(Gambar) Terkejut jumpa pisau cukur dalam kuih tinapung | Boros Di Aralom

Rabu, 18 Februari 2015

(Gambar) Terkejut jumpa pisau cukur dalam kuih tinapung

Kes ini berlaku kat Beufort Sabah baru-baru ini. Memang agak viral juga jadi perbualan di whatsapp sampai akhbar popular mstar pun turut membuat liputan mengenainya.

Pisau cukur dalam kuih tinapung. Jenama Gillete lagi tau. Kalau orang Dusun Sabah, mereka panggil kuih ini sebagai kuih 'tinapung'. Tapi kalau orang Melayu Brunei, mereka panggil kuih 'kelupis'. Nampak sama tapi ada beza. Kuih ini memang antara kuih favorite orang Sabah lah.

Harap-harap lah berita terbaru mengenai pisau cukur dalam kuih tinapung ini tidak memberi kesan terhadap selera anda terhadap tinapung yer. Jangan pulak lepas ni, kuih tinapung diberi label baru 'kuih tinapung gillete'.
Pisau cukur dalam Kuih kolupis atau kuih tinapung
KOTA KINABALU: Seorang pemilik kedai kopi terkejut apabila menemui beberapa keping pisau cukur tertanam dalam kuih kelupis yang dijualnya.  Beliau percaya ada individu yang cuba mensabotaj perniagannya dengan meletakkan kepingan pisau cukur berkenaan dalam kuih tradisional tersebut.  
Kuih kelupis merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras pulut. Ia merupakan kuih tradisional masyarakat Melayu Brunei di Sabah dan Sarawak. Peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Awang, 35, berkata dia baharu sahaja membuka perniagannya di bandar Beaufort apabila tiba-tiba seorang pelanggannya menunjukkan kepingan pisau cukur yang terdapat dalam kuih berkenaan pada pukul 9 pagi, 14 Februari lalu.  
"Saya sangat terkejut dan membawa kuih kelupis tersebut ke balai polis dan membuat laporan pada pukul 4 petang hari yang sama," katanya.  
Kuih kelupis yang dijual oleh Awang sangat digemari masyarakat tempatan dan popular di daerah tersebut. 
 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Beaufort, Supritendan Mustaffa Maarof mengesahkan pihaknya telah menerima laporan daripada pemilik gerai tersebut. Beliau berkata pihak polis kini sedang menyiasat isu berkenaan.  
"Kami sentiasa memantau perkara ini kerana nyawa orang awam di daerah ini mungkin terancam sekiranya insiden yang sama berulang kembali," katanya. - mstar

Tiada ulasan: