva Kumar ke Malaysia ini, Sabah dan Sarawak dilaporkan telah mengambil langkah awal dengan menyekat kemasukan perogol bersiri itu ke negeri masing-masing.

Khamis, 20 Oktober 2016

BAYI UNTUK DIJUAL ! Bayi perempuan comel ini dijual pada harga RM25k

“Untuk Dijual..Bayi perempuan berusia 40 hari bernama Maria “. Itulah caption yang digunakan oleh seorang lelaki yang juga merupakan ayah kepada bayi tersebut di eBay, sebuah laman jual beli yang memang tidak asing lagi di seluruh dunia. Lelaki tersebut bersama pasangannya merupakan pelarian yang baru sahaja tiba di Jerman, didapati telah memuatnaik tawaran tersebut di eBay dengan menawarkan harga sebanyak £4,500 atau sekitar RM25,000 seperti yang dilaporkan oleh The Sun.
 
Bayi bernama Maria dijual di ebay


Posting tersebut telah mengejutkan ramai pengguna laman tersebut sehingga menjadi viral dengan pantas. Oleh kerana ianya menggugat sensitivity orang ramai, posting tersebut telah menerima banyak kritikan netizen. Posting tersebut hanya berkekalan selama 30 minit sahaja sebelum dipadamkan serta merta oleh pihak eBay ekoran daripada laporan bertalu-talu yang diterima dari para pengguna. Ebay turut menyenarai hitam pengguna yang meletakkan listing tersebut. Beberapa gambar bayi Maria sambil mengenakan pakaian-pakaian yang berbeza turut disertakan. Sambil itu, pihak ebay juga sedang menilai sama ada posting tersebut benar-benar asli atau hanya sekadar ‘hoax’ untuk menarik perhatian netizen.
Maria dijual di ebay oleh bapanya sendiri
Selepas menerima laporan, pihak polis tidak mengambil masa yang lama untuk menahan suspek kerana lelaki itu sendiri bersama pasangannya telah menyerah diri sambil membawa telefon bimbit miliknya yang dipercayai digunakan untuk memposting iklan jual bayi tersebut di ebay. Lelaki itu mendakwa bahawa tujuannya hanyalah untuk bergurau. Namun, pihak polis meragui keterangan yang diberikan oleh suspek dan kini masih meneruskan siasatan lanjutan terhadap keluarganya.
Maria
Kini, bayi perempuan benama Maria ini berada di bawah jagaan pihak berwajib dan berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Ibu bapa Maria pula sedang dinilai akan kesesuaian mereka untuk menjaga bayi tersebut. Maria mungkin saja boleh kembali semula ke pangkuan ibu bapanya tetapi sekiranya mereka didapati gagal memenuhi beberapa syarat, Maria bakal diserahkan kepada keluarga angkat atau ditempatkan di pusat jagaan.

Penjualan bayi disifatkan sebagai salah satu cabang dalam jenayah pemedagangan manusia dan ianya harus dibanteras.



Isnin, 17 Oktober 2016

Ditembak bertubi-tubi sampai hancur! Nelayan hilang tangan di perairan Sandakan



KOTA KINABALU: Seorang nelayan warga Indonesia kehilangan sebelah tangannya selepas ditembak empat lelaki tidak dikenali di perairan Filipina Rabu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah Datuk Salehhudin Abd Rahman berkata mangsa terbabit adalah warga Indonesia berumur 51 tahun dan bekerja dengan majikan warga tempatan di Sandakan.

“Ketika kejadian berlaku mangsa yang juga juragan bot tunda bersama seorang lagi rakannya sedang memukat di perairan Filipina berhampiran kawasan perairan antarabangsa.

“Dalam jam 11 malam kemudian, secara tiba-tiba mereka didatangi empat lelaki bersenjata yang menaiki bot cuba menghampiri bot tunda mereka.

“Bertindak dengan kejadian terbabit, mangsa segera memecut laju bot mereka sebelum empat suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah bot tunda mereka.

“Melihat juragan bot yang mengalami kecederaan akibat terkena tembakan itu, rakannya segera memotong pukat tunda sebelum menggantikan juragan mengendalikan bot tunda terbabit,” katanya semasa sidang media di IPK Sabah di sini kelmarin. Beliau berkata, bot terbabit kemudiannya dipecut menghala ke perairan antarabangsa sehingga ke Perairan Pulau Tigabu, Kudat.

Katanya, semasa dalam perjalanan ke perairan Kudat, mangsa cuba menghubungi majikannya namun gagal berbuat demikian berikutan ketiadaan liputan telefon di laut.

“Mangsa kemudiannya meneruskan perjalanan sehingga ke Jeti Sandakan sehingga berjaya sampai kira-kira jam 7 pagi.

“Selepas berjaya menghubungi majikannya, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan bagi menerima rawatan selanjutnya,” katanya.

Salehhudin berkata pemeriksaan lanjut pihak hospital mendapati mangsa terkena beberapa das tembakan di bahagian jari, pergelangan tangan, bahu kanan dan dada.

“Pihak hospital terpaksa memotong pergelangan tangan mangsa yang mengalami kecederaan teruk akibat terkena tembakan yang dilepaskan empat lelaki dipercayai menggunakan senjata laras panjang.

“Mangsa bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan lanjut pada masa ini,” katanya. Beliau berkata, rakan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian ini dan pihak polis akan mengambil keterangan serta merakam percakapan mangsa selepas ini. Katanya, pihaknya masih menyiasat motif sebenar kejadian dan polis kini masih mengenal pasti identiti sebenar suspek.

“Kita akan bekerjasama dengan pihak berkuasa negara jiran untuk membincangkan kejadian dan kes ini disiasat mengikut Kertas Pertanyaan Polis,” katanya. (BP)

Khamis, 13 Oktober 2016

Wanita Ini Mendedahkan Kisah Hitam Sebagai Pelakon Filem Pornografi

Of course, pornografi memang diharamkan di Malaysia. Namun sayang sekali, sehebat manapun usaha untuk mengekang penyebaran laman-laman web ini dilakukan, tetap saja ia mudah diakses di mana-mana. Tahun lalu saja, laman web pornografi ternama iaitu Pornhub (maaf yer, laman web ini tak dapat diakses di Malaysia), menjadi antara  laman web paling popular dengan jumlah pengunjung mencecah ratusan juta views setahun. Tak hairanlah kenapa industry ini menjadi antara industry paling menguntungkan.

But, tahukah anda kisah di sebalik filem pornografi ini? Tahukah anda bahawa kebanyakkan ‘pelakon’ yang berlakon adegan seks, yang korang selalu tengok tu, sebenarnya adalah mangsa kepada industry pornografi itu sendiri.

Seorang bekas pelakon filem pornografi dari Jepun ini mendedahkan bagaimana hidupnya dirosakkan oleh industry ini. Saki Kozai tidak menyangka bahawa dirinya ditipu oleh sebuah agensi yang kononnya sedang mencari bakat baru dalam bidang lakonan. Salah seorang ahli agensi tersebut telah menemui Saki di tepi jalan dan seterusnya menawarkan pekerjaan sebagai pelakon kepada Saki.

Oleh kerana terlalu percaya tanpa usul periksa dan didorong pula dengan keinginan untuk menjadi bintang ternama, Saki telah menandatangani surat tawaran untuk ‘berlakon’ tersebut. Namun di hari pertama dia datang bekerja, dia telah diarahkan untuk melakukan aksi lucah di hadapan kamera. Dia menjadi tertekan dan tidak mampu mengawal emosi. Katanya, “saya tidak mampu untuk menanggalkan pakaian saya sendiri. Saya kemudiannya menangis”
 
Saki Kozai
Namun ia tidak mengambil masa yang lama untuk Suki mengawal dirinya dan kemudian dia memaksa dirinya untuk melakukan adegan lucah tersebut. Dia tidak berseorangan kerana terdapat sekitar 20 orang pelakon baru yang lain di sekelilingnya sambil menunggu giliran masing-masing. Tiada seorang pun antara mereka yang mampu menolak semua permintaan pengarah dalam keadaan tersebut. Malah ada mangsa yang mendakwa telah dirogol sebanyak 100 kali di hadapan kamera.

Berikut antara helah yang digunakan oleh agen-agen pencari pelakon porno ini seperti yang didedahkan oleh para mangsa.

1. Mangsa diuugut akan dikenakan saman/denda sekiranya melarikan diri atau tidak melakukan adegan seperti yang disuruh.

2. Kandungan kontrak yang ketat sehingga sukar untuk para pelakon pornografi untuk melarikan diri

3. Para pelakon porno wanita seringkali diberitahu bahawa mereka tidak akan mampu mendapatkan pekerjaan lain.

4. Para agen dan pencari bakat akan datang sendiri ke kampus atau rumah mangsa untuk menuntut ganti rugi dan saman sekiranya mangsa gagal datang bekerja.

Demikianlah antara helah agen-agen filem porno ini. Kebanyakkan daripada pelakon filem porno juga merupakan mangsa kepada sindiket pemerdagangan manusia. Tapi korang mungkin tak kisah kan..yang korang tau hanya feeling syok!! saja...huh!
(sumber: indy100.com)


Lagi Info menarik:

Ahad, 27 Mac 2016

Kejam! Anjing dirogol dan digantung pada pokok sampai mati

Angkara siapakah ini? Memang kejam betul..nak cakap berperangai macam binatang pun..tak kena juga. Agaknya inilah perangai setan bertopeng manusia yang berperangai lebih kejam dari binatang sampai anjing pun dirogol dan dibunuhnya.

Seekor anjing betina dari baka Pittbull dijumpai mati tergantung pada pokok dalam keadaan yang mengerikan. Kejadian yang berlaku di Washington, USA ini disifatkan sebagai sangat kejam dan tidak berperikebinatangan. Anjing malang tersebut turut diseksa secara seksual sebelum dijerut leher pada pokok dan dibiarkan sehingga mati.
Anjing jenis Pittbul (sumber)
Walau bagaimanapun, dalang di sebalik kejadian ini masih belum ditangkap. Kini pihak berwajib yang terdiri daripada organisasi perlindungan haiwan USA, Humane Society, telah menawarkan wang tunai sejumlah USD5000 kepada sesiapa yang memberikan maklumat untuk membantu menangkap individu yang bertanggungjawab dalam melakukan jenayah kejam tersebut. 

Jumlah tersebut dikatakan dua kali ganda daripada jumlah biasa yang ditawarkan oleh pertubuhan tersebut dan berharap agar peningkatan jumlah itu mampu membantu mereka menangkap penjenayah kejam itu secepat yang boleh.

P/s: Akue memang suka pelihara haiwan..tapi bila terbaca berita macam ni..memang trauma dibuatnya. Kesian anjing tu..makluk ciptaan Tuhan juga tau...

Lagi info menarik:

Isnin, 16 Februari 2015

Gempar! Nora Danish Muncul Dalam Video Pengganas Mahu Letup Mahkamah

Sebuah kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Anak Muda Malaysia mengugut untuk mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan dengan menyerang mahkamah pada 11.30 malam, Rabu ini.

Namun apa yang lebih menarik perhatian kami ialah kemunculan foto Nora Danish sepanjang seminit durasi video tersebut. Apa kaitan Nora Danish dengan pengganas?

Kumpulan yang menggunakan ID – Isis Malaysia 69 membuat ancaman melalui video dimuat naik melalui YouTube, semalam.

Dengan berlatarkan bendera Malaysia, empat individu lelaki tampil memakai baju hitam dan menutup muka dengan topeng hitam.

Namun yang menjadi persoalan sekarang kenapa muka Nora Danish yang dipaparkan? Apa kaitan Nora Danish dengan sistem demokrasi negara? Siapa Nora Danish sebenarnya?

Mungkin si pengganas ini hanya membaca tulisan di sebalik foto Nora Danish tersebut. Tapi kenapa Nora Danish?

Nora Danish Buat Laporan Polis

Terbaru, Nora Danish bakal membuat laporan polis ekoran gambarnya yang digunakan sepanjang klip video pengganas tersebut.

(Via OhBulan)

Selasa, 10 Februari 2015

#AnwarVerdict Saiful Bukhari menang bergaya, Anwar dipenjara lima tahun

Anwar diiringi Guan Eng, KitSiang dan anaknya (via Says)
Maka berakhirlah sudah satu kisah bukan dongeng!! Kes Liwat yang tak pernah selesai ini akhirnya menemui garisan penamat. Dan pemenangnya ialah si terliwat, Saiful Bukhari. 

Maka dengan ini, Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, yang entah mengapa, sudi merelakan dirinya diliwat ketika itu. #justsaying

Inilah harga sebuah pengorbanan...sebagai rakyat marhaen, kita sekadar dapat menilai berdasarkan kepada pemikiran rasional masing-masing. Kita tak tahu hal sebenar pun. Hanya Tuhan saja yang tahu segala-galanya.

Apapun, doakan yang baik-baik untuk kedua insan itu. 

Selasa, 27 Januari 2015

Giliran Facebook dan Instagram pula kena hack Lizard Squad

Semalam laman web MAS kena hack..hari ini giliran Facebook dan Instagram pula..siapa yang buat kerja ni? memang tak lain dan tak bukan, dalang di sebalik hacking ini dilakukan oleh penjenayah siber terkenal, Lizard Squad, seperti yang dilaporkan Daily Star.
Sebelum ini, kumpulan yang sama dikatakan telah menggodam laman web popular seperti MAS, Sony, dan XBOX. 
Antara tweet yang dikongsi oleh hacker, Lizard Squad di Twitter 
Mereka turut memberi gambaran bahawa mereka akan terus menggodam banyak laman web lain dalam tempoh terdekat.

Rasa macam dah tak selamat pula nak online ni..kang nanti data kena kompromise, jadi 'kambing hitam' pula, tetiba nama kitaorang masuk senarai data penjenayah interpool tanpa disedari..OMG!!



Jumaat, 23 Januari 2015

Habislah Najib! Anak Sirul kata dia boleh jatuhkan PM dan Malaysia

Dah hampir 10 tahun tapi misteri pembunuhan Altantuya ni masih lagi belum mencapai titik noktah.

Yang pasti, pembununhnya yang juga ahli UTK polis sudah dijatuhkan hukuman mati. Yang menjadi persoalannya dari dulu ialah siapakah yang mengarahkan dua polis ini untuk membunuh si Altantuya? Apa sebabnya? Ish..ish..ish

Dan apa kaitan Najib dengan kes ini? Mampuih la..anak Sirul Azhar yang kononnya terstuck kat Australia sebab tak der duit nak balik, kini sudah bersuara.

Katanya seperti yang dilaporkan FMT, "jika saya bercakap dengan media, Malaysia akan jatuh, PM juga akan jatuh"...statement ni pasti buat Najib tercengang!!

Tu pasal banyak sangat yang berminat nak tau pasal kes si Sirul ni yang sudah pun ditangkap di Australia. Harap-harap lah dia akan memberi kerjasama dan akan memberi pengakuan siapa dalang di sebalik semua ni.

Rabu, 7 Januari 2015

Isu surat Zahid Hamidi : Lebih jijik dari jenayah liwat - PERKASA

Merujuk kepada isu surat dari Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Zahid Hamidi kepada FBI yang membabit Paul Phua, seorang individu yang sedang ditahan tanpa ikat jamin di Amerika Syarikat kerana disyaki terbabit dalam kegiatan kegiatan kongsi gelap antarabangsa serta jenayah perjudian.

PERKASA menerima pertanyaan yang bertubi2 dari orang ramai yang bimbang dengan kemungkinan bahawa surat tersebut mungkin mempunyai unsur2 rasuah dan salahgunakuasa.

PERKASA difahamkan dari butir2 dalam surat tersebut yang telah tersebar meluas di media sosial serta pandangan daripada orang ramai, surat tersebut bolehlah dikategorikan sebagai suatu sokongan kepada Paul Phua dari Menteri Dalam Negeri bahawa Paul Phua adalah seorang yang baik kerana kerap menolong kerajaan Malaysia walaupun beberapa kali dia ditahan kerana terbabit di dalam sindiket perjudian antarabangsa. Tambahan pula, Paul Phua juga terpalit dengan aktiviti kongsi gelap di luar negara.

Satu frasa didalam surat tersebut menyebut “as such we are eager for him to return to Malaysia” bolehlah difahami seperti Dato’ Seri Zahid Hamidi mahu menggunakan pendekatan diplomatik supaya Paul Phua ini dibebaskan serta dihantar pulang ke Malaysia.

Persoalannya, adakah Dato’ Seri Zahid Hamidi berbuat sedemikian adalah kerana beliau mendapat “BENDA” sepertimana yang diungkapnya dulu kepada Naib Presiden PERKASA, Tan Sri Rashid ?

Kita sedia maklum jenayah melibatkan perjudian ini habuannya besar. Jika di Malaysia sahaja, keuntungan bulanan bagi pengusaha mesin judi haram ini mencecah jutaan ringgit sehari.

Maka, jika ini benar, PERKASA berpendirian ia adalah suatu tindakan yang berbentuk pengkhianatan kepada keselamatan negara serta merosakkan keintegritian dan imej baik negara yang selama ini dijaga baik oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak.

Persoalan yang timbul hasil daripada apa yang difahamkan, adakah Dato’ Seri Zahid Hamidi sudah hilang keintegritiannya sehingga sanggup menulis surat berbentuk sokongan untuk melepaskan seorang penjenayah yang didakwa di luar negara hanya untuk mendapatkan “BENDA” ?

Bagi PERKASA, jika hal ini benar maka ia adalah suatu yang lebih jijik dari jenayah seksual atau liwat yang dilakukan oleh seseorang ahli politik. Perkara ini lebih besar kerana ia melibatkan unsur salahguna kuasa serta mempunyai unsur rasuah dan yang paling jijik sekali, kedua2 unsur ini digunakan untuk melepaskan seorang penjenayah yang berpotensi menjadi ancaman kepada negara yang disyaki terlibat di dalam kegiatan kongsi gelap serta perjudian antarabangsa.
Dan ini semestinya akan mengkompromi keselamatan negara.

