AMPANG: Rumah tangga yang dibina pelakon Datuk Eizlan Yusof dan isterinya, Datin Vie Santie Harun selama tujuh tahun akhirnya musnah apabila pasangan itu disahkan bercerai talak satu. Perceraian mereka disahkan oleh Makamah Syariah Gombak Timur di sini pada Isnin.
Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan percerian itu selepas mendapati lafaz cerai yang diucapkan oleh pelakon itu terhadap isterinya pada 28 September 2014 adalah sah.
Pasangan tersebut bersetuju hak penjagaan tiga anak mereka diberikan kepada Vie Santie Harun selaku ibu manakala Eizlan mendapat kebenaran untuk bermalam dengan anak-anaknya pada masa yang dipersetujui bersama. Vie Santie selaku plantif juga bersetuju tidak akan membuat tuntutan mutaah manakala nafkah edah pula akan diberikan mengikut budi bicara Eizlan. Eizlan, 44, dan Vie Santie, 29, bernikah pada 7 Julai 2007 dengan hantaran RM77,777.77.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan V Zaalia yang
berumur antara dua hingga enam tahun. - mstar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan