Boros Di Aralom: Anwar
Memaparkan catatan dengan label Anwar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anwar. Papar semua catatan

Selasa, 10 Februari 2015

#AnwarVerdict Saiful Bukhari menang bergaya, Anwar dipenjara lima tahun

Anwar diiringi Guan Eng, KitSiang dan anaknya (via Says)
Maka berakhirlah sudah satu kisah bukan dongeng!! Kes Liwat yang tak pernah selesai ini akhirnya menemui garisan penamat. Dan pemenangnya ialah si terliwat, Saiful Bukhari. 

Maka dengan ini, Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, yang entah mengapa, sudi merelakan dirinya diliwat ketika itu. #justsaying

Inilah harga sebuah pengorbanan...sebagai rakyat marhaen, kita sekadar dapat menilai berdasarkan kepada pemikiran rasional masing-masing. Kita tak tahu hal sebenar pun. Hanya Tuhan saja yang tahu segala-galanya.

Apapun, doakan yang baik-baik untuk kedua insan itu. 

Khamis, 23 Januari 2014

Cerita di sebalik pengharaman Anwar ke Jepun: Boikot dan kaitan dengan geng Yakuza


Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan terutama di media massa mengenai pengharaman Anwar dari memasuki negara Jepun. Ketua pembangkang itu dihalang dari memasuki Jepun oleh pihak berkuasa imigrasi negara tersebut ketika Anwar tiba di lapangan terbang antarabangsa Narita pada jam6.45am, 22 Januari lalu. Anwar kemudiannya diminta untuk meninggalkan negara itu dengan serta merta. Menurut Anwar, dia telah dijemput oleh pengerusi Yayasan Nippon, Tan Sri Yohei Sasakawa dan sepatutnya dijadualkan untuk membentangkan kertas tentang demokrat Muslim seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider.


Laporan tersebut turut menyatakan bahawa pengharaman Anwar tersebut adalah disebabkan oleh sabitan kes liwat terhadap Anwar pada tahun 1999. Namun Anwar mengatakan bahawa alasan tersebut adalah tidak masuk akal kerana sebelum ini, dia boleh pula masuk negara Jepun pada tahun 2006, 2009 dan 2012 sambil mengesyaki bahawa terdapatnya campur tangan kerajaan Malaysia dalam hal ini.

Dalam pada itu, Pakatan Rakyat telah meminta penjelasan dari Wisma Putra mengenai sejauh mana keterlibatan mereka dalam hal ini. Menjawab kepada persoalan ini, Menteri Luar, Datuk Anifah Aman berkata bahawa ianya sesuatu yang 'unthinkable' apabila pihak pembangkang menyatakan bahawa kerajaan telah mempengaruhi pihak Jepun untuk menghalang Anwar dari memasuki negara mereka. Anifah menafikan keterlibatan pihak kerajaan dalam kes tersebut sambil berkata;

“Every nation has a sovereign right to deny a person entry into the country if the immigration authorities deemed the person undesirable. In such a case, there is no obligation to explain why they (immigration authorities) are exercising this right. “It is unthinkable that Wisma Putra or I could have such influence over another sovereign country. We have nothing to do with it,” - freemalaysiatoday.com

Anifah turut percaya bahawa pengharamannya itu dikenakan terhadapnya bukan kerana dia orang kuat politik atau bukan kerana dia ketua pembangkang tetapi kerana dia adalah penduduk biasa Malaysia yang pernah disabitkan kesalahan. Katanya lagi, pihaknya akan merujuk perkara ini dengan kedutaan Jepun.

Ekoran dari kes ini, para penyokong kuat Anwar dan Pakatan Rakyat telah memulakan gerakan boikot dan protest di hadapan kedutaan Jepun di Kuala Lumpur dan meminta penjelasan serta permohonan maaf dari pihak kerajaan Jepun.
Boikot barang Jepun? (Foto: Says)

Namun ketika menjawab persoalan ini, pihak kedutaan Jepun ada mengatakan bahawa pengharaman Anwar ini sebenarnya disebabkan oleh ketiadaan VISA lengkap. Tambah mereka lagi, Anwar juga memerlukan 'special permission' untuk masuk Jepun kerana dia pernah disabitkan kesalahan jenayah.

Kes ini tidak berakhir sampai di situ, ada pula lagi laporan yang mengaitkan tujuan lawatan Anwar ini dengan gengster atau Yakuza di Jepun. Menurut satu laporan dalam blog bernama Tunku, ada yang mempersoalkan tujuan sebenar Anwar ke Jepun. Menurut blog tersebut, individu yang menjemput Anwar iaitu Yohei Sasakawa merupakan anak kepada ketua Yakuza paling terkenal, Sasakawa Ryoichi, yang menjalanan pelbagai kegiatan haram terutamanya perjudian. 

Sama ada laporan blog ini betul atau tidak, kita pun tak pasti. Hati-hati bila menulis sesuatu di blog..kang nanti kena saman pulak.

>> Mari dengar apa kata Saheizy Sam pula dengan duit RM100,000 dari Petronas ini..
>> Apa pula reaksi ibu bapa kalau dapat e-kad macam ni..


Sabtu, 2 Februari 2013

Ada gerakan nak jatuhkan Anwar? Memang 'politikus'

DSAI
Kuala Lumpur: Sekumpulan ahli akar umbi PKR di Pulau Pinang dikatakan sedang menggiatkan gerakan untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan konconya kerana tidak berpuas hati dengan kepemimpinan parti itu.

Kumpulan itu kini dalam proses mengumpul ahli sebelum mengadakan perbincangan terperinci sebagai persiapan untuk memastikan matlamat menolak kepemimpinan Ketua Umum PKR itu menjadi kenyataan.
Gerakan itu didedahkan bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah yang turut diminta menyertai gerakan itu baru-baru ini oleh ahli PKR kampung Anwar di Cherok Tok Kun, dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh.

“Jika di kawasan Anwar sendiri ahli parti itu boleh berpaling tadah, bayangkan di kawasan lain yang tidak diwakilinya.

Mungkin keluar parti

“Ketika ini gerakan menjatuhkan Anwar memberi tumpuan untuk memastikan perubahan berlaku pada Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13).

Tidak mustahil juga kumpulan itu akan keluar parti kerana sudah hilang kepercayaan kepada kepemimpinan PKR,” katanya kepada BH.

sumber: BH
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/GerakanjatuhkanAnwar/Article/


p;s
"jatuh menjatuhkan lah kamu..masa depan negara tak nak pikir..susah sangat ke nak bekerjasama. Ini gila kuasa, dengki mendengki, hasut menghasut, semua itu lah yang kamu mau rakyat tahu. Dua-dua pun (Pakatan dan BN) banyak "Janji yang tidak ditepati". Apa pun keadaannya, PRU13 ni tetap kena undi salah satu. Duh..pening..dua-dua parti bangang. Saya ini dah termasuk dalam kategori pengundi 'atas pagar' kot..huhu"