Jika inilah sifat seorang Menteri Dalam Negeri yang berkompromi dalam hal2 yang melibatkan keselamatan negara, maka tak hairanlah semenjak dua menjak ini terlalu banyak anasir2 jahat yang boleh mengganggu gugat keselamatan berleluasa.

Kini, persepsi sudah terbina dan pelbagai persoalan telah timbul dan perlukan penjelasan daripada menteri untuk merungkainya.

PERKASA ingin mendapatkan penjelasan dari Dato Seri Dr Zahid Hamidi, adakah Ketua Polis Negara dimaklumkan terlebih dahulu sebelum surat ini dihantar kepada FBI ?

Dan perkara ini adalah besar dan melibatkan hubungan antarabangsa dengan negara Kuasa Dunia serta penjenayah yang terpalit dengan kongsi gelap antarabangsa dan perjudian haram. Adakah perkara sebesar ini di dalam pengetahuan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak sebelum ia didedahkan oleh media ?

Adakah Dato Seri Dr Zahid Hamidi merujuk serta mendapatkan nasihat daripada Peguam Negara terlebih dahulu sebelum menulis surat ini kepada FBI ?

Ini adalah persoalan2 yang perlu dijawab oleh Dato Seri Dr Zahid Hamidi untuk merungkai persepsi negatif yang terbina dikalangan masyarakat.

Atau, jika tidak, rakyat akan menghukumnya dengan persepsi2 negatif ini.

Azrul Akmal Saharudin
Ahli Dewan Tertinggi PERKASA merangkap
Setiausaha Biro Pemantauan & Integriti PERKASA

(Via Malaysia Today)

Selasa, 11 November 2014

Ujian air kencing sahkan lelaki ini hamil? Biar betol

KAHERAH - MESIR. Seorang lelaki yang merupakan pemandu bas didapati hamil dua bulan setelah melalui ujian saringan air kencing yang dilakukan dalam satu pemeriksaan baru-baru ini.

Kenyataan tersebut disahkan oleh pegawai perubatan yang melakukan ujian air kencing bagi mengesan pengambilan dadah oleh pemandu bas di sebuah syarikat di negara tersebut.

Menurut pegawai tersebut, lelaki itu pada awalnya bertegas memaklumkan bahawa contoh urin tersebut adalah miliknya sebelum pegawai tersebut mengucapkan tahniah ke atas kehamilannya.

“Tahniah, anda hamil!” kata pegawai tersebut seperti yang dipetik melalui portal berita BBC.

Setelah didesak berkali-kali, akhirnya pemandu bas itu mengakui mengambil sampel air kencing isterinya selain tidak sedar bahawa isterinya hamil dua bulan.

Lelaki tersebut juga mengakui bahawa pertukaran contoh air kencing adalah perkara lazim dilakukan pemandu bas negara itu bagi mengelakkan dikesan berikutan pengambilan dadah.

Baru-baru ini, stesen berita tempatannya, AlJazeera melaporkan peningkatan penggunaan dadah jenis tramadol, sejenis pil penahan sakit yang dikatakan boleh menambah tenaga.

Menurut laporan lagi, dadah jenis itu senang didapati dan dijual dengan harga yang berpatutan, membuatkan pengambilan dadah di kalangan penduduk di negara tersebut meningkat secara berterusan.

Menurut pakar psikologi, Dr Emad Hamdi, kebanyakan individu yang mengambil pil tramadol secara rutin tidak sedar bahawa mereka menjadi ketagih dengan dadah jenis itu.

“Ada sesetengah individu mengambil dadah tersebut untuk menambah tenaga bagi yang bekerja, namun akhirnya mereka akan jadi ketagih.

“Jika pengguna mengambil ubat tersebut selama beberapa hari secara berterusan, pengguna akan terus menggunakan ubat tersebut tanpa henti,” jelasnya.

Sementara itu, dalam laporan yang sama, Lembaga Pengangkutan Awam Mesir menyatakan pihaknya akan mengambil tindakan tegas ke atas pemandu bas tersebut.

Menurut jurucakapnya, pihaknya akan mengambil ujian darah bagi mengesan pengambilan dadah ke atas pemandu bas pada masa akan datang.

Katanya lagi, ia bagi mengelakkan pihak berkuasa diperdaya dengan kaedah yang sama digunakan oleh pemandu bas terbabit. - Sinarharian

Jumaat, 7 November 2014

Lima Pelajar Mengaku Bersalah Merusuh Di Asrama Anak Yatim

KANGAR: Lima pelajar mengaku bersalah di Mahkamah Juvana Kangar pada Khamis atas tuduhan merusuh sehingga menyebabkan seorang rakan mereka tercedera.

