Sekarang ini isu panas tentang tarian poco-poco yang diharamkan di Perak. Macam-macam pendapat orang mengenainya. Ini pula pandangan Dr. Asri yang dipetik dari malaysiakini.com, terhadap Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang memutuskan bahawa tarian poco-poco haram.
Beliau berhujah, semua urusan harian manusia, termasuk tarian, adalah harus diamalkan kecuali terdapat dalil yang jelas mengharamkannya.
Bagaimanapun, tambahnya, jika terdapat unsur yang tidak baik, perkara itu hendaklah ditapis dengan membuang unsur yang buruk, bukan mengharamkan perkara itu secara menyeluruh.
"Atas asas ini, pada pandangan saya, tarian poco-poco adalah harus, melainkan jika seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah," katanya yang juga pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM).
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini dilaporkan berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan tarian berkenaan sebagai haram kerana mempunyai unsur kepercayaan agama lain dan pemujaan roh.
Pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi. Dalam kenyataan pada Selasa malam, Dr Mohd Asri juga menegaskan, masyarakat Islam hendaklah tahu tentang keluasan Islam, apatah lagi dalam masyarakat yang serba rencam hari ini.
"Maka, fatwa dalam hal tarian, senaman, permainan dan seumpamanya, hendaklah luas, tidak sempit dan berusaha melihat ruang keizinan yang diberikan oleh Islam," katanya.
Menurut Dr Mohd Asri lagi, jika pengharaman dibuat berdasarkan asal-usulnya yang tidak islamik, ia akan mewujudkan kecenderungan pengharaman pelbagai lagi aktiviti seperti Tai Chi, Taekwondo dan senaman Qiqong.
Beliau bagaimanapun menegaskan menghormati pandangan Harussani dan Jawatankuasa Fatwa Perak yang mengharamkan tarian tersebut dan cuma memberikan pandangan berbeza.
P/s: Entah macam mana tarian poco-poco ni leh jadi femes kat Malaysia..
Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone
8 ulasan:
balengang pata pata... (^_^)
gerakan poco poco kan melambangkan salib . kalau buat jugak , bukan dikira meniru agama lain ke ? konpius konpius ! (:
isu ni memang hot & jd perdebatan. Apapun kita ambil yg baik, tinggalkan yg buruk je
Harap ulama sepakat dalam hal ini...
Proton Pesona terbakar
mcm2 betul skg ni.. nak kena hati2 kalo dgn perkara2 baru. kena selidik sedalam2nya baru leh dijadikan ikutan :)
Recently: seLamat haRi laHir bUat yaNg terSayang
dulu kat mtrik selalu ada tarian ni...
ntah ...ambil yang baik jela...
buat senam seni plak..konpem sihat~ (^^~
jika diselidiki/diperhalusi maka itu sememangnya bukan unsur yg mahu diterapkan dalam Islam, banyak lagi cara yg halal/harus dilakukan bagi tujuan seumpamanya...bagi org muslim, apakah dgn cara menari sebegini.
fikir dulu sebelum nak ikut orang lain.. setiap budaya asli kaum lain, ada diterapkan keagamaan mereka. Jadi, kita kena kaji dulu.
Jgn main ikut jer..
Catat Ulasan