Seorang lagi tertuduh, tidak hadir pada prosiding itu.

Kesemua tertuduh yang berumur 13 hingga 15 tahun itu didakwa dalam satu kumpulan mendatangkan kecederaan kepada Noor Azhar Saad, 11 tahun, antara 1 tengah hari pada 31 Mei dan 2 petang, 1 Jun di asrama anak yatim, Kompleks Penyayang Tun Dr Siti Hasmah, Jejawi, dekat sini.

Kesemua remaja itu didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Bercakap kepada pemberita Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Mohamad Sabri berkata Majistret Norhayati Ibrahim menetapkan masing-masing diikat jamin RM500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Disember untuk menjatuhkan hukuman.

Syazwani berkata seorang lagi tertuduh yang tidak hadir akan didakwa kemudian.

Kesemua remaja itu tidak diwakili peguam manakala peguam Razairul Hafiz Md Razib bertindak sebagai peguam pemerhati.

Kejadian buli terhadap Noor Azhar dirakam dan dimuat naik dalam Facebook serta media sosial baru-baru ini sehingga mendapat simpati orang ramai terhadap mangsa. - mstar

Sabtu, 1 November 2014

Wanita Tempatan Cuba Kahwin Militan IS Didakwa

SEPANG: Seorang wanita hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan cuba menjadi anggota kumpulan militan digelar Negara Islam (IS).

Ummi Khalsom Bahok, 25, didakwa cuba memberi sokongan kepada IS dengan mengambil penerbangan pesawat Airasia dari KLIA2, Sepang ke Brunei dan Istanbul, Turki untuk berkahwin dengan anggota kumpulan itu, Aqif Huessin Rahaiza.

Ummi Khalsom, seorang penolong pegawai kredit yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan itu di kaunter Imigresen Balai Pelepasan Antarabangsa, klia2, pada pukul 5.20 pagi, 5 Oktober 2014.

Bagi kesalahan itu, Ummi Khalsom didakwa mengikut Seksyen 130J9(1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130J.

Ia memperuntuk hukuman penjara tidak lebih daripada setengah daripada tempoh hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak melebihi 30 tahun, atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu.

Ummi Khalsom turut didakwa atas tuduhan pilihan iaitu dengan cara mengambil penerbangan pesawat Airasia dari klia2 ke Brunei kerana cuba memberi sokongan kepada IS dengan memasuki Syria dari Brunei ke Istanbul, Turki untuk berkahwin dengan Aqif Huessin bagi manfaat kumpulan itu.

Kesalahan itu dituduh dilakukan pada waktu, tarikh dan tempat yang sama.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Hakim Aizatul Akmal Maharani menetapkan 20 November untuk sebutan bagi membolehkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Aizatul Akmal tidak membenarkan sebarang jaminan kerana kes berkenaan tidak memperuntukkan tertuduh dijamin dan akan ditahan sementara menunggu perbicaraan selesai.

Sepanjang prosiding, Ummi Khalsom yang bertudung labuh dan berjubah hitam kelihatan tenang dan mengganguk sebagai tanda faham atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Sharuddin Wan Ladin. - mstar

Khamis, 16 Oktober 2014

'Ultraman' jahat, rompak dan bogelkan mangsa

Kuala Lumpur: Tidak hanya diacu pistol malah seorang lelaki turut dibogelkan oleh sekumpulan empat perompak yang muncul dengan memakai topeng watak animasi Ultraman. Suspek membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita sebelum itu bertindak menceroboh kediaman mangsa di Brickfields, di sini, sekitar jam 4 pagi kelmarin.
Ultraman brothers (sekadar gambar hiasan)
Sumber polis berkata, mangsa berusia 30-an yang ketika itu berada di ruang tamu terkejut apabila diserang suspek bertopeng yang menyerbu masuk melalui pintu hadapan kediaman. Menurutnya, suspek mengacukan pistol dan mengarahkan mangsa berdiam diri.

"Mangsa yang sebelum itu sedang melayari Internet dipaksa memindahkan wang tunai ke dalam akaun diberikan suspek.

"Bagaimanapun mangsa enggan akur dengan arahan itu menyebabkan suspek yang berang mengarahkan mangsa membuka baju dan seluar," katanya. Menurutnya, suspek kemudian merakam gambar dan video bogel mangsa.

"Penjenayah mengugut menyebar video itu ke laman sesawang jika mangsa terus berdegil enggan menyerahkan wang diminta.

"Suspek memberi tempoh sehingga jam 7 pagi kepada mangsa supaya memindahkan wang diminta ke dalam akaun bank suspek," katanya.

Difahamkan suspek terus beredar dari kediaman itu tanpa mencederakan mangsa.

"Bimbang dengan kejadian itu, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields di sini, untuk tindakan lanjut," katanya. - hmetro

Khamis, 9 Oktober 2014

Vokalis rock terkenal era 90-an ditahan kerana merompak

Muar: Vokalis kumpulan rock terkenal era 90-an yang pernah ditahan atas kesalahan jenayah sebelum ini, sekali lagi ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Muar Lama di sini, Isnin lalu.

Kali ini, penyanyi berusia 40-an itu ditahan bersama lima lelaki lain dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 53 tahun di rumah yang dipercayai dijadikan stor menyimpan pelbagai barangan curi.

Ketua Polis daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, pada mulanya pihaknya menerima maklumat rumah itu dijadikan markas pengedaran dan melepaskan ketagihan dadah menyebabkan pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar melakukan risikan.

“Pemeriksaan dalam serbuan pada jam 12 tengah hari membawa kepada penemuan 0.75 gram heroin di dalam rumah itu,” katanya pada sidang media di IPD Muar. - hmetro

Selasa, 30 September 2014

Gila! Bapa ini tiru aksi biawak dengan menggigit pipi anaknya kerana isteri tak bagi RM200

Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia lewat 20-an kini menjadi buruan polis kerana selepas ‘menggigit’ pipi anak lelakinya hingga cedera parah di rumah mereka di Subang Jaya, di sini, Jumaat lalu selepas isterinya enggan memberi wang dimintanya.
si ibu tunjuk pipi anak yang digigit bapanya (via hmetro)
Perbuatan kejam suspek jam 11 malam menyebabkan kanak-kanak berusia setahun tiga bulan itu menerima sekurang-kurangnya empat jahitan di pipi.

Menurut sumber, sebelum kejadian suspek bertengkar dengan isterinya yang berusia awal 20-an kerana wanita terbabit tidak mahu memberinya RM200 yang dimintanya dipercayai untuk membayar hutang.

“Suspek mengancam akan menggigit anak mereka seperti biawak yang menyerang kanak-kanak perempuan di Pulau Tioman minggu lalu, namun ugutannya itu tidak diendahkan isterinya kerana menyangka suaminya hanya mahu menggertaknya,” kata sumber itu.

Menurut sumber itu, suspek terus mendesak isterinya memberinya wang menyebabkan pasangan itu bertengkar selama lebih 30 minit. - hmetro



Jumaat, 26 September 2014

Nak kawin? hati-hatilah ketika memilih Mak Andam..nanti ribut jadinya

SEREMBAN – Impian sepasang pengantin baharu untuk meraikan hari bahagia mereka minggu lalu, bertukar pengalaman ngeri apabila mereka ditipu mak andam.

Lebih teruk, pasangan yang hanya mahu dikenali sebagai Zack, 42, dan Nina, 32, terpaksa membeli persalinan lain sebagai ganti disebabkan mak andam dinantikan hanya tiba 15 minit sebelum majlis persandingan bermula.
Pasangan pengantin ini ditipu mak andam (via sinarharian)
Menceritakan kejadian itu, Zack berkata, dia dan isteri membuat keputusan memilih mak andam berkenaan yang ditemui di pameran pengantin di pusat membeli-belah Terminal 2, Februari lalu selepas tertarik dengan pakej perkahwinan ditawarkan.

“Pakej ditawarkan meliputi pelamin, jurugambar, solekan dan lapan persalinan baju dengan hanya RM1,500. Selepas berbincang dengan isteri, kami telah pergi ke kedai mak andam itu di Seremban Jaya beberapa hari kemudian untuk membuat tempahan,” katanya.
Zack menunjukkan gambar baju pengantin yang dipesan (via sinarharian)
Menurutnya, dia membayar deposit sebanyak RM450 pada 10 Februari lalu selepas membuat pilihan pelamin dan pakaian pengantin serta membuat bayaran tambahan RM700 pada 26 Mac lalu.

Namun, kata Zack, dia dan isteri mula berasa tidak sedap hati kerana sukar berurusan dengan wanita terbabit bagi membincangkan persediaan majlis perkahwinan mereka.

“Bila kita telefon mahu tengok baju dan buat fitting, dia beri alasan sibuk dan selalunya gagal untuk dihubungi. Tapi disebabkan kami telah membuat bayaran dan majlis perkahwinan pun tidak lama lagi, saya bersangka baik mungkin dia betul-betul sibuk," katanya.

Bagaimanapun, katanya, perasaannya bertambah tertekan kerana sebaik saja hari dinantikan, pelamin dan pakaian diberikan tidak seperti dipesan.

“Saya pilih pelamin lain, tapi yang dia pasang pada majlis di rumah isteri saya macam pelamin budak tadika buat. Baju pula dia beri bukan yang kami pilih," katanya.

Lebih mengecewakan, katanya, apabila pada majlis bertandang di rumahnya pula, dia dan isteri terpaksa memakai pakaian sendiri kerana wanita terbabit gagal dihubungi.

Zack berkata, suami kepada mak andam itu hanya tiba kira-kira 15 minit sebelum majlis bermula dan memberi alasan isterinya tidak dapat datang kerana terjatuh di dalam tandas.

“Bayangkan, tertekannya kami ketika itu. Tapi mahu buat macam mana, majlis perlu diteruskan kerana tetamu sudah dijemput.


“Mereka berjanji mahu memulangkan semula wang yang dibayar sebanyak RM1,150. Tapi tak tahulah macamana," katanya yang kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, di sini. - Sinarharian

Lagi Info Menarik:-

Jumaat, 8 Ogos 2014

Berhati-hati dengan sindiket penipuan kopek ikan bilis, nanti jadi macam makcik-makcik ni

LEDANG – Empat warga emas mendakwa mereka dipukau hingga menyerahkan hampir RM30,000 kepada dua wanita yang menawarkan kerja sambilan membersihkan ikan bilis di Kampung Parit Kassan dekat Bukit Gambir di sini, kelmarin.
Ditipu tawaran kopek ikan bilis
Kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu berlaku semasa mereka dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Tangkak seperti yang dikehendaki sebagai memenuhi syarat pekerjaan yang ditetapkan suspek.

Saniah Senawi, 56, berkata, dua wanita itu menemuinya bersama tiga rakannya dan menawarkan pekerjaan tersebut kepada mereka selepas majlis marhaban sempena Aidilfitri dari rumah ke rumah.

“Mereka perkenalkan diri dan menawarkan pekerjaan kopek ikan bilis dengan upah RM10 bagi setiap kilogram (kg) dan jika kami setuju, kami akan dibekalkan 20kg setiap seorang. Kami juga boleh ambil upah bungkus rempah sup pada kadar 20 sen sepeket.

“Tawaran itu agak menarik. Jadi kira-kira 15 ahli kumpulan marhaban mendaftar untuk kerja itu. Dua wanita itu bagi tahu,  kami kena jalani pemeriksaan kesihatan dan buat x-ray sama ada di klinik atau hospital,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Saniah, dia dan dua rakan mulanya curiga dengan tawaran dua wanita itu, tetapi diyakinkan oleh seorang lagi rakan mereka, yang percaya mereka tidak ditipu.

Mereka dibawa oleh dua wanita itu ke Hospital Tangkak dengan kereta, dipandu seorang lelaki.

“Apabila tiba di hospital jam 6 petang, mereka arah kami menanggalkan barang kemas yang kami pakai. Mereka kata, kami tak boleh pakai barang kemas masa x-ray," katanya.

Menurutnya, semua barang kemas berserta dompet yang mengandungi wang dan dokumen penting dikumpulkan dalam beg tangan salah seorang daripada warga emas itu, iaitu Siti Morjanah Jemin, 66.

Selepas itu, katanya, tiga daripada mereka diarahkan ke kaunter pendaftaran, manakala Siti Morjanah, yang memegang beg berisi barang kemas itu, ditinggalkan dalam kereta bersama dua wanita dan lelaki itu.

“Ketika Siti Morjanah pergi ke tandas, wanita itu tak benarkan dia bawa beg itu. Selepas daftar di kaunter, saya jumpa Siti Morjanah yang baru keluar dari tandas. Apabila kami sama-sama pergi ke tempat letak kereta, dua-dua wanita, kereta dan lelaki itu sudah tiada di situ,”
katanya.

Menurutnya, selepas itu mereka sedar ditipu dan percaya dipukau kerana menuruti arahan dua wanita itu, termasuk menyerahkan barang-barang kemas.

Katanya, antara yang dilarikan dua wanita itu ialah cincin emas, rantai emas, gelang emas, wang tunai, telefon bimbit, serta dokumen-dokumen penting yang kesemuanya dianggarkan bernilai hampir RM30,000.

“Kami minta orang hospital hantar kami ke Balai Polis Tangkak untuk buat laporan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Mohd Salleh Razak berkata, polis sudah menerima laporan dan tiga individu tersebut diburu. - Sinarharian